Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,173
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 003

 

 

 

003

 

 

APG, HQ Putrajaya

Jam 1101

 

 

 KetuaPengarah (KP) sedang berkira-kira mahu melepaskan Jade daripada tugasan dalamtempoh yang dipohon Jade. Dia melepas nafas sesaknya. Panggilan telefondaripada Jade beberapa jam yang lalu memohon cuti memerlukan dia membuatpertimbangan terbaiknya.

Jade merupakan ejen terbaik APG ketika itu. Jikaikut rasional, memang tidak logik permintaan Jade. Masih terngiang-ngiang ditelinganya alasan yang diberikan lelaki itu lewat telefon tadi.

Namun mengenangkan Jade hanya punya seorang ibu, KPjadi insaf kepada dirinya. Kenapa dia perlu berfikir banyak kali tatkalaseorang anak memohon cuti hanya untuk bersama-sama ibunya? Itu bukan alasantidak logik tetapi alasan yang jarang sekali diberikan kecuali seorang ibusedang sakit tenat. Semerta dia teringatkan arwah ibunya.

Kesibukannya bekerja mengejar kedudukan yang sedangdikecapinya sekarang, membataskan dia untuk meluangkan banyak masa bersamakeluarga apatah ibunya di kampung. Sehinggalah tatkala arwah ibunyameninggalkan dia, di mana dia ketika itu? Dia berada di Brussels, sedangdiraikan kerana dilantik ke jawatan sekarang. Hinggakan adik-beradiknya tidakdapat menghubunginya lalu ibunya dikuburkan tanpa sempat dia menatap wajahakhirnya.

Brussels? Mengingatkan Brussels, hatinya jadimerusuh tiba-tiba. Brussels : Jade-Olga-Samuel dan dia. Rantaian itumengingatkannya kepada peristiwa tragis yang terjadi di Brussels suatu ketikadahulu yang sedang menghantuinya. Dia melepas nafas berat. Perkara itu masihbelum selesai dan semakin lama dia membiarkan hal itu tanpa noktah, ibarat diamenggali lubang kuburnya sendiri.

Sehingga kini, dia masih belum menemukan caraterbaik untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda dirinya dan APG secarakhususnya. Mungkinkah dengan berterus-terang kepada Jade, maka segala kekusutanitu akan terlerai. Persoalannya adakah Jade akan percaya dengan apa yang akandijelaskannya?

KP menggeleng kepala. Dia belum bersedia. Dia masihbelum boleh lupa bagaimana rupa Jade tatkala diberitahu tentang masalah yangsedang menimpa Olga dahulu. Dan kalaulah Jade tahu, dia yang merencana supayaisyarat Olga lewat tiba untuk melengahkan Jade, bolehkah Jade melupakan hakikatOlga telah mati?

Dosanya kepada Olga sedang menghambatnya. Dia asyikterkenang-kenang tentang kematian Olga. Kalau dia tidak melengahkan Jade,mungkin Olga masih boleh diselamatkan. Olga tak mati. Kekesalan itulah yangmenghantuinya ketika ini.

Dia sedang cuba membetulkan apa yang dia pernahsilap. Namun kesilapan itu tidak akan mengembalikan nyawa Olga. Dan jika kinidia berterus-terang kepada Jade, sanggupkah Jade memaafkannya? Paling utama,rasa hormat Jade kepadanya, bagaimanakah nanti akan dikembalikan?

 “Moon!”Interkom ditekan. Pembantunya dihubungi. Setekah berfikir semasak-masaknya, diabersedia dengan rancangannya. Mungkin ini adalah yang terbaik buat masa ini,fikirnya. Ya, sebelum dia punya cukup masa untuk ‘merangka’ rancangan yanglebih baik.

“Ya, tuan!” Pen di jari Moon dipusing-pusing sambilsabar menunggu arahan seterusnya. Bersedia si setiausaha untuk memberikankhidmat terbaiknya.

“Hubungi Rayhen Travel & Tours, dapatkan infolengkap percutian Jade.” Moon tekun mencatat di atas buku notanya arahan yangdiberikan KP.

“Kompem bos nak lepaskan Jade 2 bulan?” Bagaimenyedari ketuanya mungkin terlebih manjakan Jade kerana dia tahu permintaanJade tadi memang sukar untuk dipenuhi di saat APG sedang bergelut denganmasalah kekurangan ejen lapangan yang berkebolehan dan berpengalaman sepertinya.

“Ya, saya sudah fikirkan masak-masak. Saya lepaskanJade daripada sebarang tugasan lapangan dan sebarang komunikasi dalam tempoh 2bulan ini.” Yakin KP berkata membuatkan Moon tidak mahu bertanya lanjutseolah-olah mempertikaikan pertimbangan KP, orang paling berkuasa di APG.Pastilah Jade sangat istimewa di hati KP. Kesayangan KP. Buat masa ini, itulahyang Moon pegang.

“Baik bos!” Cepat saja Moon mahu mematikan interkomapabila kedengaran suara KP memanggil namanya.

“Ya, bos?” ‘Hehe… ada lagi?’ Dia menyengih sendiri.Segala-galanya di APG harus pantas. Mujurlah dia cukup pantas untuk tidakmematikan talian ketika itu. Kalau tidak nampak sangat tak sabar.

“Dapatkan saya Ivy Dahlia. I.V.Y D.A.H.L.I.A.” Takcukup disebut, siap dieja namanya. Siapa Ivy Dahlia? Hati Moon bagaidigaru-garu untuk tahu. Hmm… macam ada kaitan dengan Jade. Hidung spynya mula menghidu sesuatu. Dadanyaberdebar. Dia tak suka kalau ianya ada kaitan dengan Jade. Dia berdoa di dalamhati, minta-minta deria spynya tidakbenar. Dia tak suka jika Jade ada kaitan dengan sebarang perempuan. Dia cemburu!

Previous: Bab 002
Next: Bab 004

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.