Home Novel Komedi/Romantik Komedi ISTERIKU TOMBOY, SUAMIKU EGO
ISTERIKU TOMBOY, SUAMIKU EGO
2/1/2015 14:24:51
13,088
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3 PART1

Andriana melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia ingin segera ke katilnya yang empuk kerana seharian dia dipaksa membuat kerja yang sangat banyak oleh si mamat psycho tak lain, tak bukan si Rayyan. Dia terpaksa balik lambat kerana dipaksa untuk menyiapkan semua kerja sebelum balik. Kejam betul si Rayyan tu.

“Assalamualaikum.” Andriana memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Papa, mama, along dan angahnya menjawab salam.

“Andy, dah balik pon adik abang ni, amacam kerja? Best tak? Mestilah best kalau ada putera handsome yang temankan.” Andrean Shah meluru ke arah Andriana.

“Banyaklah along punya best. Dahlah, Andy nak naik. ” Andriana ingin melangkah ke biliknya tetapi ditarik oleh Andrean Shah duduk di sofa.

“Nantilah dulu, duduklah dulu, citer dekat kitorang macam mana pengalaman pertama bekerja.” Mereka semua teruja ingin mendengar pengalaman Andriana. Maklumlah hari pertama bekerja.

“Tak ada apa yang best, penat, bosan, sakit hati.” Kata Andriana sebelum meninggalkan ruang tamu dan menuju ke biliknya.

“Aikk, Andy! Kitorang tak habis tanya lagi lah!” Puan Sri Athira Aleeya memanggil Andriana tetapi tidak diendahkan.

Andriana berbaring diatas katilnya. Penatnya! Tak pernah lagi dia bekerja keras seperti hari ni. Kemudian Andriana mengambil tuala dan pergi mandi. Setelah mandi, dia memakai baju tidur kesayangannya dan menunaikan solat isyak. Nasib baik dia sudah solat maghrib di pejabat tadi, kalau tidak, tak pasal-pasal kena tanggung dosa sebab lambat solat.

“Bukak facebook lah, dah lama aku tak chatting dengan Ellie. Mesti dia sedang online, minah tukan kaki online. Dalam dewan kuliah pun sempat lagi nak online.” Andriana mengambil laptopnya dan membuka akaun facebook miliknya. Kan dah cakap! Minah ni mesti online. Andriana baru sahaja ingin menaip mesej kepada Ellie, tetapi Ellie terlebih dahulu menghantar mesej kepadanya.

Ellie Kurumi: Weyh! Mana kau pergi? Mentang-mentanglah dah berhenti kolej, dah lupakan aku erk? Sampai hati kau. :( ...

“Hahahaha, lajunya minah ni, aku baru nak tegur dia, dah tegur aku dulu.” Andriana membalas mesej Ellie.

Andy Kawaii: Sorrylah sahabat, aku memang nak jumpa kau, tapi takde masa...hehehe :3...

Ellie Kurumi: Ewah, kau kan dah berhenti, takkanlah takde masa nak jumpa aku? Kau sibuk buat apa sampai takde masa? Sibuk shopping? Sibuk jalan-jalan? Maklumlah orang kaya... -_- ...

Andy Kawaii: Banyaklah kau punya jalan-jalan. Kalau nak ikutkan plan, memanglah aku nak jumpa kau dalam masa terdekat ni, tapi papa aku paksa aku kerja dgn dialah. Ni pun, aku baru balik kerja.

Ellie Kurumi: Wahh!! Bestnya kau, dah boleh kerja, maklumlah papa kau kan bos besar, kalau takde kelulusan pun boleh kerja dengan papa kau, aku ni, nak kerja pun susah, maklumlah family aku biasa-biasa jerr, so, kenalah belajar sungguh2...

Andy Kawaii: Banyaklah kau punya best, kau tau tak, aku baru mula kerja hari ni, tapi dah kena buli dengan sorang mamat ni, dia suruh aku buat kerja berlambak2. T_T ...

Ellie Kurumi: Aikk, anak bos besar pun kena buli? Kenapa kau tak cakap dekat papa kau?.

Andy Kawaii: Haaa, meh sini aku nak citer, adalah sorang mamat ni nama dia Rayyan. Dia anak kawan baik papa aku, so, aku baru mula kerja hari ni, pastu papa aku suruh si Rayyan ni, pantau aku buat kerja. Mula-mula dia okey jerr dengan aku, pastu bila aku maki dia, terkeluar terus perangai dia. Dia tu kejam weyh!... Huhuhuhu :’( ...

Ellie Kurumi: Handsome tak Rayyan tu?...

Andy Kawaii: Woii! Bukannya nak simpati dengan aku, tapi tanya mamat tiga suku tu handsome kerr tidak pulak.

Ellie Kurumi: Alololo, ciannyer kawan aku ni, aku tanya jer, mana tau kau jatuh cinta dengan dia.

Andy Kawaii: Mintak simpang weyh! Tak ingin aku jatuh cinta dengan mamat tiga suku tu. Tapi, dia tu memang handsome pon, terpegun aku tengok muka dia masa mula-mula jumpa dulu. Tapi kalau handsome, perangai macam jembalang yahudi tak guna jugak weyh...

Ellie Kurumi: Hahahahaa! Ada ker patut kau samakan dia dengan jembalang yahudi.

Andy Kawaii: Okeylah beb, aku dah ngantuk ni, nanti kita sambung chatting lagi..oh, hari sabtu ni, kau free tak? Kalau kau free, aku datang ambil kau dekat rumah kau, kita pergi jalan-jalan tengok wayang, pastu shopping, aku belanja. Amacam?

Ellie Kurumi: What? Of course lah aku free. Betul kerr kau nak belanja aku shopping?! Serius weyh?!

Andy Kawaii: Amboi, tak percaya pulak, selama ni, akulah atm bergerak kau, dah lupa kerr?

Ellie Kurumi: Thanks beb! Kaulah sahabat dunia, akhirat aku. Hari sabtu ni, kau datang ambil aku pukul 1 petang. Jangan lambat tau ;) ...

Andy Kawaii: Okay, beres! Jumpa lagi...nite!

Ellie Kurumi: Nite!

Andriana menutup laptopnya, tak sabarnya nak keluar dengan Ellie, Ellie atau nama sebenarnya Nurul Elysa adalah kawan baiknya dari sekolah menengah, mereka sangat rapat, dan bertambah rapat ketika mereka mendapat tawaran ke kolej yang sama. Ellie datang dari keluarga yang boleh dikatakan senang, tetapi Andriana jugaklah tempat yang dia cari ketika pokai, Andriana tak pernah berkira dengan Ellie kerana Ellie adalah satu-satunya sahabat yang dia ada dan Ellie jugalah satu-satunya orang yang tahu akan ‘peristiwa’ tiga tahun yang lalu. Ahli keluarganya yang lain, tidak mengetahui ‘kejadian hitam’ yang menyebabkan kehidupan Andriana kelam dan membuatkannya membenci semua lelaki.

“Haish, tak boleh jadi ni, malaun tu muncul untuk mengacau rancangan aku, aku mesti singkirkan dia dari hidup aku.” Andriana memikirkan rancangan untuk menyingkirkan Rayyan.

“Esok aku tak mau bangunlah pergi kerja, malas aku nak jumpa malaun tu.” Andriana tidak dapat memikirkan rancangan yang sesuai, rasanya lebih baik, dia tak pergi kerja, lagi bagus.

__________________________________________________________________________________________________________

“Andy! Bangun! Dah pukul 8 ni! Nanti lambat nak pergi kerja.” Puan Sri Athira Aleeya mengetuk pintu bilik Andriana. Tetapi tiada respon dari Andriana.

“Haish budak ni, Tini! Mari sini sekejap!” Dia memanggil Kak Tini.

“Ada apa puan?” Kak Tini datang.

“Tolong ambilkan kunci spare bilik Andy dalam peti dekat dalam bilik stor.”

“Baik puan.” Kak Tini mengambil kunci spare, tidak lama kemudian, dia datang dan menyerahkan kunci itu kepada Puan Sri Athira Aleeya.

Puan Sri Athira Aleeya membuka pintu bilik Andriana dan dia melangkah masuk kedalam bilik Andriana, tetapi Andriana tidak kelihatan didalam bilik itu.

“Manalah budak Andy ni pergi, selalu buat perangai...” Puan Sri Athira Aleeya mencari-cari Andriana, mungkin sedang bersembunyi.

Andriana melihat mamanya dari dalam almari ni yang terbuka sedikit. “Keluarlah mama, Andy tak nak pergi hari ni.” Bisik Andriana. Tiba-tiba, hidungnya terasa gatal dan akhirnya dia bersin.

Puan Sri Athira Aleeya mendengar sesuatu yang datang dari dalam almari pakaian Andriana.

“Haaa! Mana nak nyorok? Dah jumpa, kenapa mama panggil tak jawab? Sekarang ni dah pukul 8.30 tau tak? Kenapa tak siap lagi ni?” Puan Sri Athira Aleeya akhirnya jumpa si Andriana.

“Mama, Andy tak laratlah nak pergi, hari ni Andy cuti boleh tak?” Rayu Andriana.

“Tak boleh, baru dua hari kerja, dah nak cuti, kan esok dah nak cuti. Sekarang ni, pergi siap, mama telefon Rayyan suruh dia ambil Andy.”

“Ehh! Tak payah, Andy boleh pergi sendiri, nanti Andy nak balik dengan apa?” Andriana tidak bersetuju dengan cadangan mamanya.

“Rayyan lah yang hantarkan, bolehlah dia singgah makan malam dengan kita.”

“Ahh, takde takde, Andy boleh pergi sendiri. Andy nak tukar baju kejap, mama jangan nak pandai-pandai suruh Rayyan datang sini.” Andriana menolak lembut Puan Sri Athira Aleeya keluar dari biliknya.

“Okaylah kalau macam tu, mama turun dulu.”

“Haish, tak guna punya Rayyan, aku mesti singkirkan dia jugak walau apa pun yang terjadi.” Andriana memikirkan rancangan.

Previous: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.