Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
206,408
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

Tiba-tiba kedengaran pintu kereta dibuka. Kelihatan dua pasang kaki milik seorang lelaki berjalan pantas menuju ke arah mereka berdua. Bella tidak nampak wajahnya. Namun bila lelaki itu merendahkan tubuhnya Bella tersentak. Ben!  Wajah lelaki itu kini sama paras dengan Bella. Wajah kacaknya yang hampir dengan wajah Bella nampak berkerut dan serius seolah tidak puas hati. Dari tadi dia melihat perbualan Bella dengan pemandunya dari dalam kereta. Di saat itu wajah Ben memang sangat rapat di mata Bella sehingga Bella boleh nampak kulit mukanya yang bersih dan mata perang cairnya dengan jelas.

“Boss, dia nak balik rumah,” ujar lelaki bemisai nipis itu kepada lelaki yang kini mencangkung di depan Bella. Ben mengangguk pada lelaki itu sebelum memandang Bella. Bella terpinga-pinga. Dia masih tidak faham apa yang berlaku. Ben buat muka tidak puas hati dan mendengus. Dia geram dengan Bella yang degil itu. Wajahnya nampak marah.

Tanpa berkata apa-apa tiba-tiba lelaki itu mengangkat tubuh Bella. Bella yang tak menjangka Ben akan buat begitu terkejut bila tubuhnya terangkat. “Ben!,” jerit Bella  spontan. Bulat matanya seperti tidak percaya. Jantungnya rasa seperti mahu tercabut. Terus merah wajahnya. Hangat terasa pegangan Ben padanya. Tangan Ben pula terasa seperti urat besi padu melingkari tubuh Bella. Bella yang masih tergamam hanya mampu merenung wajah lelaki itu dengan lidah kelu. Lelaki itu mengamati wajah Bella yang mendongak padanya. Meneroka setiap inci wajah polos itu. Mata kuyu, hidungnya yang comel dan bibirnya yang penuh. Kulitnya yang cerah dan bersih. Kini kemerahan apabila wajahnya direnung. Tiba-tiba dia berbisik dengan suara garau dan maskulin, “Hold me tight, Bella,” bisiknya tiba-tiba. “Pegang kuat-kuat,” ulangnya lagi dengan kasar. 

“Hah?” soal Bella makin terpana. Bella yang terpana dengan pandangan lelaki itu hanya sedar bila lelaki itu melambung sedikit tubuhnya. Tindakan itu menyebabkan Bella terkejut lantas spontan berpaut pada leher tegap lelaki itu untuk menstabilkan dirinya. Hangat terasa pegangan Bella di leher Ben. Wajah mereka makin dekat. Bella menelan air liur. Wajah Ben amat serius. Bella dapat lihat urat di dahinya. Sejak tadi satu senyuman pun tidak Ben berikan padanya. Agaknya masih marah dengan tindakan di lif tadi. Bila mata mereka bertaut Ben sedikit berdehem. Dia melarikan matanya dari wajah Bella. Tanpa berkata apa-apa-apa dia membawa Bella ke kereta. 

Sampai di tempat duduk belakang, Ben meletak tubuh Bella di tempat duduk belakang sebelah kanan sebelum menutup pintu. Dia kemudian menghenyakkan punggungnya di sebelah Bella. Bella yang masih terkejut pantas merenung Ben. 

“Awak tak ada hak nak angkat saya begitu,” protes Bella antara malu dan geram. Ben tersengeh sinis. 

“Awak dah tak boleh berjalan. Itu saja cara lebih cepat untuk bawa awak ke klinik,” balasnya bersahaja tanpa memandang Bella. Dia membetulkan lengan baju kotnya. 

“Tapi, saya tak mahu ke klinik. Hantar saya balik!,” pinta Bella.

“Tidak, awak kena dapatkan rawatan. Saya tak mahu nanti awak tuduh kami sengaja nak langgar awak pulak,” ujarnya lagi. Nadanya seperti tadi sangat sinis. Nampaknya Ben ini tidak sama dengan Ben yang dia jumpa di pasar malam dulu. Ben yang ini lebih tegas.

“Saya tak akan buat begitu Ben. Tolong hantar saya balik. Tolonglah,” desak Bella. Wajah Ben yang bersahaja direnung. Ben menoleh pada Bella. Wajah kacaknya berubah menjadi sangat serius. Bella rasa hatinya kecut tiba-tiba.

“Just shut up and be quiet. Kaki awak bengkak dan wajah awak cedera. Kena dapatkan ubat. Ini semua salah awak, jalan menonong tadi tak pandang kiri kanan. Mujur Kadir tak terlanggar awak,” marahnya tiba-tiba. Bergema suara garaunya dalam kereta itu. Bella terdiam. Dia tidak menyangka Ben akan marah begitu. Memang sejak dalam lif Ben seperti mahu bermusuh dengannya. Kenapa? Tapi, Bella pun tidak mahu mengalah.

“Saya menonong sebab awak tuduh saya pengecut. Saya rasa seperti saya manusia yang gagal. Saya sedih dan rasa frust tadi, Ini semua salah awak.,” tempelak Bella pula dengan suara sedikit nyaring.

“Bila pulak saya cakap macam tu?” soal Ben dengan kening berkerut. Wajah Bella yang sugul direnungnya.

“Tadi dalam lif,” ujar Bella geram.

“Saya hanya nasihat awak untuk nyatakan rasa tak puas hati awak terus pada puncanya. Saya tak kata awak pengecut. Sikit pun tidak,” ujar Ben membela diri.

“Itulah sebenarnya yang awak maksudkan?. Kenapa awak tak langgar saja saya tadi. Biar saya mati kan senang!,” luah Bella  kasar kerana geram. Ben tersentak. Dia tidak menjangka perubahan nada kata-kata Bella itu. 

“Awak gila ke cakap pasal mati? Mengucap sikit. Mengapa negatif sangat awak ni??,” marah Ben. Matanya mencerlung tajam pada Bella. Bella menundukkan kepala.

“Saya dah setahun tak dapat kerja. Hari ni saya lambat sikit sahaja saya tak dapat masuk. Sikit pun tiada budi bicara. Saya bukan sengaja datang lambat. Saya terpaksa bantu sepupu saya yang demam. Sekarang saya tak dapat kerja sedangkan saya harapan ibu saya. Sayalah harapan ibu saya untuk perbaiki hidup kami anak beranak. Sekarang semuanya tak jadi. Bukankah lebih baik saya mati saja?,” omel Bella dengan penuh emosi. Air mata berjurai di pipinya.

“Bawa istighfar Bella. Jangan emosi sangat. Awak kena lah bersabar sebab kadang-kadang apa yang kita rancangkan tak semestinya jadi kenyataan,” ujar Ben seperti berfalsafah pula.

“Saya dah lama sabar. Saya ada ijazah dalam pemasaran tapi tak dapat juga kerja. Saya tertekan sebab saya dan mak menumpang di rumah makcik saya. Saya nak bawa keluar mak saya dari situ tapi saya tak boleh selagi saya tak kerja. Selama ini saya asyik menyusahkan dia bukannya saya bahagiakan dia. Saya ni memang anak tak guna. Satu sen pun tak guna!!,” rintih Bella sambil menekup wajahnya.

“Bella, tak baik cakap awak tak berguna. Cuba beritahu saya mengapa pula awak nak keluar dari rumah makcik awak itu secara tiba-tiba?” soal Ben dengan nada lembut sedikit.

“Saya tak mahu ibu saya direndah-rendahkan oleh keluarga makcik saya. Kami memang miskin tapi kami ada harga diri. Sekarang mereka dah naikkan sewa rumah. Kalau kami tak boleh bayar kami kena keluar dari rumah itu. Tapi, ke mana kami boleh pergi? Kami tak ada duit yang cukup untuk sewa. Kalau saya kerja semua ini tiada masalah. Tapi masalahnya sekarang saya tak dapat interview pun. Apa saya nak jawab dengan ibu saya? Awak tahu tak betapa excited ibu saya bila tahu saya ada temubual hari ini? Tapi semuanya hampa sekarang! Hampa!,” terang Bella kini sudah pun teresak-esak. Ben menghela nafas. Matanya memandang cermin ke arah pemandunya. Pemandunya hanya mengangguk.

“Klinik mana Tuan Ben?” soal pemandunya.

“Bawa saja ke Hospital Pantai,” jawab Ben. Nampaknya hari itu dia selamatkan lagi gadis itu. Kali ini daripada dilanggar kereta pula. Entah kenapa sejak di Zouk dan di pasar malam itu mereka asyik berjumpa sahaja.

“Baik boss,” akurnya lantas kereta Audi itu mengaum ke arah jalan raya menuju ke destinasi yang dinyatakan itu. Mata Ben kini pada Bella yang masih menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Ditangannya ada sehelai sapu tangan. Sapu tangan yang pernah dia pinjamkan pada Bella dahulu. Bila Ben merenung begitu Bella seperti terperasan. Bella mengangkat muka. Dia terperasan mata Ben pada sapu tangan itu.

“Maaf, saya sepatutnya bagi sapu tangan ni terus pada Ben. Tapi sekarang saya dah guna semula. Nanti saya basuh semula dan berikan pada Ben ye,” ujar Bella berterus-terang. Ben hanya mengangguk. Matanya lama pada sapu tangan itu. Teringat pada kisah berbulan dahulu. Seingat dia, dia ada berikan Bella kadnya tapi Bella tidak pernah menghubunginya. Tapi dia lega gadis itu masih menyimpan sapu tangan itu. Walaupun hanya sapu tangan tapi sebenarnya amat berharga untuknya.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.