2
Badannya yang lesu dihempasnya ke katil yang empuk.
Suasana bilik yang tenang itu masih belum merawat hatinya yang benar-benar
tidak keruan. Rindunya dia pada sang kekasih hati. Masing-masing asyik sibuk dengan
kerjaya masing-masing. Semalam, dia baru menghabiskan konsert jelajahnya di Hong
Kong. Konsert Jelajah Asia Wax_2 bakal berlangsung selama dua bulan. Hong Kong merupakan negara ketiga selepas
Jepun dan Taiwan.
“Ah, lupakan tentang konsert!” Dia menghambat jauh bayangan
kerja yang belum selesai.
Dia bingkas bangun. Tangannya pantas menggapai handphone yang berada di atas meja
lantas mendail nombor. Kedengaran bunyi namun tidak berangkat. Dia mendail
sekali lagi. Tiada jawapan. Dia menarik nafas panjang sebelum mencuba buat kali
ketiga.
“Hello.”
Kedengaran suara letih di talian itu. Dia lega dapat mendengar suara yang
ditunggunya itu. Senyuman terukir di bibirnya. Dia menghenyakkan badan ke katil
yang empuk.
“Hello, sayang.
Buat apa?” Suaranya lembut bertanya.
“Baru bangun tidur. Maaf terlambat.” Suara itu masih
lemah. Kang Hae Jin tahu, Soonie pasti sibuk dengan jadual lakonannya yang
padat. Pasti tidak cukup tidur kerana tugasnya itu.
Mereka bersembang dan bersembang sehingga Kang Hae Jin
tidak perasan pagi bakal menjelma. Dia meletakkan talian selepas Soonie
mengucapkan kata sayang. Pastinya kata-kata itu bakal menguatkan semangat dan
azamnya yang sudah semakin rendah.
Lima tahun mengenali gadis itu pasti dia
masih ingat betapa susahnya mahu mendapatkan cinta darinya. Mereka yang pada
awalnya sekadar berteman akhirnya mengikat kata cinta. Sudah tiga tahun
menyulam asmara, kasih sayangnya pada kekasihnya yang kedua itu makin membara.
Walaupun kadang-kadang kerjaya lakonan kekasihnya itu yang terlalu bebas sering
menjadi punca pertengkaran mereka dan seterusnya bakal menghancurkan hubungan
mereka, dia tetap berdiri teguh, mahu mempertahankan hubungan tersebut.
Kenangan-kenangan yang menjengah ingatannya itu akhirnya berubah menjadi mimpi
yang indah dalam khayalannya.