Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Kedekut Miss Kembar
Mr Kedekut Miss Kembar
Nurina Feeza
28/6/2017 14:26:38
6,540
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

“B,I nak tanya ni,” tegur Fadiya sambil terliuk manja di bahu Encik Haikal.

            EncikHaikal yang tengah memandu itu mengerling sekilas ke arah Fadiya. Tangan temanwanitanya itu digenggam erat.

            “Younak tanya apa, sayang?” soal Encik Haikal.

            Fadiyaangkat wajah lalu menoleh memandang Encik Haikal.

            “Bilakita nak kahwin?” tanya Fadiya.

            EncikHaikal serta-merta menghentikan keretanya di bahu jalan. Setelah menarik brektangan dan meletakkan gear di tanda N, dia memusingkan tubuh ke arah Fadiya.

            “Sayang,kita nak bincang hal ni kan? You kena bagi I masa dulu. I ni ada wife dan anak. I tak boleh membelakangimereka,” balas Encik Haikal.

            Fadiyatarik muncung. Lalu memeluk tubuh.

            “Youlebihkan mereka saja. Siapa I bagi you? Oh ya, I cuma kekasih gelap you,”sindir Fadiya.

            “Sayang,kenapa cakap macam ni? I sayangkan you!” marah Encik Haikal.

            Fadiyapamer senyum sinis.

            “Sayangke kalau you takut nak beritahu famili you tentang perkara sebenar? You mahukanI. Tapi bila I ajak you kahwin, macam-macam alasan yang you beri. I rasa youmemang tak sayangkan I la,” tengking Fadiya.

            EncikHaikal berdecit.

            “Ibukan takut, sayang,” bentak Encik Haikal.

            “Habistu apa?” herdik Fadiya.

            EncikHaikal mengeluh.

            “Itak nak bergaduh dengan mereka. Sayang, I dengan Haidhar tak serasi. Hubungankami anak beranak tidak rapat. I tak nak dia menjauhkan diri daripada I bila Iberterus-terang perkara sebenar. I juga masih cintakan Laila,” tegas EncikHaikal.

            “Oh,you cintakan Kak Laila? Ertinya, you tak sayangkan I la?” provok Fadiya lagi.

            “Sayanglah!”tekan Encik Haikal.

            “Tak!You never love me!” maki Fadiya.

            “KalauI tak sayangkan you, I tak coupledengan you tau! Dan hubungan kita tidak akan bertahan sehingga sekarang.Tolonglah mengerti, Nur Fadiya!” balas Encik Haikal.

            Fadiyamembisu. Berkeras mahu Encik Haikal menuruti kemahuannya. Sebolehnya dia tidakmahu melepaskan Encik Haikal. Encik Haikal merupakan lombong emas baginya.Rugilah kalau dia kehilangan lelaki kaya seperti Encik Haikal. Apa pun yangberlaku, dia tetap akan mempertahankan hubungan mereka! Dia mahu Encik Haikalmengahwininya.

            “Sayang?”panggil Encik Haikal dengan nada lembut.

            Fadiyamemekakkan telinga.

            “Diya?”tegur Encik Haikal lagi.

            Tetapsama.

            EncikHaikal membuka laci di bahagian tengah. Sebuah kotak sederhana tebal bersegiempat berwarna keemasan dikeluarkan.

            “I have a present for you, darling.” EncikHaikal menayang kotak itu di muka Fadiya.

            Bersinarmata Fadiya bila melihat kotak itu. Senyuman kembali memateri di bibirnya.

            “It is for me?” tanya Fadiya.

            “Yes, for you, darling,” balas EncikHaikal.

            Fadiyasegera mengambil kotak itu lalu buka.

            “Wahcantiknya, B!” Tidak berkedip mata Fadiya melihat seutas rantai di dalam kotakitu.

            EncikHaikal mendekatkan mukanya ke muka Fadiya.

            “Secantikyou di mata I, sayang,” balas Encik Haikal romantik.

            Fadiyatersipu-sipu malu.

            “MariI kalungkan rantai tu di leher you.” Encik Haikal mengambil rantai itu lalumemakainya ke leher jinjang Fadiya.

            Fadiyamenyentuh rantai di lehernya.

            “Terimakasih, B,” ucap Fadiya.

            “Anything for you, darling,” balas EncikHaikal lalu memulakan pemanduannya.

 

DEK perut yang berkeroncong lapar, Haidharmenghentikan keretanya di sebuah gerai menjual nasi lemak di bahu jalan. Enjendimatikan. Dia membolos keluar dari perut kereta. Kaki dihayun menuju ke geraitersebut.

            “Kak,nasi lemak ayam goreng satu,” pesan Haidhar tanpa memandang wajah si pemilikgerai itu.

            Fashayang tengah potong timun lekas memusingkan tubuhnya ke belakang apabila adapelanggan hendak membeli nasi lemaknya.

            “Ya,encik. Sekejap ya,” kata Fasha. 

            Tatkalamelihat raut wajah putih bersih dan bujur sirih milik Fasha, Haidhar terkedu.Masa seakan terhenti untuk berdetik. Rasa seperti dunia ini milik merekaberdua. Hati Haidhar seperti berdetak laju. Jantungnya bagaikan sedang dipam.Seluruh tubuhnya menggigil. Sudah, petanda apakah ini?

            Berkerutdahi Fasha bila melihat tingkah Haidhar.

            “Encik?”Fasha petik jari di muka Haidhar.

            Haidhartersentak. Lamunannya terus hilang. Terkebil-kebil matanya memandang Fasha.

            “Haa…awak cakap apa tadi?” soal Haidhar.

            “Encikokey ke?” Fasha tercengang.

            “Okey.”Haidhar tersenyum malu. “Err… saya nak nasi lemak ayam goreng satu.” Lekas diamengulangi pesanannya semula.

            “Kejapya,” balas Fasha.

            Haidharangguk.

            Selesaimembungkus dan memasukkannya ke dalam plastik, Fasha menyua plastik itu ke arahHaidhar.

            “RM3.50,”kata Fasha.

            Buntangmata Haidhar.

            “RM3.50?”Haidhar mahukan kepastian.

            “Yalah.RM3.50. Kenapa?” balas Fasha hairan.

            “Mahal!”

            Satuperkataan yang terluah daripada bibir Haidhar sudah cukup menyentakkan sanubariFasha.

            “Ehencik, murahlah tu! Mana ada orang jual nasi lemak lauk ayam dengan harga tulagi sekarang. Kalau encik pergi ke gerai orang lain. Belum tentu dapat hargamacam ni tau. Baru RM3.50, dah kata mahal,” herdik Fasha.

            Haidharterkesima bila mendengar herdikan Fasha.

            “Daripadasaya makan nasi lemak awak ni, lebih baik saya pergi makan di restoran mahal.Lagi sedap! Entah apa bahan yang awak letak? Setakat santan, beras, cilikering, tu pun mahal.” Haidhar terus memerli.

            Fashalempar senyum sinis.

            “Kalaumacam tu pergilah beli nasi lemak di restoran mahal. Bertaraf lima bintang puntidak apa. Nasi lemak ni kan tak sedap. Padahal bahannya sama saja. Cuma ikhlastidak ikhlas bila berniaga saja. Saya ni ikhlas. Sebab itulah nasi lemak sayani harganya murah yang amat. Bukan setakat itu saja. Ramai pembeli yangmenggemari nasi lemak buatan saya. Siap ada pelanggan tetap lagi.” Nah! Orangmacam ni, kena ajar sikit. Berlagak kot.

            Haidharketawa sinis.

            “Akurasa kau jampi kot. Letak pelaris.” Selamba dia melemparkan tuduhan sebegiturupa.

            “Sayani orang Islam. Tahu apa beza halal dan haram. Duit hasil jualan nasi lemak nidigunakan untuk beli barang-barang dapur seperti beras, ikan, ayam dansebagainya. Takkanlah saya nak telan makanan dengan guna duit haram? Saya taknak tanggung dosa, encik.” Sentap hati Fasha. Ambil, Fasha bagi ayat sentapbalik. Ikut sedap mulut saja mengata orang.

            Haidharterkedu. Bisu terus.

            Fashamencemik.

            “Dahhabis membebel?” sindir Fasha.

            Haidharmenjeling tajam Fasha. Dia mengeluarkan sekeping not RM5. Tangan dihulur untukambil plastik di atas meja. Namun sepantas kilat, Fasha tarik plastik itu.

            “Awakni dah kenapa hah?” marah Haidhar.

            “Awaktak takut ke perut awak jadi kembung bila makan nasi lemak saya yang tak sedapni?” sindir Fasha lagi.

            Haidharmendengus.

            “Nah,RM5.00.” Haidhar hulur not itu kepada Fasha.

            “Nah,nasi lemak ayam goreng awak.” Fasha menyua plastik itu kepada Haidhar laluambil baki di dalam bekas duit. Diserahkan kepada Haidhar.

            LekasHaidhar ambil duit baki dari Fasha lalu simpan di dalam dompetnya.

            “Terimakasih,” ucap Haidhar.

            “Sama-sama,”balas Fasha.

 

DUDUK.Bangun. Jalan. Berdiri tegak. Tawaf satu bilik. Semua sudah dilakukanHaidhar. Namun bayang Encik Haikal tetap tidak kelihatan. Ikut kata setiausahaEncik Haikal, papanya itu keluar sebentar. Bila ditanya kemana papanya itupergi. Senang saja jawapannya. Tidak tahu. Setiausaha apa macam itu? Malas buatkerja.

            Haidharmengeluh geram. Jam yang terikat di pergelangan tangannya dikerling seketika.

            “Buangmasa aku sajalah! Daripada aku duduk di pejabat papa, lebih baik aku membuta diatas katil. Baru syok. Aduh, tidak memasal aku jadi patung dekat sini.Bosannya!” keluh Haidhar panjang lebar.

            Tidakmahu membuang masa. Haidhar menghubungi Encik Haikal. Hendak memberitahukeberadaannya di sini. Hampa kerana telefon papanya itu bertutup. Sepertisengaja dimatikan.

            “Telefonpapa aku ni kena telan dengan buaya ke apa? Payah sangat nak jawab telefon!”bentak Haidhar.

            Diacuba dail sekali lagi. Jawapan sama juga yang diterima. Lantas dia dail nombortelefon bimbit mama. Panggilan berjawab. Kedengaran suara mama di hujungtalian.

            “Haa…kenapa, Haidhar?” soal Puan Laila.  

            “Papatak ada di pejabat, mama,” beritahu Haidhar.

            “Eh,papa pergi mana?” Puan Laila kerut dahi. Jarang suaminya itu keluar pejabatketika waktu begini. Suaminya itu seorang lelaki workaholic. Pelik.

            “ManalahHaidhar tahu, mama. Haidhar bukan jaga papa,” balas Haidhar.

            “Haidhartak cuba telefon papa?” balas Puan Laila.

            “Dah.Tapi tak berjawab,” balas Haidhar.

            “Pelik.Mama dah bagitahu papa yang Haidhar akan mula bekerja di syarikat hari ni. Papajanji akan tunggu Haidhar di pejabat. Takkanlah papa boleh terlupa dengan janjidia?” Hairan Puan Laila dengan tingkah Encik Haikal yang tiba-tiba sahajahilang entah ke mana itu.

            “Haidhartanya setiausaha papa. Dia sendiri pun tidak tahu papa pergi mana,” beritahuHaidhar.

            PuanLaila mengeluh.

            “Takapalah. Haidhar tunggu kejap. Mama cuba telefon papa dan desak dia supayasegera ke sana,” arah Puan Laila.

            “Baik,mama.”

            Tutt!Talian dimatikan. Telefon diletakkan di atas meja. Dia melabuhkan punggung disofa lalu sandar ke belakang. Mata dipejam. Seminit dua dia terlena.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurina Feeza