Slot 2 : Tali Bahagia yang Bersimpul
Ketika tersungkur di lembah khilaf,
ada tali keinsafan yang dihulur.
Buat yang entah ke sekian kali, aku ditarik lagi.
Ditarik ke satu lorong yang di hujungnya ada cahaya halawatul iman.
Bagaimana aku sembahkan syukurku pada-Mu, ya Allah?
Padahal aku sering saja berpaling dari jalan lurus yang Engkau bentangkan di jalan kehidupanku ini...
Salahkah kita buat dosa?
Kita tidak sedar pun dalam sehari itu, kita sebenarnya banyak buat dosa.
Sebenarnya Allah tahu kita pasti banyak dosa.
Allah nak kita yang berdosa ini minta ampun pada Dia.
Apa saja yang kita buat, balik semula pada hati. Allah yang pegang hati kita.
Peluang.
Peluang kita terlalu banyak.
Tali.
Tali kita terlalu panjang.
Allah bagi kita peluang demi peluang. Allah tarik kita untuk terus ingat Dia. Untuk terus minta ampun dengan Dia. Sebab itu ada peluang. Sebab itu ada tali.
Peluang itu di otak. Fikir.
Tali itu di hati. Simpan.
Ingat, ada tali bahagia yang bersimpul di hati.
Nantikan slot 3: Bunga-bunga Alim