Home Novel Umum My Handsome Prince
My Handsome Prince
zoi mou
8/2/2024 23:08:46
7,305
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 2a

Telefonnya berdering.

Dia nampak nama yang muncul di skrin telefonnya.

Meredith Sheldon. Bukan nama sebenar.

Matanya berbolak ke atas. 

Mesti masa kecil dia tu kuat berangan bila membaca karya Sidney Sheldon, fikir Hilda tersenyum sendiri. Meredith asyik mengingatkan dia tentang deadline. Itu menyebabkan dia mengeluh berat semula. Meredith kadangkala amat menjengkilkan. Tetapi,dia tersenyum sendiri mengingati kembali penampilan empunya nama samaran Meredith Sheldon yang saling tak tumpah seorang bibik. Eh…ke situ pulak…

“ Ya cik Meredith,”nada suaranya mendatar. Sudah berapa kali Meredith mesej dia sejak pagi tadi. Dia cuba mengelak dengan tidak mengketik mesej Meredith.

“ Ma’am pergi mana,susah betul nak reply whatsapp saya sekarang ye? Boss kata ma’am tak boleh delay lagi nanti tak sempat.  Editor Wana kata dia sudah buat kerja dia. The ball is in your court to finish up,” Meredith bersuara tegas kali ini. Selalunya dia menganggap wanita yang dianggarnya ujung20an atau awal 30an itu agak mesra orangnya. Tapi bab deadline…tegas sangat.  Hilda kerap terpaksa memujuk diri menurut juga desakan Meredith demi menyiapkan manuskrip yang perlu dirombak itu.

You dah cuba explain tak dengan dia? You tahu kan I ada banyak masalah sekarang. Sudahlah I kena baca hard copy dan salin semula ke soft…” komplen Hilda.

“Hmm…bab itu saya tak boleh nak cakaplah… Wana ni legend. Faham-fahamlah.”

“Mana boleh. Madam V kena paksa dan ajar dia guna teknologi.Sekarang orang menulis pun dah pakai AI. Takkan lah dia masih guna typewriter lagi?” bantah Hilda. Madam V founder syarikat itu, tak mungkin dia tak ada kuasa memaksa teamnya memajukan diri sendiri.

“Er… Jangan tegur itu bab sensitif. Madam V dengan Wana umpama isi dan kuku. Don’t step on the wrong tail puan!” tiba-tiba saja Meredith bernada serius. Madam V mungkin pemain baru dalam penerbitan tetapi dia sudah lama bergelumang dalam bisnes. Begitu juga dengan Wana. Dia bukan budak mentah dalam bidang penulisan, suntingan buku dan dia ada berpuluh-puluh karya. Tak ada satu pun yang tersenarai bestseller tetapi tetap dihormati kerana dia dikira orang lama dalam penulisan.

“Kenapa? Wana tu anak emas Madam V ke?” risik Hilda.

Let’s forcus on your manuscript Puan Hilda,” Meredith menukar topik.

“Kemon lah…you boleh cadangkan kat Madam V tak? Minta dia ajar Cik Wana guna komputer,” Hilda masih tidak mahu mengalah. “Sampai bila dia nak guna suruh author guna hardcopy untuk edit pindaan yang dia suruh buat? Dia masih guna typerwriter ke?”

“Eh, typewriter?Saya pun tak pernah guna puan…saya rasa Wana tahu guna komputer tapi dia lebih selesa menanda di hard copy.  She is the best. Puan patut rasa bangga dapat berkerjasama dengannya. Dan jangan tak tahu dia masih boleh detect jika you salin bulat-bulat karangan robot atau curi idea orang ya…”

“Ye lah typewriter tu macam dinosour. Pernah tengok takdalam tv? Sejarah alat menulis.  Apapun,yang I nak cakap ni tentang editor you. Dia kenalah upgrade. Ambil masa taunak salin balik apa yang I repair dan nak pinda sebagaimana yang dia komen tu.”

Dia cuba mendengar apa reaksi Meredith tetapi suara anak gadisnya tiba-tiba menenggelamkan kata-kata Meredith.

Gurls…tolong senyap please..mummy tengah bercakap di telefon ni.” Dia menyirap. Matanya menjeling ke arah ruang depan. Hmm…patutlah,mereka sedang berebut remote.

“Magda ni mummy,sibuk sangat dia nak tengok drama Korea,” rengek Marjiaa.

“Ala…Marj asyik tengok cerita turkiye tu je. Bosan la…”balas Magda. Biasanya Magda tidak banyak bersuara tapi nampaknya kuat pula suaranya kali ini.

“Okay bestlahcerita Turkiye, berbanding dengan hero Korea muka macam bapuk jambu, tak hensem!” bidas Marjiaa. “Cuba tengok Burak Deniz…lagi hensem tau!”

“Dah..dah…mummy nak bercakap di telefon ni. Boleh senyap?”dia mendekatkan jari ke arah bibirnyasambil mengerut muka. Bab Burak Deniz itu dalam hati dia bersetuju. Memang Marjiaa mengikut sangat dia dalam banyak hal.  Lebih pemalu berbanding Magda. Tak sangka pula taste mereka pun sama. Pak Arab atauTurkiye memang lebih menarik dari  sebarang Oppa…  

Serentak itu keadaan sunyi semula. Merajuklah agaknya budak-budak berdua itu kena marah,  tekanya.

“Meredith…maaf ada gangguan sikit. Boleh you ulang kembali apa you cakap tadi tentang request I tu?”

“Saya dah beritahu boss tapi pesta buku sedunia tu kan tak lama lagi. Kami perlu puan siapkan mengikut jadual juga,” tegas Meredith. “Ni bukan calang-calang tau…ni dah another level…memang you dah dikira berjaya dengan view dan follower yang ramai kat platform penulisan percuma itu…tapi ini penerbitan buku fizikal, kita ada target untuk dicapai kerana ada ongkos yang keluar.”

“Tapi editor korang punye pindaan tu banyak benar. Mana sempat I nak buat seperti kehendaknya,” balas Hilda. “Jika nak cepat, terima saja apa yang sempat saya buat!” bentaknya darahnya menyirap.
Previous: Bab 1c
Next: Bab 2b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh zoi mou