Home Novel Komedi/Romantik Komedi personal assistant milik boss
personal assistant milik boss
Iman Adami
17/6/2016 10:33:39
32,854
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 16

Usai sahaja solat isyak,Zarin keluar dari bilik. Dia menapak ke ruang tamu. Dia duduk bersandar di sofa. Entah mengapa fikirannya asyik mengimbau peristiwa siang tadi. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia menyerahkan seluruh cintanya pada Aamar.

Zarin mengeluh ringan. Rumahnya terasa kosong. Aamar masih belum pulang dari masjid. Zarin merenung foto Aamar yang tergantung kemas pada dinding. Tidak lama itu,Aamar membuka pintu rumah. Dia tersenyum melihat Zarin yang ralit merenung gambarnya. Hatinya terus berbunga. Tidak sangka pula isterinya itu tertarik akan gambar mewahnya itu.

Aamar menapak perlahan. Dia mendekati sofa itu dan mengekalkan kedudukannnya dengan berdiri di belakang sofa itu. Zarin langsung tidak sedar akan kehadiran Aamar yang baru pulang dari masjid itu. Aamar merapatkan bibirnya ke cuping telinga Zarin. Deria baunya sempat meghidu bau haruman mawar yang melekat pada leher jinjang Zarin. Matanya terpejam dek melayan haruman bau yang cukup menghairahkan itu. Namun,cepat-cepat dia kembali ke realiti dan hakikat sebenar bahawa Zarin masih belum rela menjadi miliknya sepenuhnya.

“Assalamualaikum..cinta...”suara Aamar penuh menggoda,berbisik ke telinga Zarin. Zarin kaget. Dia terus menoleh ke kanan demi mencari sumber bisikkan yang menggoda itu. Tanpa disangka,hidungnya bergesel dengan hidung Aamar. Dia terpana seketika.

“Aamar,awak buat apa ni?”suara Zarin agak keras. Dia menahan marah di dada. Jujur,dia tidak suka dengan tindakan Aamar tambahan pula dengan peristiwa Idyan yang muncul di pejabat siang tadi. Bertambah lagi sakit hati yang dirasai.

“Abang buat apa dekat sayang? Kenapa ni..?”Aamar berganjak dari posisinya. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Zarin. Zarin sengaja mengalih pandangannya ke sisi kiri. Aamar memaut bahu Zarin lembut namun pautan itu sengaja Zarin leraikan.

“Awak tak payahlah nak pegang-pegang saya. Saya..tak suka!”

“Sayang,kenapa ni? Abang ada buat salah apa dengan sayang? Cakaplah dekat abang. Atau..sayang merajuk sebab abang teman Idyan breakfast tadi?”Aamar cuba memancing perhatian Zarin. Zarin terus memandang wajah Aamar.

“Kalau saya cakap ya,kenapa? Awak dah gelakkan saya sebab merajuk dengan awak? Macam tu?”

“So,betullah sayang merajuk sebab Idyan? Sayang...tak payahlah nak merajuk macam ni. Sayang buat abang risau tau.”Aamar mengenggam tangan Zarin.

“Habis,awak nak suruh saya buat apa? Takkan saya nak tersengih-sengih tengok awak keluar dengan orang lain? Mana ada wife yang suka tengok husband dia berkepit dengan perempuan lain. Takkan itu pun nak kena bagi tahu.”omel Zarin.

“Alah..sayang ni..tak payahlah nak merajuk macam tu. Abang tak retilah nak pujuk isteri abang ni.”Aamar menggosok lembut kepala Zarin. Zarin pula hanya diam,tidak bercakap sepatah pun.

“Mmm..sayang...malam ni,sayang tidur bilik abang boleh?”persoalan itu membuat dahi Zarin berkerut.

“Kenapa pulak dengan awak ni? Awak demam ke?”Zarin meraba-raba dahi Aamar. Tiada pula tanda-tanda yang Aamar ini demam. Dia sihat sepenuhnya.

“Tak sayang,abang tak demam. Abang sihat. Mmm..sayang,bolehlah temankan abang tidur malam ni. Abang janji takkan apa-apakan sayang. Abang janji takkan kacau sayang tidur. Abang cuma nak sayang temankan abang tidur. Itu je..please...”

Zarin diam sejenak. Dia memerhatikan raut wajah suaminya. Aamar memandang Zarin penuh pengharapan agar permintaannya diterima.

“Tak nak. Awak tidurlah sorang-sorang. Saya merajuk dengan awak.”jawab Zarin. Dia terus bangun dan menaiki tangga untuk ke biliknya.

“Sayang..! Sayang!”panggil Aamar namun panggilannya diendahkan.

“Aku baru je nak pujuk dia,dia pulak yang jual mahal. Susah betullah nak tawan hati isteri sendiri.”luahnya diselangi perasaan berbaur kecewa.

KILAT sedang sabung menyabung ditambah pula dengan hujan yang lebat membasahi bumi. Zarin terjaga dari tidur dek kerana panahan cahaya kilat itu menerjah masuk melalui tingkap. Langsir biliknya asyik terselak. Zarin bangun dari pembaringan dan duduk memeluk kedua lututnya. Tidurnya terganggu dek bunyi guruh yang diselangi dengan panahan petir di luar rumah.

Zarin takut untuk melelapkan matanya. Tangannya pantas mencapai bantal peluknya dan turun dari katil. Dia memeluk bantal itu erat ke dakapannya sementara kakinya pula menapak perlahan keluar dari bilik. Derapan kakinya berhenti tepat di muka pintu bilik Aamar. Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik suaminya namun menghampakan. Ketakutannya semakin bertambah akibat bunyi guruh yang semakin kuat berdentum di kaki langit.

“Aamar! Bukalah pintu ni!”Zarin masih gigih mengetuk pintu bilik Aamar. Walaupun ketukan pintu itu sudah terlalu kuat,namun Aamar tetap lena dibuai mimpi. Tambahan lagi,hujan lebat di luar rumah menyebabkan dia seronok mengulit mimpi.

“Abang,sayang takut ni! Abang,bangunlah!”Zarin masih mengetuk pintu. Air matanya sudah gugur di pipi. Tangannya cuba untuk memulas tombol pintu bilik suaminya. Rupanya pintu itu tidak berkunci. Zarin lega. Dia terus masuk ke dalam bilik Aamar.

Dipandangnya Aamar yang lena dibuai mimpi. Dia duduk di birai katil. Zarin mengeratkan dakapan bantalnya. Air matanya turut membasahi pipi. Entah mengapa,dia benar-benar takut akan bunyi guruh dan kilat yang sambar-menyambar itu.

Aamar membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ada seorang gadis yang duduk bersedih di birai katil. Siapa lagi kalau bukan isterinya,Zarin Sufi. Sebenarnya Aamar sengaja membiarkan Zarin mengetuk pintu biliknya tadi. Dia bahkan sempat mendengar Zarin yang membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ dan ‘sayang’ tadi. Hatinya dicuit rasa lucu.

Aamar bangun dari tidur dan segera merapati Zarin. Dia membelai lembut rambut isterinya. Zarin mengangkat wajahnya lantas memandang wajah Aamar.

“Sayang,kenapa nangis ni? Huh?”soal Aamar lembut. Perasaan serba salah menghurung jiwanya. Tidak sepatutunya dia membiarkan Zarin berlama di luar biliknya tadi.

“Saya takut nak tidur...saya tak boleh tidur.”jawabnya dengan tangisan yang masih bersisa.

“So,sayang dah mengaku kalahlah? Tak sangka sayang sudi nak teman abang tidur malam ni. So sweet and I’m like it..”Aamar mengangkat dagu Zarin dan matanya merenung mata Zarin yang membulat itu.

“Orang tengah takut ni,dia buat lawak pulak..”Zarin memukul dada bidang Aamar dengan bantal peluknya.

“Abang tak melawaklah. Dah,sekarang kita tidur,okey.”Aamar menarik tangan Zarin ke dalam dakapannya. Mulanya,Zarin agak kekok diperlakukan begitu. Namun,lama-kelamaan dia merasa nyaman dan selesa sekali tatkala terlena dalam dakapan suaminya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.