Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
5,610
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 5

Ketika dia sedang memandu ke sebuah pasaraya, dia terserempak di parkir sebuah motor yang plat nombornya kelihatan seperti kepunyaan Mahadi. Dia sengaja park kereta myVinya tidak jauh dari motor itu supaya dia dapat lihat dengan jelas jika Mahadi kembali ke tempat motor itu.  Dia ada berpesan kepada Mahadi untuk makan bersama kerana malam itu ulang tahun pertemuan pertama mereka.

Mahadi hanya menjawab seperti biasa dengan emoji dan sepotong ayat.

               I C U Later, Rose <3

Rose. Itulah dia pada mata Mahadi. Dia Hilda Aster, pada peminatnya. Dia Som pada kawan-kawan sekolahnya.  

Lama dia menunggu tapi tidak juga Mahadi muncul di situ. Dia hampir sahaja mahu beredar tapi terhenti apabila terlihat Mahadi berpimpin tangan dengan seorang gadis berambut panjang yang agak menarik. Dari pemerhatiannya gadis itu mungkin seorang pramugari kerana dia masih dalam uniform dan kelihatan pakaian itu membaluti ketat susuk tubuh sexy gadis itu.

Menyirap darahnya melihat perlakuan Mahadi. Berpimpin bagai macam lah jika tak dipimpin gadis itu akan terjatuh. Mahu saja dia muntah melihat perlakuan Mahadi. Sepanjang jalan jari jemari Mahadi rakus meladeni tubuh montok sendat gadis itu.

Entah mengapa perit dadanya mengenangkan kenangan semasa mereka mula bercinta…begitu juga hangatnya Mahadi menyentuh yang bukan halal haknya lagi. Demi memanifestasikan perasaan gelodak cintanya. Sungguh dia tak sangka kini Mahadi sanggup menduakan cinta mereka…

Mahu sahaja dia bertentang dengan Mahadi dan menunjukkan diri tetapi… Dagunya hampir terjatuh kerana menyaksikan kelakuan Mahadi. Sungguh tidak menyangka memang Mahadi begitu manis bermesra dengan orang lain sehangat seperti semasa mereka baru bernikah dulu.

Tidak lama kemudian pasangan romantis itu berpimpin tangan menuju ke arah sebuah kereta sport merah saga yang terbuka bumbungnya. Setelah membuka pintu kereta untuk gadis itu, Mahadi melompat masukdi tempat duduk pemandu, masih dalam pakaian ridernya, mengucup penuh berahi gadisitu di dalam kereta. Tanpa segan silu. Bagai tak menyempat lagi…Imej itu pastinya bakal melekat dalam mindanya, membakar dirinya, dan mustahil akan pudar walaupun dia cuba mengalih perhatian dirinya nanti.

Tiba-tiba dia rasa macam  ada rasa hempedu naik di tekaknya, hampir terjeluak dia kerana begitu jijik menyaksikan drama itu. Saat itu juga air mata panas mengalir di pipinya. Dia menyeka airmata itu dengan cepat. Dia bertekad untuk tidak membiarkan sesiapa melihat dia menangis di situ. Tetapi air matanya tetap membanjir turun tanpa mampu ditahan.

Dalam esakan dia memandu keretanya pulang ke rumah, mengharapkan suatu keajaiban yang mungkin menyedarkan Mahadi. Manalah tahu mungkin sekarang Mahadi sedang dipukau atau dianiayai dan tiba-tiba Mahadi teringatkan dia dan membatalkan niat untuk bersama gadis itu…Aghh… atau mungkinkah Mahadi izin dalam paksa menurut kehendak gadis itu…apakah mungkin Mahadi mangsa, dipedajal gadis itu…mana mungkin Mahadi berdusta dengan dirinya, mereka bernikah di atas dasar cinta…dan janji setia… dia bermonolog mencari jalan memaafkan perbuatan Mahadi…

 

Sepanjang hari, Hilda cuba menumpukan pada kerja penulisan. Dia sedar Meredith sesekali menghantar whatsapp kepadanya tetapi entah tentang apa. Imej Mahadi dan gadis itu menghantuinya, enggan meninggalkan fikirannya.

Dia hanya mampu meninggalkan satu mesej kepada Mahadi, tetapi dia menahan diri untuk tidak menyatakan apa yang telah disaksikannya.

“Di, awak kat mana…saya tunggu awak untuk keluar dinner bersama tapi sekarang sudah hampir tengah malam…”

Dia teragak untuk menghubungi Mahadi beberapa kali, tetapi setiap kali dia meletakkan telefon sebelum telefon berdering. Dia tidak sanggup untuk mendengar suara lelaki itu sekarang. Dia tak sanggup memikirkan apa yang sedang Mahadi lakukan saat itu…Kesunyian menapak dihatinya, terasa seperti beban, menekan dadanya sehingga sukar untuk bernafas.

Dia telah menyediakan makan malam untuk anak-anak, tetapi dia tidak dapat memaksa diri untuk menjamahnya. Anak-anaknya pula sudah tidur. Pulang dari kelas koko mereka pergi kelas berenang. Kemudian mereka mandi, makan dan memerap dalam bilik. Dia terasa seperti mereka semakin lama semakin menjauh semenjak mereka merangkak usia remaja. Hilda mulai amat rindu saat mereka masih kecil dan ketika Mahadi masih bekerja sebagai pilot.

Setiap beberapa hari Mahadi akan pulang membawa buah tangan ke mana sahaja dia mendarat. Dia rindu saat itu.Mereka akan check in ke resort yang indah, memadu kasih, melepaskan rindu setelah beberapa hari terpisah kerana tugasan. Pilu hatinya mengenangkan saat-saat manis itu…


Lewat malam, ketika jam hampir detik12 malam, Mahadi akhirnya pulang ke rumah, Hilda memaksa dirinya bersabar menunggu di ruang tamu.

Mereka duduk diam di situ selama hampir sejam. Dia pura-pura menonton televisyen tetapi entah apa yang sedang terpapar di skrin dia tidak tahu. Tidak seorang pun dari mereka berani untuk bertentang mata.

Akhirnya, Mahadi bersuara,suaranya hampir tidak melebihi bisikan.

"Rose, saya minta maaf. Saya tidak sepatutnya berbuat demikian. Saya tidak tahu apa yang menimpa saya,"kata-katanya bagaikan pisau yang menusuk hatinya, tetapi dia memaksa dirinya untuk bertenang.

"Di," katanya, suaranya bergetar, "Saya nampak awak. Saya nampak awak cium dia. Berapa lama sudah perkara ini berlaku?"

Mahadi mengalihkan pandangan, halkumnya bergerak-gerak di kerongkong.

"Tolong, beritahu saya perkara sebenar," rayu Hilda.

Mahadi mengeluh berat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Saya tidak tahu, sayang. Ia baru sahaja berlaku. Kami berada di sebuah kenduri salah seorang sahabat kami di tempat kerja lama saya, dan satu perkara membawa kepada yang lain. Saya minta maaf. Saya tidak pernah bermaksud perkara ini berlaku," kata-kata Mahadi menyengat seperti satu tamparan, tetapi dia menahan air matanya.

Dia ingin mempercayai setiap patah kata suaminya, dia mencari cara untuk memaafkannya, dia tahu mustahil Mahadi sengaja melakukan itu semua. Mahadi adalah pencinta paling setia. Namun,imej mereka bersama di dalam kereta terus bermain berulang kali di fikirannya,mengikis kepercayaannya setiap detik yang berlalu.

Akhirnya, dia berdiri, tidak boleh duduk di situ lagi.

"Saya rasa lebih baik jika awak pergi. Ambil sedikit masa untuk fikirkan apa yang awak mahu. Tentang kita."Suaranya dingin, tanpa sebarang emosi. Dia berasa seperti orang asing bercakap melaluinya. "Saya perlukan sedikit ruang sekarang."

Mahadi mendongak memandangnya, mata Mahadi dipenuhi dengan kepiluan.

"Maafkan saya, Rose. Saya cintakan awak. Saya tidak mahu ini." 

Hilda menutup matanya, cuba menghalang rasa sakit terserlah dalam suaranya. Dia mahu mempercayai segala yang diluahkan lelaki di hadapannya itu. Dia mahu fikiran rasionalnya mencari jalan untuk menghilangkan semua yang disaksikannya siang tadi. Tetapi hakikatnya, dia tidak tahu sama ada dia boleh mempercayai kata-kata lelaki itu lagi.

"Saya perlukan sedikit masa,Mahadi. Cuma... tolong beri saya itu." Dia berpaling, tidak dapat memenuhi pandangannya, tidak mahu menatap mata yang pernah menikmati keindahan bersamanya. Hatinya seakan sudah hancur, tetapi dia tahu dia tidak boleh terus berpura-pura semuanya baik-baik saja.

Mahadi bangun perlahan-lahan,bergerak ke arahnya. Dia merasa begitu kejal, terbahagi antara mengharapkanlelaki itu menyentuhnya dan menenangkannya, atau pergi sahaja…

Perasaan rawannya bercampur kecewa, apabila Mahadi hanya berdiri di belakangnya, tangan di sisi.

"Saya akan faham jika awak memerlukan sedikit ruang," kedengaran suara jantan Mahadi menuturkan,perlahan. "Saya akan berikan apa sahaja yang awak mahu."

Hilda berpusing, memandangnya,ekspresinya tidak dapat dibaca.

"Saya perlukan awak untuk menghormati keputusan saya," katanya, tegas suaranya. "Dan saya perlukan sedikit masa untuk memikirkan apa yang saya mahu."

Mahadi mengangguk, mukanya penuh lara.

"Saya faham. Saya akan bagi awak masa," bisik Mahadi teragak-agak seketika sebelum menghulurkan tangan lalu menyeka helaian rambut di belakang telinganya, umpama isyarat yang lembut,tetapi ia terasa kosong bagi Hilda. "Maafkan saya, sayang. Untuk segala-galanya."

Hilda tidak menjawab, tidak sampai hati memandangnya. Dia berasa kaku, terkunci, serba celaru. Dia mahu menangis, menjerit, meluahkan sesuatu, tetapi dia tidak mampu. Apa yang dia boleh lakukan ialah terpaku di situ dan cuba memproses kesakitan yang tidak dapat dibayangkan yang telah ditimpakan kepadanya.

Mahadi meninggalkan ruang tamu itu, dan Hilda mendengar pintu depan ditutup secara senyap di belakangnya. Hilda terduduk di sofa selama berjam-jam, merenung dinding, cuba untuk memahami apa yang telah berlaku. Sebahagian daripadanya ingin mempercayainya, untuk mencari cara untuk memaafkan insan yang paling dikasihinya itu, tetapi sebahagian lagi dipenuhi dengan kemarahan dan kesakitan. Dia tahu bahawa hubungan mereka sudah hancur berkecai dan tiada yang akan mengembalikan keindahan itu kembali…air matanya gugur lagi membasahi pipinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou