Home Novel Cinta cinta jangan pergi
cinta jangan pergi
Izzatul Nadira
22/8/2017 13:44:20
3,910
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
bab 1

                                                        

       Darah mulai mengalir laju di atas  dahinya. Berkerut-kerut dahi gadis kecil itumenahan sakit. Matanya mulai merah menahan tangis. Alisya masih          lagi duduk dibahu jalan sedikit pun tidakberganjak dari situ. Dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa.

      “Kau okay tak sya? Maafkan aku, aku taksengaja nak buat kau macam tu. Sumpah, aku tak ada niat pun nak cederakan kau,”Azam memandang wajah Alisya dengan penuh rasa serba salah. Alisya hanyamendiamkan diri. Wajahnya dilari-larikan daripada bertembung mata dengan budaklelaki dihadapannya.

       Alisya tidak betah untuk berlama-lamadisitu. Hatinya sakit, meluap-luap api kemarahannya. Semakin lama dia disitu,semakin berdarah hatinya. Dan mungkin bertambah rasa marahnya pada Azam

        “Sya, aku betul-betul minta maaf ni.Janganlah diam je, aku tahu kau marah sangat dekat aku. Paling tidak kaucakaplah dengan aku. So, aku tahulah kau tengah marah ke. Atau tengah sedih ke.Aku tak pandai baca hati orang ni,” pujuk Azam. Matanya langsung tidak lepasmemandang wajah Alisya. Sungguh saat ini dia tidak keruan. Dia sedar apa yangtelah dia lakukan telah mengundang kecederaan terhadap Alisya.

          “Baik kau berambus sekarang, aku taknak tengok muka kau lagi. Dengar suara kau pun aku benci,” kata-kata Alisyajelas kedengaran di telinga Azam. Hatinya seakan dirobek dengan pisau yangtajam. Pedih. 

             “Alisya....” Suara Azam sayu kedengaran.

            Alisya perlahan-lahan untuk bangun.Dia langsung tidak mengendahkan Azam yang sedang memerhatikan gerak gerinya.Dia tidak peduli langsung. Dia tidak menghiraukan rasa sakit dan darah yangmakin banyak mengalir di dahinya. Apa yang dia mahukan sekarang ialah dia mahupergi dari situ secepat yang mungkin. Dia tidak mampu bertahan lagi.

           “Sya....” panggil Azam. Alisya tidakmengendahkannya. Dia terus melangkah perlahan dan meninggalkan Azam.

            “Alisya, dengar dulu apa yang akunak cakap ni,” Dia mengekori langkah Alisya. Alisya masih meneruskan langkah.Dia tidak menghiraukan Azam yang sedang mengekori langkahnya. Saat Alisyasedang mula melajukan langkahnya, tangannya direntap kuat oleh Azam.Sehinggakan dia hampir terjelepuk jatuh ke tanah buat kali yang kedua.

              Mata gadis kecil itu mulaibergenang dengan air mata. Tidak tertahan rasanya dia menahan rasa sakit dihati. Azam melepaskan genggaman tangannya. Dia rasa bersalah bersikap kasardengan Alisya.

               “Jauhkan diri kau dan jangansesekali kau muncul depan mata aku. Aku benci kau, zam. Aku benci kau,” Airmatanya mengalir deras. Azam terkedu. Dia terdiam. Mulutnya seakan terkunci.

                Langkah kaki Alisya lajumeninggalkan Azam. Azam hanya mampu memerhatikan sahaja. Dia terkesan dengankata-kata Alisya tadi. Sungguh benci Alisya padanya.

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izzatul Nadira