Home Puisi Islamik Tenggelam
Tenggelam
Hidayah Ismail
29/5/2020 01:14:14
2,227
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

Desas-desus angin mahmudah

melambai mencarimu di persimpangan buntu

kau tidak peduli lagi

hingga derap kaki egomu tiba

di hutan yang tebal pokok cemburu

kau redah tak peduli lelah

kau cangkul amarahmu

di tanah dugaan yang membukit

tak kau endah rintik nasihat yang terus mengalir di hatimu

malah

kau payungi dengan akalmu yang berlubang.

 

Tidakkah kau fikir

kau sudah tenggelam di kubur mazmumah?

Padahal di belakang bukit dugaan itu

ada rumah sabar

untuk kau berteduh

untuk kau cari ketenangan yang hilang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.