Home Cerpen Cinta Love Hunter
Love Hunter
Laila Qaisara
3/12/2012 12:19:51
3,743
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Bunyi kereta jelas kedengaran dari luar rumah. Ijat memanjangkan leher, melihat siapa yang bertandang ke rumahnya. Dilihat adiknya Iqa keluar dari kereta Persona. Ijat mengerutkan dahi. Mana kereta Myvi kesayangannya?

“Assalamualaikum. Mama, Iqa balik,” Iqa bersuara lemah. “Eh, abang! Abang pun ada gak? Awal balik?” ada nada peril pada kata-katanya. Ijat mencebik.

“Banyaklah kau. Kereta kau mana?” tanya Ijat.

“Rosak….,” balas Iqa selamba.

“Rosak???!!!” bergegar seisi rumah agaknya dengan jeritan lantang Ijat itu. Mengalahkan perempuan. Iqa menutup telinganya dengan tangan. Boleh cair tahi telinga dengar Ijat menjerit, heheee. Namun dengan selambanya Iqa melangkah ke biliknya di tingkat atas.

“Kereta kau rosak tang mana?”

“Mana orang tau, dia takmau start,” jawab Iqa lagi. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Ijat mengeluh.

“Baru je lepas servis….,”

“Apanya ni?” tanya mama yang baru keluar dari dapur. “Iqa mana? Tadi mama dengar suaranya,”

“Hah, apa lagi si lapem tu buat kalau bukan…… erk!” Ijat tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila lehernya dicekik kuat oleh Iqa.

“Hah, kutuk Iqa lagi!” iqa bersuara geram. Berang apabila dikutuk abang sendiri. Tapi yang sebenarnya Iqa hanya ingin bergurau. Cuma gurauannya agak kasar sedikit.

“Heh, sudahlah tu. Dah memang itu pun gelaran yang kamu patut dapat. Nama je perempuan, tapi perangai macam jantan!” bidas mama selamba. Spontan cekikan Iqa terlerai. Iqa mendongak memandang mama. Mama tersengih. Iqa mencebik. Menonong dia masuk ke biliknya. Tak sanggup dia mendengar gelak tawa Ijat dan mama yang mengejeknya. Huh!

“Haduhai, penatnya….,” Iqa mengeliat setelah lama berada dalam posisi yang sama. Sudah menjadi kebiasaaanya, mengulangkaji di atas katil sambil meniarap. Senang. Kalau tertidur tak sakit-sakit badan. Dia bangun dan membuat beberapa pergerakan ringan di atas katil itu. Ya, dia berdiri di atas katil. Nasib baik biliknya tiada kipas siling! Sebenarnya dulu ada, tapi dia yang minta kipas itu dicabut gara-gara dia sering cedera terkena bilah kipas. Cedera yang diundang sendiri.

Iqa duduk semula. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan mencari gitarnya. Eh, semalam ada kat belakang pintu! Ni mesti abang yang ambik ni!

“Abang! Abang! Abang!!!!” jeritnya sambil mengetuk pintu bilik Ijat.

“Ketuk sampai esok pun takde orang nak bukakkan,” terdengar suara dari belakang. Iqa menoleh. Ijat memandangnya , tersenyum sinis. “Nak bukak macam mana, takde orang pun dalam bilik ni,” sambung Ijat lagi.

“Gitar orang mana? Orang nak guna,” terus Iqa bertanya. Dengan Ijat ni tak payah nak bermukadimah. Kena gelak la jawabnya nanti.

“Selalu tu main redah je,” Ijat bersuara lagi. Sinis. Iqa menyepetkan matanya. Abang ni aku nampak kecik, besar, kecik, besar….. je, hati kecilnya berkata.

“Tu ha, atas katil tu,” Ijat menunjukkan ke arah katilnya. Laju sahaja Iqa menyambar gitarnya itu. Siap dicium-cium lagi.

“Kalau aku tau kau nak cium, aku kentut-kentutkan gitar tu,” Ijat masih mahu mengusik.

“Nampak ni?” Iqa menunjukkan penumbuknya yang tak berapa nak besar itu. Ijat tergelak besar melihat telatah. Adiknya. Iqa menggeleng perlahan.

“Mental dah abang aku ni,” katanya perlahan. Dia kemudian masuk ke biliknya. Suara Ijat yang mentertawakannya masih kedengaran.

Iqa memetik perlahan gitarnya. Fikirannya sudah melayang entah ke mana. Gitar berlagu merdu mengikut petikan si tuan. Dan si jejaka sebelah rumah mula memasang telinga. Dia tersenyum, lalu pen dan kertas dicapai. Dia mendapat idea untuk puisi barunya.

*****

“Abang, orang gerak dulu la!”

“Kau nak aku kena pelangkung ngan mama ke hapa? Takde, takde! Kau tunggu aku kat luar tu sat, aku nak cari stokin,” jawab Ijat. Iqa mencebik. Kalau Ijatlah yang menghantar, memang akan lambatlah aku sampai ke kolej ni. Bukannya Iqa tak tahu perangai Ijatnya yang seorang ini. Bersiap mengalahkan perempuan! Aku yang perempuan ni pulak yang simple. Eh, simple ke? Direnung baju kurung yang dipakai.

“Eh, Iqa….,”

Iqa mendongak. Amir yang berada di sebelah pagar tersenyum manis. Tanpa sedar, dia membalas senyuman itu.

“Nyenyak tidur malam tadi?” Iqa berbasa-basi. Hesh, apa aku tanya pasal tidur ni….

“Awak pulak?” tanya Amir pula. Iqa terlopong. Eh, bukan ke aku tanya dulu?

“Saya….,”

“Oh tidak…..!!!!” jerit Ijat. Iqa dan Amir sama-sama menoleh ke arah Ijat yang sudah memegang kepalanya. Sakit kepala ke?

“Kenapa Ijat?” tanya Amir. Ijat hanya memandang sayu ke arah Amir dan Iqa yang berada dip agar.

“Tayar kereta aku pancit….,”keluh Ijat perlahan. Hampir tersembur tawa dari Iqa namun ditahan. Kat luar rumah ni beb! Kena berlakon sikit!

“Kalau macam tu, siapa nak hantar Iqa pergi kolej? Abang dah janji nak hantar Iqa,” tanya Iqa lembut. Itulah Iqa bila di luar rumah. Lemah lembut bagaikan wanita Melayu terakhir. Kalau di dalam rumah….. dua kali lima je dengan Ijat tu.

“Aku nak buat macam mana kalau dah pancit? Kan kereta kau dengan kereta aku kembar?” balas Ijat geram. Macamlah dia tak tau, marah hatinya.

Namun itulah hakikatnya. Kalau kereta Iqa rosak, kereta Ijat akan ikut meragam. Bagitulah sebaliknya. Apa sebabnya, mereka pun tak tahu.

“Apa kata saya yang hantar Iq ke kolej?” usul Amir. Iqa dan Ijat memandang wajah itu tidak berkelip.

“Boleh ke, Mir? Tak susahkan kau?” tanya Ijat. Amir mengangguk.

“Satu jalan je, kan?” tanya Amir lagi. Iqa mengerutkan dahi.

“Awak tau ke jalan ke kolej saya?”

“Kolej Permata, kan?” tanya Amir lagi. Iqa mengangguk.

“Satu jalan la tu….,”

“Pergi je la Iqa, kau kan dah lambat,” tegur Ijat. Nak buat drama tapai basi pulak kat sini. Macamlah tak kenal si Amir tu….

“Sorry ye, saya menyusahkan awak,” tutur Iqa sambil tersenyum. Amir membalas senyuman itu. Baru Iqa tahu yang senyuman Amir sungguh enawan!

*****

“Iqa, kau datang dengan siapa tadi?” tanya Melinda, rakan sekolej Iqa. Dia yang menghantar Iqa pulang semalam. Dia hairan kenaa orang lain yang menghantar Iqa, bukan Ijat yang dikenalinya.

“Jiran aku, Amir. Tayar kereta abang aku pancit, tu yang dia hantarkan tu,” balas Iqa sekaligus menjelaskan kenapa Amir menghantarnya pagi itu.

“Kereta aku macam mana? Abang kau kata apa?” tanya Iqa. Semalam, Melinda menghantar kereta Iqa yang rosak ke bengkel abangnya, Haikal.

“Abang aku kata lagi dua tiga hari elok la. Nanti bila dah siap, dia bagitau. Eh, kau tau tak Love Hunter ada post baru?” berseri-seri wajah Melinda apabila bercerita mengenai Love Hunter, blogger yang diminatinya. Iqa mencebik.

“Kau ni kan, tak habis-habis dengan blogger tu! Bukannya dia kenal kau pun, sampai kau nak angau habis dengan dia!”

“Eleh, biarlah, aku nak cinta mati kat dia pun. Bukan pakai duit kau!” balas Melinda geram. Iqa mencebik.

“Blah la kau, meh sini aku tengok puisi cinta-mati kau tu,” Melinda menghulurkan Ipad miliknya dengan sengihan melebar. Iqa membaca bait-bait puisi karya Love Hunter.

Ketika ku menatap wajahmu
Kasihku
Aku melihat cahaya rembulan
Bersinar di wajahmu
Sungguh indah ku amati
Bagai bahagia terus di sisi

Aku bayangkan kita bersama
Melihat terbenamnya mentari
Berdua
Mengusir lara di hati
Yang memburu sepanjang hari

Pendeknya, tapi padat. Okeylah tu, detik hatinya. Spontan Iqa tersenyum.

“Romantik, kan?” tanya Melinda setelah Iqa memulangkan Ipad miliknya. Iqa tersenyum.

“Eleh, kau pun tangak cintan dengan dia, nak kutuk aku pulak,” bidas Melinda.

“Eh, sekurang-kurangnya aku masih kawal diri aku. Lagipun kita tak tau yang dia ni lelaki ke perempuan,” balas Iqa. Melinda terdiam.

“Ye tak ye jugak kan,” Melinda mengakui kesilapan sendiri. Buatnya Love Hunter tu perempuan, tak ke haru? Huhuuu…….

“Eh, aku lupa nak bagitau, Akmal kirim salam. Dia mintak nombor telefon kau,” Melinda memberitahu. Iqa cuma menjawab salam itu di dalam hati.

“Kau izinkan tak aku bagi nombor kau kat dia?”

“Boleh tak kau berhenti jadi telefon karat dia? Aku rimas la,” marah Iqa. Marah kerana Akmal masih tak reti-reti bahasa. Aku tak nak kat kau la! Siapa yang nak? Playboy tu! Huh! Ramai yang tergila-gilakan dia, termasuk Melinda. Tapi bukan Iqa.

“Alah, dah orang tu suka, kau layan je la! Bukan senang tau nak dapat perhatian dia tu! Seorang pelajar yang terkenal kat kolej ni,” Melinda memintal rambutnya dengan gaya manja.

“Kot ye pun nak perkenalkan dia tu, tak payah nak skema sangat la wei,” kutuk Iqa.

“Suka hati aku la nak skema ke nak skemu ke…. Adoi!” tindakan reflex! Melinda terdorong ke belakang. Spontan dia meraba-raba kepalanya yang sakit akibat terhantuk dengan…. Tiang ke apa ni?

“Maaf,” suara garau lelaki itu amat dikenali Iqa. Buaya ni lagi!

“Eh, Akmal! Buat apa kat sini?” terus Melinda berubah watak. Iqa tahan gelak.

“La, inikan jalan awam. Sesiapa pun boleh lalu, kan?” terbatuk-batuk Iqa menahan gelak. Namun Akmal menyedarinya.

“Awak apa khabar, Iqa?”

“Ok je,” jawabnya selamba. Dalam hati menyumpah-nyumpah Akmal si playboy.

“Kelas dah habis kan? Jom saya belanja awak berdua makan,” skemanya mamat ni. Memang macam ni ke cara dia nak mengorat awek? Fikir Iqa. Melinda sudah menyikunya. Iqa menjeling tajam ke arahnya.

“Macam mana?”

“Yes!”

“No!”

Serentak Melinda dan Iqa menjawab. Kemudian mereka memandang sesama sendiri. Akmal tersenyum menahan gelak.

“Yes or no?”

“No!” jawab Iqa sebelum Melinda sempat bersuara. “Sorry la Akmal, dompet tertinggal kat rumah la. Lain kali je la ek,” laju Iqa menarik tangan Melinda untuk pergi dari situ. Akmal hanya memerhatikan mereka. Namun, sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan, Akmal tersenyum sinis.

“Kau ni dah kenapa?” tanya Melinda, geram. “Aku baru nak kenenkan kau dengan Akmal,”

“Apa kata kau yang kenenkan diri kau dengan dia. Aku tak nak,”

“Kau ni dah kenapa….,”

“Yang kau tu, kenapa? Tak habis-habis dengan Akmal tu? Kalau kau suka dia, apa lagi, masuklah jarum!” Iqa sudah naik marah. Melinda menikus.

“Dia tak suka dengan aku. Dia suka dengan kau,”

“Tapi aku tak suka dia!”

“Kau ni dah kenapa, tak suka dia? Kan dia hensem tu?” Iqa terdiam. Ha’ah ek, apasal aku tak suka dia?

“Kau pernah dengar tak ayat ni?”

“Apa?’

“Tiada sebab untuk mencintai seseorang. Ia datang macam tu je,”

“Itukan ayat Winter Sonata. Kau ni dah kenapa, nak pakai ayat dalam drama Korea ni….,”

“Kau ni dah kenapa, kau ni dah kenapa…. Cuba dengan aku habis cakap dulu,” Melinda tersengih.

“Ha, cakap la, aku dengar,” Melinda mendekatkan telinganya ke muka Iqa. Spontan Iqa menolaknya dengan tangan

“Kau ni dah kenapa, aku nak dengar apa kau cakap,” Melinda tidak puas hati.

“Kau tengok, aku dah lupa apa yang aku nak cakap dah,” Iqa melekapkan belakang tapak tangannya di dahi. Gayanya digedikkan sedikit, ala-ala perempuan penggoda gitu.

“Kau ni dah kenapa, buat gaya Cleopatra bagai. Tadi depan Akmal tak nak pulak kau buat macam tu,” Melinda mengutuk. Iqa menjegilkan matanya. Kemudian mereka sama-sama tertawa.

*****

Grenggggg!!!!! Grenggggg!!!!!

“Ah, takde mood nak goreng gitar. Bosanlah!” Iqa menjeling ke arah pintu. Tiba-tiba timbul satu niat jahat di mindanya. Dia terjengket-jengket keluar dari biliknya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Ijat masih belum pulang. Mama di dapur. Senyuman nakal Iqa semakin lebar. dia berjalan terjengket-jengket menuju ke dapur melalui ruang tamu .

Ding dong!

Langkah Iqa terhenti. Dia menjeling ke arah pintu utama. Hish, takkan abang Ijat lupa bawak kunci pulak kot?

“Iqa, tolong tengokkn siapa yang datang tu!” jerit mama dari dapur. Dengan jeritan yang sederhana, mamam bagaikan sudah tahu yang Iqa ada di ruang tamu. Kalau Iqa masilh di bilik, jeritannya boleh membuatkan seisi rumah bergegar.

Iqa menegakkan badannya. Mama ni, macam tahu-tahu je aku kat mana! Dengan langkah malas dia membuka pintu.

“Assalamualaikum,” Amir menyapa mesra. Senyuman manis terukir di bibirnya.

Iqa terpana.

“Siapa tu, Iqa?” jerit mama lagi dari dapur.

“A…. A…..,” bila masa aku jadi gagap ni!

“Saya, makcik,” Amir bersuara bagi pihak Iqa yang dilihat bagai cacing kepanasan. Dia memandang gadis itu yang tertunduk malu. Mama menjengah dari dapur.

“Oh, kamu rupanya, Amir! Masuklah,” pelawa mama. Amir tersenyum. Jangan senyum macam tu kat aku la! Gugur jantung aku! Iqa hanya memerhatikan saja Amir berbual dengan mama.

“Makcik, ibu ada buatkan gulai lemak cili api,”

“Favourite kamu ni kan? Lauk apa?”

“Ikan tongkol,”

“Iqa, tolong salinkan lauk ni. Eh, Iqa?” Iqa tersentak. Wajah mama dan Amir dipandang. Lalu dia tersengih.

“Apa dia mama?” tu dia! Lakonan sudah bermula!

“Aku suruh salinkan lauk ni, dia pergi berangan pulak kat situ!” mama ni, janganlah jatuhkan saham orang kat sini! Habis lakonan aku!

Amir hanya tersenyum. Aduh, cair, cair! Mama pula buat muka kau-pergi-buat-kerja-sekarang! Kecut perut, Iqa terus mengambilmangkuk yang mengandungi gulai masak lemak cilia pi yang dibawa oleh Amir. Laju dia masuk ke dapur. Terdengar tawa dari Amir dan mama. Entah apa yang melucukan, Iqa pun tidak tahu. Dan Iqa tidak mahu ambil tahu. Namun apabila mendengar suara Amir bila tertawa, Iqa rasakan yang tubuhnya melayang. Terbang jauh ke awan.

Amir, I’m your love hunter!

*****

“Mama tau, si Amir tu dah nak kahwin,” hampir tersembur nasi dari mulut Iqa sebaik sahaja Ijat mengkhabarkan berita baik itu.

“Si Amir tu nak kahwin dengan siapa?” tanya mama. “Tak pernah dengar pun dia berkawan dengan mana-mana anak dara,”

“Mana la kita tau ma, kot-kot dia kawan satu pejabat je,”

“Untung a siapa yang dapat bersuamikan si Amir tu. Dah la baik, bertanggungjawab pulak tu. Pandai hormat orang tua….,”

“Kenapa la pilih orang jauh-jauh. Kat sini kan ada,” mama dan Ijat memandang Iqa tidak berkelip. Iqa berkerut dahi.

“Apa?”

“Apa kau cakap tadi?” Ijat bertanya. Iqa sudah tutup mulut. Kuat sangat ke aku cakap tadi?

“Er….,”

“Iqa cakap apa tadi?” tanya mama pula.

“”Er…, Iqa cakap, Iqa dah kenyang,” Iqa terus angkat pinggan, ke dapur. Rasa macam nak terjun Sungai Congkak pun ada. Malu beb!

“Ye ke, rasanya abang dengar benda lain tadi,” Ijat terus gelak. Mama menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya.

*****

Melinda tersengih-sengih, membiarkan Iqa yang bermuram durja di sebelahnya. Iqa hanya memandang Melinda dengan pandangan sayu.

“Macam kerang busuk,”

“Biarlah, mulut aku,” Melinda tidak mahu mengalah.

“Apa yang kau senyumkan tu?”

“Love Hunter la, siapa lagi?” dah agak dah, detik hati.

“Apa yang dia tulis kali ni?”

“Nah,” Melinda menghulurkan Ipad kepada Iqa.
Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku

Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci

Gadisku...

Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya

“La, inikan lirik lagu, yang kau dok menggedik ni pahal?” Iqa mula tidak puas hati.

“Iye la, tapi ini telah membuktikan yang dia adalah seorang lelaki! Oh, Love Hunterku….,” Melinda tenggelam dalam angan-angannya sendiri. Iqa mengeluh. Suka hati kau la Melinda oi…. Dari jauh dia lihat Akmal datang kepada mereka, apa lagi yang mamat ni nak….

“Hai,”

“Hai,” masing-masing menjawab tidak ikhlas. Yang Melinda masih dengan angaunya terhadap Love Hunter, yangIqa dengan gaya baru-putus-cinta. Bila masa si Iqa ni bercinta?

“Iqa, saya tengok awak ni macam hilang mood,” kata Akmal. Iqa pandang Akmal. Kalau dah tau aku takde mood, yang kacau aku lagi tu kenapa?

“Mungkin saya boleh tolong awak kembalikan mood awak tu?” usul Akmal.

“Tak payah la susah-susah nak pujuk saya, Akmal. Tu, awek awak tu cari awak,” kata Iqa sambil menuding jari ke arah seorang gadis yang melilau-lilau mencari sesuatu. Atau seseorang. Akmal cepat-cepat berlalu dari situ. Iqa bangun apabila melihat Akmal semakin jauh daripadanya.

“Aku balik dulu Iqa. Aku rasa tak sihat la,” kata Iqa. Melinda yang masih berangan-angan hanya menghantar Iqa ke keretanya dengan pandangan mata. Akmal pula memerhatikan pergerakan Iqa dengan rasa dendam yang membara.

*****

“Kenapa kau ni dik? Mama cakap kau dah banyak berubah semenjak dua menjak tiga menjak ni,” tegur babah. Babah baru sahaja pulang sejak dua hari yang lalu. Babah seorang pegawai tentera laut. Masanya banyak dihabiskan di laut. Namun babah bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti mama. Tabah dan setia.

“Tak ada la babah, cuma teringin nak jadi perempuan sejati,” jawab Iqa selamba. Ijat yang sedang menonton tv menjeling ke arahnya. Hendak menyampuk, babah tak suka anak-anaknya menyampuk perbualan orang lain. Walaupun perbualan orang yang lebih muda. Babah kata, itu perbuatan orang yang tidak menghormati orang lain.

“Anak babah nak jadi perempuan sejati? Selama ni Iqa bukan perempuan ke?” usik babah.

“Babah!” Iqa terjerit. Malu diusik begitu.

“Ijat, selama ni adik kamu jadi perempuan sejati ke?” tanya babah kepada Ijat. Namun niatnya hanya bergurau.

“Babah ni….,” wajah Iqa sudah memerah. Ijat sudah tergelak besar. suka benar dua beranak tu mengusik anak dara seorang ni. Mama yang baru selesai tugasnya di dapur mula join sekaki. Dia tersengih memandang babah. Babah mengerut dahi, meminta penjelasan.

“Sebelum ni kan bah, dia mana rajin nak tolong mama kat dapur kan?” kata mama.

“Sekarang?”

“Babah ingat tak masak lemak cilia pi yang babah makan tadi?”

“Ya, so?”

“Anak babah la yang masak,” kata mama sambil menjeling ke arah iqa.

“Ye ke?” Iqa hanya menunduk. Tak sanggup berada di situ lebih lama, dia masuk ke bilik. Ijat, mama dan babah berpandangan sesame sendiri.

“Kenapa dengan anak kita tu? Macam kecewa je,” tanya babah. Mama hanya meangkat bahu. Ijat mengerutkan dahi. Cuba memikirkan sesuatu. Sebentar kemudian dia tersenyum.

“Iqa sayang, you won’t be like this if you are not upset. Kenapa sayang?” tanya babah keesokan harinya. Itulah babah. Walaupun jarang berada di rumah, perangai anak-anaknya amat difahami. Iqa hanya tersenyum hambar sebagai jawapan kepada soalan babah.

“Are you in love, honey?” Iqa, mama dan Ijat tersentak. Namun sebentar kemudian tawa mama dan Ijat meletus. Sampai mengalir air mata Ijat mentertawakan Iqa. Iqa mematung. Babah lihat itu.

Ijat dan mama berhenti ketawa apabila melihat riak wajah Iqa begitu serius kali ini. Mama cuba memaniskan wajahnya.

“Betul kea pa yang babah cakap tu?”

“Siapa la yang malang sangat dapat kamu ni?”

“Ijat….,” Ijat menutup mulutnya dengan sedar diri sudah terlepas kata.

“Babah jangan risau. Anak babah ni kuat. Takat cinta tak kesampaian tu, Iqa boleh handle lagi. Iqa pergi kolej dulu,” Iqa bersalam dengan babah dan mama dan mencapai begnya. Apabila sampai di muka pintu, babah memanggil. Iqa menoleh.

“Ada apa, bah?”

“Kamu kata kamu nak ke mana tadi?”

“Ke kolej la, bah,”

“Hari ni bukan hari Ahad ke? Mana ada kelas hari Ahad,”

Gulp, alamak, macam mana boleh lupa hari ni hari Ahad? Haduyai….

****

“Hari tu ada orang datang. Bertanyakan pasal kamu,” kata mama. Iqa hanya diam, membelek-belek majalah yang dipegangnya sejak dari tadi.

“Kamu fikirlah dulu, kemudian bagitau kami,” kata babah pula.

“Kalau Iqa terima, macam mana?” pujuk mama. Iqa terdiam. Babah berdehem, tidak setuju dengan tindakan mama yang agak memaksa. Mama diam, tunduk memandang lututnya.

“Babah,” panggil Iqa. Babah pandang wajah Iqa yang tak beriak.

“Kalau ikut kata mama, Iqa terima, macam mana, bah?” tanya Iqa. Mama sembunyi senyum.

“Kalau Iqa setuju, majlis akan diadakan dalam masa terdekat. Sebelum babah ke laut semula,” kata mama lambat-lambat. Iqa berfikir. Babah ke laut bulan depan. Kalau macam tu, dalam tempoh dua minggu ni la.

“Mama, babah…,”

Mama dan babah memandang Iqa tidak berkelip.

“Iqa terima jodoh Iqa, ma. Mama siapkanlah apa yang patut,” gila! Ada ke patut perkataan tu yang keluar dari mulut aku! Tak pasal-pasal nama aku termasuk dalam List Kahwin Mengejut! Dah jadi macam novel, macam drama tv pulak!

Mama dan babah tersenyum sebelum keluar dari biliknya. Iqa menjeling sekilas pada pintu bilik sejurus mama dan babah hilang di balik pintu. Kemudian matanya tertancap pada blackberry muiliknya. Lantas dicapai, mencari ikom BBM. Sasarannya, Zura!

Iqa_rocks : salam
Iqa_rocks : apa khabar orang korea?
Zurazz : wsalam
Zurazz : khabar baik
Zurazz : kau I kacau la, aku nak usah pakwe
Iqa_rocks : uiks sejak bila kau jadi nakal tahap gaban ni?
Iqa_rocks : berenti la wei, bawak bertaubat
Zurazz : kau ni pahal, aku usha dalam blog je la
Iqa_rocks : aku nak mintak khidmat nasihat kau ni
Zurazz : ok aku berenti jap
Zurazz : hah kau nak cite ape? I’m ready for you
Iqa_rocks : aku nak dengar kau cakap korea la
Zurazz : aku usha pakwe kang
Zurazz : kang kang
Iqa_rocks : eh kau jatuh terkangkang ke? Huhuuu
Zurazz : banyak la kau
Zurazz : cepat la citer
Zurazz : banyak pulak iklan dia
Iqa_rocks : ok ok majuk dah minah ni
Zurazz : ha kan dah kena marah
Zurazz : citer la cepat
Iqa_rocks : ok ok aku citer la ni
Iqa_rocks : mama ngan babah cakap ada orang masuk meminang
Iqa_rocks : dan aku terima
Iqa_rocks : majlis akan diadakan dalam masa terdekat sebab babah dah nak balik ke laut
Iqa_rocks : what say you?
Zurazz : what say me? I say nothing because it is no me who are going to married!
Zurazz : *peace
Iqa_rocks : sengal
Zurazz : kawan aku dah besar dah lagi sorang
Zurazz : dah fikir pasal kahwin
Iqa_rocks : serius la wei
Zurazz : serius la ni
Zurazz : kau dah kenal ke orang dia macam mana?
Iqa_rocks : belum lagi
Zurazz : la apasal kau tak tengok lagi
Zurazz : *tepuk dahi
Iqa_rocks : kau tak rasa kau tak tau la
Iqa_rocks : *marah ni
Zurazz : kau pergi tengok dulu gambar dia
Zurazz : aku nak baca puisi Love Hunter jap
Iqa_rocks : Love Hunter?
Zurazz : yezza
Zurazz : hensem kot dia tu
Iqa_rocks : tak sangka sampai korea penangan dia
Zurazz : satu pejabat suka kat dia
Zurazz : kawan aku, orang korea sampai nak belajar bahasa melayu sebab nak baca puisi dia
Iqa_rocks : mana kau tau dia tu laki ke pompuan? Main redah je
Zurazz : dia ada edit blog dia tadi
Zurazz : dia ada tunjukkan profil dia
Iqa_rocks : ada ke
Iqa_rocks : meh bagi link
Iqa_rocks : aku selalu tengok kat Ipad kawan aku je
Zurazz : kau pun minat ek
Zurazz : lovehunter.blogspot.com
Iqa_rocks : ok aku tengok

Iqa terus membaca blog Love Hunter. Rasa malu pun ada. Dulu dia kutuk-kutuk Melinda sebab angaukan Love Huner. Sekarang dia pulak nak ‘stalk’ blog Love Hunter! Mesti Melinda gelak guling-guling bila dia dapat tahu ni!

Tapi bila dia lihat profil Love Hunter….

“Tidak!!!!!!!!!!”

Amir yang sedang membaca di bilik tidurnya terkejut. Terbang buku yang dibacanya sejak dari tadi. Lantas dia menoleh ke arah tingkap. Melihat si jiran sebelah yang meroyan macam ibu kucing hilang anak. Atau lebih teruk dari itu… mungkin….

“Kenapa dengan dia hari ni?” tanya Amir sendiri. Matanya cuba mencari mata Iqa yang dilihatnya serabut. Dan secara tiba-tiba, mata Iqa menangkap matanya. Tepat! Spontan Iqa keluar ke balkoni, dengan pandangan masih tidak dialihkan dari mata Amir bagaikan menerima isyarat, Amir juga keluar ke balkoni.

Balkoni mereka hanya dipisahkan oleh pagar yang tak berapa nak tinggi itu. Sungguh dekat sehinggakan mereka hanya perlu memanjat sedikit untuk ke rumah sebelah. Walaupun begitu, Amir tidak [ernah mengambil kesempatan.

“Amir,” panggil Iqa. Nafasnya serasa tidak teratur. Bahunya turun naik.

“Ya,”

“Awak…. Awak Love Hunter,” Amir senyum.

“Saya baru je edit blog tu petang tadi. Ramai sangat yang tanya, siapa saya,”

Diam.

“Er, kenapa ni Iqa?”

“Cinta siapa yang awak buru selama ni?” Iqa teringat tagline Love Hunter aka Amir ; ‘aku memburu cinta ALLAH dan cinta manusia’

“Cinta manusia tu?”

“Ya,”

Diam

“Saya memburu…. Cinta awak, Iqa,”

*****

Pon! Pon!

Iqa terkejut. Spontan dia memandang lampu isyarat di hadapannya. Dah hijau! Patutlah kereta belakang berbunyi. Cepat-cepat dia memutar stereng. Kereta dipandu memasuki kawasan kolej.

Ish, mana Melinda ni? Kata nak tunggu kat depan pintu masuk kolej.

Tiba-tiba….

Segalanya berlaku begitu pantas. Sekelip mata sahaja sebilah pisau telah berada di lehernya. Iqa kecut.

“Jalan!”

Tangan Iqa terketar-ketar memegang stereng.

“Jalan!”

Pantas Iqa menekan minyak.kereta menderum keluar dari kawasan kolej. Dalam hatinya berdoa agar sesiapa nampak kejadian itu.

“Iqa!”

Doanya termakbul. Melinda nampak kejadian itu.

“Iqa! Ya ALLAH, selamatkanlah Iqa! Tolong! Tolong!” jeritan Melinda yang meminta tolong menarik perhatian seorang lelaki tidak jauh dari kawasanitu. Mendengar nama Iqa disebut, pantas dia menerpa ke arah Melinda.

“Mana Iqa?”

Melinda tergamam.

*****

“Berhenti!”

Spontan Iqa menekan brek. Wajahnya pucat. Jika ditoreh pasti tidak akan berdarah. Dia melihat keadaan sekeliling yang merupakan kawasan hutan yang tebal dan sunyi. Peluh memercik di dahinya.

“Keluar!”

Iqa hanya menurut perintah. Bimbang diapa-apakan. Lututnya menggeletar.

“Kau kenal siapa aku?” perlahan Iqa menggeleng. Sebentar kemudian dia terkejut. Dia kenal lelaki ini!

“Akmal!”

“Akhirnya kau kenal aku juga!” Akmal ketawa. Iqa tutup telinga. Tidak mahu mendengar tawa Akmal yang begitu menyakitkan hatinya ini.

“Kau nak apa dengan aku?” Iqa menjerit nyaring. Tawa Akmal berhenti. Dia merenung tajam ke arah Iqa. Nafas Iqa turun naik, memacu nafsunya. Perlahan dia merapati Iqa. Iqa mengundur, cuba menyelamatkan diri.

“Kau tolak aku, Iqa. Selama ni tak pernah ada pompuan yang tolak aku. Aku akan pastikan hari ni kau akan melutut pada aku! Hahahahaha…..!”

“Tolong!”

Iqa cuba melarikan diri, namun dia dipelukdari belakang oleh Akmal. Dia meronta-rota, cuba melepaskan diri. Akmal bagaikan sudah dirasuk syaitan,. Tubuh Iqa diangkat dan kemudian dia menghempasnya di atas bonet kereta. Iqa terguling-guling sebelum jatuh ke tanah. Dia mengerang kesakitan.

“Rasakan! Inilah akibatnya melawan aku!” Akmal terus menendang-nendang tubuh Iqa tanpa belas kasihan. Iqa mengerekot mehana kesakitan yang tidak terperi. Hati kecilnya tidak putus-putus berdoa agar ALLAH melindunginya. Akmal masih belum puas. Tali pinggang ditanggalkan. Laju hinggap di tubuh Iqa. Menjerit Iqa menahan sakit. Akmal hanya ketawa.

“Aku nak kau sendiri yang datang kat aku, merayu-rayu kat aku! Hahahaha….,” Iqa sudah tidak sedarkan diri. Dia pasrah.

Akmal cuba untuk membuka seluarnya. Sekilas dia memandang ke kiri. Satu tendangan mengenai hidungnya. Tepat! Akmal terdorong ke belakang. Belum sempat dia membuka mata, tumbukan bertalu-talu hinggap di muka dan badannya. Dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Dia tumbang.

“Iqa!” Melinda mendapatkan Iqa yang terbaring tidak sedarkan diri. “Kalau aku tau nak jadi macam ni, sumpah mati hidup balik pun aku takkan kenenkan kau dengan dia, Iqa! Maafkan aku….,”Melinda sudah meraung. Sedih apabila melihat keadaan Iqa sebegitu. Amir melihat sekilas pada dua sahabat itu. Kemudian dia memandang kembali Akmal yang sudah lembik. Satu tumbukan hinggap di muka Akmal membuatkan dia pengsan.

*****

Dua minggu kemudian

Telefon bimbit Iqa berbunyi menandakan ada mesej masuk, membuatkan matanya terbuka. Dia memandang wanita di hadapannya untuk meminta izin.

“Kejap lagi boleh. Sikit je lagi,” namun tangan wanita itu sudah mencapai telefon Iqa dan diberikan kepada gadis itu. Iqa tersenyum.

“Terima kasih, mak andam,”


“Sama-sama. Siapa yang nak teman kamu nanti?”

“Melinda. Sekejap lagi sampai la tu,” tiba-tiba Iqa teringatkan Melinda. Selepas peristiwa dia dilarikan Akmal, Melinda banyak berubah. Dah tak sebut nama Akmal langsung. Bimbang betul dia, pisang berbuah dua kali. Kan Akmal dah ditangkap polis. Melinda juga selalu berpesan “Kau bertuah tau dapat tunang macam tunang kau tu. Jaga dia baik-baik.” Entah kenapa Melinda cakap begitu, Iqa pun tidak tahu.

“Aku keluar dulu,” kata mak andam. Ganas la mak andam ni! Main aku-kau je. Heheee. Dia mengemaskan barangnya dan keluar dari bilik itu. Tinggallah Iqa berseorangan. Dia membuka telefonnya untuk membaca mesej yang diterima. Ah, ada dua mesej!


Selamat pengantin baru. Sorry tak dapat datang. Dah kau kahwin koboi aku tak dapat la cuti koboi. Heheeee. Hensem tak tunang @ bakal suami kau? – Zura

Iqa mendengus. Suka hati dia je kata aku kahwin koboi! Namun sebentar kemudian dia tersentak. Eh, aku tak tengok gambar dia lagi! Hm, takpe, nanti boleh tengok dia live, heheeee…… nakalnya kau ni, Iqa!

Mesej kedua….

Selamat pengantin baru. Moga berbahagia bersama suami tercinta – Amir.

Iqa tersenyum pahit. Amir tidak pernah tahu perasaannya terhadap lelaki itu. Segalanya sudah terlambat. Dirinya bakal menjadi isteri orang.

“La Iqa, janganlah nangis. Nanti laki kau ingat aku buli kau. Mahu kena ketuk kepala aku kejap lagi,” Melinda yang baru tiba cuba bergurau. Iqa tertawa kecil.

“Ha, macam tu kan bagus. Senyum sikit, laki kau dah nak masuk tu,” kata Melinda.

“ha? Dah sah? Apasal aku tak dengar?”

“Dah kau asyik mengelamun je,” kutuk Melinda. Belum sempat dia berkata apa-apa, daun pintu dikuak. Cepat-cepat dia menunduk. Seorang lelaki berpakaian sedondon, menghampirinya. Pasti itu suaminya.

“Assalamualaikum,” Iqa tersentak. Suara itu amat dikenalinya. Dia mendongak. Suaminya menamdangnya, tersenyum manis.

“A….. A…..,” alahai, kenapa la time-time macam ni kau nak gagap wahai Iqa! Lelaki itu tunduk, mengalungkan seutas rantai leher berloket huruf A dan I sebagai upacara membatalkan air sembahyang.

“Amir buru cinta Iqa. I’m your love hunter,” bisik Amir, suaminya. Iqa mencari Ijat, namun abangnya sudah menyorok di belakang mamanya yang tersenyum. Melinda yang berada di sebelah dipandang, dia juga tersenyum manis.

Nak marah? Tak terasa pun! Nak jerit? Nanti orang kata aku pengantin gila! Habis tu nak buat apa?

“Melinda, Love Hunter is mine!” bisik Iqa pada Melinda. Gadis itu hanya angguk, mengiakan.,


TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.