Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU TOMBOY, SUAMIKU EGO
ISTERIKU TOMBOY, SUAMIKU EGO
2/1/2015 14:24:51
13,061
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3 PART 2

Andriana sampai ke Dinasour Holding tepat pukul 10.00 pagi. Dia sudah terlambat kerana waktu bekerja ialah pukul 9.00 pagi. Andriana melangkah ke bilik pejabatnya. Sebelum dia masuk, dia mengintai dari luar, kerana dia tahu Rayyan ada didalam biliknya.

Dia membuka sedikit pintu dan mengintai, Rayyan sedang bermundar-mandir didalam biliknya. “Apalah yang malaun ni mundar-mandir dalam bilik aku, latihan berjalan kowt.” Bisik Andriana. Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang bernas, hehehe.

Dengan berhati-hati dia masuk dan dia menyergah Rayyan yang sedang bermundar-mandir didalam biliknya.

“Huargh!!!” Andriana menyergah Rayyan dari belakang.

“Arghh!!!” Rayyan menjerit kerana terkejut sampai tergolek dilantai.

“Hahahahahaha!!!” Andriana ketawa dengan kuat, padan muka kau wahai malaun.

“Woi! Kau ni pehal?! Nasib baik aku takde masalah jantung, kalau tak dah sah-sah aku ‘jalan’.” Marah Rayyan.

“Padan muka kau! Yang kau ada dekat sini kenapa? Keluarlah!” Andriana menolak Rayyan supaya keluar.

“Kau ni pehal tolak-tolak aku ni?! Aku kan boss kau, jadi, mestilah aku kena sentiasa ada dengan kau. Kenapa kau datang lambat? Lama aku tunggu kau.”

“Eh, suka hati akulah nak datang bila pun, kau ni sibuk kenapa? And one more thing, kau ni takde kerja kerr? Papa kau kan ada syarikat sendiri, kenapa tak kerja dengan papa kau? Yang nak kerja dengan papa aku kenapa?” Tanya Andriana bertalu-talu.

“Memang aku kerja dengan papa aku, tapi papa kau suruh aku tolong kau buat kerja, kau tukan selalu buat masalah, kau ingat aku nak sangat ker tolong kau? Huh...” Balas Rayyan.

“Tolong kepala lutut kau! Kau mengarah aku adalah, kau tak payahlah nak ‘tolong’ aku lagi, kau cakaplah dekat papa aku yang aku ni dah boleh buat kerja sendiri.” Pujuk Andriana.

“No way! Aku akan tetap dekat sini dengan kau.”

“Suka hati kaulah!” Andriana mengeluarkan laptopnya dari beg galasnya. Dia buka akaun facebook nya, dia masih tidak puas untuk berchatting dengan si Ellie.

“Apa kau buat tu?” Rayyan duduk disebelah Andriana diatas sofa.

“Ohh, main facebook, aku pun ada facebook, add lah aku.”

Andriana buat-buat tidak dengar apa yang Rayyan cakapkan. “Takde masa aku nak add kau.” kata Andriana dalam hatinya.

Rayyan menghimpit Andriana apabila dia tidak dilayan oleh Andriana.

“Woi! Kau ni pehal himpit-himpit orang ni?!” Andriana marah, dia cukup pantang kalau orang menghimpitnya. Abang-abangnya pun pernah kena terajang dengan si Andriana ni sebab pernah menghimpitnya.

“Dah kau tak endahkan aku, meh sini laptop kau.” Rayyan mengambil laptop Andriana dan menaip nama akaun facebook nya diruangan ‘search’ dan dia menekan butang ‘add’ ...

“Weyh, aku tak mau add kau lah!” Andriana merampas semula laptopnya dari Rayyan.

“Kau jangan nak gatal pergi ‘unfriend’ aku.” Kata Rayyan.

“Kalau aku ‘unfriend’ jugak? Apa yang kau nak buat?”

“Kalau kau ‘unfriend’ aku, aku akan datang rumah kau hari-hari.” Ugut Rayyan.

“Pergh! Jembalang ni nak datang rumah aku pulak! Tak pasal-pasal rumah aku jadi rumah puaka.” Katanya dalam hati.

“Yelah! Tapi kau jangan gatal nak datang rumah aku!” Andriana mengalah, tak sanggup dia nak tengok Rayyan hari-hari dirumahnya.

“Tau takut...” Rayyan bangga kerana dia menang melawan gadis pujaan hatinya yang keras kepala itu.

“Dahlah, aku nak chatting dengan kawan aku, kau jangan bagi kerja dekat aku hari ni.” Andriana melayan facebook.

“Kau memang takde kerja pun hari ni, sebab semalam kau dah buat kerja kau untuk seminggu.” Kata Rayyan selamba.

“Damn! Tak guna betullah! Mati-matian aku ingat yang itu kerja aku untuk sehari.” Ujarnya didalam hati.

Suasana kembali senyap, Andriana sibuk melayan facebook dan Rayyan membuat kerjanya.

Tiba-tiba Rayyan berasa bosan. Dia memandang Andriana. “Comelnya dia ni, rasa macamnya cubit-cubit aje pipi minah ni.” Katanya dalam hati.

“Kenapa kau tengok aku macam nak telan aku? Aku tau lah aku ni comel dan cantik, tak payahlah nak tengok lama-lama.” Andriana sudah lama menyedari yang Rayyan memandangnya, gerun pulak kalau Rayyan membuat yang bukan-bukan kepadanya.

“Eh, kau jangan nak perasanlah, aku pandang kau sebab kau tu tak cantik. Kesianlah siapa yang jadi laki kau.” Tipu Rayyan. Apa yang Andriana cakapkan seratus peratus apa yang ada difikiran Rayyan.

“Huh, suka hati kaulah, sehari tak mengata aku, tak boleh hidup agaknya kau ni.” Andriana malas hendak melayan Rayyan yang tak pernah ‘salah’ itu.

“Aku bosanlah, aku nak join kau boleh?” Rayyan mendekati Andriana kembali.

“Kau pergilah buat kerja kau, kau kan suka kerja. Kalau tak kerja tak lengkaplah kehidupan kau.” Andriana memerli Rayyan.

“Dalam laptop kau ni ada lagu yang best tak?” Rayyan tidak mempedulikan perlian Andriana.

“Ada, kau suka lagu macam mana?” Tanya Andriana, sekali-sekala berbaik dengan malaun ni, tak salah rasanya, taklah sakit hati sangat dan taklah bosan sangat, ada jugak kawan nak berbual.

“Aku suka lagu melayu macam lagu P.Ramlee. Ada tak?”

“Pergh! Buruk betul selera musik kau ni, zaman sekarang ni, mana ada orang dengar lagu melayu, orang dengar lagu english. Dalam laptop aku ada lagu english jer yang banyak. Lagu melayu tak taulah ada ke tak.” Andriana mengutuk selera musik kegemaran Rayyan.

“English pon english lah. Kalau english, aku suka lagu Avicii, Magic!, Katy Perry, Demi Lovato dan Taylor Swift.”

“Wow! Kau pon minat diorang? Aku minat sangat lagu-lagu diorang, sebab feeling dowh!” Andriana seronok kerana Rayyan juga suka lagu dari penyanyi kesukaannya itu.

“Mestilah! Masa aku belajar dekat US dulu, hari-hari aku dengar lagu diorang. Aku pernah pergi ke konsert diorang kau tau tak.” Kata Rayyan dengan bangga.

“Wah, seronoknya kau. Aku pun nak pergi jugak, tapi takkanlah diorang nak datang Malaysia pulak. Kau ni umur berapa?” Tanya Andriana.

“Aku baru 23 tahun. Baru habis study tahun lepas.” Jelas Rayyan.

“Owh, patutlah nampak muda lagi, kau sama umur dengan angah. Kalau Rafiq pulak?” Andriana terus bertanya.

“Rafiq tu abang sulung, dia umur 24 tahun. Sama dengan Andrean. Aku sama umur dengan Andrine dan Alisha sama umur dengan kau. Rasa macam kebetulan pulakan?”

“Ha’ah! Betul jugak.”

“Eh! Kenapa aku mesra sangat dengan malaun ni? Tak boleh jadi ni!” Bisik hatinya.

“So, kau suka lagu apa?” Tanya Rayyan kepada Andriana.

“Aku suka lagu Wake Me Up- Avicii, Rude- Magic!, Firework- Katy Perry, Heart Attack- Demi lovato dan Blank Space- Taylor Swift.”

“Samalah dengan aku.” Sama lagi. Agaknya mereka berdua ni jodoh agaknya.

Mereka mendengar lagu yang mereka sukai sambil membahas tentang penyanyi kegemaran mereka itu. Tanpa sedar sudah masuk waktu makan tengahari.

“Aku nak pergi makan tengahari dulu, bye!” Andriana melangkah keluar dari bilik itu.

“Tunggu!” Rayyan mengejar Andriana.

“Kenapa? Sekarangkan dah waktu lunch...”

“Aku nak ikut kau jugak.” Kata Rayyan.

“Tak boleh! Kau pergilah lunch sorang-sorang.” Halau Andriana.

“Tak kira! Aku nak ikut kau jugak.” Rayyan masuk ke dalam kereta Andriana dan duduk di tempat penumpang di sebelah pemandu ketika Andriana membuka lock keretanya.

“Yelah, yelah! Kau ni memang tak boleh tengok aku senanglah.” Andriana masuk ke dalam keretanya dan terus memandu ke destinasi pilihannya.

“Kau nak makan dekat mana ni?” Tanya Rayyan.

“Kau diam jelha, nanti kau taulah.” Andriana terus memandu. 10 minit memandu, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Restoran Seafood Thai. Restoran kegemarannya kerana makanan disitu sangat menyelerakan. Sekali datang, pasti akan datang berkali-kali.

Mereka keluar dari kereta dan mengambil tempat yang agak terpencil dari orang ramai. Manalah tau, kowt- kowt ada perang antara mereka, tak ker kecoh nanti? Hehehe...

Seorang pelayan datang ke arah mereka. “Apa yang encik dan cik nak order?”

“Weyh, biar aku orderkan makanan untuk kau sekali.” Kata Andriana kepada Rayyan. Rayyan cuma mengangguk. Sudah lama dia tidak makan makanan Thai.

“Saya nak nasi putih, tomyam , telur dadar, sayur campur, sotong goreng tepung, daging masak merah, ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin, semuanya untuk dua orang makan.” Andriana membuat pesanan.

“Okey, minum?”

“Saya nak jus tembikai. Kau nak air apa?” Tanya Andriana kepada Rayyan.

“Bagi jus tembikai jugaklah.”

“Okey, tu jer.” Pelayan itu pergi dari situ.

“Sedap ker makan dekat sini?” Tanya Rayyan.

“Of course lah sedap! Tiap-tiap minggu aku datang sini dengan family aku. So, sebab kau yang gatal nak ikut, kau kena belanja.”

“Okey, no problem. Duit aku berlambak-lambak, tak tau nak buat apa.” Kata Rayyan. Suka hati kaulah Rayyan oii...

15 minit menunggu, makanan mereka sampai. Mereka dengan berselera. Selesai makan, Rayyan membayar makanan mereka. Kemudian mereka menuju ke kereta.

“Lepas ni, kau nak pergi mana?’ Tanya Rayyan.

“Nak pergi mana lagi? Balik pejabat lah, kau nak pergi mana-mana ker?”

“Kerja kau kan dah siap untuk seminggu, kerja aku pun dah siap untuk seminggu, so, takkanlah nak duduk dekat pejabat jer kowt.”

“Aku memang tak mau duduk dekat pejabat tu, tapi kau kan suka paksa aku buat kerja, mesti kau paksa aku duduk dalam pejabat tu jugak.” Andriana merasakan ada harapan untuk dia keluar dari pejabat itu.

“Jom kita pergi shopping nak?” Cadang Rayyan.

“Jom!” Andriana terus memandu ke Aeon, kerana itu adalah tempat membeli-belah yang paling dekat. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Hehehe...

Sebelum mereka pergi ke Aeon, Rayyan singgah dimasjid dulu untuk menunaikan solat jumaat, Andriana menunggu didalam kereta, kalau nak diikutkan dia mahu meninggalkan Rayyan, tetapi bila memikirkan, Rayyan sedang beribadah, tak sampai hati pula.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.