Aku tersedar dari lena apabila merasakan sesuatu sedang bermain-main di pipiku. Tanganku pantas menepis dan mataku terbuka luas. Cuba mencari gerangan apakah yang mengganggu tidurku. Mataku terpaku pada Haris yang sedang tersengih memandangku. Tangannya terhenti betul-betul di depanku dan pada jarinya kulihat seutas tali berwarna hitam.
“Sayangg..” Jeritku geram apabila menyedari itulah yang digunakan untuk mengganggu tidurku tadi. “Is that my hair? Did you pluck my hair?” Soalku tidak percaya apabila mendapati bahawa tali yang dipegang Haris itu sebenarnya sehelai rambutku.
“Sorry baby, have to wake you up.” Ucapnya sambil mengangkat kedua belah tangannya. “I tak cabut rambut you. I ambil yang gugur tu.” Jelasnya kemudian sambil menunjuk ke arah bantal membuatkan aku menghadiahkan jelingan padanya. Inilah risiko bila berambut panjang. Rambut gugur itu biasa. Yang luar biasa adalah apabila pasangan anda menggunakannya untuk mengejutkan anda daripada tidur.
“You can just wake me up like a normal person do.” Jawabku geram apabila melihat sengihannya masih belum berhenti.
“Tak seronoklah kalau macam tu.” Komen Haris sambil menghadiahkan sebuah ciuman di pipiku. “Don’t be mad, baby. I just miss talking to you.” Ucapnya sambil tersenyum lembut membuatkan hatiku cair. “Dah macam-macam I buat untuk kejutkan you. This is my last resort. Thanks God its working.” Tambahnya. Rasa geram yang berpusu-pusu datang tadi tiba-tiba menghilang. Haris sentiasa tahu cara melembutkan hatiku. “Did I tire you out, baby?” Soalnya sambil merenungku nakal, membuatkan pipiku terasa memerah. Aku menyembunyikan wajahku di bawah bantal dan mendengar tawanya pecah.
“Do you really have to ask that?” Aku menjegilkan mataku padanya membuatkan dia ketawa besar. “Jam berapa sekarang?” Soalku sambil menutup mulut yang sedang menguap.
“6 petang. It’s almost time for our dinner date.” Jawabnya.
“Dinner date? Do we have to go?” Soalku malas. “Can we stay in tonight, honey? I don’t feel like going out. You kata you rindu nak cakap dengan I. So let just stay in and talk all night.” Cadangku.
“Whatever you want, baby. Kita boleh dinner kat sini je. But, before we do that, wear this.” Ucapnya sambil menghulurkan t-shirt hitamnya yang sering menjadi baju tidurku padaku.“I don’t think we will do much talking if you still look like that.” Tambahnya sambil tersenyum nakal.
“Eh.. what is wrong with this?” Soalku sambil menurunkan sedikit selimut tebal yang menutupi tubuhku ketika itu membalas usikkannya.
“Nothing is wrong with that.” Ulasnya sambil merenungku dengan pandangan nakal membuatku senyumanku makin melebar. “I think I’m in love with your new curve.” Tambahnya lagi membuatkan aku mengerutkan dahi.
“Apa maksud you. You nak cakap I gemuk?” Soalku kehairanan namun aku sedar aku cukup berselera kebelakangan ini disebabkan oleh tekanan yang kurasakan. Mungkin ia sudah menampakkan kesan pada bentuk badanku.
“No, baby. I just think some part of your body look fuller.” Ucapnya sambil membuat isyarat tangan membuatkan aku membesarkan biji mata padanya.
“I makan banyak bila I stress. Maybe I dah kena start bersenam balik lepas ni.” Terangku. “So you love my new curve?” Usikku sambil perlahan-lahan bangun cuba mengodanya.
“Don’t tempt me baby. I don’t think you’re ready for next round just yet.” Ucapnya membuatkan aku pantas menarik t-shirt itu dan menyarungnya. Haris tertawa kecil melihat gelagatku. “At least not before we have our dinner. You need to regain your energy first. Bear in mind, I don’t plan on just talking the whole night.” Tambahnya lagi sambil mengenyitkan matanya padaku.
“Okay, stop that. Let’s talk. I masih ada banyak benda nak tanya ni.” Pintasku sambil bersandar di dinding katil bersebelahan Haris yang sedang seronok menahan tawa. Bersedia untuk membincangkan topik yang serius.
“Tanyalah.” Putusnya sambil menarikku mendekatinya.
“Macam mana you tahu mana nak cari I?” Soalku ingin tahu. Rasanya aku tidak meninggalkan sebarang petunjuk tentang tempat percutian aku dan Hana ini kepada sesiapa pun. Bahkan Mama sendiri juga belum kuhubungi. Mama juga tidak menghubungiku sekerap seperti sebelum aku berkahwin dahulu. Mungkin dia beranggapan dia tidak perlu terlalu risaukan aku kerana tanggungjawab itu sudah jatuh pada Haris, suamiku. Haris memandang siling seketika sebelum menjawab.
“Thanks to Rich. Dia nampak status Hana on Instagram.” Jawabnya dan aku mengangguk faham. “I harap inilah kali pertama dan terakhir you buat macam ni. You tak tahu apa I rasa bila I balik rumah dan you tak ada kat sana. I koyakkan surat you on the spot. I harap sangat, it was just a nightmare. I run to our room and your things are not in there as well. Can you imagine how I felt? I try to call you tapi you tak angkat satu pun call I. I don’t have any clue where to find you.” Jelasnya sambil mengeleng-gelengkan kepala. Seolah tidak ingin mengingati hari itu. Aku medekatkan dudukku dengannya dan dengan pantas dia meraihku ke dalam pelukannya. “Please promise me you won’t do that ever again.” Ucapnya sambil merenung wajahku. Aku hanya mengangguk kecil.
“Rich tahu tentang ni?” Soalku ingin tahu.
“He know about Bia. Dia bagi I amaran, but he trust my judgement. Rich know how much you mean to me. Jadi dia biarkan I fikir nak buat apa.” Terangnya.
“Will you promise me that you won’t leave me in the dark ever again?” Soalku pula. “Kalau pun you rasa ianya akan menyakitkan hati I. I tetap berhak tahu. Let me decide apa yang kita boleh buat. Sama-sama. Bila you berahsia, I akan ragu dengan you. Bila I ragu-ragu, I akan buat andaian. And you don’t want to know how my brain work.” Ucapku sambil memandangnya serius. Ingin memastikan dia tahu yang aku tidak main-main.
“I promise. No more secret. Whatever it is, I promise to always communicate things with you.” Janjinya membuahkan senyum di bibirku. “And you pun kena janji untuk sentiasa tanya I dulu sebelum buat keputusan. Jangan buat andaian sendiri. Okay?” Soalnya dan aku cepat mengangguk setuju.
“It’s just that I watch enough TV drama to at least know what to expect and what to do.” Tambahku lagi. Spontan membuatkan Haris memandangku dengan pandangan tidak percayanya.
“God baby, should I worry?” Soalnya serius.
“Depends. Kalau you ada buat salah then you definitely have to be careful.” Usikku memberi amaran.
“Ada-ada je jawapan you kan.” Komennya.
“Isn’t that's why you fall for me?” Soalku sambil merenungnya manja. Sepantas itu dia menarik wajahku mendekat dengannya dan aku merasakan ciumannya singgah di bibirku. Membuatkan aku hanyut seketika.
“That is exactly one of the many reason why I fall in love with you.” Akuinya sambil mengelus lembut bibirku. Matanya tidak lepas dari memandang tepat ke dalam mataku. Hatiku tersenyum gembira mendengarnya.
“Can I ask you one more thing?” Soalku sambil mengatur semula duduk kepalaku di dadanya. Aku suka mendengar bunyi denyutan jantungnya. Ia seperti irama indah untuk halwa telingaku.
“Ask away baby.” Balasnya lembut sambil membelai rambutku.
“Kenapa you langsung tak contact I?” Soalku ingin tahu. Masih jelas rasa kecewa yang kualami apabila tidak menerima sebarang perkhabaran darinya sepanjang minggu ini.
“That’s because you block me.” Jawabnya laju. Aku mengerutkan dahi kerana tidak mengingati aku pernah menyekat nombornya. “You tahu tak, I hampir laporkan kehilangan you pada polis the second day because I can’t reach your phone anymore. Luckily, my brain is still able to work properly jadi I try cari you kat rumah Hana because I can’t reach her mobile number too. I feel so lost when I found out Hana is not home. Rich cakap you tak ada kat rumah Mama juga. I don’t know where else to go and ask your whereabouts. Nasib baik masa tu jiran sebelah rumah Hana nampak I. Dia bagi tahu I yang dia nampak Hana dengan seorang kawannya naik teksi bawa luggage bag hari sebelum tu. Walaupun I tak tahu you dekat mana, sekurang-kurangnya I tahu you selamat dan tak keseorangan." Ceritanya panjang lebar. "But I still can’t believe you blocked my number.” Tekannya lagi.
“No, I didn’t. Why would I do that?” Soalku kembali. Langsung tidak mengingati aku pernah berbuat demikian. Sebaliknya, setiap hari aku menunggu sekurang-kurangnya satu mesej darinya, namun hampa.
“Where is your phone?” Soalnya kemudian. Aku menghulurkan telefon bimbit yang kuletakkan di atas meja di sebelah katil itu padanya. Dia menekan beberapa punat sebelum menunjukkan screen di bahagian contactnya padaku. “See? You blocked me.” Putusnya selepas berjaya membuktikan kata-katanya itu.
“I tak ingat pun bila I block you.” Ucapku masih keliru. Seingatku, hari pertama aku mengambil keputusan meninggalkannya, aku masih menerima beberapa puluh panggilan darinya. Aku cuma menukar setting kepada silent mode sahaja. Agar aku tidak tergoda untuk menjawab panggilan-panggilan itu.
“Mungkin bukan you.” Sampuk Haris membuatkan otakku ligat berfikir. Mencari gerangan insan yang berjaya menyekat Haris dari menghubungiku.
“Hannnnnaaaa!” Jeritku geram. “I can’t believe she did that.”
“Baby.. don’t get mad. I tahu niat Hana baik.” Pujuk Haris. “Walaupun I sendiri hilang arah sebab tak dapat hubungi dan tak tahu you kat mana. Tapi I faham kenapa dia buat macam tu. She is being your good friend. I’m thankful for that. Dia sentiasa ada untuk temankan you masa I tak ada.” Tambahnya sambil menyisipkan rambutku yang leka ditiup angin di telingaku.
“You wouldn’t say that if you know what I know.” Ucapku tanpa sengaja membuatkan dia memandangku penuh tanda tanya “Ops..” Pantasku menutup mulut.
“Apa lagi yang I tak tahu?” Soal Haris. Wajahnya tiba-tiba berubah serius.
“Tak penting pun.” Ujarku pantas sambil cepat menarik lembut jemarinya. Cuba mengalihkan perhatiannya. Memberitahu Haris, seumpama menjerut leher Hana.
“Tell me baby. Or I will make you.” Katanya sebelum mula menggeletekku membuatkan aku keletihan ketawa menahan rasa geli.
“Okay stop, honey stop please.” Ucapku apabila tidak mampu lagi bertahan menahan rasa geli digeletek. Spontan dia berhenti dan memandangku meminta kepastian. “Hana yang atur janji temu I dengan Isaac.” Terangku sambil melihat reaksinya. Keningnya berkerut menandakan dia tidak suka dengan apa yang didengarnya.
“And..?” Desaknya lagi.
“And.. She dress me up last night. Dia cakap you pasti akan marah kalau tahu I pakai gaun tu untuk dating dengan lelaki lain. So, did you?” Soalku pula.
“You have no idea, baby.” Akuinya. “I almost lose my cool last night. Tapi I tak nak malukan diri I and especially you. Jadi I cuba bersabar.” Jelasnya membuahkan senyum di bibirku.
“I’m glad you did. Kalau tak, I tak rasa kita ada kat sini bersama hari ni.” Ulasku.
“I wouldn’t dare embarrass my queen.” Ucapnya serius sambil melepaskan sebuah ciuman di dahiku. “I can’t believe Hana did that. That girl is so scary… whoever end up with her is an Angel.” Komen Haris membuatkan aku tersenyum sendiri.
“Don’t worry, sayang, I got your back.” Ucapku sambil melepaskan sebuah ciuman penuh makna di pipinya membuatkan dia menarikku kembali ke dalam dakapannya.