Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
7,373
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 3b

Dalam terpaku melihat persekitaran yang amat berbeza dengan rumah keluarganya yang serba daif dan penuh dengan kebencian, perlahan-lahan dia cuba bangun, manakala Hadiff mendekatinya.

Walaupun dia jantungnya berdegup kencang, sesuatu tentang kata-kata lelaki itu dan kehadirannya membuatkan Sofia lebih tenang.

Lelaki itu dengan lembut terus sahaja mendukungnya.Sesuatu yang amat mengejutkan dirinya. Dia meronta-ronta tidak pasti bagaimana dia dapat melepaskan diri dari pelukan yang kejap itu. Namun meski dengan segenap tenaga, Hadiff merangkulnya dalam dukungan yang dia tidak mampu rungkaikan.  Sesuatu tentang lelaki itu,walaupun dengan berlembut dia mengesan ketegasan.


“Syyyhhh…syhh….. easy…easy….” bisik Hadiff perlahan dicuping telinganya dengan suara yang menyesakkannya. Sambil mendokongnya, Hadiff melangkah ke arah pintu yang terbuka. Entah mengapa dia lesu tidak mampu melepaskan diri dari dakapan lelaki kacak itu. Dia seperti berlawan dengan diri sendiri,samada mahu memberontak melepaskan diri atau terus khayal dalam cengkaman lelaki yang menjadi ketua mereka yang mencoleknya. Dia merasa berdosa bila dia menyedari konflik perasaan itu semakin mengukuh…apakah kehidupannya yang sangatt eruk telah menjadikan dia begitu terbuka kepada secebis kelembutan yang dipaparkan   seorang yang tak dikenalinya seperti Tengku Hadiff ini. Apakah ini saja carauntuk dia melepaskan diri daripada kehidupannya yang amat menyedihkan itu…Disebalik kelembutan lelaki itu, apakah mungkin ada sesuatu yang menakutkan.  Apakah mungkin keindahan yang dihamparkansebenarnya menutupi sesuatu yang buruk? Tapi apa yang dia ada hingga mereka membawa dia ke situ?


Semasa dia membiarkan lelaki itu membawanya masuk ke dalam rumah agam itu, dia menyedari betapa mewah segala yang ada di dalamnya, dipenuhi dengan seni dan barang antik yang tidak ternilai. Pelayan dengan seragam putih bergegas ke sana ke mari. Dunia ini jauh berbeza dengan pondok usangnya yang dia panggil rumah.


"Saya tahu tentang kisah sedih awak, Sofia… " ucap Hadiff lembut.

“Er kisah sedih saya? bagaimana ...siapa yang membawa berita itu kepada tuan?” tanyanya tergagap-gagap.

Soalannya itu tidak diendahkan juga. Setiap kali diamembuka mulut, Sofia menyedari, lelaki itu kelihatan khusyuk memberi perhatian sambil memandang bibirnya.

 "Saya memutuskan bahawa saya tidak boleh berdiam diri sementara jiwa yang sebegitu cantik diperlakukan dengan begitu kejam."  Hadiff menuturkan kata-kata itu sambil tersenyummesra, mata hijaunya merenung Sofia tanpa berkedip. Entah mengapa, renungan mata itu membuat Sofia tertunduk malu. "Awak, kini berada di bawah perlindungan saya, Sofia. Awak tidak perlu kehidupan yang sebegitu. Awak tak perlu menderita lagi."


Sofia masih terkial-kial dengan pendedahan ini apabila mereka memasuki ruang duduk yang mewah dengan rak buku dari lantai ke siling."Di sinilah saya menghabiskan sebahagian besar masa saya," kata Hadiff,menunjukkan kerusi berlengan empuk berhampiran perapian klasik. "Saya harap awak tidak kisah jika saya berkongsi minat membaca saya dengan awak."

Pengakuan itu amat mengejutkannya. Bagaimana lelaki yangtidak dikenali itu mengetahui hobi membacanya?

Matanya meliar memerhati sekeliling. Rak buku berwarna keemasan itu dipenuhi buku-buku pelbagai bahasa, jenis dan genre.

Matanya menangkap beberapa nama yang amat familiar.

“Jane Eyre…Pride and Prejudice…Odyssey? Homer….ohhhh….”matanya membulat melihat semua buku-buku yang amat diminatinya.

“Jangan lupa lihat di sini pula…” bisik Hadiff disisinya. Hampir sahaja dia terlupa keujudan lelaki itu apabila melihat begitu banyak buku kesukaannya di susun indah di rak buku itu.

“Eh…Shahnon Ahmad…Ranjau Sepanjang Jalan? Ohh…A SamadSaid? Usman Awang?”tanyanya. “Khadijah Hashim?”

“Dan di sini?” Hadiff memandangnya penuh lucu.

“Tash Aw? Twan Eng?Kevin Kwan?” matanya meliar lagi. “Sunan Nanggroe Sang Kembara? Ramlee Awang Murshid? Ahadiat Akashah? Legenda Budak Setan? Semua buku yang saya baca dan yang mahu baca ada di sini!”

“Buku genre lain pun ada banyak lagi, 1001 malam pun tak habis jika kita mahu tengok satu persatu,” ujar Tengku Hadif sambil tersenyum.

“Apakah saya sedang bermimpi?” Sofia menepuk pipi sendiri.

Hadiff tidak menjawab. Dia mendiam tetapi dari riak wajahnya kelihatan terhibur melihat telatah Sofia yang teruja dengan apa yang ditemuinya.

“Ini buku apa?” tanya Sofia menyentuh kulit buku bertatah emas. Ada satu batu seperti berlian tertanam di kulit depan buku berkulit keras itu.

Semasa dia mengeluarkan buku berkulit keras dari rak bertatah emas, dia tidak dapat mengelak daripada melihat huruf “THE”. terukir pada tulang belakangnya.

“Ini inisial ayah saya,” jelasnya. "Dia memberikan inikepada saya pada hari lahir saya yang kelapan belas. Ayah saya pencinta budaya.”

Tengku Hadiff menyelak buku tebal itu kemudian membuka muka surat yang telah ditanda dengan book marker yang berbentuk busur.

“Ini rangkap puisi cinta yang dia coretkan untuk bonda saya."

 

Apakah aku umpama pungguk yang merenung purnama

Kerana sesungguhnya yang tersirat di dada ini tidaklah kau ketahui,

Apakah sewajarnya aku membuka kepada hati yang mengharap

Sedangkan cintaku padamu ini tanpa syarat,

Jika kasih sayang kita tidak setara,

Yang lebih mencintai itu pastinya adalah aku.

 

Sambil dia mengungkap bacaan, matanya tidak lepas merenung wajah Sofia…bagaikan dia yang sedang menujukan bait-bait puisi itu kepada Sofia. Matanya yang kelihatan dahaga bagaikan menembusi hati Sofia yang gementar. Renungannya yang lembut bagai kabus indah di pergunungan di awal pagi. Matanya yang lembut sering menunjukkan keprihatinan menjadikan Sofia terasa dirinya sedang ditatang dengan penuh cinta. Umpama mabuk dengan ungkapan Tengku Hadiff Eshal, Sofia berharap dia tidak akan terjaga daripada mimpi indah ini…
Previous: Bab 3-a
Next: Bab 3-c

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou