Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi bila cik brutal jatuh cinta
bila cik brutal jatuh cinta
Iman Adami
16/6/2016 22:37:36
7,525
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Kau pehal beb?! Gembira sakan je..”soal Nia sebaik sahaja aku keluar dari bilik.

“Wei,ko tahu tak,abang angkat aku datang KL derr..dia call nak jumpa aku!”

“Fahrin ke? Arin?”

Aku mengangguk laju. Malas mahu berdalih dengan Nia.

“Sah! Lepas kau balik jumpa Arin,mesti kau sengih-sengih macam orang gila. Kan,Cik Brutal?”perli Nia.

Aku melibas Nia dengan tuala mandi yang ku gantung di leher. Hajat mahu mandi dahulu namun kaki aku tiba-tiba menapak ke ruang tamu. Mungkin emosi teruja telah berlebihan.

Aku bangun dari sofa dengan wajah yang manis semanis madu.

“Kau nak gi mana tu?”soal Nia.

“Aku nak gi jumpa Abang Arinlah! Asal kau nak ikut,eh?”aku sengaja menyakat Nia.

“Aku ikut buat apa? Bosan adalah!”Nia mencebik ke arah aku. Aku membalas dengan jegilan mataku.

Aku melangkah ke bilik air. Hampir lima belas minit juga aku menyegarkan diriku. Usai sahaja mandi,aku memakai t-shirt lengan panjang yang bergambar Superman. Lengan panjang baju t-shirt itu aku lipat ke paras siku. Aku gemar memakai baju berlengan panjang tapi memang sudah stail aku untuk melipat lengan baju yang panjang itu.

Aku menyarung seluar jeans hitam yang berjenama Levis. Hampir kesemua seluar dalam almari aku itu seluar jeans yang berwarna hitam dan berjenama Levis. Hati dah suka apa boleh buat.

Gayaku tak lengkap kalau tak menyarung topi di kepalaku. Mak selalu berleter disebabkan gayaku yang sudah iras seperti mamat motor. Aku hanya buat tak endah. Kalau menjawab dapat dosa free pulak! Aku memakai jam jenama Adidas di pergelangan tanganku. Setelah itu,aku berdiri di cermin untuk melihat penampilanku. Setelah berpuas hati dengan imej segarku,aku keluar dengan yakin dari bilik. Nia masih lagi tercongok di depan tv.

++++++++++

Aku tiba dengan selamatnya di Sweet Cafe. Mataku liar mencari kelibat Abang Arin. Topi di kepala aku pusingkan ke belakang agar tidak menghalang pandangan. Dari jauh aku lihat seorang jejaka yang berkaca mata hitam melambai ke arahku. Aku sendiri buntu. Entah siapa orang yang sedang melambai-lambai itu.

Aku mengambil keputusan untuk mendekati jejaka itu. Langkahku dengan meja tempat lelaki itu duduk semakin dekat. Rupanya lelaki itu Abang Arin.

“Kenapalah abang sibuk sangat nak pakai cermin mata? Han pun tak cam mana satu abang. Ingatkan Kang Gary tadi.”aku tersenyum lucu.

“Tak habis-habis dengan Kang Gary dia tu. Apa yang handsome sangat si Gary tu? Abang lagi macho daripada Gary tu.”Abang Arin mula masuk bakul angkat sendiri.

“Puihh..macam ni abang kata handsome? Gary Han lagi handsome. Double triple handsome!”

Abang Arin tergelak. Kemudian dia senyap. Mungkin sudah mati kata.

“Ermm..kenapa abang nak jumpa Han? Mak ok tak?”soalku lagi.

“Mak? Mak ok. Han..abang dah tak duduk dekat kampung. Abang dah move dekat KL.”

Aku terkejut dengan pernyataan Abang Arin. Hatiku bimbang dengan keadaan mak di kampung.

“Habis tu mak duduk dengan siapa? Sorang?!”aku sudah gabra.

“Tak. Kawan Han yang teman. Apa nama dia?..err..Aazad!”

“Gary tu?!”

“Gary?! Nama dia bukan Aazad ke?”Abang Arin pula bingung tidak tentu hala.

“Memanglah..tapi Han panggil dia Gary. Sebab dia best friend Han sejak kecik lagi. Muka dia pun ada iras dengan Gary. Tu yang Han panggil dia Gary..”terangku.

“Ooo..k,faham. Han mesti risau pasal mak,kan?”

“Memanglah. Mak tu kalau Han balik je..start ler dia punya syarahan tu. Macam biasa,Han kena leter pasal pakaianlah. Kalau boleh dia nak Han pakai baju kurung. Han tak suka. Tak kena dengan jiwa brutal Han!”aku mengomel.

“Alah,tak kena jiwa konon! Han tu perempuan. Cubalah pakai baju kurung. Baru nampak ayu. Han nak tahu tak,kalau anak dara lain sibuk duk dekat dapur,tapi Han..sibuk panjat pokok situ sini..sibuk nak bertukang. Abang pun tak fahamlah Han ni ikut perangai siapa.”leter Abang Arin.

Aku mencebik. Air latte milik Abang Arin aku teguk. Tak kisah langsung siapa yang punya. Abang Arin menggeleng kepala.

“Takkan Abang Arin nak jumpa Han sebab nak berleter jer? Samalah spesis dengan mak,kan?”aku memerli Abang Arin.

Abang Arin tersenyum. Dia menggosok kepalaku. Persis seperti anak kucing.

“Tak,abang nak jumpa Han sebab ada berita gembira untuk Han.”

Aku berhenti menghirup air latte. Aku memandang wajah Abang Arin. Keningku dijongket sebelah sebagai tanda soalan.

“Abang dah nak kahwin bulan depan.”ringkas dan padat jawapan yang Abang Arin berikan padaku. Aku pula yang terkedu.

“Hah?! Kahwin.”aku berpura tumpang gembira. Nasiblah aku,cinta hatiku telah melepas ke tangan gadis lain.

“Nah!”Abang Arin mengulur kad undangan perkahwinannya. Tertulis kemas nama Abang Arin dan bakal isterinya,Batrisya pada kad jemputan yang berwarna perak keemasan itu. Aku mengeluh dalam hati. Entah apa yang kurasa sekarang. Sedih dan gembira saling bercampur baur. Mahu tak mahu aku menyambut huluran kad undangan itu dengan satu senyuman palsu.

“Han kena datang tau! Han kan adik abang.”ujar Abang Arin seraya menghadiahkan senyuman indahnya.

“Confirm Han datang! Mmm..majlis nikah buat dekat mana?”

“Dekat kampung kot. Rumah mak kitalah. Lagipun Kak Isya dah setuju. Abang pun on je.”ujar Abang Arin seraya menarik semula gelas air latte ke arahnya. Aku hanya membiarkan air latte itu diteguk oleh Abang Arin. Lagipun air latte itu memang sah milik Abang Arin.

Aku mengangguk sebagai tanda respons.

“Nanti bila free..abang bawa Han jumpa Kak Isya. Ok?”sambung Abang Arin lagi.

“Boleh sangat tu. Ni..mak dah kenal ke dengan Kak Isya tu? Han tak tahu pun pasal bakal bini abang..”

“Ooo..mak dah kenal Kak Isya. Kita orang dah tunang dua bulan lepas.”sekali lagi aku terkedu. Abang Arin memang berahsia denganku sekarang. Tak macam dulu. Semua rahsia akan dikongsi bersama.

“Hah?! Tak bagi tahu Han pun..Eii..abang ni! Sampai hati buat Han macam ni! Kata Han ni adik abang tapi..semua benda pasal abang.. Han tak tahu.”aku berleter. Geram juga hatiku melihat perlakuan Abang Arin.

“Han..sorrylah. Bukan abang tak nak bagitahu Han tapi..masa tu Han tengah siapkan manuskrip untuk novel terbaru. Abang tak nak kacau Han. Han faham,kan?”

“Ok. Tapi asal abang tak call Han cakap abang dah tunang?”soalku lagi.

“Han..sorrylah. Abang busy lepas tunang hari tu.”

“Yalah. Han faham. Salah Han jugak sebab busy sangat dengan novel Han tu. Han mintak maaf..”

“Tak ada apa punlah. Ni..novel Han yang baru tu dah sold out ke?”

“Dah..Alhamdullilah..”

Abang Arin hanya mengangguk. Aku juga hanya tersenyum.

“Arin..buat apa dekat sini?”satu suara menyapa dari belakangku. Aku juga confius siapakah pemilik suara itu. Aku memusing kepalaku ke belakang.

Seorang gadis yang manis bertudung berdiri di belakangku.

“Isya..tak sangka awak pun ikut saya sampai ke sini. Eh,duduklah..”Abang Arin mempelawa gadis itu duduk. Gadis bertudung itu menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Aku tersenyum sebagai tanda perkenalan.

“Han..inilah future wife abang. Kak Isya..”

Aku menoleh wajahku ke arah Kak Isya. Aku memusing topiku ke belakang agar wajahku jelas kelihatan. Aku menyalami tangan Kak Isya.

“So,inilah adik awak,Arin?”soal Kak Isya.

Abang Arin mengangguk seraya menghadiahkan satu senyuman.

“Nama akak Batrisya. Panggil je Kak Isya..”ramah sahaja Kak Isya memulakan perkenalan.

“Han dah tahu nama Kak Isya. Ni..”aku menunjukkan kad undangan perkahwinan yang tertulis nama mereka.

Kak Isya tersenyum. Abang Arin juga turut tersenyum. Tangan Abang Arin tiba-tiba menggosok kepalaku. Aku hanya membiarkan perlakuan Abang Arin.

“Err..akak dah kenal Han?”soalku.

“Kenal jugak sikit-sikit. Abang Arin ada cerita pasal Han. Dan Kak Isya pun selalu baca novel Han Ammara..”

“Ooo..Abang Arin ni rupanya suka cerita pasal Han? Sah! Dia cerita pasal benda buruk-buruklah tu..”tuduh aku.

“Han memang nak kena ni! Mana ada abang cerita pasal benda buruk. Semuanya benda baik tau!”Abang Arin menjegil matanya ke arahku. Aku mencebik.

“Alah,sajalah tu. Nak bodek Han,kan?”

Kak Isya ketawa kecil. Abang Arin tersenyum manis. Aku tersenyum tawar. Apa yang kurasa sekarang pun aku tak tahu. Aku akan sentiasa mendoakan kebahgiaan Abang Arin dan pasangannya,Kak Isya. Aku tahu Kak Isya adalah satu-satunya wanita yang sesuai untuk mendampingi Abang Arin. Tiba-tiba aku feeling..huh!

“Han datang sini naik teksi ke? Kalau ya,abang boleh hantar Han balik.”soal Abang Arin.

“ Tak. Han dah pakai superbike sekarang. Amacam?”

Kak Isya dan Abang Arin sama-sama terkejut.

“Superbike?! Wow! Mesti bodek mak,kan?”

Aku menepuk bahu Abang Arin. Tidak puas hati dengan tuduhannya.

“Main tuduh jer..Han pakai duit sendirilah! Duit royalti dah masuk..so,Han beli superbike.”

“Hebatlah Han..Kak Isya bangga ada bakal adik ipar yang hebat macam Han.”puji Kak Isya. Aku apalagi..senyum sampai ke telinga. Abang Arin yang perasan akan perubahan riak mukaku terus menjentik pipiku. Aku mengaduh kesakitan.

“Isya..awak kalau puji budak Han ni,dia sah kembang hidung. Ada baiknya kalau awak puji bakal suami awak ni!”

Kak Isya ketawa. Aku juga turut ketawa melihat telatah mereka berdua. Kalau dah tiada jodoh..nak buat macam mana. Tapi hatiku rasa sakit melihat kemesraan mereka. Tambahan pula Abang Arin tidak maklum padaku tentang majlis pertunangannya dua bulan lepas. Bertambah rasa amarah dalam dadaku.

“Han..novel Han semuanya best..Kak Isya enjoy baca novel Han.”tambah Kak Isya lagi.

“Ya...,ke? Entah-entah Kak Isya nak bodek Han jer. Samalah dengan Abang Arin ni..”Aku menunding jariku ke arah Abang Arin.

“Tak..Kak Isya serius. Novel Han pun dah banyak yang sold out. Best treller lagi.”puji Kak Isya lagi.

Abang Arin tersenyum sinis ke arahku. Dia sengaja nak sakitkan hatiku. Aku pun tak faham dengan Abang Arin.

“Biasa-biasa jelah Kak Isya. Kalau Kak Isya nak novel Han yang terbaru ni,Kak Isya bagi tahu je dekat Han. Han kasi free untuk Kak Isya!”

Kak Isya bertepuk tangan dek teruja dengan tawaran ekslusif dariku. Rupanya Kak Isya adalah penggemar novel tegar.

“Abang Arin nak satu? Han boleh kasi percuma. Tak payah nak bayar.”aku membuat offer untuk Abang Arin pula.

“Han ingat abang ni mat bunga,ke? Novel cintan cintun ni tak mainlah..”berlagak saja jawapan Abang Arin. Aku pula yang muak dengan jawapan Abang Arin.

“Alah,poyo jer ni.”balasku.

Aku menatap jam tangan yang kupakai di pergelangan tangan. Sedar tak sedar waktu sudah masuk pukul 11.30 pagi. Aku tiba-tiba teringat akan kedai wedding card yang baru aku buka dua minggu lepas. Sudah ada lima orang yang makan gaji denganku. Sesekali Nia datang ke kedai untuk membantuku. Berkat duit royalti,aku berjaya membuka sebuah kedai membuat kad kahwin. Sudah lama aku tak menjenguk kedaiku itu. Aku namakan kedaiku sebagai Han’s wedding card. Idea untuk membuka kedai itu sebenarnya cetusan idea dari Abang Arin.

“Abang..Han dah kena geraklah.”pamitku.

Abang Arin memandang jam tangannya.

“Baru pukul 11.30 pagi. Han nak ke mana sebenarnya ni? Jumpa pakwe eh?”sakat Abang Arin.

“Pakwe celah mana pulak? Han tak sukalah ada pakwe makwe ni. Kahwin terus lagi bagus.”jawabku bernas.

“Kahwin ya? Tipu jer ni..”

“Tak,actually Han nak pergi kedai Han. Lama dah tak lawat kedai tu. Han dah bukak kedai tempah kad kahwin,abang..”ceritaku ceria.

“Serious?!”

Aku mengangguk laju. Kak Isya tidak berkelip memandangku. Mungkin dia kagum dengan kejayaanku.

“Rupanya Han nak jugak ikut idea abang. Bukan selalunya Han tolak ke idea abang? Kenapa sekarang setuju pulak?”

“Entah. Han kesian dekat abang. Yalah,kalau Han yang tak guna pakai idea abang tu,siapa lagi yang terima idea abang tu,kan?”perliku.

“Saja jer nak sakat abang..”

Aku tersenyum manis.

“Kedai Han tu dekat mana?”soal Kak Isya yang sejak tadi lagi berdiam diri.

“Oh,dekat area ni je. Kalau Kak Isya free,datanglah jenguk kedai Han.”jawabku mesra. Kak Isya mengangguk perlahan.

“Mmm..Han pun nak gerak dah ni. Lain kali kita jumpa lagi. Abang jangan lupa call Han..k?”

“Ok. Bawak superbike tu elok-elok..”sempat lagi Abang Arin berpesan.

“Ya..”aku beredar dari kafe itu. Sebelum pergi aku sempat menyalami tangan Abang Arin dan Kak Isya.

Aku menghidupkan superbike milikku lalu meluncur laju di lebuh raya.

++++++++++

Aku sampai di rumah setelah puas melawat kedaiku. Syukurlah tempahan kad kahwin di kedaiku semakin meningkat. Kiranya business yang aku jalankan berjaya. Aku masuk ke dalam rumah. Masuk sahaja dalam rumah,aku terus ke sofa. Aku bersandar lemah di sofa.

“Hai..kenapa muncung kau tu panjang sedepa je? Ada problem ke beb?”soal Nia yang baru keluar dari dapur. Dia duduk di sebelahku.

Aku mengangguk perlahan.

“Beb,aku nak air sikit..boleh?”aku meminta air milo yang masih panas yang dibancuh oleh Nia. Nia menggeleng kepala seraya tangannya menghulur mug yang berisi air milo panas. Aku meneguk air milo itu. Sungguh nikmat rasanya..

“Masalah apa? Pasal duit ke?”soal Nia prihatin. Aku menghulur semula mug itu. Nia pantas menyambut huluran mug itu.

“Cik Rania,kalau pasal duit..tak der sampai aku macam ni. Duit royalti aku masuk apa.”

“Habis pasal apa? Cuba kau cerita dekat aku.”

“Pasal Abang Arin. Hai..aku dah melepas..”ujarku. Tiada semangat rasanya aku mahu bercerita pada Nia. Nia masih dalam kesamaran. Dahi Nia berkerut seribu. Teruk betul!

“Tak..yang sebenarnya..Abang Arin aku tu dah nak nikah bulan depan.”luahku.

“Serious beb?!”

“Serious ler! Kau ingat aku buat lawak ke? Kau ada nampak muka aku buat lawak sekarang ni?”aku emosi sedikit. Nia menelan air liur. Aku siap nampak lagi air liur Nia itu turun ke tekak.

“Tu ler kau,aku dah pesan berpuluh kali,kalau nak tackle laki..kena pakai baju kurung. Baru nampak ayu,manis. Ko faham? Han..kau bukannya tak cantik. Kau cantik apa tapi..perangai kau tu kasar entah apa-apa..”Nia pula membebel.

Aku membuang topi dikepalaku. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku membetulkan posisi duduk. Aku menarik nafas dalam-dalam.

“Nia..Nia kau dengar sini. Aku nak lelaki yang dapat terima aku seadanya. Kita tak boleh terima seseorang tu disebabkan kelebihan dia. Bila kita dah tahu kurangnya dia,confirm kita frust. Aku nak lelaki yang boleh terima macam mana aku yang sebenarnya. Aku yang kasar. Aku yang brutal..”aku merasa ada kesedihan di hati. Nia semakin mendekatiku. Tangannya menggosok perlahan bahuku. Mataku berair.

“Tapi aku tahu..semua ni salah aku. Aku yang tak luah perasaan aku dekat dia. Memang nasib aku dah macam ni..”sambungku lagi.

“Han..wei kau budak brutal bro! Takkan sebab Abang Arin tu..kau nak nangis? Dulu kau yang pujuk aku bila aku ada prob dengan Aqif. Sekarang..kau pulak yang nangis?”pujuk Nia. Aku memandang wajah Nia. Air mata yang hampir gugur sempat aku seka.

“Wei,bila pulak aku nangis?! Chill bro..aku tengah cari feel untuk buat novel baru.”tipuku.

“Hah?! Feel? Ooo..kau nak kenakan aku rupanya.”Nia menepuk kasar bahuku. Aku ketawa palsu.

“Tapi kan..pasal Abang Arin nak nikah tu betul,ke?”

“Hurmm..itu aku tak tipu. Nah,ambik!”aku menghulur kad kahwin Abang Arin. Nia teragak-agak untuk mengambil kad kahwin itu.

“Kau kenapa? Kad kahwin ini memang Abang Arin punya. Kau jangan risau,aku tak buat kad kahwin tipu punya..”aku mendesak Nia untuk menyambut kad kahwin milik Abang Arin itu. Akhirnya Nia mengambil kad tersebut. Dia membelek isi yang terkandung dalam kad itu.

“Betul rupanya. Awalnya nak nikah..mereka dah tunang ke?”soal Nia.

Aku mengambil topi yang ku letak di atas meja. Aku menyarung topi itu dikepalaku.

“Hmm..dia dah tunang. Tapi..langsung tak call aku inform pasal majlis tunang tu. Lagilah aku nak marah. Kau faham kan macam mana aku sayang Abang Arin tu?”

“Aku faham Han. Tapi..kumbang bukan seekor. Kau faham maksud aku,kan..?”ujar Nia.

“Aku faham. Nia,kau tak tahu aku kalau dah cinta dekat seseorang tu..payah aku nak buang perasaan tu. Tapi aku memang salah kali ni sebab..aku dah jatuh dekat abang angkat aku sendiri.”luah hatiku.

“Dah,kau tak payah nak fikir pasal tu. Aku ada masak kuey teow kungfu untuk kau. Kalau kau nak,kau makan.”Nia bingkas bangun dan masuk ke bilik. Aku mengangguk faham.

++++++++++

Aku sedang sibuk menguruskan tempahan kad kahwin yang semakin meningkat. Sesekali sempat juga aku meneguk air sirap bandung yang dibeli oleh Nia.

“Bila costumer nak datang ambik kad ni?”soal Nia. Aku berhenti mengira jumlah kad. Wajah Nia aku tatap.

“Esok beb. Tu yang aku busy ni..”jawabku sepatah. Nia hanya mengangguk. Habis sahaja aku menjawab soalan Nia,telefon aku berdering. Ada panggilan yang masuk. Entahlah siapa yang mengangguku disaat aku tengah sibuk ni.

“Nia,kau tolong jap ambik phone aku..”aku menyuruh Nia. Nia blur.

“Phone kau dekat mana?’soal Nia. Aku mengerut dahi dek kerana lupa telefonku terletak di mana. Aku memang suka mencampak telefon merata.

“Entahlah. Cer kau tengok dekat meja tu.”duga hatiku. Nia berjalan ke arah meja yang penuh dengan kad undangan perkahwinan yang belum kuhitung.

“Nah. Mak kau telefon..”ujar Nia. Aku terkedu. Kali ini aku kena pula menadah telinga mendengar bebelan istimewa dari mak. Aku mengambil telefon dari tangan Nia. Satu senyuman aku hadiahkan buat Nia.

“Hello..mak? Ha.. orang sihat..”

“Ni..kamu balik ke tidak lusa?”soal mak.

“Tengoklah mak..orang busy sekarang ni..”jawabku acuh tak acuh.

“Apa yang nak tengoknya? Lusa Abang Arin buat majlis kahwin. Macam mana pun kamu kena balik. Kamu pun tak datang masa abang kamu nikah. Jadi,kali ini kamu kena balik juga. Faham?”mak memaksaku.

“Tadi mak yang tanya orang nak balik ke tak..sekarang paksa pulak. Yelah orang balik.”

“Ha..macam tulah. Kamu nak balik bila?”

Aku berfikir sejenak. Kalau bukan disebabkan mak,aku pun tak nak balik untuk meraikan perkahwinan Abang Arin.

“Pagi lusa orang sampailah..”jawabku.

“Lewatnya..kamu tak nak tolong mereka buat persiapan ke?”soal mak lagi. Semakin banyak pula soalan yang diaju.

“Abang Arin tu kan kaya,mak..sah dia pakai wedding planner punya. Apa yang orang nak tolongnya?”aku memberontak. Sudahlah dipaksa,sekarang diminta untuk membantu majlis Abang Arin pula.

“Suka hati kamulah janji kamu balik masa majlis tu.”

“Ya mak. Nanti orang balik..k..”jawabku.

Setelah mak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi,mak mematikan talian. Begitu juga aku. Aku meraup wajahku. Aku berfikir seketika. Aku memang si brutal namun aku takut aku tak kuat untuk melihat majlis Abang Arin yang akan diadakan dengan gemilangnya di kampung halamanku. Majlis nikah Abang Arin pun aku tidak menghadirkan diri disebabkan aku ada urusan dengan pihak yang menerbitkan naskhah novelku.

++++++++++

Aku mematikan enjin superbike milikku. Aku memandang kawasan sekeliling rumah. Banyak khemah yang didirikan di halaman rumah. Aku turun dari superbike dan memakirkannya di bawah rumah. Jaket yang kupakai di tubuh terus ku lucut. Aku masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Aku meletakkan crash helmet kebangganku di atas rak kasut. Aku menyarung topi pula di atas kepala.

“Mak Nah ingat kamu dah tak balik.”perli Mak Nah,salah seorang penduduk kampung yang datang membantu. Mak Nah memang suka mencari pasal dengan aku. Itupun disebabkan aku menolak pinangan anaknya setahun lepas. Sampai ke hari ini dia tidak berpuas hati denganku.

“Mestilah saya balik Mak Nah. Yang nak kahwin kan abang saya.”balasku. Mak Nah terus senyap. Tersentap ler tu!

“Saya naik atas dulu,ya. Nak jumpa mak.”aku beredar dari dapur. Aku melangkah ke arah bilikku. Mak terus memanggilku sebaik sahaja aku melewati ruang tamu sebelum sampai ke bilik.

“Han..kenapa la kamu pakai baju macam ni? Lepas ni majlis kahwin dah nak start. Kalau orang kampung tengok kamu pakai macam ni..nanti apa pulak kata orang kampung.”omel mak. Belum sempat aku masuk ke bilik tapi sudah kena dengar omelan khas dari mak.

“ Alah,nanti Han tukarlah. Ni..mak confirm suruh Han pakai baju kurung..kan?”dugaku. Aku sudah tahu jawapan mak dari awal.

“Mestilah. Ini majlis kahwin. Kamu ingin ni majlis apa? Yang kamu pakai baju t-shirt dengan jaket ni kenapa?”soal mak lagi. Aku sudah liat mahu menjawab soalan maut dari mak.

“Han naik superbike mak..itu yang dia pakai macam ini. Takkan nak pakai baju kurung pulak. Kan..Han?”Abang Arin tiba-tiba mencelah. Dia menjawab persoalan yang diajukan mak. Aku memandang wajah Abang Arin. Satu senyuman tawar aku ukir buat Abang Arin. Mood aku hari ini kurang baik.

“Mak,Han masuk dululah. Nak rehat kejap..”aku masuk ke bilik. Mak dan Abang Arin masih tercegat di ruang tamu. Mereka blur dengan perubahan sikapku.

“Han..”Abang Arin bersuara di luar pintu bilikku. Aku hanya buat tak endah.

“Boleh abang masuk?”soal Abang Arin. Aku teragak-agak untuk menjawab. Nak tak nak aku mengizinkin Abang Arin untuk bertapak di bilikku. Setelah izin aku berikan,Abang Arin masuk. Dia duduk di birai katil manakala aku pula duduk bersila di atas kerusi meja solek. Jarak antara aku dan Abang Arin tidaklah terlalu jauh.

“Abang nak apa?”soalku tidak mahu berdolak dalih.

“Abang nak bagi ni..Abang harap Han suka.”Abang Arin menghulur paperbag ke arahku namun aku tidak menyambut.

“Abang taruh je atas katil tu. Nanti Han tengoklah..”jawabku acuh tak acuh.

“Ok. Han..ada prob ke? Kenapa Han tak cakap banyak pun dengan abang? Abang ada buat salah ke..?”soal Abang Arin dengan perasaan bersalah yang bersarang di hati.

“Tak adalah..Han penat je. Err..Abang Arin tak marah kan Han sebab tak datang masa abang nikah hari tu?”soalku pula.

Abang Arin terus bangun dari katil dan melangkah menghampiriku. Dia memandang wajahku dan mengusap lembut rambutku.

“Tak. Abang tak marah..cuma abang kecewa dengan Han. Han tak datang tengok abang pada masa abang telah bina sebuah masjid. Abang kecewa..Han..”luah hati Abang Arin. Aku memandang wajah suram Abang Arin.

“Abang..Han minta maaf. Han tak sengaja. Apapun Han doakan abang bahagia dengan Kak Isya. Abang kan satu-satunya abang Han.”ucapku ikhlas.

“Abang nak ucap terima kasih pada Han sebab...Han..selalu support abang..”

Aku tersenyum. Abang Arin keluar dari bilikku. Aku menghembus nafas lega. Nasib baik Abang Arin tak terasa hati denganku. Aku melangkah ke katil dan membuka paper bag pemberian Abang Arin. Ada sepasang baju kurung berwarna kuning emas dilipat kemas dalam paper bag itu.

“Abang Arin saja jer nak suruh aku pakai baju ni. Ok..tak apa..sebabkan baju ni warna kuning..aku pakai tapi..kalau warna pink..memang tak arrh aku nak pakai..”ujarku.

+++++++++++

Aku melangkah ke luar rumah. Lengan baju kurung yang panjang itu aku lipat mencecah siku. Aku melilit sehelai tuala good morning di leherku. Tidak lupa dengan topi,aku sarungkan topi favouriteku di kepala. Cuaca di luar agak panas. Sebelum aku keluar dari rumah,mak sempat berleter padaku supaya melucutkan topi di kepalaku. Aku lagilah tak berkenan dengan leteran mak. Balik-balik kena leter pasal pakaian. Fuhh..penat giller layan mak.

Disebabkan otak aku agak geliga,jadi aku ugut mak. Kalau mak tak suka tengok aku pakai topi dekat kepala,aku pun tak nak pakai baju kurung. Bila mak mendengar ugutanku,mak terus senyap. Tidak menyambung bebelan lagi. So,aku keluar dari rumah dengan stailku. Baju kurung lengan berlipat dan topi di kepala. Agak pelik dengan stail yang aku bawa,namun itulah diriku.

“Kau asal datang sini?”soal rakan baikku,Aazad a.k.a Gary.

“Aku penatlah buat kerja dekat dalam tu. Angkat kuali,angkat periuk. Ko bukan nak tolong kawan baik kau ni. Sibuk duk berkaroake dekat sini..”aku mengomel. Aazad ketawa.

“Dah aku dapat job suruh buat ala-ala show dekat sini,so aku buat jelah. Yang kau nak dengki kenapa?”

Aku melibas Aazad dengan tuala good morning.

“Kau pergilah masuk..nanti orang cakap aku pulak yang culik kau.”ujar Aazad. Aku mencebik. Malas aku mahu masuk ke dalam rumah yang bersepah tu. Tetamu yang datang sedang sibuk menepung tawar pada pengantin. Aku sudah selesai bertemu dan berbual dengan pengantin sejoli itu. Jadi,urusan aku semuanya sudah beres.

“Han,kau tak sedih ke tengok pujaan hati kau kahwin?”sengaja Aazad mengusikku. Aku mengepal buku lima dan ku angkat buku lima itu di depan matanya.

“Kau nak try tak..makan buku lima aku?”ugutku. Aazad mencebik.

“Wei..aku ni brutal tau tak! Gila ke aku nak sedih. Tapi kan Gary..tipu ler kalau aku cakap aku tak frust,kan? Tapi bro..jodoh aku bukan dengan dia. So,aku redha..”ujarku ikhlas.

“Pandailah kau buat ayat. Mentang-mentang novelis,bijak je kau buat ayat ikhlas macam tu,kan? Geli aku dengar!”

Aku meluku kepala Aazad dengan siku. Aazad apalagi..mengaduh sakit ler dia! Aku bangun dari kerusi.

“Kang Gary..aku nak blah dulu. Haus..nak pergi ambik air. Bye!”aku beredar meninggalkan Aazad. Aazad pula terus menyambung kerjanya. Dia terus menyanyi sebuah lagu. Aku sendiri tak tahu lagu apa yang dinyanyikan oleh Aazad. Aku mencapai cawan kertas yang tersedia di meja. Sejurus itu,aku membuka paip bekas air sirap dan aku tadahkan cawan kertas di bawah paip itu.

“Mak nenek oii!!”aku melatah apabila kakiku tersepak batu besar yang digunakan untuk menyendal khemah. Secara automatiknya air sirap yang aku isi tadi tertumpah tapi malangnya air itu tertumpah ke atas seorang lelaki yang aku tidak kenali. Dia sudah tentu salah seorang tetamu di majlis hari ini. Aku menelan air liur.

“Kau jalan mata letak mana? Habis basah baju aku..”lelaki itu mengomel. Tangannnya mengelap air yang membasahi bajunya.

“Kau ingat pakai tangan boleh kering ke baju tu? Nah,ambik tisu ni!”aku menghulur sekotak tisu yang aku capai atas meja.

“Dia memandangku dengan renungan yang tajam. Gerun aku melihat panahan renungan jejaka itu. Aku melangkah ke arah bangku yang terletak jauh dibawah pokok rambutan. Tidak sangka pula lelaki itu mengekori langkahku. Aku duduk.

“Duduk ahh..”aku mempelawa lelaki itu untuk turut sama duduk. Dia duduk namun wajahnya agak bengang. Dari penampilannya,aku dapat rasakan yang dia anak orang berada. Lama juga aku tenung dia dari atas sampai ke bawah.

“Aku mintak maaf. Aku tak sengaja tertumpah air..”ucapku.

“Senang je kan kau mintak maaf. Kau tahu tak baju aku ni colour putih,bila dah simbah air sirap nampaklah kesan merah ni..”sekali lagi dia mengomel tapi kali ini suaranya agak keras. Aku memusingkan topiku ke belakang.

“Tema majlis hari ini kan kuning emas..yang kau pakai baju colour putih kenapa? Takkan nak salahkan aku jugak kot..”balasku geram. Orang sudah minta maaf tapi dia marah balik pulak. Apa punya oranglah!

“Ok! Aku terima maaf kau..tapi kalau aku jumpa kau lagi sekali..jangan harap aku nak buat baik dengan kau..!”tengking lelaki itu. Aku berdiri dan berdepan dengan lelaki berlagak itu.

“Aku pun tak inginlah jumpa kau! Orang dah mintak maaf..dia marah kita pulak!”aku berjalan meninggalkan lelaki itu.

++++++++++

Malam ini merupakan malam kedua aku tinggal di rumah mak. Mulanya aku bercadang mahu pulang ke Kuala Lumpur sebaik majlis Abang Arin selesai namun tahu sajalah mak tu. Dia membankang cadanganku. Sebab itulah aku masih tinggal di sini. Abang Arin dan Kak Isya juga turut sama berteduh di rumah mak. Esok aku akan balik semula ke KL.

Aku duduk di sofa di depan tv. Perutku sudah kenyang dengan makanan yang mak masak tadi. Lama aku tak merasa ikan patin masak asam pedas air tangan mak aku. Waktu makan malam tadi,aku melahap ikan patin itu dengan rakus. Meleleh air liurku.. Kak Isya masih lagi di dapur. Dia sedang membantu mak mengemas dapur. Kalau nak harapkan aku,memang tak sampai ke sudah. Abang Arin keluar dari dapur dan duduk di sofa yang bertentangan denganku.

“Kuat kan Han makan tadi?”perli Abang Arin. Aku memandang wajah Abang Arin dengan renungan tajam.

“Abang,Han lama tau.. tak makan masakan mak. Sebab tu..Han..makan banyak tadi.”jawabku. Abang Arin tergelak. Mak dan Kak Isya juga keluar dari dapur. Mereka melangkah ke ruang tamu. Mak duduk di sebelahku manakala Kak Isya duduk di sebelah suami pujaannya,Abang Arin.

“Han,mak nak cakap sikit ni..”mak bicara lembut. Aku menggaru kepalaku. Aku pun kena standby takut-takut mak nak membebel lagi padaku. Nanti aku juga yang malu bila mak berleter padaku depan Kak Isya dan Abang Arin. So,aku yang berseluar bawah lutut membetulkan posisi duduk. Aku bersila dan tersenyum ke arah mak.

“Apa dia mak? Mak nak marah Han pasal seluar paras lutut ni ke? Janganlah mak...”rayuku. Kak Isya tersenyum ke arahku.

“Taklah..Sebenarnya mak dengan abang dah bincang pasal wasiat tok ayah. Dan mak rasa Han patut tahu pasal wasiat tu..”ujar mak. Aku mengerutkan dahiku.

“Wasiat tok ayah? Apa isi wasiat tu?”soalku ingin tahu. Mak memandang wajah Abang Arin dan Abang Arin mengangguk ke arah mak.

“Jadi macam ni..masa arwah tok ayah masih hidup..dia ada kawan baik. And..arwah tok ayah dan kawan baik dia tu..ada buat perjanjian yang menyatakan bahawa bila tok ayah ada cucu perempuan,dia akan satukan cucu dia tu dengan cucu kawan baik dia. Han,faham kan?”terang Abang Arin.

“Cucu perempuan? Maknanya cucu tu..Han?”soalku yang masih samar tentang isi wasiat arwah tok ayah.

“Yes. Han satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga ni. And you know what..arwah tok ayah gembira sangat bila tahu yang kawan baik dia dapat cucu lelaki. Maknanya tok ayah boleh teruskan perjanjian tu dengan kawan baik dia. So,Han kena terima jodoh ni..”sambung Abang Arin lagi.

“Abang apa ni?! Takkan Han nak kena kahwin.. Han tak naklah! Tak nak!”aku tetap berkeras dengan pendirianku.

“Han..wasiat tu bila kita tak tunai..arwah boleh sengsara dekat sana. Arwah tok ayah mesti sedih sebab cucu kesayangan dia tak nak tunaikan wasiat dia. Han nak tengok tok ayah sedih?”mak pula memujukku. Aku jadi serba salah. Memang aku sayang akan tok ayah sebab tok ayah yang jaga aku dan mak. Bila abah aku dah meninggal,tok ayah yang selalu ada di sisiku. Dialah yang ambil berat pasal makan minum aku dan mak. Beberapa titik jernih gugur di pipiku. Aku mengesat air mata yang turun di pipiku.

“Mak..Han..tak tahu nak buat apa. Tak ada cara lain ke?”

“Han..ini jalan terbaik untuk Han. Tok ayah tahu apa yang dia buat. Dan abang rasa Han kena tunaikan wasiat tok ayah tu.”ujar Abang Arin. Kak Isya yang duduk di sisi Abang Arin terus datang mendekatiku. Dia menggosok bahuku perlahan.

“Han..Allah dah ciptakan jodoh untuk Han. Jadi ada baiknya..Han terima je jodoh tu. Kak Isya pun rasa yang arwah tok ayah tu sayangkan Han. Tu sebab arwah tok ayah cari jodoh untuk Han sejak Han masih kecil lagi. Han fikirlah dulu..”Kak Isya memujuk hatiku.

“Han,esok rombongan meminang datang. Mak harap Han tak kecewakan tok ayah dan mak. Mak tahu Han anak yang baik..”maklum mak. Aku terkedu. Aku belum mengiyakan untuk melaksanakan wasiat tok ayah namun satu lagi masalah harusku hadapi,rombongan meminang dari orang yang aku sendiri tidak kenal.

Aku tersenyum kelat. Aku bangun dan beredar dari situ. Aku melangkah ke pangkin yang berada di luar rumah. Angin malam menyejukkan hatiku.

++++++++++

Aku bersiap untuk mengikuti perjumpaan istimewa antara pihak keluargaku dan pihak keluarga bakal suamiku. Mak si lelaki itu yang atur perjumpaan ini. Mak aku yang tinggal di kampung pun terpaksa datang ke KL semata-mata mahu mengeratkan hubungan sesama bakal besan. Bakal mak mertua aku menetap di KL. Jadi,bagi memudahkan urusan,perjumpaan ini diadakan di KL. Buat masa sekarang,mak tinggal di rumah Abang Arin dan Kak Isya.

Buat pengetahuan,aku dah bertunang sebulan. Tapi yang peliknya...aku sendiri tidak kenal siapa bakal suami aku. Aku dan dia saling tidak kenal antara satu sama lain. Waktu rombongan meminang datang,aku sudah pulang ke KL. Aku menyerahkan segala urusan kepada mak. Mak pun ada cakap yang bakal suami aku tidak hadir waktu rombongan meminang datang ke rumah. Cuma ...apa yang aku tahu namanya, Tengku Aisy Arumi.

Aku bingung untuk memilih pakaian yang sesuai untuk perjumpaan itu. Semua baju yang bergantung di almari hanyalah kemeja yang pelbagai jenis. Aku telah membuat keputusan yang aku mahu menjadi diriku sendiri. Seorang gadis yang brutal. Seorang gadis yang bertopi.

Lama aku berdiri di almari. Akhirnya,aku memilih untuk mengenakan kemeja kotak-kotak merah dan seluar jeans berwarna coklat tanah. Aku berdiri di cermin untuk melihat penampilan. Setelah berpuas hati dengan imejku,aku keluar dari bilik.

“Kau nak gi mana Han..?”soal Nia yang sedang menghirup air milo hangat. Aku menghadiahkan satu senyuman buat Nia.

“Aku lupa nak bagi tahu kau yang...hari ini aku ada date dengan family bakal mertua. Sorry sebab lupa nak share info..hahaha..”

“Sampai hati kau! Kiranya hari ni kau akan kenal bakal suami kau,eh?”duga Nia. Aku mengangguk lalu aku aturkan langkah ke pintu. Enjin superbike kuhidupkan sementara aku masih menyarung kasut ke kaki.

Aku memulakan perjalanan. Tadi mak sempat menelefonku dan memberitahu bahawa keluargaku dan keluarga bakal mertua sudah tiba. Aku meluncur laju ke restoran.

Aku masuk ke restoran. Mataku menangkap kelibat mak di meja makan. Ramai juga ahli keluarga yang berkumpul di meja itu. Dari jauh kulihat hanya ada sebuah kerusi lagi yang belum diisi. Mungkin kerusi kosong itu untukku. Aku melangkah ke meja.

Saat aku mendekati meja,aku melihat seorang jejaka yang pernah kukenali sebelum ini. Dialah lelaki yang aku simbah dengan air sirap itu hari. Dia memang tampan dengan gayanya yang berblazer biru dan jeans hitam.

“Han..dah sampai pun..”Kak Isya bersuara. Semua mata memandangku dari atas ke bawah. Aku memusingkan topi ke belakang dan tersenyum. Tanpa segan silu,aku duduk di kerusi di sebelah KakIsya yang masih kosong. Kak Isya mengenggam tanganku.

“Jadi..inilah Han?”soal seorang wanita yang hampir sebaya dengan mak. Mungkin dia mak mertuaku. Aku membalas dengan anggukan.

“Han..mama tak sempat nak jumpa masa meminang hari tu. Mak Han cakap yang Han dah balik KL..”sambung lagi bakal mertuaku atau mungkin mesra dipanggil M.A.M.A.

“Han dah balik KL hari tu..maaflah tak sempat nak jumpa.....”ayatku bergantung dek kerana aku bingung untuk memanggil mak mertuaku itu dengan panggilan apa. Nak panggil mama pun aku belum bergelar menantunya.

“Panggil saja mama.”ujar mama. Aku tersenyum.

“By the way..Han dah kenal dengan Aisy?”soal mama. Aku memandang jejaka tampan yang duduk disebelah mama. Aku kurang pasti samada lelaki itu masih ingat atau tidak tentang peristiwa air sirap itu.

“Belum. Mana satu Aisy?”soalku sedangkan hanya ada dua orang lelaki di meja,Abang Arin dan jejaka misteri itu.

“Yang dekat sebelah mama inilah. Pelik jer soalan menantu mama ni..kan ada dua orang jejaka tampan dekat sini.”ujar mama mesra. Aku pula yang malu. Siapa yang suruh tanya soalan bengap macam tu,kan?

“Ma..Aisy nak berbual dengan Han kejap..excuse me..”Aisy bangun dan mendekatiku.Dia menarik tanganku kasar. Dia mengheretku ke luar restoran.

“Ko ni apa masalah?! Main tarik-tarik pulak! Tak ada adab langsung!”tengkingku. Aku pun naik geram dengan perangai Aisy yang tak beradab itu. Dia baru berjumpa denganku sekali tapi dah berani main tarik-tarik tanganku. Ikut hati..aku nak lempang je muka dia yang ala-ala korea tu.

“Kenapa kau terima jodoh ni? Aku tak fahamlah dengan kau. Atau kau saja jer nak rampas harta mama aku?”Aisy menuduh melulu. Aku menolak bahu Aisy.

“Ko ingat aku lapar ke dengan harta kau tu? Harta bukan boleh masuk dalam kubur pun. Aku sayang tok ayah aku. Sebab tu aku sanggup terima kau jadi laki aku! Tak ada kaitan sikit pun dengan harta kau.”aku bertegas. Aisy mengeluh.

“Habis apa yang aku kena buat?”soal Aisy. Aku tercengang mendengar soalannya.

“Kahwin jelah! Kau pe hal,derr?”

“Kahwin? Senang ahh kau cakap sebab..kau dah fallen in love dengan aku,kan?”perasan pula Aisy Arumi ini. Aku malas mahu melayan karenah Aisy.

“Memang tak arr nak jatuh cinta dengan kau..”aku beredar dan masuk ke dalam restoran semula.

“Hah? Han?!!!”Aisy memanggilku namun aku buat tak endah. Dia berlari anak masuk ke dalam restoran.

++++++++++

Aku duduk bersimpuh. Sebentar lagi majlis akad nikah akan berlangsung. Aku sedikit pun tidak merasa ada sisa-sisa debaran dalam hati. Apa yang aku rasa ialah rimas sangat bila aku dipakaikan dengan pakaian pengantin yang berat dengan permata. Aku rasa peluh mula merembes di setiap bahagian tubuhku.

“Han..kau tak nervous ke??”soal Nia. Aku menatap wajah mulus Nia.

“Tak ada maknanya aku nak berdebar sakan. Kak tahu tak apa yang aku rasa?”soalku. Nia menjawab soalanku dengan gelenggan.

“Aku rasa rimasss sangat kena pakai baju nikah ni. Situ permata sini permata. Menyampahlah aku...”aku mengomel. Nia ketawa sebaik sahaja aku habis berbicara.

“Kau ni pun..sabarlah. Sat lagi bakal laki korea kau tu datanglah..”Nia memerliku. Dia mengelap peluh yang membasahi dahi dan hidungku dengan sehelai tisu. Aku hanya membiarkan perlakuan rakan baikku itu.

Akad nikah berlangsung setelah pihak pengantin lelaki tiba.

“Aku terima nikahnya Raihan Ammara binti Zaid dengan mas kahwin sepuluh ribu dibayar tunai”dengan sekali lafaz,aku sah bergelar isteri kepada Tengku Aisy Arumi.

Setelah para saksi semuanya mengangguk menandakan ijab kabul itu sah,Aisy terus mendekatiku dan menyarung cincin ke jari manisku. Dia membuat isyarat mata supaya aku menyalami tangannya. Aku hampir terleka. Aku memegang perlahan tangannya dan aku kucup penuh sopan. Seusai itu,aku pula menyarung cincin ke jari manisnya. Tanpa aku sangka,Aisy menghadiahi satu kucupan hangat di ubun-ubunku. Aku dapat merasai kehangatan bibir Aisy menyentuh ubun-ubunku. Reaksiku hanyalah blur dan membiarkan sandiwaranya walaupun aku agak kekok.

++++++++++

Aku duduk di muka pintu rumah agam milik Aisy Arumi. Angin di waktu malam juga bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku dapat merasai bayu angin berhembus lembut di wajahku.

“Han,kau buat apa dekat sini?”soal Aisy yang baru muncul.

“Saja ambik angin. Apahal? Nak cari masalah dengan aku?” sengaja aku memerli Aisy. Dia melihatku tidak senang.

“Tak ada masa nak cari pasal dengan kau. Ni,aku nak ajak kau masuk bilik. Ada benda nak...”

“Nak apa? Kau jangan nak buat hal dengan aku,eh. Silap hari,kau kena terajang dengan aku.”aku pantas memotong bicara Aisy. Sambil-sambil itu aku sempat menelan air liur.

“Boleh tak kau dengar apa yang aku nak cakap? Kalau aku nak,aku boleh mintak cara baik,kan? Aku pun bukan nak sangat..lagi-lagi dengan kau.”

Aku menampar lengan Aisy dengan kasar. Mana tidaknya,mamat iras Korea ini kalau bercakap memang tidak bertapis. Main keluar saja dari mulut.

“Sakitlah..kau boleh tak main elok-elok sikit. Asyik-asyik nak pukul aku. Seksalah hidup dengan kau!”

“Mmm..kau nak apa tadi? Kau cakap ada benda yang kau nak...?”

“Ada benda yang aku nak bincang. Kau jangan nak pintas aku bila aku tengah bercakap,faham?”

“Maaflah aku tak sengaja. Hal apa yang sampai kena bincang dalam bilik? Kat sini tak boleh bincang ke? Aku malaslah nak naik atas. Tinggi bukan main tangga yang aku kena panjat.”

“Kau ni banyak bunyilah. Kalau aku cakap nak bincang dalam bilik,dalam biliklah! Tak payah nak bagi aku alasan. Ke..kau nak aku lambung sampai ke bilik..?”

Aku melihat wajah Aisy. Hatiku rasa membara. Mentang-mentang aku menetap di rumahnya,semua perkara kena ikut kehendak hatinya. Aku bingkas bangun dan meninggalkan Aisy di muka pintu. Aku terus mendaki tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke bilik.

Aku masuk ke bilik dan terus menghenyak punggung di atas katil. Aku bersila sementara menunggu Aisy muncul di bilik.

“Naik pun kau. Aku ingatkan keras sangat kepala kau nak dengar arahan aku.”Aisy memerliku sebaik sahaja kakinya mencecah lantai bilik.

“Kau nak bincang apa? Tak payahlah nak perli aku..”

Aisy menapak mendekatiku. Dia berpeluk tubuh dan duduk di sebelahku. Aku bergerak sedikit untuk menjarakkan ruang antara aku dan Aisy.

“So,kau nak tidur dekat mana?”soal Aisy.

“Atas katil. Kenapa?”soalku pula.

“Kau nak tidur dengan aku atas katil sebagai malam pertama?”

“Wei,ko ni kenapa?! Aku tak nak tidur dengan kaulah! Aku tak nak berkongsi apa yang aku ada dengan kau!”aku bingkas bangun dan berdiri.

“Yes. Samalah macam aku. Aku pun tak nak kongsi katil aku dengan kau. Faham?”

“Habis,aku nak tidur mana? Wei,kasilah aku tidur atas katil. Kau tidurlah atas sofa. Kau kan lelaki,kena berlembut dengan perempuan.”aku membuat muka comel.

“Tak ada istilah ‘berlembut’ dengan kau,ok? Kau tu kasar kot. Karang,kalau tidur dengan aku,boleh jadi kau sepak aku sampai tergolek dekat bawah.”

“Aku tak cakap pun aku nak tidur dengan kau. Wei..tolonglah...kasilah aku tidur atas katil.”

“Ok. Aku bagi dua pilihan untuk kau. Pilihan first,tidur atas katil tapi...tidur dengan aku. Second,tidur dekat mana-mana tempat kau nak tidur asalkan bukan atas katil aku.”Aisy menetapkan pilihan untukku. Dia menarik lenganku dan memaksaku duduk di sebelahnya. Aku hanya akur.

“Kenapa kau bagi pilihan macam ni,hah? Kau saja,kan nak perangkap aku?”

“Perangkap apanya Raihan Ammara? Kau dengar sini baik-baik,aku tak nak kahwin lepas tu bercerai macam tu je. Hidup aku hanya ada sekali je masa untuk berkahwin. Sekarang,aku dah kahwin dengan kau dan kalau kahwin tanpa cinta,buat apa?”

“Dah tu,kau tak payah nak fikir banyak. Kau ceraikanlah aku. Aku pun tak cintakan kau dan aku rasa perkahwinan ni hanya sia-sia.”

“Han,boleh tak kau buka minda kau tu? Aku tak nak ada istilah ‘cerai’ dalam hidup aku. Cukuplah aku kahwin hanya untuk sekali dan aku takkan ceraikan kau. Aku nak kau belajar cintakan aku dan aku pun akan usaha untuk cintakan kau. Kau faham tak apa yang aku nak dalam hidup aku? Aku impikan perkahwinan yang bawa bahagia. Aku akan pastikan perkahwinan yang kita bina ni akan bahagia.”

“Apa yang aku kena buat sekarang?”soalku yang masih blur untuk memulakan langkah pertama.

“Kau cuma kena belajar cintakan aku. Aku pun bukan cintakan kau tapi..aku tak nak siakan hidup aku semata-mata demi perkahwinan yang sia-sia tanpa cinta. Aku harap kau faham. So,apa pilihan kau sekarang?”Aisy berbalik kepada topik yang kami tinggalkan sebentar tadi.

“Entah...aku tengah blur ni. Kau kan suami aku..so,kaulah decide..”jawabku dengan rasa ragu-ragu.

Aisy tiba-tiba menggenggam tanganku. Aku pula yang rasa ketakutan. Aku rasa mahu lari dari keadaan yang aku sedang hadapi kini.

“Aku nak kau tidur dengan aku malam ni. Boleh Han Ammara?”

“Ok,boleh. Tapi..kau jangan nak buat apa-apa dekat aku. Kalau tak..aku sepak kau!”aku mengugut.

“Tak ada faedahnya aku nak buat apa-apa dekat kau. By the way,thanks sebab faham apa yang aku cuba sampaikan tadi..”

“Tak ada hal tapi boleh tak..kau tolong lepaskan tangan aku? Aku dah naik rimas ni!”aku menjuihkan bibirku ke bawah. Aisy yang masih menggengam tanganku meleraikan genggaman.

Aisy membetulkan bantal dan meletakkan kepalanya secara perlahan di atas bantal. Aku hanya memerhati.

“Kau buat apa lagi duduk macam tu? Takut? Dahlah,meh tidur sebelah aku.”

“Sebenarnya..aku takut sikit dengan gelap. Kau nak tutup lampu ke?”aku meluahkan perasaan takut yang bertandang di hati.

“Mestilah tutup. Kau tak tahu ke..,kalau tidur dalam lampu terbukak,boleh dapat penyakit. Han,aku kan ada sebelah kau. So,apa yang kau nak takut sangat? Aku akan jaga kau nanti..”Aisy mula berlagak sebagai pelindung.

“Tak apalah..kau tidurlah dulu. Aku tak ngantuk lagilah..wei. Aku ingat nak sambung kerja sikit..”jawabku.

“Macam mana aku nak tidur kalau lampu terbukak macam ni? Kau ni keras kepalalah!”omel Aisy. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tanpa aku sedari,Aisy memaut lenganku dan menarik lenganku kasar. Kepalaku berjaya mendarat dengan selamat di atas bantal. Aisy tersenyum sinis. Dia segera menutup lampu dan lampu meja disebelahnya dibiarkan menyala.

“Kalau kau rasa takut..kau boleh peluk aku.”Aisy bersuara dalam samar-samar lampu meja yang menyimbah cahaya.

“Tak kuasa aku nak peluk kau!”aku memalingkan wajahku daripada berhadapan dengan wajah Koreanya. Aku sedaya upaya menutup mataku dan akhirnya aku terlena.

+++++++++++

“Han..bangunlah!”Aisy mengejutku kasar. Aku mengenyeh mata beberapa kali. Aku memandang Aisy yang sudah segak memakai t-shirt polo dan bertopi.

“Kau nak gi mana ni Aisy? Kejut aku pulak tu..”aku menarik semula selimut yang membaluti tubuhku. Aku terlelap setelah solat subuh tadi. Aisy menarik selimutku. Aku bangun dengan rambutku yang kusut masai.

“Kau nak apa?! Aku ngantuklah..”soalku dengan mata yang agak kuyu. Aku agak kepenatan selepas selesai majlis perkahwinan semalam. Rasa macam nak patah saja tulangku. Tambahan lagi dengan pergelutan aku dan Aisy yang berlaku semalam. Agak memenatkan.

“Aku nak kau ikut aku breakfast..cepatlah bersiap..”

“Tak nak aku! Breakfast dekat mana pulak..? Sarapan dekat rumah jelah..”

“Ikut jelah..Aku nak ajak kau makan..bukan nak buat apa pun..”jawab Aisy ringkas. Aku bangun dan berdiri. Tubuhku didekatkan sedikit dengan tubuh Aisy yang tinggi lampai itu.

“Aku tahu kau nak ajak makan..tapi at least bagi tahu yang kita nak makan dekat mana? Karang kalau aku pakai cantik-cantik..kau bawak aku kedai mamak je.”

“Raihan Ammara..kalau kau pakai apapun..still sama. Kau tetap hodoh jugak..”Aisy selamba mengutuk.

“Kurang ajarlah mulut kau ni..aku cili karang! Better kau jaga mulut kau..”

Aisy menolak tubuh genitku ke bilik air. Aku tetap berkeras. Aku memegang tiang katil sekuatnya. Aisy menarik aku dengan gigih dan keseimbangan badanku tak dapat dikawal lagi. Secara tidak sengaja tubuhku terjatuh di atas tubuh Aisy. Aisy merenung tajam ke dalam mataku. Aku jadi gugup. Aku menekan dada Aisy dan terus bangun.

“Sorry..aku tak sengaja..”ucapku. Aku rasa tidak selesa.

“It’s okay..tak dosa pun..”selamba Aisy menjawab. Tidak segan langsung. Aku melarikan pandanganku ke arah pintu bilik.

“Aku mandi jap..kau..tunggu aku kat bawah arhh..”ujarku dan segera aku aturkan langkah ke bilik air. Aisy tersenyum nakal.

“Kau mesti malu..kan? Han..Han..perangai macam laki tapi hati dalam hati ada taman rupanya..”

++++++++++

Aku bersandar tenang pada seat kereta. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Aisy tetap fokus dengan pemanduannya.

“Kau selesa tak semalam?”Aisy memecahkan suasana sunyi. Aku terkedu. Sebelum menjawab soalan yang diaju oleh Aisy,aku memusing topiku ke belakang.

“Kau nak apa sebenarnya ni? Tanya soalan macam-macam pulak ...”omelku.

“Jawab sajalah. Kau ni lecehlah!”

“Hishh..aku selesa je semalam. Kenapa?”

“Tak ada apa. Aku cuma nak make sure yang kau selesa bila ada di sisi aku. Amacam,ayat aku lulus tak jadi ayat sweet dalam novel kau?”Aisy sengaja menyakatku. Aku mengepal buku lima. Aku mahu menghadiahkan buku limaku ini pada bahu Aisy namun disebabkan Aisy perlu fokus pada pemanduannya,maka aku batalkan niat jahatku.

“Hmm..bolehlah buat ayat novel..”jawabku acuh tak acuh. Aisy membalas dengan senyuman indah.

“Aisy,aku nak ucap thanks pasal semalam..”

“Untuk apa?”Aisy menjongket keningnya.

“Sebab...kau sudi jaga aku tidur semalam..Thankslah weii..”ucapku dalam keadaan separuh segan. Aku menutup mukaku dengan topi. Aisy menyedari perlakuan anehku. Dia menarik topi yang aku gunakan untuk menekup muka.

“Kau tak payahlah nak malu macam tu.. Actually,tu memang dah jadi tugas aku. So,aku akan buat dengan sebaik mungkin.”jawab Aisy ikhlas.

“ Mmm..Wei..kau nak bawak aku gi mana ni?”soalku menukar topik.

“Pergi makanlah..aku nak breakfast. Lapar.”

“Kenapa kau tak nak makan dekat rumah je? Breakfast dekat rumah lagi best. Makanan pun sedap yang paling penting..free. Tak payah bayar.”balasku.

“Ok..look,kita baru kahwin. So,kalau aku tak bawak kau keluar,nampak sangat aku tak terima perkahwinan paksa ni. Aku malaslah nak bersoal jawab dengan mama. Kau pun satu,dalam otak kau,kau fikir makanan free je ke? Tak ada benda lain nak fikir? Fikir pasal aku ke..dapat jugak pahala. Ya,tak?”Aisy sengaja menyindirku. Sempat lagi Aisy menghadiahkan senyuman manis ke arahku.

“Aku rasa lebih bagus fikir pasal makanan,daripada fikir pasal kau. Kau tak rasa ke yang aku dah buang masa fikir pasal kau? Hmm..lagi bagus aku fikir pasal jalan cerita novel terbaru aku..”

“Ok,fine..Novel kau yang dua bulan lepas dah sold out ke?”

“Alhamdullilah..dah. Kau...baca..novel aku ke?”

“Aku baca novel? Memang tak arrr...”

“Kau sama je dengan abang aku. Sama-sama poyo. Menyampah!!”

Aisy tidak mengendahkan ejekanku. Dia terus fokus pada pemanduan. Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Hatiku rasa berbunga dan bahagia. Mungkin kerana berada di sisi Aisy yang sentiasa berusaha untuk melindungiku.

Aku juga bingung untuk mentafsir perasaanku. Betullah kata orang yang cinta itu sukar ditafsir. Tak mungkin aku jatuh cinta dengan Aisy Korea itu dalam masa sesesingkat ini. Tak mungkin! Aku mengimbau kenangan. Sesekali aku tersenyum sambil mengimbau kenangan indah yang aku dan Abang Arin cipta ketika kami masih kecil.

“Han,kita dah sampai.”ujar Aisy. Aku menyarung semula topiku kepala. Mataku liar memerhati kawasan dan aku masih tidak berganjak dari tempat duduk. Aku masih kekal duduk di seat kereta. Aisy keluar dari kereta dan melangkah ke pintu kereta di tempat penumpang. Dia membuka pintu kereta di seat hadapan.

“Kau tak nak turun ke? Takkan nak makan dalam kereta..”

“Hishhh kau ni! Aku angkat kang...”Aisy mendekatiku dan mahu mengangkatku turun dari kereta Range Rover miliknya.

“Eh..eh..aku boleh turun sendirilah! Tak payah nak angkat aku!”aku menepis tangan Aisy yang mahu mengendongku turun dari kereta.

“Dah kau tu yang blur tak tentu hala..! Orang nak angkat turun tak nak bagi..”Aisy mengomel. Aku turun dari kereta yang agak tinggi itu.

“Apasal kau sibuk nak angkat aku?! Apa,kau ingat aku tak boleh turun sendiri ke? Aku pandai naik,pandailah aku turun!”kali ini giliranku pula membebel.

“Tak adalah..kau tu macam bagi peluang suruh aku gendong kau turun. Lagi pun kau tu kan pendek,so..,aku ingat kau tak boleh nak turun. Faham?”

“Aku boleh turun sendirilah! Tepi,aku nak lalu!”aku menepis bahu Aisy dan melangkah masuk ke dalam restoran.

“Berlagak betullah perempuan ni!”Aisy mengutukku setelah aku berada jauh darinya.

Aku bersandar di kerusi. Aisy muncul dan duduk di kerusi yang berhadapan denganku.

“Kau kenapa? Bad mood ke?”soal Aisy tatkala dia melihat wajahku yang masam mencuka.

“Tak adalah..apasal?!”

“Han,jangan-jangan kau datang bulan,eh?”Aisy sengaja membuat tekaan tak bermoral. Aku memukul bahu Aisy dengan topiku. Aisy mengaduh kesakitan.

“Pandai je kau cakap aku datang bulan. Kau tu laki. Apa tahu?”

“Habis,yang muka kau macam jeruk tu kenapa? Kau marah dekat aku,ke?”

“Apasal aku nak marah dekat kau pulak?”

“Yalah,sebab aku nak angkat kau tadi,kan? Betul tak?” Aisy cuba menyelami perasaanku.

“Tak adalah aku marah tapi..aku tak sukalah kau buat macam tu. Memanglah aku ni isteri kau tapi..tak payahlah kau nak protect aku sampai macam tu..aku tak suka.”

“Aku tak ada niat pun nak protect kau tadi..aku ingatkan nak buat sweet dengan kau je..tapi tak tahulah kau boleh naik angin pasal tu..sorry..”

“Tak ada apa pun..aku minta maaf sebab tak faham perasaan kau. Aku tahu kau cuba cintakan aku. Aku janji...aku pun akan try cintakan kau. Tapi..kau kena banyak bersabarlah sebab aku susah nak pindah cinta aku pada kau macam tu je..”

“Maksud kau,kau pernah cintakan orang lain sebelum jumpa aku?”

“Hmm..tapi tu cerita lama. Kau tak payah risau. Aku dah lupakan dia. Lagipun dia pun dah kahwin! So,aku ada kau je dalam hidup aku. Kau kan suami aku..”aku tersenyum malu. Aku menekup muka dengan tanganku.

“Alaa..so sweet!Kau ni cantik sebenarnye, ayu, rajin jugak, tapi kenape ko suke sangat nak jadi lelaki, jadilah perempuan, baru aku lagi suke.”

“Mmm..bila sampai masa,aku akan jadi perempuan jugak. Kau tak payah risau.”

“Ok..boleh tak aku,suami kau..nak peluk kau? Bolehlah..”

“Aisy! Kau gila ke apa? Nak makan penumbuk aku?!”aku mengugut Aisy.

“Ok,fine! Kita order makanan sekarang. Aku dah lapar ni.. sebab layan karenah kau..!”

++++++++++++

Aisy menarik lenganku dan masuk ke sebuah butik pakaian. Aku terkebil-kebil memandang butik yang mewah itu.

“Kau nak beli baju dekat sini,ke? Mahal kot...”soalku sambil membelek-belek tanda harga yang digantung pada baju. Ada baju yang mencecah seratus ringgit sehelai. Ada juga yang hampir mencecah tiga ratus sehelai. Aku dah sah-sah terkejut dengan harga yang tergantung pada baju-baju itu.

“Alah..tak apa. Sekarang ni,aku nak kau pilih mana-mana baju yang kau suka. Aku bayar.”

“Tak nak aku! Harga melambung-lambung kot..kalau nak belanja aku pun,pergi pasar borong dahlah. Aku tak biasa pakai baju mahal-mahal..”

“Hai..takkan novelis terkenal pakai baju pasar borong. Han,aku yang bayar bukan kau. So,kau tak payah risau.”

“Yalah..”

“Eh,jap! Jap! Aku nak kau beli baju kurung.”

“Hah?! Baju kurung? Tak naklah aku! Kau saja je nak sindir aku,kan? Baik aku balik!”aku keluar dari butik namun Aisy sempat menarik tanganku. Langkahku terhalang.

“Han,kau kata kau nak berubah. Dah sampai masanya kau jadi perempuan. Please..demi aku..”

Aku memerhati Aisy seketika.

“Errr..ok..ok..kau nak sangat aku pakai baju kurung,kan? Ok..aku tunaikan permintaan kau. Puas hati kau?”

“Thanks..”

+++++++++

Aisy memberhentikan kereta di sebuah tasik. Aku turun dari kereta dan mendekati Aisy. Aku membetulkan topi yang hampir menutupi mataku.

“Kenapa kau berhenti dekat sini pulak? Tadi kata nak balik. Aku dah panas pakai baju kurung ni..”

Aisy memalingkan wajahnya dan merenung tajam ke dalam mataku. Dia melihat penampilan dari atas sampai ke bawah. Penampilanku agak pelik. Biasalah stail yang aku bawa memang tidak menepati kriteria sebagai isteri. Aku menyarung baju kurung di tubuhku dan aku tutup kepalaku dengan topi. Aisy tiba-tiba membuang topi yang aku pakai di kepala.

“Aisy,baklah sini topi aku tu..”

“Han,kau cantik apa kalau tak pakai topi. Kenapa kau kena selindung wajah kau yang cantik ni dengan topi?”

“Aku punya sukalah nak pakai topi ke tak.. kau pehal,derr?”aku sedikit beremosi.

“Han,kau tahu tak aku dah jatuh cinta dengan kau?!”

Aku terkedu. Aku bingung untuk memberi reaksi yang sebagaimana.

“So,apa kaitan dengan topi aku? Baklah topi aku balik!”

“Aku nak kau jadi permaisuri dalam hidup aku.”

“Kalau betullah kau cintakan aku,kau confirm boleh terima diri aku yang sebenar. Aku memang kasar. Aku memang macam lelaki. Tapi aku pun ada perasaan. Aku pun boleh jatuh cinta. So,kau tak payah risau. Macam mana fizikal aku sekalipun,kalau aku tetap cinta,aku akan cinta.”

Aisy terus memelukku. Air mataku tiba-tiba menitis dan tanganku juga mendakap kemas tubuh Aisy.

“Aisy,aku pun dah jatuh cinta dengan kau..terima kasih sebab kau sudi terima aku dalam hidup kau..”

“Dan terima kasih juga untuk kau sebab kau sudi terima aku..”

Aisy meleraikan pelukan. Dia menyeka air mataku yang berguguran.

“Kau ni menangis pun nampak cute..geram nak cubit.”Aisy mencubit pipi gebuku. Aku menangis sekaligus ketawa. Aku pun buntu dengan perubahan moodku.

“Han,aku nak bina hidup baru dengan kau. Apa kata kau panggil aku abang..dan aku panggil kau sayang..ok?”

“Err..gelilah..aku memang tak bolehlah!”

“Please...kita cuba..”

“Ok...abang...”

“Thank you sayang!! I love you!!”Aisy mengendong tubuhku dan berlari anak masuk ke kereta. Dia menyarung topi ke kepalaku dan menghidupkan enjin kereta. Kereta Range Rover miliknya membelah laju jalan raya.

Dan..tasik inilah yang menjadi saksi cinta Raihan Ammara a.k.a Cik Brutal dan Tengku Aisy Arumi.. ~TAMAT~


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.