Puan Dayana memeluk
erat tubuh Zarra. Tinggal berapa minit saja lagi dia dan suami akan ke balai
berlepas. Dikucup dahi Zarra bertalu-talu. Zalikha yang baru saja tiba dari
Pulau Pinang memandang saja gelagat mama dan adik bongsunya. Biar lah dia
mengalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk bermanja buat seketika.
Zafran pula turut tidak melepaskan peluang. Selamba saja
dia menolak Zarra ke tepi lalu mendakap Puan Dayana. Apa lagi, naik angin lah
Zarra.
“Dah tua macam ni pun nak gaduh lagi dengan adik kamu.
Sudah-sudah lah tu Angah. Bagi adik kamu ni peluk mama. Takut mengigau pula
malam-malam sebab tak puas nak bermanja.” Tegur Encik Zaril seraya menarik Zafran
ke belakang. Bahu Zafran dipaut.
Dalam esak tangis, Zarra bersuara. “Angah memang suka
cari pasal. Siap la lepas ni. Zarra back
hand Angah biar lebam biji mata. Mama sayang Zarra sorang je.” Pinggang
mamanya dirangkul erat seakan tidak mahu lepas.
Zalikha mencebik lalu ketawa kecil. Macam-macam perangai
kedua-dua adiknya. Ada saja nak bertekak. “Sudah lah. Malu je orang tengok.”
“Nak malu buat apa? Bukannya Zarra meraung pun.” Bidas
Zarra tidak puas hati. Sempat dicubit kuat lengan Zalikha.
“Hoi! Sakit lah. Dah pandai jadi ketam sekarang ni. Nasib
baik suami awak ada dekat sini. Ikutkan hati, kakak lambung awak keluar dari
KLIA ni.”
“Elleh. Macam larat nak angkat Zarra. Cakap je lebih.
Padahal, nothing!” Satu tamparan
singgah di bahu Zalikha. Agak kuat.
Zarra menarik nafas menahan sabar. Mahu bertekak
lebih-lebih dengan Zarra pun tiada guna. Adiknya masih bawah umur. Tak matang
lagi fikirannya.
Puan Sri Nazrah dan Tan Sri Shakir ketawa saja. Cuma
sesekali mereka menyampuk. Selebihnya, mereka lebih selesa memerhati gelagat
keluarga besannya. Ahli keluarga besannya memang rapat. Tak seperti keluarga
mereka. Seorang ke Timur, Seorang ke Barat. Contohnya, Nadira. Makin
menjadi-jadi perangai.
“Harriz, ambil Zarra ni. Kalau biar macam ni, sampai esok
pun dia takkan lepaskan mama.” Ujar Puan Dayana. Perlahan dia memujuk Zarra
yang masih menangis supaya melepaskan rangkulannya.
Alahai
Zarra. Manja sungguh. Itu padahnya jika tak pernah lekang daripada bawah ketiak
mama.
“Nak
kena dukung ke mama?” usik Harriz dalam tawa.
“Zarra
bukan baby lah!” dia mencelah. Malu
dia diperlakukan begitu.
“Alaaa.
Baby abang lah kiranya ni. Meh sini
meh.” Selamba Harriz menjawab. Ditariknya Zarra daripada pelukan Puan Dayana
dengan perlahan sekaligus cuba memujuk. Wajah Zarra sudah memerah. Mana
tidaknya, menangis saja sejak tadi. Cengeng.
Zafran
geli hati melihat Zarra yang beria-ia menarik muka gara-gara Harriz
mengusiknya. Macam mana lah Harriz boleh bertahan dengan sikap Zarra. Boleh
darah tinggi kalau tak sabar melayan Zarra. Perangai tak seiring dengan usia.
Zalikha
yang perasan Zafran menekan-nekan perut, berbisik di telinga suaminya. “Apa
kena dengan budak sorang tu?”
Firash
angkat kening. Tidak tahu siapa yang dimaksudkan Zalikha.
“Angah
tu lah. Lain macam je.” Jawabnya.
“Hei
Angah. Sini kejap.” Panggil Firash. Wajah Zalikha dipandang sekilas.
Suara
yang memanggil membuatkan dia tersentak. Baru nak feeling layan Harriz memujuk
Zarra. Dah ada yang kacau. Bukan senang nak tengok aksi romantic pasangan yang
baru berkahwin atas pilihan keluarga tu.
Dia
menoleh ke tepi. Dilihat abang iparnya melambai menyuruh dia datang kepada
mereka. Dengan malas dia melangkah. Nak bergosip la tu.
“Apa?
Potong stim betul lah Abang Ash ni.” Keluh Zafran.
Zalikha
menolak perlahan kepala Zafran. “Banyak lah kau punya potong stim. Apa pasal
dok tekan perut, tersengih-sengih sorang diri? Kena sampuk hantu KLIA?”
“Huish
kakak ni. Mulut tak ada insurans! Kena hantu tu dengar kakak sebut nama dia
macam mana? Dia ikut korang balik Penang kejap lagi.” Sempat dia mengusik.
“Tak
kisah lah dia nak ikut pun. Kenapa dengan kau ni?” Zalikha bertanya sekali
lagi.
“Haaa.
Jawab lah.” Firash menyampuk.
“Angah
tengok aksi romantika pasangan baru kahwin tu haa. Bukan main lagi aksi pujuk
memujuk.” Dia beritahu juga akhirnya.
Firash
garu kepala yang tidak gatal. Pasal itu pun adik iparnya boleh
tersengih-sengih?
“Kau
tak biasa tengok secara real kan semua ni? Sebab tu geli hati? Lawak sungguh
kau ni Angah. Kesian kakak tengok. Pergi kahwin lah. Alami sendiri apa yang
adik kita tu tengah alami.” Ditunjal bahu Zafran berulang kali.
“Ke
situ pulak. Angah nak kerja dulu. Baru boleh fikir soal kahwin. Apa laaa. Laki
bini tak boleh pakai.”
“Eh?
Kami pula yang kena? Malu kan? Mengaku je lah.” giliran Firash pula mengusik.
Zafran
sudah tidak senang duduk. Macam mana lah dia boleh berterus terang. Tak
pasal-pasal kena usik. Kakak dan abang ipar sama saja. Tak boleh tengok orang
senang. Ada saja modal nak mengusik.
“Apa-apa
je lah. Mengarut lah korang kat sini. Mama dan papa nak ke balai berlepas dah
tu. Pergi salam. Peluk cium sekali.” Seusai berkata, Zafran melangkah laju
mendapatkan mereka yang sedang berkumpul. Sekali lagi air mata masing-masing
tumpah.
Tawa
Zalikha meledak. Macam-macam hal. Ditarik tangan suaminya supaya berjalan lebih
laju. Suaminya memang tak pernah lekang dengan gajet terkini. Ikutkan hati,
mahu saja dia ambil kesemua gajet milik suaminya lalu disimpan di dalam stor.
Tak jadi kerja kalau Firash sudah mula melayan permainan yang dimuat turun di dalam
gajet.
Seperti
yang dijanjikan, Harriz membawa Zarra ke IKEA untuk memilih perabut setelah
mama dan papa selamat berlepas ke Jordan. Tenang hati melihat Zarra tidak lagi
menangis sebaliknya teruja. Sepanjang perjalanan ke sini, Zarra tidak
henti-henti berceloteh ingin beli itu dan ini untuk memenuhi rumah baru mereka.
Awal-awal
lagi dia sudah menyediakam sejumlah wang untuk dilaburkan. Tidak mengapa jika
dia perlu berhabis duit asalkan hatinya puas. Kalau duit tidak cukup, minta
saja pada umi dan babah. Selesai masalah.
“IKEA
ni tak pernah tak ramai orang ke?” rungut Zarra apabila sekali lagi terpaksa
bersesak sewaktu melewati restoran.
“Meatball dekat sini sedap. Sebab tu
orang sanggup bersesak macam ni. Nak cuba meatball?”
Harriz mengenggam erat jari Zarra supaya gadis itu tidak terlepas dari
pandangannya. Sudah lah tubuh badan kecil molek. Kalau hilang, dia juga susah.
Zarra
berfikir sejenak. Nak makan sekarang, perutnya masih kenyang. Di KLIA tadi, dia
sudah makan tiga ketul donut yang dibeli di Dunkin Donuts.
“Lepas
beli barang kita makan. Selalu juga kawan-kawan cerita makanan dekat sini
sedap.” Zarra membuat keputusan.
Harriz
mengangguk bersetuju. Troli ditolak penuh hati-hati. Sedang mereka berjalan,
tiba-tiba Zarra berhenti mengejut. Mujur dia tidak tersadung dengan troli yang
ditolak.
“Kita
nak beli apa je dekat sini? Rambang mata dah tengok. Sofa, katil, barang dapur
semua ada. Tapi, macam cantik je sofa ni.” Zarra mendapatkan sofa yang berwarma
merah terang dan menepuk sofa berulang kali. Memang ini taktik dia kalau
inginkan sesuatu.
Harriz
yang seakan memahami terus mengangguk. Ambil lah apa saja. Asalkan rumah jadi
cantik dan tak serabut. Dia bukannya pandai dalam bab memilih perabut.
“Boleh
sofa ni? Nampak moden. Boleh kita decorate
rumah ala-ala moden kontemporari.” Pendapat Harriz perlu ditanya juga. Ini
untuk rumah mereka bersama. Bukan rumah dia seorang.
“Tak
kisah mana-mana. Asalkan cantik, tip top. Abang mana tahu nak pilih barang
lawa-lawa ni. Ikutkan hati, nak ambil kerusi rotan je lepas tu lapik dengan
kusyen.” Harriz berseloroh.
“Merepek!
Cepat cari apa lagi nak beli. Nak pergi geledah stor pula lepas ni.” Pesan
Zarra. Bukan main cekap lagi dalam soal membeli belah. Berkat tunjuk ajar mama
lah ni. Banyak kali dia mengikut mama ke sini. Tapi, bila ajak makan di sini,
mama mesti menolak. Malas mahu bersesak katanya.
“Baik
puan.” Patuh Harriz seraya tabik hormat.