Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
7,386
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 1a
Ketika itu musim kemarau melanda. Di sebuah pekan kecil yang terletak di tengah-tengah banjaran yang dulunya subur, tinggal seorang gadis bernama Sofia. Hidupnya umpama dalam neraka. 


Dia sentiasa didera oleh bapanya yang peminum arak dan ibu tirinya yang kerap memaksa dia membuat kerja berat. Ketika musim kemarau itu dia dipaksa mengangkat air dari telaga yang terletak hampir 50 metre ke rumah mereka beberapa kali sehari. Semua kerja di rumah ditimbunkan ke atas bahunya. 


Satu-satunya ketenangan yang dia temui adalah menerusi buku yang dibacanya, melarikan diri ke dunia kewujudannya sendiri, yang jauh dari kesengsaraan di alam realiti. Melalui buku yang dibacanya, dia membayangkan kehidupan yang lebih indah. Jauh berbeza dengan segala yang sedang dilaluinya…


Namun,dia tidak pasti apakah suatu hari nanti, hidupnya akan mampu menjadi seindah dunia yang terbayang di dalam anganannya.

Next: Bab 1b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou