Home Novel Cinta Le' Charmer
Le' Charmer
Andrea
8/8/2017 12:11:07
2,252
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

"Thia.. Wake up darling.. We're home.." Sayup-sayup kedengaran suara seseorang mengejutkanku daripada tidur. Aku kenal suara ini. Namun mataku sangat berat untuk dibuka saat ini. Aku sangat penat.

"Hey Thia.. Bangunlah.. Kita dah sampai ni.. Takkan nak tidur dekat dalam kereta ni.. Hurmm.." Suara itu bergema lagi di gegendang telingaku. Terasa seperti ada seseorang sedang mengusap-usap lembut ubun-ubunku. Aku hiraukan. Malas nak layan. Apa yang aku mahu sekarang ini hanyalah tidur!

I desperately need my beauty sleep!



KRINGGGGGGGGG!


"Ahhhhh! Kebakaran!" Aku jerit dengan sekuat hati lalu bingkas bangun dari tidur. Selimut dan bantal aku lempar ke tepi. Dengan lintang-pukang aku terus berlari keluar dari bilik tidur.

 "Kebakaran kebakaran! Tolong tolong!" Penuh kalut aku menjerit meminta tolong. Riuh rendah satu rumah. Baju tidur bercorak kotak-kotak di badan aku ramas kasar. Otak terasa buntu. Dah gaya lipas kudung pun ada juga.

Dalam kepala otak aku saat ini hanya ada satu perkara sahaja, iaitu siapa yang nak selamatkan aku daripada mati rentung terbakar?

Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini, Ya Rabbi. Aku berdoa dalam hati. 

Lumrah manusia yang jahil macam aku. Bila susah baru nak ingat Tuhan. Astaghfirullahalazim…

"Woi! Apa yang terbakar? Rumah siapa yang terbakar?" herdik Zahra. Aku yang tersentak dengan herdikan itu terus tergamam. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku memandang Zahra dengan mata terkebil-kebil. Zahra membalas renunganku dengan menjongketkan kening dan bahunya.

"You kenapa ni Thia? Dah gila? Atau sawan? Ke dah sampai ‘seru’ ?" tanya Zahra lagi. Aku masih membisu. 

Seru yang Zahra maksudkan itu adalah mati! Fuhh, cabul betul mulut minah ni tau. Minta di jauhkan. Tapi kalau dah ajal, aku redha. 

Okay jangan nak redha sangat, Thia. Kau tu banyak dosa. Aku mengutuk diri sendiri. 

Eh tapi betul ke takda kebakaran? Ke aku yang mengigau ni? Alahai malunya. Hehehe. Geli hati pula aku rasa. Suka benar mengigau aku ni haa. Hahaha.


"Takda lah. Tadi I dengar bunyi macam loceng kebakaran je. Tu yang kelam-kabut I bangun. Habis tunggang-langgang katil I. Sorry. Hehehe." Aku sengih. Sengih kambing orang tua-tua panggil.

Zahra menghampiriku bersama secawan kopi panas di tangan. Kopi dihulur kepadaku sebelum dia menghempaskan badannya di atas sofa empuk berwarna magenta di hadapanku ini. 

"Nah. Minum ni. Haihh. Itu bukan loceng kebakaran. Tapi itukan bunyi phone alarm you. Dah lupa ke? Bunyi alarm macam nak kejutkan bomba. Phone mahal, tapi ringtone kuno." sempat lagi Zahra mengutuk aku. Aku mencebikkan bibir tanda protes. Ada ke patut dia kutuk ringtone aku? Sampai hati kau Zahra! Touching! Namun huluran Zahra itu tetap aku sambut penuh berhati-hati.

. Wow, kopi panas babe. Kalau tumpah kopi ni dekat badan aku, confirm sopak! Susahlah nak cari job nanti. Hahaha.

Hot caramel machiato coffee… S-w-e-e-t… Mug di tangan aku bawa ke hidung dan aroma yang terhasil daripada coffee ini aku hidu sedalam yang mungkin. Tahu tak yang aroma yang dihasilkan oleh hot coffee itu sangat seksi dan mengiurkan? 

Coffee mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Sebagai seorang penggemar dan coffee addict. Aku sudah sedia maklum mengenai kelebihan kopi. Walaupun disebalik kebaikan itu ada terselit keburukannya juga. But who cares?

Antara enam kelebihan kopi ialah yang pertama ianya mengurangkan risiko seseorang daripada terkena penyakit gout. Kedua, kopi baik untuk kesihatan hati manusia. Ketiga, boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan seseorang. Keempat, memberi tempoh hidup yang lebih lama. Tapi pada aku ajal maut itu di tangan Allah S.W.T. Jadinya aku tak berapa nak setujulah dengan kelebihan yang keempat itu. Mengikut kajian pakar, kopi dapat memanjangkan tempoh usia seseorang. Tetapi kalau dah ditetapkan di Luh Mahfuz, yang mati tetap akan mati tidak kira umur, masa atau dimana jua. Kelebihan kopi yang kelima ialah dapat memberi kesihatan yang lebih baik kerana kopi mempunyai perangsang yang boleh mempengaruhi minda dan psikologi seseorang. Dan yang terakhir iaitu yang keenam ialah kopi dapat mengelakkan seseorang daripada terkena penyakit merbahaya. 

. "Alaaaa.. Biarlah…" kataku manja. Aku melabuhkan punggung di sebelah Zahra. Mug tadi aku letakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan sofa.

"Zahra, Sophea mana? Tak nampak batang hidung pun?" tanyaku penuh selamba. Kepala aku lentokkan di atas bahu Zahra. Zahra membiarkan saja aku melentokkan kepalaku di atas bahunya yang ‘empuk’ ini.

Empuk macam Dunlop pillow. Hahahaha

"Sophea keluar. Ada family matters katanya." balas Zahra. Mata masih melekat pada tv flatscreen berjenama Samsung di depan.

"Ohh.." balasku ringkas. Tak mahu bertanya lebih. Nanti di kata busy body pula.

"Zahra, you tak keluar ke today? I ingatkan nak keluarlah. Hehehe. You taknak temankan I?" Kedengaran sangat gedik suaraku saat ini. Gedik yang sengaja di buat-buat.

Oh please stop it, Lathia.

Okay tuan-tuan dan puan-puan, ini namanya proses memujuk. Walaupun hakikat peratusan untuk Zahra termakan pujuk rayuku ini sangat tipis. Mungkin 10 daripada 100 peratus? Sikit, bukan?

Haih. Kalaulah si Zahra ni nak makan pujuk rayu aku! Aku mencebik. 

"Taknaklah Thia. I penat. I ni dari hari Isnin sampailah Jumaat I kerja. Keluar pagi, malam baru balik. Haa bukan macam you. You tu hidup goyang kaki aje. Kan, Thia?" Pehaku digosok-gosoknya sebelum dia menoleh kemudiannya tersenyum lebar ke arahku. Nampak gayanya Zahra memang berniat untuk perli aku.  Pedas berdesing ayatnya masuk ke dalam rongga telingaku.

Ouch!

Tetapi jika nak diikutkan secara faktanya, betul juga cakap Zahra itu. Sememangnya sejak dari zaman kuliah lagi Zahra telah mula membantu ayahnya menguruskan syarikat sedikit demi sedikit. Zahra mula berkerja secara part-time sebagai seorang Managing Director di syarikat pembinaan ayahnya selepas tamat sahaja pengajian diplomanya. Itu menurut apa yang pernah diberitahu oleh Zahra sendiri sewaktu pertama kali aku mengenalinya pada sesi suai kenal minggu pertama kami belajar bersama di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dulu.

Sewaktu kami sama-sama mengambil degree dahulu, setiap hari Sabtu dan Ahad, Zahra akan menghabiskan masanya di pejabat. Menguruskan syarikat. Kadangkala, aku dan Sophealah yang akan membantunya di pejabat. She’s a hard-working lady, doesn’t she?

Tetapi sekarang, Zahra sudah bekerja secara sepenuh masa di syarikat ayahnya seminggu selepas kami tamat saja pengajian Master in Business Administration (Hons) International Business. Kini, kami masing-masing menunggu hari graduation day yang bakal berlangsung dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang. 


"Alaaa I kerja juga okay. Kerja menghabiskan duit orang lain. Hahaha!" sambungku. Berdekah-dekah aku ketawa. Kalah jantan. Saja nak buat Zahra sakit hati.

Zahra menjegilkan biji matanya yang bulat itu. "Menghabiskan duit Tengku Fauzan you tu? Itu jelahkan kerja you? Thia.. Thia.." katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapanku tadi.

"Haa Thia, I dengan Sophea tak kisah kalau you nak buat apa pun. Cuma.. Please do take care of yourselfMen nowadays are very dangerous. Pagi tadi I tengok berita, ada seorang perempuan ni mati dibunuh. Menurut Polis, motif pembunuhan disebabkan oleh dendam. Lelaki tu berdendam dengan si mati. Katanya, si mati tu kaki kikis. I harap you tak tergolong daripada kaki kikis tu Thia.. Nauzubillah.. " Zahra mengusap-usap kepalaku. Aku tergamam mendengar kata-kata yang baru saja meluncur laju keluar daripada mulut Zahra tadi.

Gulp!

Tiba-tiba aku rasa terharu. Perasaan terharu itu menyelinap masuk ke dalam sanubariku tanpa aku pinta dan sedari. Terharu kerana dikurniakan dua orang sahabat yang sangat penyayang dan mengambil berat. 

Ya Allah, mereka sangat mengambil berat tentang diriku... Sungguh aku terharu… Dalam hati aku memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa. Walaupun ada perlian dalam ayat yang dituturkan oleh Zahra itu, tapi aku tahu dia berniat baik dan dia tidak mahu sesuatu yang buruk menimpaku. Sungguh aku terharu dengan keprihatinan dua orang sahabat sehidup sematiku ini.. Zahra dan Sophea.. Aku beryukur, Ya Allah.


Leher Zahra aku peluk erat. Sebelah tanganku melingkat di lehernya. "Eh Zahra!" Peha gadis itu aku tampar dengan kuat. Tersentak dia dengan tamparan paduku itu. Hahaha. Opocot! Sorry Zahra! Hehehe.

Aku tersengih melihat muka cemberut Zahra. Bersama cerlungan mata yang seperti hendak menelanku itu, Zahra bersuara, "You kenapa Thia?! Terkejut tahu tak? Kalau ya pun nak suruh I mati cepat. Agak-agaklah. Sakit tahu tak?  You tu kering tapi boleh tahan ganasnya. Macam nyah tahu? Ish." Zahra menggosok-gosok pehanya yang baru ditamparku itu. Laser betul mulut Zahra ni. Dia kalau dapat bercakap, memang main lepas sahaja. Siapa yang tidak mengenalinya, mungkin akan berasa kurang senang dengan perangainya yang terlebih 'jujur' itu.

"Janganlah marah. I nak tanya ni. Hurmm.. Pagi tadi siapa hantar I balik sampai masuk ke dalam bilik? Seriously, I tak sedar apa-apa. I was too exhausted and super-duper tired." Peha Zahra yang aku tampar tadi, aku gosok perlahan-lahan. Tak dinafikan, kuat juga tamparanku tadi. Berbekas!

"Tengku Fauzan Emerson." Ringkas Zahra menjawab. Matanya memfokus pada rancangan Master Chef US musim keempat yang sedang bersiaran itu. Aku terkejut. Pucat lesi mukaku saat mendengar sebaris nama itu terbit keluar daripada mulut Zahra.


What?!

TENGKU FAUZAN EMERSON?!




Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.