Home Novel Komedi/Romantik Komedi Isteriku Tomboy, Suamiku Ego
Isteriku Tomboy, Suamiku Ego
28/12/2014 21:25:43
30,090
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2
Akhirnya, masanya sudah tiba! Hari pertama bekerja, Andriana berdiri di hadapan Dinasour Holding. Kenapa nama Dinasour Holding? Kerana syarikat ini sangatlah besar, mempunyai beratus-ratus cawangan didalam dan diluar negara. Ramai yang ketawa bila mendengar nama syarikat ini. Tapi mereka berkedu dan terlopong bila melihat rupa sebenar syarikat ini. (So, jangan judge the book by its cover yerr adik-adik) Andrean Shah dan Andrine Shah bekerja disalah satu cawangan terbesar Dinasour Holding yang lain.

Andriana melangkah masuk kedalam bangunan mencakar langit itu, kemudian dia menaiki lif ke tingkat 20 iaitu tempat yang dia akan bekerja. Sebaik sahaja sampai ke tingkat 20, Andriana keluar dari lif dan melangkah menuju ke bilik papanya, ketika dia sedang berjalan, semua pekerja disitu melihatnya dengan mata yang terbeliak dan terkejut melihat penampilannya!

Andriana melambai-lambai dan tersenyum kepada semua pekerja yang sedang melihatnya bagaikan pemenang American Top Models gayanya. Dia mengetuk pintu bilik papanya dan terus masuk tanpa menunggu jawapan.

“Papa! I’m coming! Its going down! I’m yelling timber! You better move! You better dance!” Andriana menerjah masuk kedalam bilik papanya sambil menyanyikan sedikit bait dari lagu Timber yang dipopularkan oleh Pitbull dan Ke$ha. Di dalam bilik itu terdapat seorang lelaki yang muda dan kacak yang Andriana kenal. Ah, lantaklah, pejabat papa aku bukan pejabat papa kau.

“Ya Allah! Andy! Tak reti nak bagi salam kerr?” Tan Sri Amran Shah terkejut apabila Andriana tiba-tiba masuk sambil memekik.

“Ya Rabbi! Andy! Apa yang kamu pakai tu?” Kali kedua Tan Sri Amran Shah terkejut, dia mengucap sambil mengurut dadanya, apabila melihat Andriana yang memakai pakaian yang sangat pelik dan menyakitkan mata...

Bermula dari kepala, Andriana membuat rambut tocang dua, dan dia memakai topi Hello Kitty yang berwarna pink, kemudian dia memakai cermin mata berwarna pink yang tiada power. Seterusnya dia memakai baju t-shirt tangan panjang yang labuh dan longgar berwarna ungu yang bertulis tulisan keemasan“Im So Fancy, U Already Know”. Selain itu, dia memakai seluar jeans denim ala-ala Micheal Jackson yang berwarna oren terang Dan kasut sekolah menengahnya yang berwarna putih. Ini adalah rancangan pertamanya untuk mencapai cita-cita nya supaya papa memberhentikannya.

Haishh Andriana... Tak lama lagi “jalan” lah papa kau kalau kau asyik buat perangai wahai Andriana...

“Papa, inilah yang dinamakan fesyen terkini papa... Dekat luar negara banyak orang yang berfesyen macam ni.” Banyaklah kau punya fesyen Andriana oii... Orang dekat luar negara tengok kau pon boleh pengsan.

“Andy -Andy, apalah nak jadi dengan kamu ni, tak berubah. Bilalah agaknya kamu nak berubah” Kata Tan Sri Amran Shah.

“Hehe, sampai papa berhentikan Andy lah.” ujarnya didalam hati. Nak mampos cakap dekat papa macam tu, tak pasal-pasal kena tarik semua keistimewaan yang papanya berikan kepada Andriana.

“Andy, Andy... Okey, sekarang ni papa nak kenalkan Andy pada seseorang. Ini adalah anak kawan baik papa, Andy masih ingat Tan Sri Khalish Martin? Yang pernah datang makan malam dirumah kita dengan keluarganya bulan lepas? Ini anak dia, namanya Muhammad Rayyan Firash. Korang pernah berjumpa sebelum ni. Mulai sekarang, dia akan memantau, membantu dan mengarahkan Andy untuk membuat kerja, dalam kata lain, dia adalah bos Andy.” Jelas Tan Sri Amran Shah dengan panjang lebar.

“What?! Are you kidding me papa?! Please tell me that you’re just joking?! Andy tak perlukan orang untuk pantau Andy lah papa... Andy dah besar, taulah apa yang Andy buat papa.” Andriana melompat-lompat sambil tangannya menggenggam udara dan dihayunkan keatas dan kebawah tanda protes. Dia sudah tidak malu dengan seorang lagi manusia didalam bilik itu yang melihat aksi nya. Dia memang tak pernah rasa malu sejak azali lagi. Dia berprinsip “Hidup bukan untuk memuaskan hati orang lain, so, buatlah apa yang boleh memuaskan hati sendiri”.

“Sebab Andy dah besarlah, papa suruh Rayyan pantau Andy, Andy ni bukan boleh diduga, apa yang papa larang, itu jugaklah yang Andy buat. Jadi, untuk langkah berjaga-jaga, Andy mesti ikut cakap Rayyan. Jadi korang berdua berkenalanlah dulu, papa ada kerja nak dibuat.” Tan Sri Amran Shah melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Andriana dan Rayyan berduaan.

“Hai, nama saya Rayyan, nama awak Andriana yerr?” Tanya Rayyan sambil tersenyum dengan ramah. Mak aii, handsome giler!

Andriana terpegun melihat dan mengusyar wajah Rayyan yang handsome tak ingat dunia tu. 10 saat terpegun, akhirnya dia kembali dibumi yang nyata.

“Aku taulah nama kau! Papa aku dah bagitau aku, kau ni nyanyuk ke apa hah?! Tak sangka muda-muda dah nyayuk! Hahahahahaha!” Andriana ketawa kuat sambil menjelir lidah kepada Rayyan.

“Okay, suka hati kaulah nak panggil aku apa pun. Tapi kau kena ingat yang mulai hari ni, kau kena ikut cakap aku, sebab papa kau dan beri aku tanggangjawab untuk pantau kau sepanjang kau bekerja. Jadi kau jangan ingat yang kau tu anak bos besar, kau boleh bersenang-lenang di pejabat ni.” Kata Rayyan sambil tersenyum sinis. Tudia! Mak aiii! Terkeluar dan terburai sudah perangai Rayyan yang sebenarnya... True nature kata omputih.

Andriana yang tadinya berfikir yang dia boleh membuli Rayyan serta merta berpijak dibumi yang nyata apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rayyan yang sangat sinis.

“Haaaa...a..ap..apa yang kau cakap? Kau tau tak yang aku ni anak pemilik syarikat ni, kalau kau buat yang bukan-bukan dekat aku, aku beritahu papa aku perangai kau!” Balas Andriana berlagak berani, padahal dia terketar-ketar melihat perangai Rayyan yang sesungguhnya.

“Hahahahaha!!! Kau nak bagitau papa kau? Kau ingat papa kau percaya dengan cakap kau?! Papa kau dah bagitau semua perangai kau tu, mesti papa kau ingat kau cakap yang aku ni jahat sebab kau tak mahu bekerja dekat sini kan? Papa kau dah beri aku tanggungjawab untuk mengarahkan kau. So, aku akan pastikan sepanjang kau bekerja dekat sini, akan menjadi detik-detik yang paling buruk bagi kau! Hahahaha!...” Rayyan ketawa kuat seperti orang jahat yang berjaya merompak duit 1 billion... Nasib baiklah bilik papa kalis bunyi, kalau tak, mesti semua pekerja ingat ada maharaja lawak didalam pejabat diorang.

“Arghh!!! Papa! Tolong Andy! Ada mamat psycho, dera anak papa yang cantik, cute, comel, bergaya, cun dan innocent ni!!!” Andriana menjerit ketakutan apabila mendengar ugutan Rayyan yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Hoi! Sudah! Jangan nak perasaan pulak depan aku, perangai pon macam orang jantan, ada hati cakap yang kau tu cantiklah, cutelah, comellah, bergayalah, cunlah, innocentlah! Bergaya? Jangan nak buat aku ketawalah weyh! Pakaian kau pon entah apa-apa. Kalau aku jadi papa kau, aku hantar kau ni pergi mengaji dekat pondok dekat luar negeri, tak pun dekat Indonesia, biar kau tau rasa sikit... Orang kasi kau belajar dekat kolej yang bagus, kau buat perangai. Nak mandi pon, kena mandi dekat sungai... Dulu masa dekat rumah kau, kau bolehlah nak tunjuk berani dengan aku... Tapi sekarang ni, kau pulak yang akan dibuli. Bersiap sedialah.” Perghh! Menusuk kalbu ayat Rayyan itu...

Andriana terlopong, dia tidak percaya yang ini adalah sifat Rayyan yang sebenarnya. Dia masih ingat lagi kali pertama dia bertemu dengan Rayyan di rumahnya bulan lepas, keluarganya menjemput keluarga Rayyan makan malam dirumahnya. Rayyan yang sangat baik, lemah-lembut, hormat orang dan peramah itu sudah bertukar menjadi Rayyan yang psycho, pendendam, pemarah, berlagak, jahat, kejam dan kasar.

________________________________________________________________________________________________________

Sebulan yang lalu~

“Andy! Siap cepat! Kejap lagi kawan papa nak datang rumah kita makan malam.” Arah Puan Sri Athira Aleeya.

“Ishh, mama ni, Andy tengok sedap-sedap tengok tv ni, ala, kawan papa jer pon, bukannya rombongan meminang anak mama yang jelita ni.” Andriana tetap memberi perhatian kepada kartun boboiboy yang sedang disiarkan.

“Andy! Mama cakap, pergi siap sekarang! Nanti boleh tengok tv lagi, kawan papa kamu tu datang pon tak tahu bila lagi. Dah! Pergi naik mandi, pastu pakai baju yang mama dah siapkan atas katil Andy tu.

“Dahlah ada seminggu sekali jerr, nak tunggu episod baru pon, asyik ulang-ulang jerr episod yang sama. Kejap lagilah mama, dah nak habis ni,” Andriana tetap tidak bergerak.

“Andy! Pergi siap!” Puan Sri Athira Aleeya mencapai alat kawalan jauh dan menekan butang merah. Televisyen menjadi gelap.

“Mama! Andy tak habis lagilah tengok citer tu!” Andriana menghentak-hentak kaki sambil menggelengkan kepala. Buruk sungguh gayanya.

“Pergi siap cepat, sekali lagi, mama datang sini, tengok Andy masih tak siap, mama suruh Pak Hassan simpan tv ni dalam stor.” Puan Sri Athira Aleeya berlalu pergi untuk menyambung memasak bersama 2 orang gajinya yang lain.

“Yelah, yelah...” Andriana melangkah malas kebiliknya di tingkat 3.

Dia masuk kedalam biliknya dan mandi, kemudian dia memakai blaus berwarna pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam yang disediakan oleh mamanya. Sangat cantik dan elegan . Jika ada acara yang penting, mesti mamanya yang akan menetapkan pakaiannya, kalau dibiarkan, t-shirt putih dengan kemaja dan jeans jugaklah yang si Andriana ni pakai.

Andriana turun kebawah kemudian menuju ke sofa untuk menonton televisyen, sementara menunggu tetamu sampai.

“Andy! Haa, bagus dah siap, cantik sangat anak mama ni, kalau pakai macam ni hari-harikan bagus, dapatlah mama tengok anak mama ni bercinta macam orang lain.” Puan Sri Athira Aleeya sudah membicarakan pasal cinta... Benda yang paling elergik bagi Andriana. Dia sudah putus asa dengan cinta sejak ‘peristiwa itu’ ...

“Well, tengoklah siapa mamanya. So, mana papa, along dan angah? Tak nampak pon batang hidung diorang dari tadi.” Andriana terjenguk-jenguk untuk mencari papa dan abang-abangnya.

“Papa, along dan angah ada di depan rumah, tengah tunggu kawan baik papa sampai.” Ujar Puan Sri Athira Aleeya. Mak aii, specialnya kawan baik papa tu, sampai nak kena sambut dekat depan rumah. Kenapa tak bentang red carpet aje? Hehehe...

“Assalamualaikum!” Terdengar suara asing memberi salam.

“Waalaikumsalam, ehh, dah sampai? Jemput masuk... Mari duduk dekat sini.” Jemput Puan Sri Athira Aleeya apabila tetamu yang ditunggu-tunggu sampai.

“Andy, ni mama kenalkan ni keluarga kawan baik papa dan mama, ini adalah Uncle Khalish , yang ini pulak Aunty Sabrina, yang cantik ni anak bongsu diorang, namanya ialah Nur Alisha Azira, dia sama umur dengan Andy. Yang handsome dua orang ni, namanya Muhammad Rayyan Firash dan Muhammad Rafiq Farish.” Puan Sri Athira Aleeya memperkenalkan semua ahli keluarga kawan baik papa kepada Andriana, cuma Andriana seorang saja yang tidak mengenali mereka.

“Apa khabar semua.” Tanya Andriana sambil tersenyum manis, kemudian dia bersalaman dengan Puan Sri Sabrina , Tan Sri Khalish dan Alisha. Walaupun dia bersikap gila-gila dan kurang ajar, tetapi dia tidak akan kurang ajar dengan orang yang lebih tua dan orang yang hormati dia. Jika orang hormati dia, dia pon akan hormati orang. Tapi dia tidak akan bersikap baik dengan orang lelaki muda selain along dan angahnya. Kerana ‘peristiwa itu’ ...

“Wah, dah besar rupanya Andriana ni, aunty ingat lagi masa Andriana kecil dulu, Selalu jugaklah datang rumah aunty main dengan anak-anak aunty.” Puan Sri Sabrina tersenyum. Cantiknya, walaupun umur Puan Sri Sabrina sudah mencecah 50an, tetapi dia nampak seperti berumur 10 tahun lebih muda dari usianya yang sebenar.

“Andy ingat lagi tak masa Andy umur 5 tahun dulu? Andy selalu sangatlah pergi rumah Aunty Sabrina main dengan anak-anak Aunty Sabrina.” Puan Sri Athira Aleeya bertanya kepada Andriana tentang peristiwa bertahun-tahun yang lalu. Of course lah dia tak ingat! Apalah mama ni.

“Oh, yakah? Andy dah lupalah mama, sebab masa tu Andy baru umur 5 tahun.” Jawab Andriana. Dia memang tidak ingat, semasa dia dilahirkan sehingga dia berumur 6 tahun, dia tinggal di Sri Bangsar. Kemudian ketika berumur 7 tahun, mereka sekeluarga berpindah kerumah di Damansara yang sedang mereka diami sekarang ini, mungkin Andriana berkawan dengan mereka ketika dia masih tinggal di Sri Bangsar.

“Jemput minum semua.” Mak Som datang dengan menatang dulung yang berisi minuman untuk tetamu.

Mereka semua minum minuman yang disediakan. Kemudian mereka berbual dengan rancak. Andriana tidak memahami apa yang mereka bualkan. Andriana sudah tidak betah berada disitu kerana dia seorang sahaja yang tidak tahu apa yang terjadi.

“Mama, Andy nak masuk bilik boleh tak?” Bisik Andriana kepada mamanya.

“Jangan nak mengada-ngada. Kita ada tetamu, tak beradab kalau tinggalkan tetamu.” Puan Athira Aleeya membalas bisikan Andriana. Andriana duduk disitu seperti orang bodoh mendengar perbualan mereka semua. Sesekali dia menjawab pertanyaan yang diajukan kepada dirinya.

“Puan, makan malam dah siap dihidangkan.” Kata Kak Tini yang datang dari dapur.

“Eh, jom, kita pergi makan dulu, lepas ni kita sambung berbual lagi.” Cadang Tan Sri Amran Shah.

“Betul tu, Andy pun dah lapar ni” Kata Andriana dengan bersemangat.

Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Andriana. “Apa yang kelakarnya? Aku memang lapar pun.” Ujarnya didalam hati.

Mereka menuju ke meja makan dan makan. Selesai makan, Andriana pergi keluar ke kolam ikan untuk mengambil angin. Sesak dadanya bila duduk berbual dengan mereka yang lain. Satu apa pun dia tak paham.

“Hai, boleh saya duduk sekali dekat sini?” Andriana menoleh kebelakang. Rayyan tersenyum kepadanya, Handsomenya. Indahnya ciptaan Tuhan.

“Kenapa kau nak duduk dekat sini pulak? Pergilah cari tempat lain. Dekat sini jugaklah kau nak menyempit.” Kata Andriana tanpa memandang wajah Rayyan.

Rayyan tetap mengambil tempat disebelah Andriana. Andriana buat-buat tak peduli dengan kehadiran Rayyan.

“Awak masih ingat saya tak? Masa kecil dulu, awak selalu main dengan saya, saya ingat lagi.”

“Kan aku dah cakap tadi, yang aku tak ingat, lantaklah kalau kau ingat pun, bukannya urusan aku.” Andriana berkata dengan kasar. Walaupun Rayyan tidak pernah membuat kesalahan pada dirinya, tetapi peristiwa 3 tahun yang lalu membuatkan dia membenci semua lelaki kerana baginya semua lelaki sama sahaja.

“Awak ni garanglah, saya tanya aje, itu pun nak marah, kecil hati saya tau, dulu awak baik sangat dengan saya sampai awak cakap yang awak nak kahwin dengan saya”

“Wah,wah,wah... Satu, Memang aku ni garang pun, dua, aku tak kisah pun kalau kau kecil hati kerr, besar hati kerr, kembang hati kerr, ketiga, itu cerita zaman kanak-kanak dululah, sapa yang nak kahwin dengan kau entah.” Andriana membuat muka kepada Rayyan.

“Hehehe, awak ni comellah, garang pulak tu, memang ciri-ciri wanita idaman saya ;) ” Rayyan mengusik Andriana.

“Erhh, takde maknanya, dahlah, aku nak masuk. Layan kau sampai tahun depan pun tak habis.” Andriana melangkah pergi meninggalkan Rayyan yang tersenyum manis. Haish, comelnya minah ni, kalau aku dapat siaplah kau, kata Rayyan dalam hati.

________________________________________________________________________________________________________

“Sekarang ni, ikut aku pergi kebilik kau.” Rayyan menarik tangan Andriana keluar dari bilik Tan Sri Amran Shah, menuju kebilik yang dikhaskan untuknya.

“Okay, now, aku nak kau tukar pakaian kau yang tak senonoh tu dengan pakaian pejabat yang betul.” Kata Rayyan setelah mereka sampai dibilik Andriana.

“Tak mau! Aku nak pakai baju ni, aku selesa dengan baju ni.” Andriana membantah. Kemudian Rayyan keluar dari bilik Andriana, 3 minit kemudian, Rayyan datang dengan pakaian di tangannya.

“Kau pakai pakaian ni, and mulai esok, aku tak nak kau pakai pakaian kau yang macam ahli circus tu.” Rayyan mencampakkan pakaian itu kepada Andriana yang sedang duduk diatas sofa.

“Aku cakap tak nak, tak nak lah!!!” Andriana menjerit dengan kuat bagaikan konsert metallica. Bergegar satu pejabat dek kerana suara Andriana yang kuat bagaikan singa betina yang mengaum.

“Ohh, tak nak yer? Kalau kau tak nak, biar aku yang pakaikan untuk kau.” Rayyan pergi kearah Andriana dan berpura-pura untuk menanggalkan pakaian Andriana.

“Ishh, jebon betullah kau ni, aku retilah pakai sendiri! Dasar cipan tertelan lolipop betullah kau ni” Andriana mencarut. Hehehe tau pun takut.

“Keluarlah! Takkan kau nak tengok aku tukar pakaian dekat sini.” Tempelak Andriana.

“Hahaha, ingatkan kau bagi aku tengok free show, kalau kau bagi, best jugak.”

“Gatal merenyam!” Jerit Andriana sambil mencapai kusyen hiasan disebelahnya untuk dibaling kepada Rayyan tetapi Rayyan terlebih dulu selamatkan diri dan keluar dari situ.

Dia segera menukar pakaiannya, takut jugak kalau Rayyan tiba-tiba menerjah masuk, tak pasal-pasal rugi bakal suaminya kerana dan ada ‘kumbang’ yang usya.

Tepat-tepat dia selesai menukar pakaian, Rayyan terus masuk bersama fail yang berlambak-lambak ditangannya, fuhh, kan dah cakap, mesti dia terjah, dasar takde adab, tak reti bagi salam kerr... Ewahh, Cik Andriana oii, kau pun 2x5 jerr dengan dia. Tak reti nak bagi salam kalau masuk dalam bilik orang.

“Nah, ni adalah kerja kau untuk hari ni, kau kena siapkan sebelum balik.” Rayyan meletakkan fail yang bertimbun itu dihadapan Andriana.

“Mak aii!!! Kau ingat aku ni robot kerr nak buat kerja yang berlambak-lambak ni?!” Andriana tidak berpuas hati, dahlah hari ini hari pertama dia bekerja, dah kena buli dengan si Rayyan. Pekerja yang lain pun yang pernah dapat kerja yang banyak macam ni.

“Jangan banyak cakaplah, aku stapler mulut tu kang, aku tolong kau buatlah, aku takkan biarkan kau buat sorang-sorang, jahanam pulak kerja-kerja ni kalau kau buat tanpa pemantauan aku.” Sesedap rasa jerr Rayyan mengutuk Andriana.

“Huhh, apalah nasib aku, hari pertama dah kena buat kerja berlambak-lambak, dahlah aku ni anak bos besar...nasib-nasib.” Andriana bermonolog sendirian.

Rayyan tersenyum lucu melihat gelagat Andriana. Comel! Makin jatuh cinta pula rasanya.

Previous: Bab 1
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.