Home Novel Cinta Cinta kau plastik!!! I HATE YOU!!!
Cinta kau plastik!!! I HATE YOU!!!
9/4/2014 15:11:52
4,315
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2
Rehat pertama. Biasanya waktu seperti ini Diana pasti berada diperpustakaan. Maka Andrian mengatur langkah ke sana. Dari pintu perpustakaan dia lihat Diana duduk di salah satu kerusi, menatap buku yang terbuka dihadapannya sengan serius.

Tanpa suara Andrian mengambil tempat di hadapan. Ditatapnya gadis yang tetap tidak bereaksi dengan kehadirannya.

"Hai...!"

Diana mengangkat wajah. Terbit sebuah senyuman di bibirnya sebaik sahaja tahu Andrian duduk di hadapannya.

"Serius nampak. Baca buku apa?" tanya Andrian sambil tersenyum manis. Ah!!! Hendak gugur jantung Diana melihat wajah Andrian.

Diana mengangkat buku di tangannya. Sebuah novel sastera Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Awak nak jadi seorang sasterawan?"

"Cukuplah menjadi pengarang cerpen saja!"

"Pendapatan pengarang itu kecil..."

"Wang bukan segalanya, kan?"

Andrian menelan air liur.

"Awak nak baca buku ni?"

"Saya cuma nak berbual dengan awak sahaja!"

Diana tersipu-sipu. Jawapan Andrian sebentar tadi bagai anak panah menusuk tepat di hulu hatinya. Hingga dia merasakan jantungnya berdegup pantas! Dadanya kembang kempis. Tapi suka dengan debaran itu!

"Tentang apa?"

"Tentang apa ya?" Berkerut dahi Andrian. Hingga alis matanya yang hitam dan lebat itu bertemu. "Saya teringin nak berbual dengan awak sahaja..."

Merona merah pipi Diana. Diana tidak keruan. Andrian tak seperti biasa. Kali ini dia berbeza. Sangat beri perhatian dan lembut.

"Awak tak ke kantin?"

"Tak lapar..."

"Kita berbual di taman nak? Di sini udaranya menyesakkan dada. Lagipun orang lain akan terganggu mendengar suara kita."

Oh, Tuhan! Apa yang terhadi kepadaku hingga dia begitu kacak di mataku, bisik Diana dalam hati.

"Macam mana Diana?"

"Boleh!"

Diana bangun terlebih dahulu. Lalu Andrian menyusul dari belakang. Tapi tiba-tiba Andrian memberanikan diri menggenggam tangan Diana yang 'comel' itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.