Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Kedekut Miss Kembar
Mr Kedekut Miss Kembar
Nurina Feeza
28/6/2017 14:26:38
6,537
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

SAMBILmembungkusnasi lemak untuk dihantar ke gerai, leher Fasha dipanjangkan. Mencari kelibatFadiya. Sesekali dia mengerling memandang jam yang terlekat di dinding. Jarumjam sudah menunjukkan ke angka lima tiga puluh pagi.

            “Diyatak pergi kerja ke hari ni?” Dahi Fasha berkerut.

            Lantas,dia melaung memanggil nama adik kembarnya itu.

            “Fadiya?Oh, Fadiya?” Volum suaranya dikuatkan.

            BayangFadiya masih belum kelihatan. Sekali lagi Fasha memanggil Fadiya. Kali ini,Fadiya muncul. Berdiri di ruang tengah yang memisahkan dapur dan ruang tamu.

            Fashatercengang melihat penampilan Fadiya.

            “Pakaicantik macam ni, nak pergi mana?” soal Fasha ingin tahu.

            “Akunak pergi date dengan Carl,” beritahuFadiya sambil tersenyum-senyum.

            Fashaterus bangun lalu meluru ke hadapan Fadiya.

            “Carl,suami orang yang kau cerita semalam tu ke?” Fasha mahukan kepastian.

            “Hmm…”balas Fadiya acuh tak acuh.

            Fashapicit dahi.

            “Kenapakau degil dan tak nak dengar kata aku, Diya. Elok-elok tak ada penyakit, pergicari penyakit. Penyakit yang membawa bala pulak tu. Aku nak kau putuskanhubungan dengan suami orang tu!” tegas Fasha.

            Fadiyaterkesima.

            “Eh!Kau ni dah kenapa? Aku tahu apa yang aku buat. Jadi tak payahlah nak ajar aku,faham?” tengking Fadiya.

            Fashamendengus.

            “Akutak suka kau buat kerja tak senonoh macam ni, Diya!” marah Fasha.

            “Kerjatak senonoh, apanya? Aku bukannya buat benda yang bukan-bukan dengan dia pun!”bidas Fadiya keras.

            “Adasaja jawapan kau ya? Aku cakap A, kau pusing jadi B,” bentak Fasha.

            Fadiyatersenyum sinis.

            “Dahkau cakap benda yang mengarut. Macam mana aku tak pusing ayat kau tu?” sindirFadiya.

            Fashamelepaskan keluhan panjang.

            “Kenapakau tak fikir panjang sebelum ambil tindakan macam ini, Diya?” keluh Fasha.

            “Kautak payah ajar aku, Fasha. Aku tahu apa yang aku buat!” marah Fadiya.

            “Tapi…”

            Bunyihon yang datangnya dari arah luar mematikan perbualan mereka. Serentak denganbunyi beep telefon bimbit Fadiya. Fadiya spontan tersenyum lebar bila membacaWhatsApp yang diterimanya daripada Carl.

            “Boyfriend aku dah sampai! Aku pergidulu. Daa…”

            “Eh,kejap! Aku belum habis cakaplah, Fadiya!”

            Fadiyabuat pekak telinga. Dia beredar meninggalkan dapur.

            Fashamenggeleng mengenangkan tingkah Fadiya. Keras kepala!

 

HAIDHAR ke ruang makan seusai selesaimembersihkan dirinya. Dek perutnya yang sudah berkeroncong lagu lapar, diasegera menghempas punggung di atas kerusi. Roti bersapu coklat dicapai laludisuap ke dalam mulut. Mama yang duduk di hadapannya tidak dihiraukan.

            “Mamanak Haidhar jaga adab! Mama tak larat nak bertekak dengan papa pasal Haidhar.Haidhar dah besar, bukan budak kecik lagi. Takkanlah hari-hari kami nak kenategur?” bebel Puan Laila.

            Haidhartidak peduli bebelan mama.

            “Haidhardengar cakap mama ke tak?” Puan Laila mendengus.

            “Haidhardengarlah, mama!” bentak Haidhar.

            “Apanak jadi dengan Haidhar ni? Jangan disebabkan Haidhar kehilangan arwah, Haidharterus berubah sikap. ALLAH lebih sayangkan arwah, Haidhar. Kita perlumeneruskan hidup. Yang dah pergi, biarkan pergi. Sedekahkan al-Fatihah buatarwah. Sudah, sudahlah tu,” nasihat Puan Laila.

            SeleraHaidhar mati. Rasa sebak menyusup masuk di dalam hati. Kerinduan buat arwahmembara-bara di dada.

            PuanLaila melepaskan keluhan.

            “Mamafaham Haidhar sunyi. Haidhar buat semua ni semata-mata kerana tidak mahumengingati arwah. Tapi tak ada guna. Haidhar kena move on. Buka hati untuk terima hakikat pemergian arwah,” kata PuanLaila lagi.

            Airmata Haidhar menitis.

            “Mamacakap senanglah. Haidhar yang tanggung semua ni. Walaupun dia dah lama pergi,tapi hati Haidhar ni kosong. Haidhar rasa sunyi. Mama, Haidhar rindukan diayang amat. Kalau boleh, Haidhar nak ikut jejak dia,” balas Haidhar sebak.

            PuanLaila tergamam.

            “Astaghfiurlahal-azim. Tak baik cakap macam tu, Haidhar. Berdosa. Tak salah mengingati mati.Tapi salah kalau kita meminta untuk mati!” marah Puan Laila.

            Haidharterdiam.

            PuanLaila melepaskan keluhan. Dia bangun lalu tepuk bahu anak lelakinya.

            “Mamanak Haidhar kerja dengan papa. Mungkin dengan cara ni, Haidhar dapat lupaperihal arwah buat seketika,” pinta Puan Laila.

            Buntangmata Haidhar.

            “Mama,Haidhar…”

            “Niarahan! Mama tak nak dengar sebarang bantahan!” potong Puan Laila.

            Haidharberdecit.

            “BilaHaidhar mula bekerja?” soal Haidhar ingin tahu.

            “Mamadah berbincang dengan papa. Kami berdua bersetuju supaya Haidhar mula bekerjaesok!” jawab Puan Laila.

            Jatuhrahang Haidhar.

            “Esok?”Dia ketawa. “Mama tak bergurau dengan Haidhar kan? Mama main-main kan?”

            PuanLaila pamer senyuman sinis.

            “Mamaserius, Haidhar Akif,” tegas Puan Laila.

            Haidharmula kelam-kabut.

            “Mama,Haidhar belum ready untuk kerja disyarikat papa!” bantah Haidhar.

            “Sediaatau tak, itu masalah Haidhar! Haidhar tetap akan mula kerja esok!” balas PuanLaila lalu beredar meninggalkan Haidhar.

            Haidharhentak kaki. Roti diletakkan di pinggan. Seleranya terus hilang. Kepalanyadiusap.

            “Masalah…masalah…” keluhnya resah.

 

“NASI LEMAK satu,” tegur satu suara.

            “Kejapya, encik.” Fasha yang tengah ralit susun bekas berisi sambal dan lauk-pauk diatas meja segera mengangkat wajah memandang si empunya suara itu. Tatkalamelihat susuk tubuh Adam Mikael di hadapan, senyumannya serta-merta mati.

            Adamtenung muka Fasha.

            “Assalamualaikum,Fasha,” sapa Adam.

            “Hmm…waalaikumusalam,” jawab Fasha acuh tidak acuh. Dia meletakkan nasi lemak kedalam mangkuk bulat. Lalu tekap di atas bekas berisi daun pisang. Sambal,telur, kacang, timun dan ikan bilis turut diletakkan ke dalam bekas itu. “Kaunak lauk apa?” soalnya dengan nada dingin.

            “Cubaawak senyum sikit, Fasha. Ni tak, monyok saja. Kalau pelanggan tengok, merekacabut lari tau. Orang kata, kalau nak murah rezeki, tak salah kalau kitahadiahkan senyuman.” Lembut suara Adam.

            Fashamencebik. Apa, ingat cakap lembut macam ni, aku nak tergoda ke? Berangansajalah! Lantas bibirnya mengukirkan senyuman. Nampak tak ikhlas.

            “Haa…baru manis wajah awak yang comel tu,” puji Adam.

            Fashamendengus.

            “Takpayah nak berdolak-dalihlah! Cepat cakap, nak lauk apa?” marah Fasha.

            “Macambiasa,” jawab Adam sambil menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan dompetnya.

            “Macambiasa tu, macam mana?” Fasha tercengang.

            “Eh,saya kan selalu beli nasi lemak di gerai awak. Takkanlah awak lupa kot?” Adamternganga.

            Fashapamer senyum sinis.

            “Kaufikir, kau seorang saja pelanggan aku?” sindir Fasha.

            Adamketawa.

            Fashamendengus. Entah apa yang kelakar? Dia sendiri tak tahu.

            “Okey,saya nak lauk sambal kerang. Nak lebih tau,” beritahu Adam.

            Fashamenyudu dua senduk sambal kerrang ke dalam bekas nasi lemak itu. Lalumembungkus dan memasukkannya di dalam plastik. Plastik itu disua ke arah Adam.

            “RM3.50,”kata Fasha.

            “Keep the change.” Adam menyerahkansekeping not RM10 kepada Fasha.

            LekasFasha mengambil duit baki Adam di dalam bekas bulat. Lalu serah kepada Adam.

            “Niduit baki kau,” balas Fasha.

            “Eh,tak payahlah! Awak simpanlah selebihnya,” tolak Adam.

            Fashaberdecit.

            “Akutak suka terhutang budi!” bentak Fasha.

            “Budiapanya? Anggap saja itu rezeki awak,” balas Adam.

            “Fahambahasa tak? Ambillah baki ni!” marah Fasha.

            Mahutidak mahu, Adam terpaksa mengambil wang yang dihulurkan Fasha itu. Fasha tetapberkeras tidak mahu menerima pemberiannya. Wang itu disimpan di dalam kocekseluarnya.

            “Kaudah beli nasi lemak ni kan? Tunggu apa lagi? Blahlah! Pergi kerja,” tengkingFasha.

            “Salahke kalau saya nak temankan awak meniaga hari ni?” balas Adam.

            “Akuboleh meniaga seorang dirilah,” bidas Fasha.

            “Saya…”

            “Lebihbaik kau pergi sebelum aku hambat dengan batang penyapu,” ugut Fasha.

            Adamtersenyum kelat.

            “Okey,saya pergi. Jumpa di kilang ya?” Adam mengalah.

            “Hmm…”balas Fasha acuh tak acuh.

            Adamberedar meninggalkan Fasha dengan langkah lemah. Fasha mencemik seusai bayangAdam hilang daripada pandangan matanya.

Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurina Feeza