Home Novelet Cinta Memori Berkasih
Memori Berkasih
Leia Zalyanna
16/5/2017 21:13:08
6,067
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

Sabrina sudah dimasukkan ke ICU. Aqeela menunggu di luar manakala pemandu kereta tadi tidak kelihatan. Aqeela baru perasan, lelaki yang digelarnya mamat sengal itu yang menghantar Sabrina ke hospital. Itu pun setelah Sabrina masuk ke dewan pembedahan. Aqeela sudah pun menghubungi keluarga Sabrina. Mereka dalam perjalanan ke hospital.

Seorang lelaki mensuakan 100plus kepada Aqeela. Aqeela mengambil air itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya masih risau.


“Jangan risau. Insyaallah kawan awak akan okay.” Entah kenapa Aqeela semakin sebak. Kata-kata itu sepatutnya menjadi penenang tetapi ia jadi sebaliknya. Aqeela menangis semahunya. Dari tadi dia menyalahkan dirinya kerana memaksa Sabrina makan bersamanya. Sabrina terpaksa datang ke kompleks kuliah pada hari ini walaupun dia tiada kelas. Menyalahkan diri kerana terlalu mementingkan diri.


Lelaki itu nampak kaget melihat Aqeela yang tadi reda kini menangis kembali. Banyak kali dia meminta maaf jika apa yang dicakapkannya itu menghiris hati Aqeela. Lama baru Aqeela reda menangis.


“Terima kasih tolong hantar kawan saya ke hospital.” Lelaki itu mengangguk. Hatinya senang dapat menolong dua orang rakan baik itu.



Setengah jam kemudian, keluarga Sabrina sampai tetapi Sabrina belum juga keluar daripada bilik pembedahan. Terus Aqeela memeluk ibu Sabrina dan menceritakan kejadian kemalangan itu. Menangis hati seorang ibu. Tidak lama selepas itu, seorang doctor keluar daripada bilik pembedahan. Dia meminta untuk berjumpa dengan keluarga Sabrina.

 


Aqeela hanya menunggu di luar sementara ibu bapa Sabrina siap berbincang dengan doktor yang merawat Sabrina. Lelaki yang menolongnya sudah pulang ke universiti kerana ada kelas yang perlu dihadirinya. Aqeela juga ada kelas pada petang itu. Cuma dia tidak rasa dapat fokus jika dia menghadirinya.

 


Aqeela melihat ibu bapa Sabrina keluar daripada bilik doktor. Aqeela meminta penjelasan daripada mereka. Nampak jelas kekeruhan di wajah tua mereka.

“Aqeela, Sabrina ada pendarahan di kepala. Dengan sakit yang ada pada Sabrina, doktor cakap harapannya tipis. Sabrina koma, nak.” Ibu Sabrina menamatkan kata-katanya dengan air mata. Aqeela tergamam. Dia akan kehilangan kawan baik kah?

Aqeela memang tahu Sabrina ada sakit yang disembunyikannya. Dia pernah melihat ubat Sabrina secara tidak sengaja di laci meja belajar Sabrina. Tetapi dia tidak tahu apa sebenarnya penyakit Sabrina. Mahu bertanya kepada ibunya, bimbang akan menambah kerisauan.

 



Aqeela menunggu di hospital sehingga maghrib menjelang. Dari tadi dia beriktikaf di surau hospital tersebut. Berdoa agar Allah meminjamkan lagi rakan sebaik Sabrina di dunia ini. Entah berapa kali Yaasin yang disedekahkan untuk Sabrina bagi kesembuhannya.

Telefon Aqeela berbunyi daripada begnya. Nombor yang tidak dikenali tertera. Dia hanya menjawab, takut jika ia penggilan penting.

“Awak dekat mana?” suara lelaki di  hujung tAqeelan.

“Siapa ni?” Entah siapa yang telefon tiba-tiba bertanya keberadaannya.

“Naufal. Yang hantar kawan awak tadi.” Aqeela agak terkejut, lelaki itu tidak pernah mengambil nombornya sebelum ini. Tidak mahu bertekak, Aqeela hanya memberitahu lokasinya. Naufal mengajak Aqeela makan bersama. Aqeela hanya bersetuju. Perutnya juga tidak diisi daripada pagi tadi.



 

Naufal membawa Aqeela ke sebuah kedai makan tidak jauh daripada hospital. Mereka hanya banyak berdiam daripada makan.


“Malam ni nak tidur dekat hospital?” Aqeela hanya mengangguk. “Baju ada?” Aqeela menggeleng.


Tak patut juga soalan Naufal ni. Dah tentu daripada pagi Aqeela dekat hospital. Takkan la Aqeela nak bawak baju ke kelas pagi tadi. Tak logik sungguh.


Tidak banyak perkara yang dibualkan oleh mereka. Kalau ada pun berkisar tentang Sabrina. Tetapi perkara inilah yang buat Aqeela bertambah sedih.

 



Naufal menghantar Aqeela kembali ke hospital. Aqeela akan bergilir menjaga Sabrina bersama ibunya malam ini. Sebelum keluar, Naufal menghulurkan sebuah beg plastic kepada Aqeela.


“Baju untuk awak malam ni dan esok.” Aqeela masih memndang Naufal meminta penjelasan.


“Takkan awak nak pakai baju ni sampai esok. Awak kena ambil juga. Darurat. Nanti awak nak solat. Takkan tak tukar semua.” Mendengar perkataan semua, Aqeela membuntangkan matanya. Lantas dia melihat kandungan plastic di tangannya. Lagi terkejut melihat baju, seluar dan…….


“Jangan salah faham. Saya bukan yang macam awak fikir. Semua ni adik saya yang belikan tadi. Saya minta dia belikan. Dia pun tak pernah jumpa awak. Jadi saya suruh dia beli saiz dia je. Maaf kalau menyentuh sensitivity. Saya nak tolong je.” Naufal memandang ke arah lain. Lama juga dia fikir jawapan yang sesuai sebelum datang menjemput Aqeela tadi. Dia juga tidak mahu dipandang serong oleh Aqeela.


Aqeela pula seperti dapat menerima alasan Naufal. Dalam pipinya yang kemerahan, Aqeela mengucapkan terima kasih sertaa memberi salam lalu melangkah keluar daripada kereta. Aqeela juga berjanji akan membayar baju yang dibeli oleh Naufal. Silap, adik Naufal.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Leia Zalyanna