Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,168
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 001

Life islike riding a bicycle. To keep you in balance, you must keep moving.- Anonymous.

 

 

 

 

001

 

LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Jam 1315

 

Jade melihatke wajah sedih ibunya tatkala melepaskan pelukan Eisya. Cepat-cepat diamelarikan wajahnya agar ibunya tidak membuat serangan psikologi. Emaknya bukan bolehkira, di tengah ramai orangpun boleh buat drama. Melarikan diri adalah jalanterbaik sebelum terjebak tak sempat nak lari.

“Sampai jumpa lagi Zed.” Erat Jade memeluk bekas rakansetugasnya sebaik pengumuman daftar masuk kedengaran di telinga. Penerbangan keNgurah Rai, Denpasar, Bali akan berlepas tidak sampai 2 jam lagi.

“InsyaaALLAH. Apa-apa hal, kau tahu macam mana nakcari aku tapi kalau boleh jangan buat hal.” Zed sempat berlawak, menjeling kewajah isterinya seketika sebelum matanya kembali tertancap ke wajah Jade.

Zed macam tidak percaya, Jade melepaskan Eisyamudah-mudah kepadanya. Betulkah memang Jade tiada hati kepada Eisya? Hmm…Memang sukar menebak hati seorang lelaki bernama Jefry Ahmad Deraman itu. Sudahbertahun-tahun bersama, ada kalanya dia rasa dia hanya kenal Jade ‘di luar’sahaja. Jauh di sudut hatinya, Zed memang belum betul-betul yakin kenal dengan mentornyadalam Agensi Perisikan Global (APG) itu.

“Macam tak ikhlas aje nak menolong.” Jade membalasusikan Zed.

“Bukan tak ikhlas, tapi aku yakin ejen sehebat Jadetak perlukan bantuan. Hehe… tambah-tambah daripada aku…” Rendah nada suara Zedsupaya perbualan mereka tidak didengari orang lain.

“Aku pun manusia biasa Zed. Kalau ditoreh akuberdarah.” Meminjam kata-kata Spiderman, Jade memberitahu membuatkan kening Zedterangkat.

“Boleh tahan…” Zed gelak-gelak. Dia mungkinterlupa, Jade kalau mengayat memang ‘power’ cuma rasa macam tak berapa nakkena. Jade yang dia kenal dulu tidak akan merendah diri sebegitu dihadapannya.

“Bang… Jom!” Tepukan Eisya membantutkan Zed untukmeneruskan kata-katanya.

“Jangan buat hal!” Zed berkata sambil ketawa kepadaJade. Dia memaut tangan Eisya lalu melambai kepada Faridah yang sudahdianggapnya bagai ibu sendiri.

“Jangan lupa hantar kad undangan nasi minyak yemakcik!” Sempat lagi dia bergurau kepada Faridah sambil mengenyitkan matanya.Itu kata-katanya. Itu doanya dalam hati. Lagi lekas Jade berumahtangga, lagicepat hatinya lega. Kurang-kurang perasaannya tentang Jade masih mencaripeluang untuk mengurat Eisya terus terpadam dalam hatinya.

Sekalipun dia sudah mencuba, syaitan rajinmembisikkan di telinga supaya menjauhkan Eisyanya daripada Jade. Dan itulahyang sedang dilakukannya dengan membawa Eisya berpindah ke Bali walaupun MakcikFaridah ada merayunya supaya dia berpindah tinggal dekat dengannya di TanjungMalim. Kurang-kurang, hatinya lega, buat seketika.

 Dah sejauhtu dibawanya Eisya lari takkanlah mudah Jade nak muncul kalau dia jadi jiransebelah pintu. Mana tau, Makcik Faridah pernah merintis jalan jodoh ke hatiEisya untuk anaknya, dibuatnya cubaan sekali lagi memang dia tak boleh nakmemaafkan dirinya sendiri.

“Kita hantar kad pada Zain dan Eisya nanti ye,Jef!” Lambaian belum diturunkan, mulut Faridah sudah memberi cadangan. Nampaktak permainan jodoh-menjodoh emak Jade masih belum habis? Siap pasang strategibaru yang Jade belum dapat hidu. Sudah siap berjanji dengan Zed untuk menjadiorang tengah di antara Jade dengan Eiffa.

“Kad apa mak?” Jade memandang ibunya sekilas,bertanya macam tak faham apa yang cuba disampaikan. Pura-pura tidak tahu sedanghidung perisiknya macam sudah dapat membau sesuatu sedang ‘dirancang’ oleh siemak dan si teman yang baru lepas melambai tadi.

“Kad birthdaymak!” Memuncung mulut Faridah. Malas dia nak bersoal-jawab dengan Jade, terusdia menonong balik sebaik bayang Zed dan Eisya menghilang. Dia tahu Jadesengaja hendak ‘lari’ macam biasa apabila dia mengutarakan hal yang sama.

Jade hanya menggeleng. Senyuman mekar di bibirnya.Gaya dah macam melayan awek merajuk. Dia mengejar ibunya dari belakang. Hmm… Buatmasa ini, itulah saja erti bahagia bagi seorang insan bernama Jefry AhmadDeraman!

Previous: PROLOG
Next: Bab 002

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.