Home Novelet Cinta Memori Berkasih
Memori Berkasih
Leia Zalyanna
16/5/2017 21:13:08
6,068
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

Kuliah Biotek yang diambil oleh Aqeela bermula jam 9 pagi hari ini. Ini adalah kuliah pertama untuk subjek Biotek. Pelajar mula memenuhi dewan kuliah begitu juga Aqeela. Dia tiada geng untuk kelas kali ni. Jadi, dia mengambil tempat duduk secara rawak sahaja. Kelas pada pagi itu berjalan dengan baik. Pensyarah juga memberikan  nota untuk eksperimen yang akan mereka jalankan pada keesokan harinya.


Selepas kuliah Biotek, Aqeela menunggu di luar dewan kuliah. Kelas Sabrina selepas kelasnya. Rasa rindu pula dengan Sabrina padahal semalam bukan mereka tidak berjumpa.

 

Pukul 7.45 pagi. Kelam kabut Aqeela. Dia akan terlambat ke kelas makmal untuk subjek Biotek. Tidak  untuk kelas makmal pertamanya.


Aqeela sampai hampir pukul 8.30. Pensyarah sedang melaksanakan arahan untuk eksperimen hari itu. Aqeela tidak mempunyai pilihan. Dia duduk di meja yang mempunyai dua orang pelajar perempuan dan empat orang pelajar lelaki. Mujur pensyarah tidak marah. Dalam lelah, Aqeela segera mencatat arahan untuk eksperimen hari itu.


“Baiklah, setiap meja adalah satu kumpulan sehingga akhir semester. Kamu boleh mulakan sekarang. Bahan eksperimen ada di belakang dan untuk sebarang masalah boleh Tanya Encik Reza.”


Alamak. Mungkin aku perlu datang awal untuk masuk kumpulan yang lagi selesa.


“La, akak milo tabur group ni ke.” Aqeela memandang suara itu. Ya, dia memang patut datang awal. Apesal tak sedar alarm pagi tadi!


Aqeela berkenalan dengan ahli kumpulan itu. Semua daripada jurusan berlainan. Nadia dan Syera adalah rakan barunya untuk kelas makmal Biotek. Dan nama pelajar lelaki seorang pun dia tidak ingat. Lagi-lagi mamat sengal tu.


Selesai menjalankan eksperimen, semua pelajar dikehendaki menyiapkan laporan eksperimen secara berkumpulan. Dengan berat hati, Aqeela terpaksa bersetuju untuk  berjumpa bagi menyiapkan laporan itu.


Aqeela mengemas barangnya untuk keluar daripada makmal. Ekor matanya Nampak seperti ada yang memerhatikannya. Lantas dia memandang kearah susuk yang memerhatikannya. Terus sahaja mata lelaki itu dilontarkan kearah lain. Nak makan pencil box agaknya mamat ni.

 

 


Aqeela sengaja datang awal ke bilik perbincangan perpustakaan. Dia juga ada kerja yang perlu diselesaikan menggunakan WIFI. Nadia dan Syera datang setengah jam selepas itu. Mereka memulakan dahulu perbicnangan untuk tidak membuang masa. Tidak lama selepas itu, semua pelajar lelaki sampai. Perbincangan berjalan lancar walaupun Aqeela tidak selesa dengan mata yang dari tadi memerhatikan tingkahnya. Selesai berbincang, mereka membahagikan tugasan untuk menyiapkan laporan itu.


Bilik perbincangan itu ditempah untuk sejam setangah sahaja. Mereka perlu keluar setelah tamat masa bagi memberi peluang kepada pelajar lain untuk menggunakannya. Selesai berbincang, mereka semua bergerak keluar daripada perpustakaan manakala Aqeela mengambil keputusan untuk terus berada di perpustakaan.


Aqeela memilih meja yang agak jauh untuk privasi. Pelajar masih tidak ramai. Biasalah, perpustakaan selalu penuh apabila musim ujian dan peperiksaan. Konon-konon nak konsentrasi belajar di perpustakaan. Padahal perpustakaan adalah salah satu tempat lepak yang selesa. Penghawa dingin kuat, WIFI laju dan selesa.


Aqeela meninggalkan barang dan mencari buku rujukan yang dikehendakinya. Kembali ke meja, dia melihat ada lelaki yang duduk di situ. Punya banyak meja, situ juga nak duduk. Menyibuk!

Aqeela terkejut melihat lelaki yang duduk di situ. Dia memandang lelaki itu meminta penjelasan. Penjelasan seperti kau buat apa kat sini, kau takda tempat lain ke, kau tak nampak ke banyak lagi meja kosong, kau jangan menyibuk boleh tak??


Lelaki itu hanya tersenyum. Creepy weh. Apesal nak beramah mesra?


“Meja ni tempat awam kan?” Provok Nampak. Aqeela malas nak layan. Dia mengemas barangnya untuk menukar meja. Takkan nak bertengkar di perpustakaan. Melihat Aqeela mencabut plug laptop daripada suis, lelaki itu berdiri.


“It’s okay. Don’t move. I will. Sorry for disturbing.” Lelaki itu memberi salam lalu berlalu pergi. Aqeela seperti tersentak. Dia yang bersalah ke? Dia terlalu sombong ke?

 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna