Bab 12

               Memilih untuk kembali berfikiran positif tentang status hubungan cinta Haris, membuatkan aku kembali bersemangat untuk ke pejabat. Aku ingin menjadikan minggu-minggu terakhirku menjalani praktikum di pejabatnya sebagai peluang untuk mencipta sebanyak mungkin detik indah bersamanya sebagai bekalanku dikemudian hari.

“Ni dokumen yang boss nak tadi.” Ucapku sambil meletakkan fail itu di atas mejanya. Cepat dia membuka dan menelitinya tanpa memandangku.

“Sit down. Help me sort this out.” Ujarnya kemudian dan membentangkan dokumen itu di atas meja.

“What do you want me to do?” Soalku ingin tahu. Aku meneliti setiap pelan yang kelihatan berbeza itu penuh tanda tanya.

“I want you to help me choose top 3 design. Berikan sebab kenapa you pilih pelan tu.” Arahnya.

“Me? I tak tahu apa-apa tentang rekaan ni semua.” Ucapku, pelik dengan permintaannya itu.  

“Anggap je you client. Which design do you prefer and why?” Terangnya membuatkan aku tersengih.

“Okay, I don’t mind being your client. Can I be the fussy one?” Usikku sambil tersengih memandangnya.

 “Just be yourself, Reia.” Jawabnya sambil mengeleng kepala. Mungkin sudah menyesal meminta pandanganku ketika itu. “Will you start talking now?” Soalnya kemudian membuatkan aku menjelingnya geram.

Orang bergurau pun tak boleh. Komenku dan melihat dia membeliakkan mata. Mungkin terkejut mendengar komenku itu. Aku kembali meneliti rekaan-rekaan itu. Memilih tiga pelan rekaaan yang aku kira paling unik dan menarik serta menyampaikan pandanganku padanya. Sesekali kami bertelagah apabila tidak sependapat. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

“I ada lunch meeting nanti, join me.” Pelawanya selepas sesi perbincangan kami selesai.

“Lunch meeting dengan Cik Yasmin?” Soalku inginkan kepastian. Rasanya itu yang aku catat di dalam jadualnya beberapa hari yang lepas. Aku melihat dia mengangguk. “You really want me to come?” Soalku lagi tidak percaya.

“Yes. Kenapa? You dah ada plan ke?” Soalnya pula.

“No. It just that…” Ayatku terhenti di situ. Fuh, mujur aku sempat sedar dan tidak membiarkan mulutku menyampaikan apa yang terbuku di hatiku ketika itu. Aku tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia untuk menemui wanita yang telah berjaya merebut hatinya itu.

“Kenapa?” Soal Haris lagi.

“Nothing. It just that…. I have to inform Hana first. Biasanya I keluar lunch dengan dia.” Terangku. Gembira mindaku mampu memikirkan jawapan itu. “Nanti I join you.” Putusku, namun menyesal sejurus selepas bersetuju. Cukup kuatkah aku untuk menyaksikan kemesraan mereka nanti. “Izakaya kan? She sure love Japanese food.” Komenku tanpa sedar.

“Yes, her favourite.” Balas Haris, spontan mengigit hatiku.

“So I guess I meet you guys there.” Ujarku kemudian.

“What do you mean?” Soalnya hairan.

“Kita jalan asingkan?” Soalku inginkan kepastian.

“We are heading to the same place, Reia. So you naik kereta I je.” Jawabnya. “Jimat masa, jimat minyak.” Tambahnya. Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk.

“Okay boss. Just in case you ada plan lain lepas meeting tu, bagitahuawal-awal tau.” Ucapku membuatkan dia mengerutkan dahinya.

“You fikir I sanggup tinggalkan you kat tepi jalan ke?” Soalnya tidak percaya membuatkan aku tersengih panjang.

“You read me so well boss.” Usikku sambil tersengih, mengiyakan soalannya itu. Tidak menyangka dia tahu arah fikiranku.

“Not well enough.” Komennya membuatkan aku tersenyum lega. Benar-benar berharap yang peribadiku cukup rumit untuk dia baca. Agak memalukan jika dia tahu tentang perasaanku padanya dan dia memilih untuk buat-buat tidak tahu.

“So 12 sharp right?” Soalku dan melihat dia mengangguk. “Do I need to prepare anything?” Soalku lagi.

“No, everything is here.” Jawabnya sambil mengangkat fail di depannya. Aku mengangguk dan berlalu pergi.

****************************

             Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 ketika aku dan Haris memasuki ruang restoran itu. Hanya beberapa buah meja sahaja yang masih lagi kosong ketika itu. Aku dan Haris mengekori pelayan ke meja yang kedudukannya agak jauh dari meja yang lain. Pelayan itu mengangkat tanda RESERVED yang diletakkan di atas meja itu dan berlalu selepas meninggalkan menu di atas meja. Memandangkan Yasmin belum sampai, aku meminta diri untuk ke washroom. Aku tersenyum memandang wajahku di dalam cermin. Gembira penampilanku tidaklah kelihatan terlalu tidak menarik. Ia penting agar aku tidak merasa kecil bila berhadapan dengan Yasmin nanti. ‘You can do this.’ Bisikku sambil melangkah keluar.

                Keyakinanku mati seketika setelah mataku menangkap kelibat seorang wanita sedang duduk membelakangiku bersama Haris di meja makan. Namun aku terpaksa menguatkan diri setelah melihat Haris sudah pun menyedari kehadiranku. Dengan senyuman dan rasa terpaksa aku melangkah ke arah mereka.

“Yasmin, kenalkan PA I, Reia. Reia, Yasmin.” Haris tersenyum memperkenalkan kami. Aku menyambut huluran tangan wanita cantik bernama Yasmin itu. Mencuba menghantar senyuman semanis yang mungkin kepadanya.

“Hai Reia, nice to finally meet you in person.” Ucap Yasmin mesra. Senyuman cerianya membuatkan aku tiada hati untuk berasa marah padanya sebaliknya aku turut tersenyum membalas senyumannya. Mujur Haris membuat isyarat agar aku duduk di sebelahnya, jadi aku tidaklah teragak-agak untuk menentukan di mana untuk menempatkan diriku ketika itu.

“Nice to meet you too.” Balasku, cuba menyampaikan seolah aku memaksudkannya.

“Want to order now?” Soal Haris kemudian.

“You dengan Reia orderlah dulu. I tunggu Ash.” Balasnya. Enggan menyakitkan hatiku melihat interaksi mereka, aku memilih untuk memfokuskan perhatianku sepenuhnya pada menu di atas meja. Memilih apa yang ingin kujamah nanti. Walaupun hatiku tidak gembira, aku enggan perutku menerima nasib yang sama.

“Tell me, Reia. How’s Haris at work?” Soal Yasmin setelah aku selesai memilih menu. Aku memandang keduanya silih berganti, risau jawapan yang salah akan membuatkan mereka berbalah pula nanti.

“Why do you want to know?” Soalnya pada Yasmin. Mungkin dia tidak mahu teman wanitanya tahu perbezaan sifatnya di pejabat dan waktu mereka bersama. “You know what Reia, you don’t have to answer that.” Ucap Haris serius. Seolah memberi amaran agar aku tidak memburukkannya di depan kekasihnya.

“Don’t listen to him. Tell me please.” Gesa Yasmin, seolah sengaja mengusik Haris yang kelihatan tidak selesa dengan topik itu. “I nak tahu sama ada Haris di tempat kerja sama tak dengan Haris yang kenal selama ni.” Tambahnya lagi sambil tersenyum lembut memandang Haris. Segaris senyuman terukir di bibir Haris meyakinkan aku bahawa pandangannya itu telah berjaya melembutkan hati Haris. Aku senyum, cuba menutupi rasa cemburu yang tiba-tiba datang.

“Kalau I cakap jujur, will it cost me my grade?” Soalku pada Haris. Sengaja mengusiknya. Haris menjingkitkan sebelah keningnya seolah berkata ‘I dare you’. Aku sengaja mengeluh dan memandang Yasmin. “Rasanya I kena fikir masak-masak sebelum jawab soalan you tu. Yelah markah praktikum I bergantung pada dia. So I guess I tak boleh bagi jawapan jujur sangat.” Tambahku dan tanpa sedar bibirku terasa memuncungkan dirinya.

“Just be honest. What do you think of me?” Soal Haris sambil memandangku. Seolah benar-benar ingin tahu apa pandanganku terhadapnya. Pandangan mata kami bertaut dan aku mula terasa hilang. Mujur deheman kecil Yasmin berjaya membawa aku kembali ke dunia nyata. Aku tersenyum padanya, enggan dia salah sangka dan cuba mengatur jawapan yang tidak kedengaran serius.

“I boleh simpulkan, dia bos yang okay. Sentiasa serius dan tegas. Mula-mula kerja dengan dia dulu,letak dia dalam kategori kedekut. Tak banyak cakap dan jarang senyum. Nak tengok dia senyum ibarat menunggu buah durian yang tak nak jatuh. Jarang sangat.” Ceritaku sambil tersengih dan mendengar Yasmin ketawa kecil sementara Haris membulatkan biji matanya. “Tapi sekarang I letak dia kat kategori agak pemurah. Lebih mudah tersenyum, tak berkira bila bercakap dan rajin minta maaf bila dia sedar dia buat salah.” Tambahku lagi sengaja mengusik Haris yang tidak kelihatan gembira mendengarnya itu.

“Wow. I boleh nampak you sedang berubah.” Usik Yasmin sambil ketawa kecil.

“But I need to warn you one thing, you need to be ready with his mood swing.” Usikku lagi.

“Reia…” Haris memberi amaran.

“Ops.. Sorry boss.” Ucapku sambil menayangkan wajah comel padanya. Mana tahu ia mungkin boleh menyelamatkanku. Usahaku nampaknya berjaya apabila aku melihat wajahnya berubah lembut.

“It’s refreshing watching you two interact. So cute yet so tense.” Komen Yasmin sambil ketawa kecil memandang kami silih berganti.

“Well I’m the cute one. My boss here is definitely the tense one.” Jawabku sambil tersengih kecil, ingin Yasmin tahu yang aku hanya bergurau.

“I setuju dengan you.” Balas Yasmin sambil tersenyum pada Haris. Senyumannya tambah melebar apabila matanya menangkap sesuatu ataupun lebih tepatnya seseorang di belakangku. “Babe, you’re here.” Ucapnya ceria sekaligus mengejutkanku.

“Sorry I’m late. Susah cari parking time lunch ni.” Balas lelaki tampan yang baru sampai itu sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Yasmin yang tersenyum gembira. Memandangnya dengan penuh..cinta? Aku mengalihkan pandangan kepada Haris yang turut tersenyum kepada lelaki itu.

“Reia, kenalkan My Fiancé, Asher. Babe, this is Reia, PA Haris.” Aku menyambut huluran tangannya dan mencuri pandang pada Haris. Dia tidak kelihatan sedih seperti yang aku bayangkan. Adakah aku salah sangka selama ini?

“Let’s eat first before we talk about business. I’m starving.” Ujar Asher sambil membelek menu bersama Yasmin.

************************************

             Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat aku mendiamkan diri. Memikirkan apa yang berlaku tadi. Rupanya perjumpaan Haris dan Yasmin sebelum ini memang atas urusan kerja.  Perjumpaan untuk membincangkan tentang projek hiasan rumah yang akan Yasmin dan Asher diami selepas perkahwinan mereka hujung tahun ini. Mereka juga ternyata sudah lama kenal, sejak di Sekolah Menengah dulu. Sesekali aku melirik kepada Haris yang kelihatan fokus kepada pemanduannya. Sebenarnya banyak soalan yang inginku lontarkan padanya. Namun, aku tidak tahu bagaimanakah penerimaannya nanti.

“What is it Reia?” Soalnya tiba-tiba.

“What is it boss?” Soalku kembali.

“I ask you first.” Jawab Haris.

“Well, I ask you second.” Jawabku pula enggan mengalah dan melihat Haris mengeluh panjang. Mungkin cuba menyabarkan dirinya.

“This is so childish Reia.” Ucapnya dan aku hanya mendiamkan diri. “Okay, let me rephrase this again. I know you want to ask me something. What is it?” Soalnya lagi.

“I memang ada benda nak tanya. Tapi, I takut you marah.” Ujarku sambil memandangnya. Cuba menilai moodnya ketika itu.

“You tanya dulu. I will decide whether to be mad or not.”

“Kalau you marah?” Dugaku.

“Kalaupun I marah, I will still drive you back to the office.” Janjinya membuatkan aku tersenyum. “So what is it?” Soalnya lagi.

“You okay ke Yasmin dah bertunang?” Soalku dan menggigit bibir setelah soalan itu berjaya kulontarkan. Aku mendengar Haris ketawa kuat di sebelahku.

“Tell me Reia, why do you think I’m not okay?” Soalnya kembali.

“Well I ask you first.” Ujarku sambil memuncungkan bibir tidak berpuas hati dengannya.

“You did, tapi soalan you tak masuk akal. So I need your answer first.” Ujarnya tegas membuatkan aku tiada pilihan lain selain menjawabnya.

“Isn’t Yasmin your potential girlfriend?” Soalku dan mendengar dia ketawa.

“Mana you dengar semua ni?”

“Well, I assume it’s her masa Aunty Mel cakap you mungkin tengah bercinta.” Jawabku dan cepat menutup mulut apabila sedar yang aku telah terlepas cakap.

“You bergosip tentang I dengan my mom?” Soalnya tidak percaya. Aku hanya mampu tersengih, enggan mengakuinya.

“You even know her favourite restaurant.” Komenku.

“Mestilah. That's how you treat your client.” Ujarnya.

“Whatever.” Ucapku selepas gagal membalas. “Berbalik pada soalan I tadi, you tak sedih ke Yasmin dah bertunang?” Soalku lagi, benar-benar ingin tahu.

“Do I look sad, Reia?” Soalnya lagi. Tidak memberikan jawapan yang aku inginkan. Aku memandangnya. Hairan, tiada riak sedih di wajahnya. “So tell me Reia, you tiba-tiba tak nak cakap dengan I minggu lepas sebab apa you and my mom gosipkan ke?” Tekanya membuatkan aku menghadiahkan senyuman colgate padanya.

“Does it bother you kalau I ada girlfriend?” Soalnya membuatkan aku panik. Namun aku ternampak jalan keluar apabila Haris sudah masuk ke ruangan meletak kereta di depan pejabat.

“Maybe.” Jawabku sepatah dan cepat membuka pintu. Melarikan diri daripada menjawab soalannya. Sayup-sayup aku mendengar bunyi tawanya mengiringi langkahku ke dalam pejabat. Jadi aku mengandaikan semuanya sudah kembali normal.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh