Home Novelet Cinta Memori Berkasih
Memori Berkasih
Leia Zalyanna
16/5/2017 21:13:08
6,070
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

Aqeela menjamu selera di sebuah gerai bersama Sabrina. Dia menceritakan kepada Sabrina mengenai lelaki yang dipanggilnya mamat sengal itu. Sabrina hanya tertawa mendengar cerita Aqeela. Takdir apakah ini? Aqeela pula menganggap ini semua bala untuknya kerana tidak habis-habis terlibat dengan mamat sengal itu.


“Kau ni, tak baik lah. Setiap pertemuan dan perpisahan tu ada hikmah tau. Ada ke bala. Takdelah disaster sangat. Sweet apa dia.” Mulanya Aqeela tersentap dengan kata-kata Sabrina. Tapi part sweet tu memang out of the world.


“Qeela, kita tak boleh predict future. Who knows, dia akan jadi best friend kau nanti.”


“Kau sorang je yang tahan dengan perangai aku. No one else will.”


“Ada, Qeela. Don’t be too confident. We can’t predict future.”


Aqeela segera menukar topik. Tak best langsung cerita pasal mamat sengal tu.

 


Mereka menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar makanan mereka.


“Dah bayar dik. Ada sorang lelaki bayar tadi. Ni milo tabur yang adik pesan.” Cashier itu menghulurkan milo air tabur kepada Aqeela.


“Siapa yang bayar? Dan saya tak order pun milo tabur.” Aqeela konfius. 


Sabrina sudah menahan gelak. Dia tahu yang mamat sengal Aqeela yang membayar makanan mereka tadi. Lelaki itu ada memberi isyarat kepadanya dari jauh tadi. Cuma Aqeela tidak perasan kerana Aqeela membelakangi lelaki itu. Tapi pasal milo ais tabur tu memang dia tidak tahu apa-apa.


Lama baru Aqeela faham situasi itu setelah melihat Hidaya menahan gelak. Terus dia mencubit lengan Sabrina dan berlalu ari situ.


“Dia suka kau weh. Rasa macam ada rama-rama tak perut kau?” Ada yang nak minum milo air tabur guna hidung ni.

 



Kelas makmal Biotek kembali lagi. Dan entah kenapa jantung Aqeela berdegup pantas. Hari ini dia datang awal. Selepas meletakkan beg di rak yang disediakan, Aqeela mengeluarkan barang yang diperlukan untuk kelas makmal lalu duduk di gebo berdekatan. Ada Nadia di situ, ada lah kawan dia berborak sementara menunggu kelas bermula 15 minit lagi.


Pelajar sudah dibenarkan masuk. Setiap pelajar mengambil tempat masing-masing. Aqeela yang sudah duduk di kerusinya. Matanya dengan tidak sengaja melirik ke arah lelaki yang membayar makanannya semalam. Segaris senyuman diberikan kepada Aqeela. Aqeela terkedu. Manisnya. Senyuman. Dia.

 


Aqeela menuju ke café. Dia telah berjanji dengan Sabrina untuk makan tengah hari bersama. Keadaan jalan raya di depan kafe riuh rendah. Hati Aqeelah tidak sedap, kakinya pantas menuju ke arah kerumunan orang.  Sempat dia bertanya dengan orang yang lalu lalang sebelum sampai ke situ. Mereka memaklumkan ada kemalangan berlaku. Aqeela meredah orang ramai untuk melihat mangsa kemalangan.


Mangsa kemalangan meniarap di atas jalan raya. Dia mendengar daripada mulut orang di situ, mangsa dilanggar daripada belakang oleh pelajar yang tidak dapt mengawal keretanya. Darah banyak berlumuran di atas jalan raya. Aqeela melihat kaki mangsa. Kasut itu. Mata Aqeela pula melihat ke arah beg yang terletak beberapa meter daripada mangsa. Sabrina!


Aqeela melutut di sebelah Sabrina. Tangannya terketar-ketar. Dia mula menangis. Mulutnya meminta pertolongan orang ramai untuk membawa Sabrina ke hospital. Badan Sabrina diterbalikkan dan dipangku kepala Sabrina di dalam ribaannya sambil menangis. Suasana sangat hiba di kala itu.


Seorang lelaki mendekatkan kereta ke arah kawasan kemalangan. Dia mengarahkan orang ramai untuk menolong mengangkat Sabrina ke dalam keretanya. Apabila ada yang mengatakan ambulans di dalam perjalanan, lelaki itu tidak peduli. Entah berapa lama ambulan perlu ditunggu.

Aqeela menolong orang ramai mengangkat Sabrina masuk ke kereta. Fikirannya kosong. Pemandu kereta berkenaan menarik beg yang disandang oleh Aqeela. Dia menuntun Aqeela masuk ke dalam kereta.


“Awak pergi sekali.” Ujar lelaki itu. Aqeela hanya akur. Dia hanya mampu menangis. Lagi sendu melihat keadaan rakan baiknya.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna