Home Alternatif Komedi/Romantik Komedi Precious Day
Precious Day
ae0907
4/5/2022 21:26:17
20,616
Kategori: Alternatif
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Aira datang agak awal hari ini ke sekolah kerana sang ibu harus bergerak awal ke tempat kerja. Ketika tiba di kelas, Aira berasa sedikit risih dengan rakan-rakan lelaki sekelasnya yang juga merupakan geng 'datang awal' ke sekolah. Sebabnya kenapa? Kerana rumah mereka kebanyakan jauh, dan datang awal untuk melakukan kerja sekolah dengan meniru jawapan masing-masing.

"Uit, sejak bila datang awal ni?" sindir Jiyad yang kebetulan menghadap ke belakang membuatkan Aira mendengus.

"Mulalah tu," ucap Aira kesal lalu melangkah ke arah tempat duduknya.

"Kejap lagi Adam sampai," usik Arfan yang duduk berhadapan dengan Jiyad membuatkan Aira mendelik.

"By the way, korang mesti tak siap lagi kan kerja Sejarah? Itu yang datang awal kan? Eh, tak. Mesti setiap hari macam tu kan?"

Arfan dan Jiyad hanya tersengih. Tidak menidakkan kerana apa yang dikatakan oleh Aira itu sangatlah benar.

"Hum, sudah kuduga,"

"Eh! Kau kena faham kiteorang, Ra. Kiteorang kat rumah kena enjoy," tutur Jiyad.

"Yes, kat sekolah dah hadap buku. Takkan kat rumah hadap jugak buku kan?" sampuk Arfan lalu bertos tangan dengan Jiyad.

"Lagipun, better la daripada datang lewat kan?" ujar Jiyad lagi.

Aira mencebik. "Ceh! Alasan!"

Arfan dan Jiyad terkekeh lalu menyambung kerja mereka yang tertunda.

Aira menghela nafas. Sejujurnya berada di dalam kelas dengan dirinya yang hanya sahaja seorang perempuan di situ agak membosankan. Dia berinsiatif untuk menunggu rakan yang lain di pondok berhampiran pagar.

"Uit, nak pergi mana?" soal Jiyad sedikit jengkel membuatkan Aira menghela nafas.

"Nak keluar,"

"Mari sini kejap! Tolong tengokkan jawapan aku ni ok tak?"

Aira memejamkan mata sejenak sebelum mula melangkah ke arah Jiyad yang menyodorkan buku latihan kepadanya.

"Ni soalan kertas dua eh? Sejak bila ada?" tanya Aira namun matanya masih memerhatikan jawapan Jiyad.

"Kau ingat kiteorang ni datang sebab nak tiru je ke? Of course for study, okey?"

Aira mendengus lalu meletakkan buku Jiyad begitu sahaja di atas meja.

"Dahlah, aku nak keluar,"

Mengabaikan panggilan Jiyad dan Arfan yang masih mengusiknya, Aira terus menuju ke arah tangga untuk sampai ke tujuannya.

****

Seperti hari-hari persekolahan sebelumnya, rutin awal pagi bagi Bella adalah menuju ke arah rumah Aisha, rakan sekelas yang sering dia tumpang kenderaan untuk ke sekolah memandangkan jarak rumahnya dan sekolah agak jauh serta perkerjaan kedua ibubapa yang agak sibuk. Hal itu sudah terbiasa dilakukannya sejak tingkatan dua dan mendapat sapaan yang baik daripada keluarga Aisha. Tambahan pula, kedua ibubapa mereka saling berkenal rapat.

"Eh, kenapa tak masuk? Kita sarapan sama-sama," ajak Aisha yang sedang membuka pintu pagar utama rumahnya.

"Eh, tak apa. Saya dah makan," Ujar Bella dengan senyuman manisnya.

"Jangan nak tipu Bella. Saya tahu awak segan. Abang-abang saya tak ada kat dapur. Cuma mak dan ayah saya je. Kakak saya pula ada kat bilik," jelas Aisha membuatkan Bella tersengih.

Ya. Satu hal yang kurang disukai Bella adalah ketika Aisha mengajaknya masuk ke rumah ketika keluarga gadis itu ada. Bukan tidak senang cuma dirinya sahaja yang segan. Meskipun sisi hebohnya berleluasa, namun tidak kepada orang yang lebih berumur darinya. Dia lebih selesa bermesra dengan orang yang sama umur atau kurang. Jika melebihi umurnya, dia juga akan berusaha untuk mesra tetapi itupun jika yang ditegur itu selesa dengan tindakannya.

"Ish, awak ni. Kalau dah tahu kenapa tanya?" Bella mendengus kecil, kemudian tertawa.

Aisha terkekeh. Dia kemudian masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian membawa sebuah mangkuk berisi kokocrunch dan susu. "Ni! Mak saya yang bagi tau! Suruh dihabiskan katanya sampai tak ada setitik pun susu!"

Meskipun segan, namun Bella mengambilnya jua. "Terima kasih, hehe...,"

Aisha tersenyum. "Kita gerak dalam dua puluh minit lagi sebab ayah saya tengah makan. Maaf kalau buat awak tunggu lama,"

Bella menggelengkan kepalanya. "Eh, tak apalah. Lagipun, saya kan yang nak tumpang awak jadi tak kisah pergi pukul berapa asalkan sampai juga kat sekolah,"

Aisha mengangguk mengiyakan dan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Sementara Bella, gadis itu sedang melahap kokokrunch itu dengan sedikit sopan. Sebabnya, rumah Aisha sememangnya berada betul-betul di sebelah jalan raya. Dan sebab keduanya adalah...

"Oi, makguard!"

Bella memejamkan matanya seketika dan menghentikan kunyahannya. Siapa lagi kalau bukan si Hafiz? Si Ayam yang sering digelarnya di dalam kelas?

Sebenarnya, panggilan itu hanya digunakan ketika mereka saling melemparkan gurauan atau sindiran. Bella memanggil Hafiz begitu kerana rumah Hafiz berdekatan dengan kawasan perternakan ayam. Manakala, Bella dipanggil makguard kerana Bella yang 'seakan berjaga' di hadapan rumah Aisha setiap pagi.

Terlihat Hafiz sedang membonceng motorsikalnya sembari terkekeh melihat Bella. "Mana boleh makan masa kerja, makguard! Ni namanya curi-curi makan!"

Bella membuat death glare kepada Hafiz. "Diamlah kau, ayam!"

"Huish, takutnya! Jumpa kat sekolah!"

Motorsikal milik Hafiz meluncur begitu sahaja membuatkan Bella sedikit lega. Rakan sekelasnya bernama Hafiz itu, tidak lokek untuk menegurnya sehari. Lagi-lagi pada waktu pagi di tempat yang sama.

Namun, ianya bergantung kepada masa dan keadaan.

****

"Hai, korang!"

Kaira dan Dhiya kebetulan baru sahaja tiba di sekolah terlihat agak terkejut dengan kehadiran Aira yang datang tidak seperti kebiasaannya.

"Eh, sejak bila datang awal ni?" Kaira terkekeh apabila melihat Aira yang memasang wajah cemberutnya.

"Ibu saya ada hal jadi saya kena datang awal," balas Aira.

"By the way, nak naik dulu ke? Sebab kat kelas cuma ada Jiyad dan Arfan je,"

"Hum, kita duduk sini je la dulu," cadang Dhiya sambil meletakkan begnya di atas kerusi bangku berhampiran pagar sekolah diikuti Kaira dan Aira.

"Sukan bila? Awal bulan dua kan?" tanya Dhiya.

"Mana ada! Akhir bulan satu!" ucap Kaira.

"Akhir bulan satu, akhir bulan ni la jawapnya," Aira mendengus.

"Oh, kira dua minggu depan la? Oh my...," Kaira menghela nafas. "Mungkin minggu ni ada perjumpaan rumah sukan,"

"Hum, selalu jah macam tu," tutur Dhiya. "Nampaknya kita kena main-main dulu la ni,"

"Main apanya? Sukan sekolah ni dah macam perang dunia. Bukan dengan negara, tapi dengan rumah sukan. Huh! Macam jadi musuh dalam sehari ni," ucap Aira sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi batu.

"Haah, saya ingat lagi time form one yang rumah Hijau curang sebab yakinkan pengadil yang bola keluar. Huh! Padahal masuk!" kata Kaira dengan bibirnya mengerucut. Tidak berasa puas hati dengan situasi itu.

"Curang? Oh, yang bola tampar tu ke?" tanya Aira.

"Haah, la yang tu! Saya ingat!" Dhiya mengetik jari mengiyakan.

"Saya ingat lagi masa tu senior pun protes. Tapi Kak Irah tak nak rumah kita kena potong markah, so redha je la," sambung Kaira lagi dengan fikirannya menerawang tentang kejadian itu.

"Setelah kejadian tu, rumah kita tak jumpa dah rumah Hijau untuk semi final. Asyik kuning je," Aira berkata.

"Haah, nak jumpa rumah Hijau time semi final? Bukan kata padang tapi kat balapan...," Kaira tertawa.

"Tapi sekarang rasa macam tak berapa sangat nak lawan sebab Aisha kan rumah Hijau. You know la kan? Kita lawan satu geng, macam... tak berasa...,"

"Huhu, kenapa lah Aisha rumah Hijau. Dalam geng kita, dia sorang je keluar,"

Aira, Dhiya dan Kaira merupakan sahabat baik sebelum masuk sekolah menengah yang sama. Mereka sempat satu sekolah ketika sekolah tadika namun kerana memiliki haluan berbeza, mereka terpisah ketika menginjak sekolah rendah. Dan, takdir menemukan mereka semula ketika berada di sekolah menengah. Hal itu membuatkan mereka bertiga rasa terharu, namun dengan kehadiran Aisha yang merupakan rakan baik Kaira ketika sekolah rendah sedikit sebanyak diterima meskipun ada sedikit salah faham pada awal pertemuan mereka.

"Eh, kita dah lama ke lepak kat sini?" tanya Aira yang menyedari bahawa mereka terlalu lama di situ.

"Tak. Baru sepuluh minit," ujar Dhiya yang melihat jam tangannya.

"Entah. Rasa macam lama je," tutur Aira.

"Sekejap je masa berlalu kan? Pejam celik dah masuk tingkatan empat. Tahun depan SPM. Wah, saya rasa baru je semalam kita form one," Kaira membuka topik baharu.

"Haah, saya setuju. Haih, rindu pulak time PT3," tiba-tiba Imani menyampuk membuatkan mereka bertiga tersentak.

"Eh, sejak bila datang?" tanya Dhiya.

"Tula, menjiwai sangat sesi flashback! Tak sedar orang lain dah duduk," Imani terkekeh.

"Hai!" dari jauh kelihatan Mayra, Safiya, Damia, Amirah dan Hayati melambai ke arah mereka.

"Eh, Aira? Baru datang?" tanya Amirah membuatkan Aira memuncungkan bibirnya.

"Lah, kenapa?"

Kaira tergelak kecil sebelum mula memberitahu hal sebenar. "Dia datang paling awal,"

"Wah, seriously? Ni kena masuk World Of Records ni," usik Hayati membuatkan Aira mahu menghela nafas pasrah.

"Yak!"

****

"Dam," panggil Jiyad sebaik sahaja melihat Adam yang sibuk mencari buku kerjanya yang sememangnya dia letakkan di bawah meja.

"Yow?" soal Adam tanpa berpaling.

"Kau nak dengar something tak?"

"Pasal apa? Kalau pasal anak kucing jiran kau beranak aku tak nak dengar,"

Jiyad terbahak mendengar ocehan Adam. "Kau jangan negative thinking macam tu. Nanti jadi macam Syukri Yahya yang berlakon kuat cemburu dalam cerita Andainya Takdir. Habis bini kau nanti,"

Adam mendengus. "Hah! Yang tu tak akan punya!"

Jiyad tertawa geli. "By the way kau nak dengar ke tak?"

"Telinga aku ni elok lagi, Yad. Boleh je kau nak jerit sampai Korea. Ala, kau ni,"

"Oke, aku cerita. Tapi dia kena slow talk tau, tak semua orang boleh tahu," jelas Jiyad sedikit berdecak.

"La, cerita je la!"

"Korang berdua nak bisik-bisik, cakap berdua, please cakap kat telinga memasing. Kepala hotak kau cakap seberang-seberang," dengus Arfan yang dari tadi memerhatikan perbualan dua rakannya yang berbicara seolah-olah hanya mereka berdua sahaja berada di situ.

Jiyad tergelak melihat raut wajah Arfan yang nampak menyampah dengan kelakuannya.

"Okey, guys!" sengaja Jiyad berkata kuat membuatkan Arfan mendelik.

"Kita ada student baru nanti!" sambungnya.

"Whut? Serius?" bukan Adam mahupun Arfan yang menyahut melainkan Atiq yang baru sahaja tiba.

"Hye, Tiq! Dah kebah demam kau?" tanya Arfan sebaik sahaja Atiq duduk di tempatnya yang terletak di sebelah meja Adam.

"Su...," belum sempat Atiq menghabiskan kata-katanya Adam menolak sedikit tubuhnya membuatkan dia terhuyung ke hadapan.

"Woi! Kau pehal Adam?" Atiq mendengus.

"Kau dengar dari mana?" soal Adam, mengabaikan ocehan Atiq.

"Aku tahu la. Ni Jiyad Park ni,"

"Hampeh!" desis Adam.

"Kau tunggu je, konfem ada nanti," ucap Jiyad. "Ceritanya begini. Semalam aku nampak sorang budak macam sebaya kita duk dekat depan pejabat. So, aku just agak maybe dia budak baru,"

"Main agak je kau," Arfan yang menopang dagu itu mengejek. "Lagipun kau ni lulus Bahasa Melayu ke tak? Bila masa tu student kau? Bukan sebaya ke?"

"Ala, Fan. Tak rare la compare subjek ni. I tak suka tau you cakap macam tu dengan I," Jiyad memuncungkan bibirnya dengan nada lucu.

"Geli, bodoh!" Arfan menggeliat geli membuatkan Adam dan Atiq terbahak.

"Weh, rindu weh time form three kat resort," Adam tiba-tiba throwback. "Rindu nak mandi kolam dia, naik perahu, main kayak,"

"Haah! Weh! Asal kau throwback dowh? Aku dah lah tak move on lagi!" rengek Jiyad sambil melipat tangannya ke belakang dan menyandarkan kepalanya.

"Tahun kita je special sikit. Tak bazir duit pergi sana-sini. Dapat main-main, duk tiga hari dua malam sama-sama pun dah kira banyak buat kenangan," ujar Atiq.

"Haah! Kau ingat tak time kita main lumba kayak tu? Seram aku kalau jatuh sebab pakcik resort tu kata dalam tasik tu ada ikan besar?" soal Adam. Dirinya masih menerawang pada kenangan itu.

"Hello, guys!" tiba-tiba Hafiz datang sambil menyandang beg galasnya membuatkan sesi throwback itu terpaksa tertunda seketika.

"Uish, kacau la kau Chick," Adam mendelik namun mendapat senyuman manis daripada Hafiz.

"Yow, korang cerita tak ajak. Apeni kawan," Hafiz bertanya dengan nada sedikit tidak terima.

"Kau ada tak syok," tutur Jiyad sengaja membuatkan Hafiz mendecih.

"Ni, ha. Yang pasal kita pergi resort tu," kata Atiq yang sememangnya sudah bersemangat sedari tadi.

"Resort? Oh! Yang masa form three tu ke? Serius rindu dowh!" Hafiz tertarik.

"Ha, sampai mana tadi? Yang bahagian kayak tu kan? Pakcik itu betul weh! Sebab aku nampak time geng Aira beri roti dekat tasik tu. Ikan-ikan besar gila! Ni kalau aku tangkap dan jual ni konfem meletop!"

"Eh! Aku masa tengah lumba kayak tu ikan besar tu timbul tepi kayak aku tau! Aku dah lah tak berapa nak ok dalam kayuh! Tersekat aku time nak pusing tu!" Hafiz mendengus.

"Oh, yang masa kau dengan Arfan nak pusing arah tu kan?" tanya Atiq sedikit tertawa.

"Haah,"

"Serius aku masa tu kat belakang kau je! Aku gelak weh!" kata Atiq lagi.

"Dan kau ingat tak yang Adam kena ngorat dengan kakak dan makcik-makcik time dia nak basuh pinggan setiap kali kita makan kat dewan tu?" tanya Jiyad yang terlihat cuba menahan tawa membuatkan Atiq, Hafiz dan Arfan pun mula melakukan hal yang sama.

"Sebab muka seiras Seokjin BTS kan?" Arfan mula mengusik.

"Bukan seiras! Dah macam copypaste!"

Adam mula menghela nafas. Ah, sudah...

"Yang nak jadikan menantu tu kan? Muka dia malu-malu tu kan?" jawab Hafiz dengan nada yang jengkel.

"Dan lepas tu dia nak lari, tapi...," sengaja Atiq belum menyambung kerana tawanya yang bergelonjak.

"Serius kau jangan ingatkan aku erh! Aku lempang kau kan!" ugut Adam tidak terima.

"Dia jatuh depan Aira!" sambung Jiyad membuatkan tawa mereka kecuali Adam meledak.

Adam hanya mampu terdiam dengan wajah datarnya. Kejadian itu memang ada benarnya. Maklumlah orang kacak, memang akan jadi pusat perhatian. Dan ketika di sana, ada seorang kakak yang merupakan anak seorang makcik yang bertugas menyediakan makanan di dewan merupakan seorang pengemar ahli kumpulan KPOP Korea. Dan, mereka tidak sengaja bertembung ketika Adam mahu membasuh pinggan. Apa lagi? Kakak itu menjerit mengatakan 'Seokjin oppa' sejak mereka bertemu dalam tiga hari itu. Mahu tidak mahu, Adam hanya mengiyakan sahaja kerana dirinya yang ramah. Namun perihal menantu itu, dia mengelak dan akhirnya tersadung pada sebuah kayu dan berakhir jatuh di hadapan gadis yang disukai Aira. Mujurlah Aira ketika itu membantunya namun tidak jadi kerana Jiyad dan Atiq sudah datang terlebih dahulu dengan sisa tawa mereka. Meskipun kejadian itu dianggap romantik, bagi Adam tidak sama sekali! Kejadian itu memalukannya!

Bunyi loceng menghentikan tawa mereka. Sempat Adam melemparkan death glare kepada empat sahabatnya sebelum pelajar lain masuk diikuti pelajar-pelajar perempuan yang lain.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.