Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi ABY DAH JUMPA SUAMI
ABY DAH JUMPA SUAMI
Iman Adami
19/12/2016 21:36:05
10,898
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

Azni Habibah. Gadis ini cantik tapi wataknya kasar sedikit. Namun jangan bimbang,orangnya memang gila-gila.

Sekolah menengah,orang panggil dia Bibah. Bib. Habib. Macam-macam. Tapi,sejak masuk universiti di luar negara,terus dia tukar nama panggilan. Nak panggil Habib,takut orang anggap kekasih. So,dia decide untuk letakkan namanya sebagai Aby. Shortcut untuk namanya Habibah.

Aby dah habis belajar dalam course engineering. Software engineer itu dah jadi pekerjaan dia kini. Dan..kini Aby dah pulang ke negeri asalnya,Kelantan. Jauh perjalanannya,dari Ireland ke Kelantan. Aby puas hati dengan apa yang dia dah capai sekarang.

Kini..kisahnya bermula...

Aby leka membelek foto yang ada dalam kamera Canon milliknya. Kakinya menyeberangi jalan namun matanya masih tertumpu pada gambar yang ada dalam kamera.

“Arghhh!”jerit Aby. Kereta BMW berwarna merah itu berhenti mengejut. Jarak Aby dari kereta itu tidaklah terlalu jauh. Aby membuka matanya perlahan. Dia menarik nafas lega. Rupanya dia masih bernyawa. Tapi..kamera Canon miliknya sudah tiada di tangan. Mata Aby membulat. Terkejut Aby apabila melihat kameranya sudah berkecai di atas jalan.

Pemilik kereta itu rupanya lelaki. Dia keluar dari kereta dan menghampiri Aby yang terkedu dengan keadaan itu tadi.

“Cik okey ke?”lelaki itu bertanya. Suaranya yang serak macho itu buat Aby tersentak.

“Encik,saya okey..tapi nyawa saya dah mati.”Aby membuat muka buruknya. Dia mahu menangis mengenangkan kameranya yang berkecai.

“Nyawa cik dah mati?”terpinga-pinga lelaki itu.

“Encik,macam mana encik bawak kereta? Tak nampak ke saya nak lintas jalan tadi? Ya,encik saya selamat. Yang tak selamat tu kamera saya. Dia tu nyawa saya. Banyak software yang perlu saya guna dalam kamera itu. Dahlah,saya ada projek. Arghhh!”Aby menggoncang kepalanya. Dia stress.

Lelaki itu tidak berkelip memandang Aby. Bukan apa,dia terkejut dengan Aby yang tidak berhenti membebel.

“Nah..”lelaki itu menghulur kad business miliknya. Aby mengambil kad yang dihulur itu perlahan-lahan.

“Kad ni buat apa encik? Saya bukan nak kad business encik ni. Saya nak kamera saya balik.”

“Macam ni,saya ada hal sekarang. Ada meeting. So,awak ambil kad saya ni. Nanti awak call saya dan saya janji akan beli kamera baru untuk awak.”

“Saya kena call encik?”

“Yalah,takkan saya nak call awak pula.”

“Encik,kalau saya call nanti encik tak jawab macam mana? Encik jangan main-main dengan saya.”

“Saya angkat call awak nanti. Saya pergi dulu.”lelaki itu terburu-buru ke kereta. Aby hanya mampu pasrah.

Aby menatap kad yang diberikan lelaki itu tadi. Idris Syah bin Dato Ghaffar. Ketua Pegawai Eksekutif atau Chief Excutive Officer atau lebih tepat lagi CEO.

“Patutlah sanggup nak ganti kamera aku balik. CEO rupanya..”Aby mendengus.

#######################

Aby tiba di rumah. Masuk sahaja dalam bilik,Aby terlihat adiknya,Insyirah atau Angah sedang duduk di katil. Angah leka membelek majalah Solusi. Aby menghempap tubuhnya di katil.

“Kenapa,Long?”soal Angah bersahaja. Matanya terus tertancap pada helaian majalah.

“Kenapa apa?”balas Aby.

“Yalah,kenapa dengan kau? Badmood?”

“Tak ada badmood sangat. Aku rasa sedihlah,ngah. Canon aku jatuh tadi. Aku kena langgar.”

“Hah?! Kena langgar? Long,kau okey tak ni?”Angah membelek-belek tubuh Aby. Takut ada luka di mana-mana.

“Ish,aku okeylah! Tu,kamera aku yang pecah.”

“Oh,kamera...ni,siapa yang langgar kau?”

“Entah. Aku dapat kad business dia je.”

“Apa nama dia?”

“Idris Syah bin Dato Ghaffar. CEO syarikat..”

“Mmm..untung kau Long kena langgar dengan CEO. Kaya pulak tu..”

“Heh,tak ada yang untungnya. Dahlah aku ada projek. Kena pakai kamera tu.”

“Alah,dia ada cakap nak ganti balik kamera kau?”

“Ada..tapi aku tak tahu bila dapat. Dia suruh aku call dia.”

“Mmm..aku nak tanya,handsome tak dia?”

“Eh,ko dah kenapa?”

“Alah jawablah..”

“Handsomelah. Muka dia macam Idris Khan tu. Macho macam itulah. Aku tengok,muka dia macam sebijik je dengan Idris Khan tu. Yang bezanya,nama dia orang.”

“Sukalah!”

“Dah,aku nak gi mandi.”Aby membuka tudungnya. Dia mencapai tuala yang disangkut di penyidai lalu kakinya terus melangkah ke bilik air.

##############################

Aby cemas menunggu Idris. Lama rasanya dia duduk di kerusi restoran itu. Naik sengal pula punggungnya. Ketika menelefon tadi,Idris tidak terlalu beria untuk bertemu dengan Aby hari ini. Mungkin dia sibuk. Aby mengetuk jari jemarinya di meja. Dia sudah terlalu bosan menunggu Encik Idris Syah itu. Sebentar kemudian,Idris masuk ke dalam restoran. Pakaiannya memang segak. Kemeja putih dan berblazer kelabu. Tapi kali ini dia berkaca mata nipis. Walau apapun,wajah Idris tetap iras dengan Idris Khan. Terpegun Aby dibuatnya. Aby membetulkan posisi duduknya.

“Maaf saya lambat.”ucapnya seraya duduk.

“Encik,penat tahu tak tunggu orang macam encik ni. Janji pukul berapa,datang pukul berapa. Kalau ada beribu orang macam encik ni,boleh jadi gila saya,tahu tak.”omel Aby.

“Saya minta maaf. Saya banyak kerja tadi. Dan..ini kamera awak yang saya pecahkan hari itu.”Idris menolak paper bag ke arah Aby.

Aby membuka perlahan paper bag itu. Ada sebuah kotak. Kotak itu terus dibuka. Aby tersengih melihat kamera baru yang serupa dengan kameranya yang berkecai tempoh hari.

“Encik,terima kasih. Saya minta maaflah sebab marahkan encik tadi. Saya memang macam ini encik. Gila-gila sikit.”Aby tak lekang tersenyum. Paper bag tadi diletakkan di sisinya.

“Tak apalah,saya faham. Betul cakap awak,kalau ada beribu orang yang macam saya,tentu susah.”ujar Idris sambil tergelak. Aby terlopong memandang Idris. Bukan apa,wajah Idris Syah saling tak tumpah dengan Idris Khan.

Aby bukanlah minat sangat dengan Idris Khan tu tapi apapun Angah ada memberitahunya yang Idris Khan itu pernah tercalon antara artis lelaki terkacak. Kalaulah Angah berada di situasinya sekarang dan berdepan dengan Idris Syah,sudah tentu Angah itu meraung tak tentu pasal.

“Encik,muka encik samalah dengan pelakon tu. Idris Khan.”selamba sahaja Aby bersuara.

“Ya ke? Ada jugak yang cakap saya macam tu. Tapi,saya tak kenal pun Idris Khan tu. Yalah,saya ni sibuk dengan company. Mana nak sempat tengok mana-mana pelakon.”ramah pula Idris berborak dengan Aby.

 "Encik memang pakai cermin mata ke? Iyalah,hari tu masa kita terlanggar,tak ada pula saya nampak encik pakai cermin mata."Aby ingin tahu.

 "Saya memang pakai cermin mata tapi bila buat kerja je. Kalau ayik mengadap laptop,boleh sakit jugak mata saya ni. Ini pun saya lupa nak tanggalkan tadi."

“Oh..”Aby tersengih macam kerang busuk.

“Awak dah tahu nama saya... tapi, saya tak tahu siapa nama awak.”

“Err...saya Azni Habibah. Orang panggil Aby je. Tapi kalau dekat rumah,orang panggil saya Along. Iyalah sebab saya kan anak sulong.”celoteh Aby.

Idris tiba-tiba ketawa. Hairan si Aby.

“Encik kenapa tiba-tiba ketawa?”Aby mengerutkan dahi.

“Awak ni kelakarlah Aby. Kalau macam tu,awak tak payahlah nak berencik dengan saya. Panggil je Idris.”

“Yalah. Mmm..I..dris,saya dah kena balik ni. Terima kasihlah sebab sanggup ganti balik kamera saya ni..”

“Sama-sama. Saya tak sempat nak tanya awak. Awak tak ada luka ke,kena langgar hari tu?”

“Tak ada. Saya okey..”

“Kalau macam tu,saya balik dululah. Kalau ada rezeki,kita jumpa lagi..”ujar Idris. Dia bangun dari kerusi.

“Yalah,Insyaa Allah..”

Idris terus beredar. Aby asyik tersenyum. Dia juga beredar dari restoran.

##########################

Sejak pertemuan tempoh hari,Aby dan Idris masing-masing membuat hal sendiri. Mereka tidak lagi bertembung atau terserempak di mana-mana.

Betul kata Idris,kalau ada rezeki,mereka pasti akan berjumpa lagi. Aby menerima panggilan dari Idris. Katanya dia mahu berjumpa dengan Aby. Aby sendiri tidak pasti akan tujuan sebenar Idris ingin bersemuka dengannya. Mungkin Idris mendapatkan nombor telefon Aby itu dari Aby sendiri.

Dia baru teringat yang dia ada menelefon Idris sewaktu Idris mahu mengganti semula kameranya. Aby hanya menurut.

Aby menunggu Idris di restoran tempoh hari. Seperti tempoh hari,Idris lewat tiba di restoran untuk kali keduanya. Puas Aby menunggu si CEO itu.

Dari jauh,Aby ternampak susuk tubuh Idris yang baru keluar dari kereta. Di luar restoran,hujan sedang turun renyai-renyai. Aby gelisah jika hujan turun dengan lebat. Dia hanya menunggang motorsikal untuk ke restoran ini.

Idris memasuki restoran. Dia menghampiri meja.

“Maaf,lambat.”ujar Idris. Dia duduk lalu tangannya membetulkan rambutnya yang telah basah terkena hujan.

“Awak tahu tak,saya penatlah tunggu orang macam awak ni. Selalu lambat. Dari tadi saya sampai,belum hujan lagi. Sekarang dah hujan baru nampak batang hidung. Saya dah tunggu dekat 30 minit tahu,tak? Oo..mentang-mentanglah awak ganti balik kamera saya,awak boleh buat saya macam inilah? Amboi..hensem muka awak..”Aby membebel lagi. Tiap kali berjumpa dengan Idris,tiap kali itulah dia membebel.

“Awak ni kenapa? Suka sangat membebel. Esok-esok,kalau kahwin,suami awak lari tahu tak. Kenapa? Sebab,dia penat dengar isteri dia membebel 24 jam. Nak ke?”Idris memberi peluru berpandu.

“Eh,dia sound aku?”gumam Aby perlahan.

“Biarlah! Suami saya bukan suami awak!”balas Aby.

Terkedu Idris. Dia menggeleng kepala.

“Awak nak jumpa saya ni kenapa? Saya banyak kerja ni. Awak tahu tak,saya ni engineer. Kerja saya banyak atas meja tu.”

“Amboi,berlagak. Kejaplah,kasilah saya order air dulu. Walaupun dekat luar hujan,tapi tekak saya panas tahu tak.”balas Idris.

Aby menjeling. Dia menyedut jus oren yang dipesan. Keadaan sepi seketika. Idris menunggu air yang dipesannya. Setelah jus carrot yang dipesan sampai di meja,Idris tersenyum riang. Dia meneguk air itu rakus. Terkebil-kebil Aby memandang Idris.

“Fuh...lega. Hilang haus.”

“Eh cepatlah awak. Awak jumpa saya ni nak apa?”Aby bertanya terus.

“Saya nak jumpa awak,sebab saya nak ajak awak kahwin.”

“Hah?! Kahwin! Awak ni..haa..dah gila ni.”

“Gila? Gila apanya? Saya ajak awak buat benda baik. Kahwin dengan saya. Simple,kan?”

“Eh Encik Idris Syah,awak ingat saya pilih suami macam pilih ikan dekat pasar ke? Main tangkap muat je. Kalau awak tu taste saya tak apa jugak. Saya tak suka dekat awak. Kenapa nak kena kahwin dengan awak pulak..”

“Idris Syah akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak. Awak dengar sini,saya tak tahu kenapa saya jadi macam ini. Tapi,kali pertama saya tengok awak,saya tak rasa apa-apa. Balik je rumah,saya terfikir nak kahwin. Hah,dan paling kelakar,saya rasa nak kahwin dengan awak. So,apa pendapat awak?”

“Huh,cerita awak kelakar. Tapi sayang,saya tak tertarik dengan awak dan saya takkan kahwin dengan awak. Tak kiralah awak hensem macam Idris Khan sekalipun,tapi awak bukan Idris Khan. So,saya dah putuskan yang saya takkan kahwin dengan orang asing macam awak. Saya tak kenal awak pun. Cukuplah sekadar tahu nama awak pun dah buat saya gila.”

“Awak,kesianlah dekat saya. Saya dah lama nak kahwin. Tapi saya tak ada calon. Dah alang-alang jumpa awak,saya ajak awak kahwin. Awak ingat saya main-main,ke?”

“Ish,tak tahulah nak cakap apa! Yang pasti,awak memang gila!”Aby terus bangun dari kerusi dan meluru keluar dari restoran.

Idris pantas mengejar. Dia memaut lengan Aby. Gaya mereka ala-ala cerita hindustan dengan dihujani hujan yang sedang turun dengan lebatnya.

“Idris,jangan kacau saya. Awak pergi balik. Saya tak nak jumpa awak lagi. Saya rasa menyesal sebab awak langgar saya hari itu. Kenapalah awak yang kena langgar saya? Kenapa tak orang lain?”

Idris meraup wajahnya yang dibasahi dengan hujan. Begitu juga dengan Aby.

“Tak,awak saya pun tak tahu kenapa saya macam ni. Tapi tolonglah pertimbangkan apa yang saya cakap tadi. Niat saya baik. Saya nak ajak awak kahwin. Itu je. Dan urusan lain awak tak perlu risau.”

“Awak cakap senanglah. Eh,saya tak cintakan awak. Mana boleh kahwin dengan awak. Saya pun tak pandai masak. Kalau awak kahwin dengan saya,awak nak makan apa? Nak makan telur kerbau hari-hari? Tolonglah faham..”Aby meraup wajahnya. Penat rasanya bila berdebat dengan Idris.

“Awak,saya ada bibik dekat rumah. Awak tak perlu risau semua benda tu. Awak kahwin je dengan saya and settle.”

“Sekarang ni awak bagi tahu saya,kenapa awak beria sangat nak kahwin? Mak awak suruh? Awak dengar sini,kalaulah mak awak yang suruh awak kahwin,lupakan hasrat awak untuk jadikan saya sebagai isteri awak. Awak ingat cerita kita ni macam novel Love You Mr Arrogant ke,hah? Terlanggar someone tup tup nak jadikan dia isteri. Tolonglah berfikir dengan waras.”

“Tak,Aby awak dengar elok-elok. Tak ada siapa pun yang suruh saya kahwin. Memang perasaan saya yang nak beristeri. So,siapa yang boleh halang. Saya bagi awak masa.”

“Idris,kalau saya kahwin dengan awak,awak jamin ke boleh sayang saya,cinta saya?”

“Saya jamin. Dah kalau sekarang pun saya teringin nak kahwin dengan awak,itu bermakna saya dah sedia nak cintakan diri awak sepenuhnya. Trust me,Aby. Awak anggap jelah yang Allah pertemukan kita sebagai jodoh dalam keadaan terdesak macam ni.”

“Ish,kerja gilalah! Dah,saya nak balik. Awak carilah perempuan lain untuk jadi isteri awak.”

“Aby,awak nak balik macam mana? Sekarang hujan. Awak naik motor,kan?”

“Err..tak apalah,saya nak balik jugak!”

“Saya hantar awak.”

“Tak payahlah. Saya boleh balik sendiri.”

“Kalau macam tu,awak tunggu je hujan ni berhenti. Nanti awak demam.”

Aby akur. Dia masuk ke restoran dalam keadaan basah lencun. Idris menyorot langkah Aby. Mereka duduk di meja. Mereka saling berpandangan. Kedua-dua mereka tidak bersuara. Diam membisu.

######################

Seminggu telah berlalu. Masa yang Idris berikan untuk Aby digunakan sia-sia. Aby tidak terfikir langsung mengenai perkahwinan mendadak yang dirancang oleh Idris. Dia hanya fokus pada kariernya semata-mata.

Aby pernah bercerita mengenai kerja gila Idris itu pada Angah. Dan Angah pun menyokong apa yang Idris lakukan. Pernah juga Aby terfikir tentang Idris tatkala dia bersendirian. Akhirnya,Aby telah membuat keputusan untuk menunaikan solat istikharah. Siapa sangka,wajah bakal suami itu adalah...

“Aby dah jumpa suami!”jerit Aby dalam biliknya.

Aby teragak-agak untuk menelefon Idris. Namun,digagahkan jua dirinya. Untung Idris sudi menjawab panggilannya.

“Hah,awak telefon saya kenapa?”soal Idris.

“Mmm..awak dah jumpa calon ke?”

“Tak,saya tunggu awak kot. So,saya nak jawapan.”

Aby diam. Segan pula rasanya.

“Aby,saya tahu saya dah buat kerja gila. Betul cakap awak,saya langgar awak and tup tup nak jadikan awak isteri saya. Memang tak logik. Tapi,saya pun tak tahu kenapa ia jadi macam tu. Saya suka dekat awak tapi saya pun tak sangka dalam masa yang sesingkat itu.”sambung Idris lagi.

“Okey,saya dah buat keputusan. Awak,saya ada buat solat istikharah dan saya nampak wajah awak dalam mimpi saya.”Aby mengetap bibir. Idris pula sudah terloncat-loncat di dalam biliknya.

“Okey,saya suka berita tu. So,next week saya bawak awak jumpa umi saya. Awak tak perlu risau,umi saya seorang yang sporting macam awak. Saya yakin dia akan dapat terima awak. Lepas tu,kita akan cari barang wedding kita. Okey tak idea saya?”

“Okey sangat Encik Idris Syah. Suka hati awaklah..saya tak kisah..”

“Awak,terima kasih sebab sudi pertimbangkan permintaan saya. Saya janji,usai je akad nikah nanti,saya akan jaga awak elok-elok.”

“Okey,saya pegang janji awak. So,awaklah orangnya yang akan lari sebab dengar isteri dia membebel 24 jam,betul tak?”

“Huh,macam itulah nampaknya..”Idris tergelak.

###############

Akad nikah pun telah selesai. Aby dah sah menjadi isteri kepada Idris. Siapa sangka kan caturan Allah itu indah. Mereka dipertemukan dalam keadaan yang tak mengizinkan namun Allah telah mempermudahkan jalan untuk mereka. Solat Istikharah adalah jalan terbaik yang Aby pilih.

Idris benar-benar menunaikan janji yang pernah diikrarkan sebelum mereka membina masjid. Semuanya indah belaka namun rumah tangga mana yang tidak bergolak..

Apa yang terjadi pada Idris dan Aby?

Anda berpeluang untuk membaca karya Aby Dah Jumpa Suami 2. Nantikan kisah Idris dan Aby..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.