Sebuah kereta mewah menunggu Ben di lobi Pusat Konvensyen itu. Ben diiringi oleh bodyguardnya hingga ke kereta itu. Kemudian Ben masuk ke dalam kereta itu dan dibawa pergi. Setelah setengah jam berada di atas jalanraya, kereta itu berhenti di sebuah hotel 5 bintang. Ben keluar dari perut kereta dan lantas ke sebuah restoran mewah di situ. Di satu sudut restoran mewah seorang wanita dengan dress warna merah kusam sedang menunggunya.
“Congrats Ben, you are fantastic,” ujar wanita itu kepada Ben bila Ben berada di hadapannya. Matanya melirik ke wajah Ben yang kacak. Jantungnya rasa bergetar setiap kali melihat wajah itu walaupun sudah bertahun mereka kenal di antara satu sama lain. Ben mengangguk dan tersenyum manis kepada wanita itu. Dia menarik kerusi di hadapan wanita itu dan kemudian menghenyak punggung. Wajah Ben terus berseri-seri bila melihat wanita itu. Wanita yang sering dalam hatinya sejak dulu.
“Thanks Erin. Ingatkan you tak datang,” ujar Ben nampak sungguh gembira. Wanita bertubuh rendang itu tersenyum. Kehadiran wanita itu memang Ben amat nantikan. Dia sentiasa ada soft spot dalam hatinya untuk wanita itu. Sejak bertahun-tahun dahulu. Perasaannya masih sama.
“For you Ben, I mesti datang. Congrats Ben. Large crowd you have today. I am so proud of you. Sorry I tak dapat congratulate you sewaktu di sana. Takut gosip pulak nanti,” ujar Erinna. Dia mengenyit mata. Ben tersenyum lagi. Dia mengangguk. Gosip antara Erinna dan dia memang harus dielakkan. Erinna sudah bersuami dan suaminya pula orang kenamaan. Perjumpaan mereka pun harus rahsia sejak Erinna berkahwin.
“Ye Erin, I tahu. Apa pun alhamdulillah, ramai yang datang. How about Tan Sri? Sihat,” tanya Ben mengenai suami Erinna.
“Tan Sri seperti biasa.,”
“Glad to hear. How about our deal?” soal Ben.
“Jangan risau I akan pujuk Tan Sri supaya boleh berikan bantuan dari segi funding, sponsorship dan logistik kepada you seperti yang you minta,” akur Erinna memancarkan senyum manis kepada Ben. Ben membalasnya.
“Thanks Erinna. I owe you this one,” ujar Ben.
“Don’t worry. I am not doing this because you are my friend but it is because of the talent you have. Rugi kalau you tak dibantu untuk majukan lagi syarikat you,” terang Erinna. Ben mengangguk. Sungguh dia rasa berbesar hati dengan kata-kata Erinna itu. Dalam hidup Ben, Erinna sering membantunya. Hanya Erinna yang sanggup bersusah payah untuk dia selama ini.
“Thanks again Erinna, you are the best!” ujar Ben seronok. Wajah Erinna direnungnya seketika. Satu rasa menyelubungi hatinya namun Ben segera buangkan rasa itu. Dia tahu Erinna sudah milik orang lain.
“I know Ben, I know. I am the best for you. As always,” jawab Erinna lantas mencapai tangan Ben. Ben sedikit terpempan namun dia tidak berbuat apa-apa. Menarik tangannya pun tidak. Dia hanya memerhati tangan Erin di atas tangannya seketika. Dia rasa sedikit serba-salah. Namun bila melihat Erinna tidak mengalihkan tangannya, Ben kemudiannya menyambut jejari itu dengan jejarinya sambil tersenyum kepada Erinna.
“Ben, rancangan kita ke Bali itu bagaimana? Jadi ke tidak?” soal Erin tiba-tiba.
“I dah minta Kay book tiket untuk kita berdua. Mengapa Erin? You nak tarik diri ke?” soal Ben. Wajahnya sudah semacam. Erinna tersenyum dan mengeleng.
“Tak. Dah tentu tidak. I tak akan hampakan you Ben. Tak sabar nak habiskan masa dengan you di Bali,” ujar Erin penuh bermakna. Wajah Ben berseri semula. Dia ketawa kecil. Jejari Erin dia genggam erat.
“Oh ya, tadi lepas you present you cakap gadis yang you cari ialah gadis yang sayang you seadanya. Tak perlu cantik atau sofistikated tapi sangat menarik di mata you. Gadis yang sanggup susah senang bersama you? Ben? Apa tu? You sedang fikir nak kahwin ke?” soal Erinna.
“Jangan fikir sangat pasal tu. Just a small talk. Orang tanya I jawablah,” luah Ben.
“Do you really mean it Ben? Bukan you kata kahwin is not for you?”
“Yes. Not for me. Ini hanya sebagai pemanis sahaja. Buat netizen rasa seronok. Don’t think too much about it. Marriage is not for me,” ujar Ben. Erinna mengangguk. Wajahnya yang tadi bimbang berubah ceria semula.