Bab 5

           Jam baru melangkah ke angka 10.30 pagi. Aku dan Sara baru sahaja menghabiskan sesi perbincangan kami sebentar tadi. Aku mengambil peluang untuk mengemaskan meja kerjaku yang kelihatan sedikit berselerak ketika itu. Namun keasyikkanku terganggu apabila tiba-tiba disergah oleh Linda yang tiba-tiba muncul di depanku.

“Mana marketing plan yang saya minta awak simpan hari tu?” Soalnya sambil melemparkan fail berkulit tebal itu di atas meja.

“Lepas printout last week saya terus masukkan dalam fail ni Cik Linda.” Jelasku sambil cuba bertenang.

“Mana! Saya cari tak ada.” Jeritnya lagi. Aku mengambil fail itu dan meneliti satu persatu. Hairan, aku ingat dengan jelas aku sudah memasukkan semuanya ke dalam fail itu minggu lepas. “Sebab benda macam ni lah saya tak suka kerja dengan budak intern. Kerja senang macam ni pun tak pandai buat.” Perlinya.

            Aku memandang Linda yang kelihatan cukup marah di hadapanku itu. Ruang pejabat yang riuh tadi mula kedengaran sunyi. Mungkin penghuninya cuba memasang telinga, menyaksikan drama perbalahan kami. Perasaan malu mula menyelubungi diri. Inilah kali pertama aku ditengking seperti ini. Pertama kali dimalukan di depan ramai. Aku mengerdip-ngerdipkan mata, cuba menahan airnya yang tanpaku sedari sudah mula berkumpul di tubir mata. Tidak sabar mengalir keluar.

“Linda, awak tanya dia elok-elok tak boleh ke?” Soal Sara. Perlahan-lahan dia menghampiri kami.

“Saya minta dia buat kerja senang je kot. Itu pun tak boleh buat. Boleh bayangkan tak, betapa malunya saya dalam meeting tadi. Marketing plan yang saya ingatkan budak intern ni dah masukkan dalam fail rupanya tak ada.” Ucap Linda panjang lebar. “Nak gred bagus je, tapi buat kerja tak pandai. Sebab tu ke awak rapat dengan HR manager? Nak membodek markahlah tu kan? Buat kerja tak pandai, tapi nak markah bagus.” Ucapnya penuh sindiran. Benar-benar membuat darahku terasa menyirap.

“Dahlah tu Linda.” Keras suara Sara cuba menghentikan Linda yang hanya mencebik mendengarnya. ”Awak kalau tak puas hati, panggil Reia, bincang elok-elok. Boleh je minta Reia cetak satu salinan yang baru kan? Tak payah nak marah-marah macam ni.” Jawab Sara pula, mungkin simpati melihat aku yang sudah kehilangan kata-kata di sebelahnya. “Reia, awak masih simpan soft copynya kan?” Soalnya lembut, aku hanya mampu mengangguk.

“Tak payahlah. Management dah reject dan tak berminat nak tengok pun dokumen tu. Mereka minta kita buat plan baru. Semuanya gara-gara dia ni.” Jawab Linda geram. Tajam matanya memandang aku sebelum menghentak kasut tumit tingginya meninggalkan kami di situ.

Awak okay tak ni, Reia?” Soal Sara sambil merenungku. Aku mengangguk namun air mataku terasa perlahan-lahan menitis di pipi.

“I need to go.” Ucapku perlahan sebelum pantas keluar dari pejabat itu. Beberapa pasang mata memandang, membuatkan aku merasa kerdil untuk terus berada di situ. Tanpa menoleh kiri dan kanan aku membiarkan kakiku membawa aku berlalu.

“Reia.” Panggil suatu suara mematikan langkahku seketika. Aku menoleh dan melihat Haris sedang berdiri beberapa langkah jaraknya dari kedudukanku dengan kerutan di dahi. “Why are you crying? What happen?” Soalnya, kedengaran cemas di telingaku. Aku tidak membalas, sebaliknya kembali melangkah. Aku ingin cepat-cepat keluar dari situ sebelum lebih banyak mata menjadi saksi. Namun langkahku terhenti apabila aku merasakan tanganku digapai oleh Haris. Dengan wajah yang mungkin kusut dengan airmata aku mengangkat wajah memandangnya. Wajahnya yang kulihat serius tadi perlahan-lahan berubah lembut. Mungkin simpati melihatku.

“Kenapa ni?” Soalnya lagi. Aku ingin menyahut namun terasa sukar untuk berbicara. “Come with me.” Ucapnya kemudian setelah tidak mendengar jawapan dariku. Aku membiarkan dia memimpinku keluar dari bangunan itu. Dia menyeluk poketnya dan menekan remote keretanya, membuka pintu di sebelah penumpang untukku, membiarkan aku masuk sebelum dia menutup pintu.

“Will you let me know what happen now?” soalnya lembut. Aku hanya menggeleng kepala. Dia mengeluh perlahan di sebelahku, membuatkan air mata yang terasa sudah berhenti mengalir tadi ingin kembali bekerja. Sedih memikirkan kini Haris pula sudah mula geram melayan karenahku. “Please don’t cry.” Ucapnya sebelum sebelah tangannya mula mengesat air mataku. “You want ice cream?” Soalnya kemudian. Aku hanya menggeleng. “What do you want then? Burger?” Aku mengeleng. “pizza?” aku mengeleng lagi. “cake?” Aku mengangkat wajah namun tidak cepat mengangguk. Dia mungkin tahu yang dia sudah berjaya menarik perhatianku apabila aku melihat perlahan-lahan senyuman kecilnya muncul. “Cheesecake, I guess?” Soalnya lagi, dan spontan aku mengangguk. Berharap selepas menikmati kek itu nanti, perasaanku akan kembali tenang sekaligus menghilangkan kesedihan yang kurasai kini. “Let’s go then, I know where to find the most delicious cheesecake here in Kuching.” Ucapnya membuahkan bunga-bunga di hatiku.

            Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Haris juga membiarkan aku melayan perasaan tanpa mengajak aku berbicara. Dia memandu dan berhenti betul-betul di depan Secret Recipe. Aku keluar dari kereta selepas melihat Haris membuka pintu keretanya. Dia membawaku duduk di sudut paling belakang restoran itu. Ruang yang memberikan sedikit privasi untuk kami. Jauh dari pandangan pengunjung lain. Aku membiarkan Haris membuat tempahan dan ketika itulah aku menyedari bahawa aku datang sehelai sepinggang tanpa handbag mahu pun telefon bimbitku tadi.

“Can you call Rich?” Soalku dalam suara yang masih serak. Haris hanya menjingkitkan kening mendengar soalanku. “I tak bawa duit tadi. I tak nak cuci pinggan untuk makan sekeping cheesecake.” Terangku membuatkan Haris ketawa. Aku memandangnya hairan.

“It’s on me, Reia. Why do you think I will let you pay?” Soalnya seolah tidak mengerti dilemaku.

“I don’t know. People can be so mean sometimes.” Ucapku sambil bermain dengan jari. Masih terasa sebak di dada. Haris memandangku lama, mungkin cuba memahami apa yang tersirat disebalik kata-kataku.

“I will let Rich know where we are. Tapi you kena janji, you akan ceritakan apa yang berlaku, okay?” Soalnya dan aku hanya mengangguk. Beberapa minit kemudian, pelayan restoran membawa dua piring kecil berisi kek ke meja kami. Tanpa menunggu lama, aku menikmati cheesecake itu. Benar-benar berharap ia dapat menghilangkan kesedihanku seperti kebiasaannya. Haris membiarkan aku menikmatinya tanpa sebarang pertanyaan. Hanya sekali sekala aku melihat dia merenungku, mungkin sedang cuba membaca apa yang sedang bermain di mindaku saat itu. Selepas menghabiskan kek itu barulah aku mula menceritakan apa yang berlaku kepada Haris yang kelihatan kesal mendengarnya. Rich datang hampir 20 minit kemudian. Dia duduk di sebelahku sambil memandangku dengan pandangan simpati. Membuatkan hatiku kembali sayu.

“Sara told me what happen.” Ucapnya perlahan.

“I hate your girlfriend.” Balasku geram.

“She is not my girlfriend, Reia.” Balas Rich sambil mengeleng kepala.

“She think she is. Sebab tu dia tak suka I. Dia fikir I cuba bodek you to have a good grade. Mesti dia selalu nampak kita lunch bersama. Mungkin dia fikir I nak rampas you daripadanya. Dia buat apa saja untuk malukan I. Dia cakap marketing plan tu tak ada dalam fail. Padahal I dah masukkan. I keep track of every task yang I buat kat sana. I can ensure you that.” Terangku geram.

“You know exactly why I don’t tell people that you are my sister, right?” Soalnya cuba memujukku.

“I tahu, tapi all your admirer hate me because of that. Especially your girlfriend, Linda.” Ucapku geram.

“Linda is not my girlfriend, Reia.” Tegasnya lagi.

“Well good then. Kalau dia betul-betul your girlfriend, I’ll ask Mama and Papa to disown you.” Tambahku serius. Buntang mata Rich mendengar kenyataanku itu. Haris yang sedari tadi hanya diam mendengar perbualan kami kelihatan cuba menahan tawa. Dia menepuk-nepuk belakang Rich, mungkin menyampaikan simpatinya.

“That’s is so not funny, Reia.” Komen Rich.

“I’m not trying to be funny. I hate her so much now. I don’t want to work with her any more. Maybe I should look for other place to finish my internship.” Ucapku lagi.

“That’s is a very unprofessional thing to do.” Komen Haris di sebelahku.

“I will transfer you to other department.” Cadang Rich pula.

“What if there is another ‘Linda’?” Soalku pula. Tidak pasti sama ada bertukar jabatan akan menghindar aku dari bertemu dengan pekerja yang mungkin seperti Linda.

“Grow up a little, sis.” Ucap Rich sambil merenungku. “This is life. Tak semua benda akan jadi seperti yang kita harapkan. Kita akan temui pelbagai jenis manusia, ada yang baik, ada yang jahat dan ada yang mungkin sukakan kita dan mungkin banyak yang bencikan kita. Tugas kita sendiri untuk beradaptasi dan buat pilihan. I know you can do it.” Pesan Rich sambil meletakkan sebelah tangannya di kepalaku seolah memberikan restunya. Lama aku berdiam sebelum mengangguk, sedar kebenaran kata-katanya itu.

“Thanks. I still love you. I will keep you as my brother.” Janjiku dan melihat Rich tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Bunyi deheman kecil mengingatkan aku bahawa Haris turut mendengar perbualan kami ketika itu. Spontan pipiku terasa panas tiba-tiba. Namun ayat seterusnya dari dia hampir membuatkan aku menjerit suka

“Why don’t you transfer her under me? Jimat masa, tak perlu tunggu lama-lama untuk cari PA baru I.” Cadangnya.

“Do you think that’s wise? Reia don’t know anything about being a Personal Assistant.” Soal Rich pula membuatkan aku mengeluh geram di dalam hati.

“It’s okay. Stephanie is still here for another two week. Dia boleh ajar Reia.” Jawab Haris sekaligus memberikan sedikit sinar padaku.

“What do you think, Reia?” Soal Rich.

“I will say yes to anywhere without Linda in it?” Balasku laju. Rasa teruja mendengar cadangan Haris cubaku tahan dalam diri. Tidak menyangka ada hikmah luar biasa disebalik kejadian memalukan di marketing department pagi tadi.

“Okay, that settle it then. Tapi sebelum you join my team, I rasa you patut selesaikan semua tugasan you kat sana dulu. Keluar dengan bermaruah. Biar mereka tahu yang you bukan budak intern biasa. Jadi bila mereka ingat you, mereka akan ingat benda positif yang you tinggalkan dan bukannya hal pagi tadi. Trust me if you do that, apa yang jadi tadi takkan tinggalkan kesan pun pada you. And maybe you boleh tinggalkan sedikit cenderahati untuk Linda. Jadi you takkan rasa terkilan selepas ni.” Panjang lebar Haris menyampaikan nasihatnya. Aku mengangguk-angguk mendengar cadanganya yang kedengaran cukup bernas itu.

“I think I know what to do.” Ucapku selepas berfikir seketika. Bibirku terasa mudah kembali tersenyum. “Thanks boss.” Tambahku sambil membuat tabik hormat padanya yang hanya mengeleng melihat telatahku.

 

****************

          Mempunyai misi baru untuk disempurnakan membuatkan aku melangkah masuk ke pejabat dengan senyuman di wajah. Seolah perbalahan dengan Linda pagi tadi tidak berlaku. Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Rasanya aku punya cukup masa untuk menyiapkan semuanya hari ini. Aku membuka softcopy marketing plan yang masih ada di dalam laptopku dan mula menukar beberapa bahagian yang aku rasakan akan membuatkan marketing plan itu bertambah baik. Setelah siap, aku meminta pertolongan Sara untuk menyemaknya. Dia kelihatan cukup berpuas hati dengan hasil kerjaku. Menyatakan ia lebih baik berbanding plan yang kami hasilkan sebelum ini. Berbekalkan kata-kata positif itu, aku membawa salinan dokumen tersebut kepada Linda. Aku tersenyum melihat wajahnya kagumnya saat membaca isi dokumen itu. Paling penting, aku puas melihat wajahnya saat menerima cenderahati yang aku tinggalkan buatnya.



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh