Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Kedekut Miss Kembar
Mr Kedekut Miss Kembar
Nurina Feeza
28/6/2017 14:26:38
6,536
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
PROLOG

“FASHA?”

            TeguranNur Fadiya menyentakkan lamunan Nur Fasha. Dia yang tengah makan spontan tolehmemandang Fadiya.

            “Haa…apa dia?” soal Fasha.

            “Cubatengok gambar ni.” Fadiya sua sekeping foto ke arah Fasha.

            Fashaberkerut dahi.

“Gambar apa ni, Diya?”soal Fasha hairan.

            Fadiyatersenyum-senyum.

“Ni gambar bos aku. Carlnamanya. Even umur dia dah cecah limapuluh tahun, tapi dia tetap kacak tau. Aku dah tersangkut hati dekat dialah,Fasha,” balas Fadiya.

            Bulatmata Fasha.

“Kau dah gila ke? Wei,dia ni duda ke bujang terlajak?” Bagai hendak terlucut jantung Fasha apabilamendengar cerita Fadiya.

            “Suamiorang,” jawab Fadiya.

            “Kaunak tempah bala ke, Diya? Jangan main dengan api!” Jawapan Fadiya itu buatFasha ternganga.

            “Kenapanak tempah bala pula? Aku nak hidup bahagia,” balas Fadiya selamba.

            Fashatepuk dahi.

“Diya, lelaki yang kausuka tu suami orang. Buatnya kalau bini dia datang serang kau, macam mana? Kausanggup tanggung penyakit tu ke hah?” marah Fasha. Geram dia memikirkan sikap Fadiya.Cari jodoh tidak kena gaya langsung! Tak sesuai. Anak teruna masih ada. Suamiorang juga yang menjadi pilihannya?

            “Dahhati aku suka pada dia, apa boleh buat?” balas Fadiya.

            Fashamengeluh geram.

“Aku nak kau putuskanhubungan dengan dia, Diya!” arah Fasha tegas.

            Fadiyaterkesima.

“Kenapa pulak? Eh, akusayangkan dialah! Dia tu orang kaya tau. Rugi kalau aku lepaskan dia!” bentakFadiya.

            Fashaberdecit.

“Cuba berdiri di ataskaki sendiri. Jangan harapkan kekayaan orang lain. Kita sendiri boleh usahauntuk cari kemewahan diri!” nasihat Fasha.

            “Rezekidepan mata, takkan nak tolak begitu saja?” Ada saja jawapan Fadiya.

            “Diya,fikir kata-kata aku ni! Aku tak nak perkara buruk menimpa diri kau! Bahayabermain cinta dengan suami orang ni. Kalau isteri dia dapat hidu hubungankauorang berdua, mati kau, dia kerjakan! Silap hari bulan, aku pun terkenatempiasnya. Dahlah kau tu kembar aku. Muka memang serupa. Kalau dia silaporang, tidak memasal aku yang kena!” bentak Fasha.

            Fadiyamendekatkan mukanya ke muka Fasha.

“Kalau kau kena, redhasajalah.” Tawa dilepaskan. Dia bangun lalu beredar meninggalkan Fasha.

 

HAIDHAR AKIF turun untuk bersarapan dengankeadaan rambutnya yang serabai. Pipinya pula penuh dengan air liur basi. Tibadi ruang makan, dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Roti bersapu coklatdicapai lalu disuap ke dalam mulut.

            Tidakberkedip mata Encik Haikal apabila memandang tingkah anaknya itu.Tergeleng-geleng dibuatnya.

“Kamu tak reti mandi duluke, Haidhar? Kalau malas nak mandi, pergilah cuci muka dan gosok gigi dulu. Papatengok pun geli tau tak?” Encik Haikal membebel.

            “Hee…papa ni bisinglah! Haidhar nak makan ni. Haidhar lapar!” bentak Haidhar.

            EncikHaikal capai roti di tangan Haidhar.

            “Apapapa ni?” marah Haidhar.

            EncikHaikal senyum sinis.

“Kalau Haidhar nak makanroti ni, Haidhar pergi mandi dulu! Kalau tidak, papa tak benarkan Haidharmelantak sampai tak ingat dunia. Papa dan mama tak pernah ajar Haidhar bersikapbegini. Kita ni ada adab yang wajib untuk dipatuhi. Janganlah main redah sesukahati saja!” bebel Encik Haikal lagi.

            Haidhartarik muncung.

“Ala…biarlah Haidharmakan dulu. Lepas tu barulah Haidhar mandi. Haidhar dah lapar sangat ni,”bentak Haidhar.

            “No! Go to the toilet and take a bathfirst!” arah Encik Haikal.

            “Yalah…”Haidhar bangun. Dengan langkah lemah, dia menuju ke bilik air.

            EncikHaikal geleng melihat tingkah Haidhar. Manja kemain! Bagi penampar sekali barutahu!

            Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering. Menandakan ada panggilan masuk. Laju matanya memerhatike arah skrin telefon. Demi melihat sebaris nama yang muncul di layar skrin,dia tersenyum lebar. Pantas dia menjawab panggilan itu.

            “Ya?”

            Diamsejenak. Encik Haikal tekun mendengar kata si pemanggil.

            “Okey,nanti kita jumpa. You tunggu kejap ya?” Tutt, talian terus dimatikan. LaluEncik Haikal sambung makan sarapan paginya.

 

“HAA bang, mana budak Haidhar tu? Tadi Idengar suara budah bertuah tu. Dalam sekelip mata saja boleh hilang?” PuanLaila serta-merta menyoal seusai melabuhkan duduk di kerusi. Gelas berisi kopipanas ditarik. Lalu dihirup sedikit.

            “Isuruh dia pergi mandi. Anak manja you tu tak senonoh betul. Tak basuh muka dangosok gigi, lepas tu terus makan. Tak ada adab.” Encik Haikal membebel.

            PuanLaila mencebik.

“Yang baik-baik semuadatang daripada you. Yang buruk saja daripada I. Kan?” herdik Puan Laila.

            EncikHaikal mendengus.

“Tak betul ke apa yang Icakap ni, Lai? You terlalu memanjakan budak bertuah tu. Marah sikit pun takboleh. Sentap konon. Padahal, I membebel untuk kebaikan dia. I tak suka tengokdia terus bersikap macam tu. Yang dah lepas tu, lepaslah. Untuk apa nakdikenangkan kembali?” marah Encik Haikal.

            “Biarlahdia terus hidup dalam kenangan. Lama-lama dia okeylah.” Nampak sangat yang PuanLaila langsung tidak memikirkan impak di sebalik tingkah laku Haidhar itu.

            EncikHaikal merenung tajam Puan Laila.

“You tak sayangkan anakkandung you ke apa, Lai?” bentak Encik Haikal.

            PuanLaila terkesima. Dia membalas renungan tajam Encik Haikal.

“I yang mengandungkan diaselama sembilan bulan. I yang melahirkan dia ke dunia ini. Mestilah I sayangkandia!” tengking Puan Laila.

            “Kalausayang, you sebagai seorang ibu harus mengambil berat perihal dirinya. Bukanbiarkan saja,” sindir Encik Haikal lagi.

            “KanI dah cakap, nanti anak kita tu okeylah. Bukannya I tak kenal budak tu. Diaanak I. I tahulah perangai dia macam mana,” tegas Puan Laila lagi.

            EncikHaikal bangun.

“Suka hati youlah, Lai.Bila budak tu dah semakin teruk, jangan nak salahkan I pulak!” Dia terusberedar meninggalkan Puan Laila di ruang makan.

    

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurina Feeza