Home Novel Thriller/Aksi ESPIONAGE
ESPIONAGE
Dr Fendi Ameen
17/4/2017 01:43:41
6,232
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1: Sessi

Izza cepat-cepat memakir kereta. Nasib baik masih ada ruang pakir. Dah tak sabar bertemu CR Haris. Tak puas membaca kata-kata semangat dan nasihat dari kaunselor muda itu, melalui applikasi Whatsapp. Satu 'group' diwujudkan oleh CR Haris khusus untuk memberi panduan serta kaunseling secara online. Namun, ia dicacatkan dengan pelbagai info yang tidak sesuai. Banyak mesej perlu dihapuskan kerana memory telefon turut sendat dengan mesej dan imej yang dikongsi dan berulang-ulang.

Nasibnya baik. Client yang berjanji untuk berjumpa CR Haris telah membatalkan temujanjinya. Mengikut prosedur client perlu membatalkan sebarang temujanji dalam tempoh dua hari sebelum sessi bermula. Jika tidak caj sebanyak 10% dikenakan ke atas keseluruhan caj sessi yang sepatutnya berlangsung.


"OK. Cakap apa yang you nak cakap," ujar CR Haris setelah mempelawa Izza duduk. Bidai pada tingkap direnggangkan supaya sedikit panorama kelihatan dari arah laut, di belakang CR Haris duduk. CR Haris tidak menyangka Izza, mempercepatkan sessi kaunseling yang sepatutnya berlangsung minggu depan.


"Hard to say ... ujar Izza. Sehelai tisu dikeluarkan untuk mengelap kanta pada cermin mata yang dipakainya. Kemudian, bingkai cermin mata ditolak ke atas ke kedudukan di atas batang hidup. Jarinya menguis-nguis kertas di atas meja.


"Teruskan!"


"I was neglected since those days. It's really hard to me.I will jump over the bridge ... what ever, one day," keluh Izza. CR Haris mendengar apa yang diluahkan oleh client di hadapannya. Seorang gadis yang cukup sifat.

"Oh really?"

"Hmmm."
"You know," ujar CR Haris sambil mengeluarkan sekeping kertas dari sebuah folder. Kertas itu dilipat dan dihadapkan ke arah pandangannya, untuk membaca. Bekas minuman dan sepiring donut di atas meja, masih belum disentuh.

"I have written a suicide letter for you." Izza tergamam. Tidak sangka apa yang diucapkan oleh CR Haris.
"I am a girl. I'm very frustrated in my life. I hope this suicide note will tell everybody ... ," panjang lebar bacaan nota dari CR Haris. Nota dari sehelai kertas yang kosong. Tergamam Izza mendengarnya.
"Enough?" ujar CR Haris mencebik.
'Jangan pula dia minta nak baca nota ni ... habis aku."

Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.