Home Novel Komedi/Romantik Komedi Isteriku Tomboy, Suamiku Ego
Isteriku Tomboy, Suamiku Ego
28/12/2014 21:25:43
30,090
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

Sesuana sunyi di dalam pejabat, semua pekerja sedang khusyuk membuat kerja. Andriana berjalan mengelilingi pejabat yang besar milik bapanya, Tan Sri Amran Shah.

“Besar giler pejabat papa ni, kalau papa dah bersara nanti, mesti Along yang akan ambil alih syarikat perniagaan papa, aku nak duduk rumah goyang kaki, tak payah nak kerja. Buang masa aku jer, baik aku pergi berseronok tiap-tiap hari.” Bebel Andriana seorang diri setelah habis mengembara pejabat papanya di dalam bilik khas untuknya yang disediakan oleh papanya yang memanjakannya.

Kononnya, supaya Andriana selesa and betah berada dipejabatnya. Dalam bilik itu dipenuhi dengan perabot dan barang-barang yang berwarna ungu dan pink. Andriana sangat suka dengan warna tersebut.

Kedengaran pintu dikuak, Tan Sri Amran Shah muncul dengan beberapa keping kertas. “Andy, papa ada sesuatu yang nak bincang dengan kamu, sebab tu papa suruh kamu datang kesini hari ini.” Kata Tan Sri Amran Shah setelah duduk diatas sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Andriana.

“Apa yang papa nak bincangkan dengan Andy sampai suruh Andy datang ke pejabat papa ni?” Tanya Andy dengan selamba. Walaupun dia tahu yang dia akan di tazkirah oleh papanya.

“Mulai esok, papa nak kamu kerja di syarikat papa.”

“What?! Papa, Andy baru umur 19 tahun kowt, takkanlah nak bekerja, belajar pon tak habis lagi.” Bangkang Andriana. No way! Penat-penat aku susun rancangan masa depan aku, papa pulak nak suruh aku kerja dengan dia.

“Macam mana nak habis belajar kalau tahun ni saja, Andy dah 3 kali kena buang kolej...Andy tau tak, papa ni malu dengan kawan-kawan papa yang anak diorang satu kolej dengan Andy asyik bercerita pasal Andy? Keputusan papa muktamad, mulai esok, Andy kena datang pejabat and bekerja. Fullstop!” Tan Sri Amran Shah sudah gunakan kuasa vetonya.

“Tapi papa...”

“Tak ada tapi-tapi, esok Andy kena kerja disyarikat papa, kalau tak, papa akan sekat semua elaun, kad kreadit and duit belanja Andy. Paham?” Tan Sri Amran Shah sudah tiada pilihan, Andriana sudah melampau, selama ini dia terlalu manjakan anak perempuan tunggulnya (*tunggal, sori typo plak) apa yang Andriana minta semua dia beri, sampai Andriana hilang rasa hormat kepada orang disekelilingnya.

Bayangkan, Andriana selalu mendapat keputusan yang teruk didalam peperiksaan di kolej. Sebelum ini di sekolah rendah dan sekolah menengah, Andriana adalah antara murid yang cemerlang. Itu masih boleh diterima, tapi yang paling teruk, Andy memukul seorang siswa lelaki yang menjeling kearahnya. Kata Andriana, siswa itu berniat jahat terhadapnya. Itu mustahil, kerana pakaian Andy dan siswa itu tiada beza, Andy suka memakai Cap ala-ala swagger, dipadankan dengan baju t-shirt dan kemeja tanpa butang dan jean biru. .Tan Sri Amran Shah berfikiran yang Andriana terpengaruh dengan abang-abangnya yang lain kerana dia adalah anak perempuan tunggal dan anak bongsu tetapi Andriana berpakaian begitu kerana ‘peristiwa’ itu. Mungkin siswa lelaki itu terkejut melihat penampilan Andy, sebab tulah dia menjeling kearah Andy untuk memastikan jantina Andy. Tapi Andy memang cantik, jika dia berpakaian seperti orang perempuan, mesti ramai yang berbaris nak berkenalan dengan dia. Dia mewarisi kekacakan dan kecantikan ibu bapanya.

Andy ni pon satu, Bertindak tanpa berfikir. Selalu timbulkan masalah. Itu baru sedikit, masih ada banyak lagi perbuatan Andy yang memeningkan kepala Tan Sri Amran Shah. Kalau disenaraikan, 10 buku tebal pon tak cukup.

“Yelah, yelah... Selama ni papa okey jer, kena tiba-tiba hari ni nak suruh Andy bekerja dengan papa pulak?”

“Papa rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk Andy untuk berdikari dan berusaha.”

Gulp! Andriana meneguk air liur, alamak! Hancurlah cita-cita aku untuk bersenang-lenang! Mama! Tolong Andy!

________________________________________________________________________________________________________

“Mama setuju dengan keputusan papa... Dah tiba masanya Andy berubah menjadi manusia yang berguna pada keluarga, masyarakat dan negara.” Sokong Puan Sri Nur Athira Aleeya. Ibunya si Nur Andriana Aleeya Binti Tan Sri Amran Shah.

“What? Mama pon sama?” Makin tipis harapannya untuk tidak bekerja disyarikat papanya. Sesungguhnya Andriana memang pemalas tahap infiniti. Ala, takpa, along and angah masih ada untuk support aku... Hehehe

“Along! Angah! Andy masih mudakan untuk bekerja?” Bersinar mata Andy memandang abang kesayangannya itu.

“Kami sokong papa!” Jawab Andrean Shah dan Andrine Shah serentak.

“Tidak! Sesiapa tolong bawak aku terbang dari sini! Aku sudah tidak sanggup berada didunia ini!” Pekik Andriana apabila kehilangan supporter nya yang dipercayai sejak sekian lama.

“Sudah! Jangan nak hiperbola, papa, mama, along dan angah dah bersetuju supaya Andy bekerja dengan papa. Sekarang ni pergi masuk tidur. Esok Andy akan mula bekerja. Bangun awal esok.” Arah papanya. Andriana membuat muka sedih sambil melangkah kebiliknya. Hancur sudah segala cita-cita dan harapannya untuk menjadi mem besar.

Andriana masuk kedalam biliknya. “Haish, macam mana ni, malasnya aku nak pergi kerja... Hmm, mesti aku akan banyak buat kesalahan...” Rungutnya. Tiba-tiba satu idea yang fresh lagi segar muncul di kepalanya. Hehehe ...

“Ya tak ya jugakkan, kalau aku selalu buat masalah, mesti papa akan benarkan aku berhenti kerja dan aku boleh buat apa yang aku suka. Yahoo!” Andriana melompat kegirangan sambil bersorak seperti orang menang loteri.

“Andy! Apa yang kamu terpekik tu! Pergi tidur cepat! Esokkan kamu mula kerja!” Tudia, Puan Sri Athira Aleeya sudah naik angin! Malam-malam kau melalak pulak ye Andriana... Huhuhu...

“Okay mama! Andy nak tidurlah ni...” Andriana terus melompat keatas katil. Dia tersenyum lebar. Macam-macam rancangan yang dia fikirkan. Hehehe... Dia tidak sabar untuk bangun esok, mesti tak sampai sebulan, papa izinkan dia untuk berhenti kerja.

Andy-andy, kau ni memang tak serik-serik lagi. Andriana tersenyum dan membayangkan cita-cita dan harapannya yang kembali bersinar tetapi dia tidak tahu, itulah permulaan bagi segalanya yang akan menyebabkan dia merana kerana sesuatu yang tragis akan terjadi diatas perbuatannya sendiri... ;)

Previous: Bab 1
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.