Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
206,402
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Bella kembali ke gerai dengan rasa terbuku dalam hati. Dia mula memainkan dalam otaknya apa yang patut dia jawab dan respon tadi. Dia tidak puas hati dengan cara dia bercakap dengan lelaki itu. Kalaulah dia sedar lebih awal yang lelaki itu adalah lelaki yang selamatkan dia tempohari pasti dia tak berkelakuan seperti itu. Lelaki itu telah selamatkan dia tempohari. Sepatutnya dia balas budi lelaki itu dengan biarkan sahaja lelaki itu mengambil burung puyuh itu. Tambahan pula burung puyuh itu telah dipesan lebih awal. Oh Bella! Mengapa cepat sangat buruk sangka? Tambah memalukan ialah lelaki itu kenal siapa dia. Dia ingat nama Bella. Pasti dia ingat Bella tidak pandai membalas budi.

“Dah kenapa muka kau ni merah semacam aje ni?” soal Hatta bila Bella kembali ke gerai sayur itu. Bella pantas meraba pipinya. Pantas dia teringat lelaki berbadan tegap itu lagi. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju mengingatkan lelaki itu yang mengangkat dia tadi. Dah kenapa aku ni, getus hati Bella. Ada rasa mahu menampar diri sendiri. Dia mengangkat muka pada Hatta.

“Eh. Tak ada apalah,” ujar Bella cuba berselindung. 

“Sikit pun aku tak percaya,” balas Hatta.

“Ikut kau lah. Ni, aku ada beli lebih burung puyuh untuk kau,” ujar Bella. Rimas dengan pertanyaan Hatta itu.

“Buat apa pulak? Tak payah lain kali. Kau tu bukan ada banyak duit pun. Jadi janganlah pulak nak jadi dermawan belikan untuk aku pulak,” marah Hatta. Bella menjuihkan bibir.

“Apa salahnya. Aku nak belanja kau sebab kau banyak tolong aku,” balas Bella.

“Tunggulah bila kau dapat gaji pertama kau. Masa tu baru kau boleh belanja aku,” ujar Hatta. Bella hela nafas. Dia kini mengambil tempat di satu kerusi plastik di situ.

“Hmmm tak tahu bila lah tu. Aku dah nak rasa putus asa ni. Dah setahun aku menganggur. Dah banyak kali aku pergi interview tapi satu pun tak dapat,” ujar Bella dengan nada kecewa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia kecewa kerana masih tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusannnya. 

“InsyaAllah tak lama lagilah tu. Lain kali kau kena ubah sedikit cara kau tu,” nasihat Hatta.

“Cara macamana pulak?” soal Bella.

“Kau terbawa-bawa dengan perangai suka cakap lepas kau tu. Majikan tak suka,”

“Biarlah aku terus-terang dari aku terseksa pulak bila dah kerja nanti. Aku hanya tanya tempat solat dan kenapa tempat solat tak ada. Salah ke tu?” soal Bella.

“Itu boleh bincang kemudian,”

“Aku syukur aku tak dapat. Lagi pun kalau dapat tempat macam tu aku tak suka. Nak solat pun susah,” ujar Bella.

“Betul juga. Mudah-mudahan lepas ni kau dapat kerja yang terbaik untuk kau,” doa Hatta.

“Aku harap masinlah mulut kau. Aku dah tak daya tengok wajah kecewa mak aku tu. Dia dah lama tunggu aku kerja supaya dia tak perlu susah-susah meniaga di pasar malam macam ni. Itu aje impian aku buat masa ni. Untuk dapat kerja. Bila dah dapat aku dah tak risau dah. Aku boleh senangkan mak aku,” luah Bella. Hatta terdiam seketika. Dia faham apa yang Bella lalui. Dia tahu Bella seorang anak yang baik. Kalau boleh semua dia mahu berikan pada ibunya Puan Rubiah.

“Kau nak kerja macamana? Tengoklah kalau-kalau customer aku ada yang perlukan eksekutif pemasaran macam kau. Aku cuba cadangkan nama kau.,” ujar Hatta.

“Terima kasih Hatta. Kau memang kawan aku yang paling baik. Kau selalu bantu aku walaupun aku rasa aku tak wajar dapat semua ini dari kau,” ujar Bella terus-terang. Hatta terdiam seketika. 

“Mulalah tu nak berjiwang pulak bercakap dari hati ke hati,” katanya tiba-tiba.

“Ini bukan saja nak jiwang.Memang betul. Kau banyak bantu aku dan mak selama ini,” ujar Bella ikhlas. Hatta hanya juih mulut mahu bergurau dengan Bella.

“Dahlah...aku ikhlas nak tolong kau lah. Jangan kau ungkit-ungkit lagi,”

“Kau ni memang baik. Bertuahlah sesiapa yang kahwin dengan kau nanti kan?,” kata Bella tiba-tiba. Hatta sedikit tersentak.

“Habis kau tak mahu kahwin dengan aku? Nanti kalau orang lain dapat melepaslah kau,” ujar Hatta sedikit berkias. Bella juihkan bibir.

“Ah sudahlah. Kau dengan aku ini kawan sahaja. Tak lebih dari itu. Aku tak mahu rosakkan persahabatan kita,” ujar Bella memandang tepat ke wajah Hatta. Hatta mengeleng-ngeleng.

“Rugilah kau kalau tak kahwin dengan aku. Aku ni tak akan tunggu kau tau,” kata Hatta lagi.

“Aku pun tak mahulah. Kau tak sesuai dengan aku. Aku ni tak sesempurna mana. Kau mesti dapat orang yang lebih baik dari aku,” ujar Bella. Hatta tersengeh.

“Alah Bella...janganlah buat-buat merendah diri pulak,” marah Hatta.

“Eh, betullah apa yang aku cakap,” jawab Bella dengan nada sedikit tinggi. Hatta memang sengaja buat dia rasa geram.

“Dahlah. Aku tak mau dengar lagi pasal hati dan perasaan ini. Tu customer kau tu. Aku nak balik dah ni. Pergi sambung kerja kau. Cukup-cukuplah aku buat overtime ikhlas kat tempat kau ni,” ujar Hatta. Bella tersengeh geli hati tapi akur juga dengan apa yang diarah oleh Hatta.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.