Home Novel Cinta Le' Charmer
Le' Charmer
Andrea
8/8/2017 12:11:07
2,253
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Aku amati setiap inci ruang di dalam ballroom yang maha cantik dan besar ini. Satu persatu aku tilik. Boleh dikatakan semua yang hadir terdiri daripada golongan selebriti, korporat, ahli perniagaan, dan tak lupa juga VVIP yang rata-ratanya sangat familiar pada pandanganku. Mata-mata yang sedang memandang tidak aku hiraukan. Lantak merekalah nak kata apapun. Aku datang untuk temankan Fauzan. Bukan nak cari 'job'. Tapi kalau dah 'rezeki' ada depan mata, takkan nak tolak, kan?

Aku berdiri di sebelah meja bufet yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut. Nampak mengiurkan makanan-makanan yang terhidang di atas meja ini. Ada pavlova, crème brulee, marshmallow pudding dan macam-macam lagi. Tetapi aku memilih untuk makan buah-buahan saja. 

Woahh, watermelon? Nice! Juicy and good for health!

Okay, aku bukan diet. Cuma banyak sangat makan makanan yang manis adalah sangat tidak elok. Nanti kena diabetes. 

Aku terlalu leka menikmati buah tembikai yang sedap dan berjus ini sampaikan aku tidak  perasan yang sebenarnya Dato’ Mauri sudah lama terpacak disebelahku.

Alahai Dato' gatal ni nak apa pula dah. Tolonglah jangan kacau. Aku baru nak fe-feeling makan buah ni. Aku memprotes dalam hati.

"Hai, makan sorang je? Mana Tengku? Bukan tadi you dengan dia?" tanya Dato' Mauri. Aku menoleh sedikit ke arahnya. Mangkuk di tangan aku letakkan di atas meja bufet di sebelahku ini. 

"Tengku? Oh there! He's with his ladies." Jari telunjuk aku tudingkan tepat ke arah Fauzan yang sedang bergelak ketawa dengan anak-anak VVIP yang tengah sibuk ingin menggodanya itu. Meluat pula aku melihat gelagat gadis-gadis gedik itu. 

Menyampah!

Muka Dato' Mauri sedikit berkerut saat ini. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"You tak jealous ke tengok boyfriend you layan perempuan lain? Bukan seorang yang dia tengah layan tu. Ramai. Cantik-cantik pula tu." tanya Dato' Mauri. Sinis juga bunyinya. 

Aku hanya tersenyum senget sebelum membalas. "JealousWhat forHe's my man but not my boyfriend." Mata aku kenyitkan.

"Maksud you? You masih single? Macam tu?" Dengan penuh excited Dato' Mauri bertanya. Soalannya aku balas dengan senyuman lebar.

"Err, so I still have chance?" Sedikit pelik bunyi soalannya, tapi aku berpura-pura tidak menghiraukannya. Sebaliknya aku bertanya kembali. "Meaning?"

"Haa I tak pandai nak kasi ayat berbunga-bunga ni. So, let me straight to the point. Haa Natalia, would you like to have a dinner with me tomorrow night? At 8 pm. If yes, I'll pick you up." Aku tak pasti sama ada ini satu soalan atau lebih kepada ajakan. Namun aku mengiakan aje. Kan aku dah cakap, rezeki jangan ditolak dan bala jangan sesekali dicari.

"Sure Dato'. See you tomorrow at 8 pm. Don't bother to pick me up. Just set the place and I'll be there." Aku kenyitkan mata sebelum berlalu pergi. Beberapa langkah aku beredar, kedengaran Dato' Mauri memanggil namaku. Aku menoleh kembali dan memandang tepat muka Dato’ Mauri yang kelihatan sedikit teragak-agak itu. Kening aku jongketkan sedikit. 

"Natalia, waitContact number?" tanya Dato' Mauri.

Oh ya tak ya juga. Macam mana nak tahu tempat kalau tak bagi contact number kan? Hmm…

Nak bagi ke taknak ni? Aku berfikir sejenak. 

"Err.. Why don't you set the place now? Esok senang. I terus jumpa you dekat sana." Aku sengih. Gigiku yang putih berseri ini aku tayangkan buat tatapan mangsa terbaruku.

"Mandarin Oriental Hotel. Are you okay with that?"

            "Sure Dato'. Esok I jumpa you dekat sana okay Dato'. Bye Dato'Tengku is waiting for me." Tangan aku lambaikan sebelum pergi meninggalkan Dato' Mauri seorang diri dan kembali kepada Fauzan yang sedang memerhati dari jauh.


Selepas 4 jam meluangkan masa di dalam ballroom, akhirnya tamat juga majlis pada malam ini. Fuhh lega! Aku dan Fauzan jalan beriringan untuk keluar dari ballroom. Dalam pada itu, sempat juga Fauzan bersalaman dengan beberapa orang selebriti wanita yang mengenalinya. 

Well, siapa saja yang tidak kenal dengan si jejaka tampan bernama Tengku Fauzan Emerson? Everyone doesHe's rich and stills a bachelor.

"Wonderful dress.." puji Fauzan yang tiba-tiba muncul entah dari mana entah.

"Nice suit!" bidasku pantas sambil tersengih menampakkan barisan gigiku. 

            "Marchesa?" tebak Fauzan.

            "Tettt! Try again!" balasku kembali. Kening aku angkat-angkatkan dengan niat ingin mencabar si jejaka kacak disampingku ini untuk terus meneka.

            "Err, Marc Jacobs?"

            "Marc Jacobs? No way! Hahaha." Aku senyum bersama tawa kecil di hujung ayat. Kepala aku geleng-gelengkan.

            "VersaceOr is it Valentino?" Masih tidak mahu mengalah. Fauzan terusan mencuba. He just doesn't know how to give up, doesn’t he?

            "Nope, it’s Gucci’s Resort, Your Highness." balasku dengan bangganya sambil badan aku bongkokkan sedikit ala-ala memberi tunduk hormat kepada Permaisuri England.

            "Alright alright. You winYou winHahahaha." Fauzan mengalah selepas tekaannya semuanya meleset jauh daripada jawapan yang sebenar. Akhirnya terburai tawa kami berdua. Fauzan menekan-nekan perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.

            "Riding solo?" tanya Fauzan selepas tawanya reda.

            Bersama senyuman nakal, aku membalas pertanyaannya itu. "Yeah.. Solo as always dude." Satu tumbukan lembut aku ‘hadiahkan’ pada bahu kirinya.

            "Sakitlah Thia. Ish. Pakai gaun cantik-cantik. Gucci pula tu. Tapi tak habis-habis dengan sikap kasar you tu." Fauzan menggosok-gosok bahunya yang baru aku tumbuk tadi. Bukan sakit pun sebenarnya, tapi biasalah. Fauzan ni kalau tidak kenakan aku memang tak senanglah hidup dia.

            "Majlis dah habis. I dah rimas duduk dalam ballroom ni. Banyak paparazzisweetheart."

            "I dah takda benda nak buat lepas ni. Apa kata kita pergi lepak mana-mana ke?" Fauzan bertanya lagi sambil tangan ligat membetulkan sut di badan. Aku di sebelah hanya mengikut dan membuntuti langkah Fauzan keluar melalui pintu utama lobi hotel.

            

            "Anywhere Thia?" tanya Fauzan yang sedang fokus memandu Ferrari 458 GTR berwarna putihnya ini. Senyuman senget terukir di bibir. 

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Memandang panorama alam dan langit yang indah diceriakan dengan kerdipan bintang yang bertaburan memenuhi lautan langit ciptaan Tuhan yang Maha Esa sebelum mata tertancap pada lampu-lampu jalan yang terang-benderang menerangi malam ini.

"I'm all free tonight, so impressed me! Hahahaa." Aku ketawa kecil di hujung ayatku.

Fauzan mengangguk-anggukkan kepalanya mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Volume speaker dikuatkan. Setiap bait lagu Your Body nyanyian Christina Aguilera dinyanyikan dengan penuh perasaan. Aku membiarkan sahaja Fauzan tenggelam dalam dunianya sendiri. 


            "Who's the prey this time?" tanya Fauzan. Memecahkan kesunyian selepas agak lama kami berdiam diri.

            "That not-so-handsome guy just now. He's in. Hahaha."

            "Oh you mean Dato' Mauri?"

            "Maybe. I can't recall his name and I don't even care about who he is.  As long as he got what I wanted, I'm all in and he need to pay me for my precious time. He asked me for a dinner tomorrow night at 8 pm. Mandarin Oriental Hotel." Aku menerangkan serba sedikit tentang apa yang baru aku bualkan bersama Dato' Mauri sewaktu di dalam ballroom itu tadi. 

Kami kembali diam.


Selepas terasa yang kesunyian mula menguasai malam kami, tiba-tiba Fauzan bersuara. “Thia.. Why Natalia instead of Thia or Lathia?” tanya Fauzan. Kepala ditolehkan sedikit memandangku sebelum dia kembali memandang jalan raya di hadapan. Aku sudah dapat meneka maksud disebalik soalan Tengku Fauzan Emerson itu. 

You knew the answer Fauzan. Why bother asking anyway?”

            “You know that I’m concerned about you. So answer me and don’t leave me hanging without any explanation like you always does, darling.” Betul cakap Fauzan, selama ini setiap kali dia bertanyakan mengenai hal yang sama, aku hanya mengambil sikap berdiam diri. Padaku, biarlah hal itu menjadi rahsia dan misteri, dan tiada siapa perlu tahu kenapa aku melakukan semua ini. 

Because I don’t want any of those jerks to know my real name and identity. Mysterious is sexy.” Tegas aku menjawab. Aku senyum sinis. Fauzan menggeleng-gelengkan kepalanya mendengarkan jawapan ringkasku. Dia tahu aku menipunya. Keluhan berat terbit dari bibir seksinya itu.


Kereta yang dipandu Fauzan akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Mist Club.  Fauzan menunggu giliran untuk menurunkan penumpang. Selepas beberapa saat menunggu, datang seorang valet membukakan pintu untuk aku keluar. Kemudian, lelaki berbaju kemas dan bervest itu membukakan pintu untuk Fauzan pula. Fauzan menyerahkan kunci kereta Ferrari-nya kepada lelaki itu sebelum keretanya dipandu ke tempat parkir.

Dari luar sudah kedengaran bunyi muzik techno yang sangat kuat. Berdentam-dentum bunyinya. Bingit. Aku melangkah membuntuti Fauzan masuk ke dalam kelab. Tangan kananku dipimpin oleh Fauzan. Aku membiarkan saja tanganku dipimpin olehnya. Kemas betul pegangannya. What a gentleman he is..

Kadangkala aku hairan, Fauzan ni pegang tangan aku kuat-kuat macam takut sangat aku hilang. Lupakah dia bahawa aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri?

Keadaan dalam kelab sangat malap. Yang ada hanyalah lampu berwarna-warni yang berselang-seli menyinari segenap ruangan dalam kelab serba mewah dan ekslusif ini. Sejujurnya, aku tidak sukakan suasana malap sebegini. Ianya menyukarkan aku untuk berjalan dan mengaburi pandangan mataku. 

Walaupun begitu, aku memaksa juga kakiku berjalan membelah lautan manusia-manusia yang sedang leka dibuai godaan hawa nafsu. Sedang aku cuba memerhatikan keadaan sekeliling, kakiku tersadung dengan kaki seorang gadis muda yang sedang duduk dalam keadaan bersilang kaki di atas sebuah bangku berhampiran dengan bar. Dari gayanya, aku tahu gadis itu sedang mabuk. Lihat sajalah lenggok badannya itu. Terlentok sana, terlentok sini. Macam orang takda tulang saja. Nak kata seksi, tidak. Menggoda pun tidak.

Low class people, maybe?

Aku bernasib baik kerana belum sempat mukaku mencium lantai, Fauzan dengan pantas mencapai lenganku dan membantu aku yang sudah separuh tersungkur ini untuk berdiri semula dengan betul. Bahuku dipaut kemas dan badanku dirapatkan dengan badannya. 

Thank again Fauzan. You saved me.

Dalam hati, aku berterima kasih kepada Fauzan. Bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman bahagia.

Sungguh tidak dapat nak dibayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya Fauzan lambat menyelamatkan aku tadi. Confirm malu beb! Jatuh saham aku yang vogue ini nanti. Hahaha. Pakai gaun mewah rekaan Gucci, tertiba jatuh tersungkur dalam kelab? Embarassing momentOMG!

Tak mungkin aku, si Lathia Emilia a.k.a Natalia ini boleh jatuh tersungkur dalam kelab. No way, baby!

Hakikatnya, sejak dari dulu lagi aku memang alah pada persekitaran yang gelap dan malap macam dalam kelab ini walaupun aku sudah terbiasa dengan dunia sosial sebegini. Aku tidaklah kerap sangat melepak di kelab-kelab malam yang penuh dengan godaan hawa nafsu ini, tetapi melepak sebegini sehingga larut malam adalah sebahagian daripada aktivitiku sejak beberapa tahun yang lalu. Aku sudah terbiasa dengan ‘dunia’ yang cukup melalaikan ini. Tapi jika aku dibenarkan untuk memilih di antara melepak di kelab malam ataupun coffeehouse, aku akan memilih coffee house. Lebih santai. Selalunya, aku menjejakkan kaki ke kelab malam hanya bila Fauzan ada bersama.

Fauzan merangkul pinggangku. Dia memilih untuk duduk di kerusi paling hujung kerana padanya itu sajalah tempat dia boleh mencari privasi ketika berhibur. Dalam pada masa yang sama, dia ingin mengelakkan kehadirannya dihidu oleh gadis-gadis yang ingin menggodanya atau lebih tepat lagi ialah menggoda duitnya. Dan juga bagi mengelakkan dirinya dikesan oleh pengintip upahan ayahandanya, Tengku Jazmine. 


"Fauzan, I'm thirsty." Aku pinta dengan penuh manja. Lebih kepada merengek. Badan aku pusingkan sedikit menghadap Fauzan yang sedang bersandar di sebelahku. Tangan kanannya mengusap lembut belakangku. Perutnya yang berketak itu aku raba dengan penuh menggoda. Fauzan tersenyum melihat gelagatku yang serupa kucing parsi ini. Sebuah killer smile penuh menggoda dihadiahkan buatku. Kacak! Kau memang kacak Tengku Fauzan Emerson. Kekacakan yang mampu menggoyah iman sesiapa saja.

            "You seriously don't have to do that Thia… Hurmm… It worries me Thia.. You might make me lose control you know…" Rambutku yang terburai sedikit diselitkannya ke belakang telinga. Menampakkan subang bertakhtakan berlian 12 karat yang tergantung indah ditelingaku. 

Fauzan mendekatkan wajahnya dengan leherku. “Thia, you do smell good. Your scent fascinating me.

Melihatkan Fauzan yang tidak senang duduk itu, berdekah-dekah aku ketawa. Kelakar. Aku ingatkan kental sangat. Goyah juga dia rupanya.

Siapa sahaja yang tak goyah dengan kehebatan kau, Lathia Emilia? Suara mindaku mula berkata-kata.

Fauzan memanggil seorang pelayan yang secara kebetulannya lalu di hadapan kami. Pelayan muda yang sedang menatang sedulang botol arak berlabel Jack Daniel itu datang menghampiri. Senyuman manis terukir dibibirnya. Aku membalas senyuman itu. Mesra. Orang berbudi, kita berbahasa. Etika. Itu prinsip penting dalam hidup aku.

"Give me one glass of non-alcohol fresh Mojito and one bottle of Vodka. I need slices of lemon too.. Hurry please.. Someone's thirsty.." pinta Fauzan kepada pelayan muda di depannya itu sebelum matanya meleret memandangku bersama sebuah sengihan.

Perli aku lah tu mamat ni. Haihh. Aku bermonolog dalam hati.


Mungkin aku jahat, tapi aku tidak sentuh arak ataupun minuman beralkohol. Dan salah satu kebaikan Tengku Fauzan Emerson yang aku kagumi adalah, walau sesosial macam mana sekali pun dia, dia tidak pernah mengajarku menyentuh air haram itu sungguhpun dia sendiri meminumnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benak fikiranku untuk menyentuh air kencing syaitan itu. Jahat aku masih ada batasnya. Jahat aku juga ada sebabnya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.