Home Novel Cinta cinta jangan pergi
cinta jangan pergi
Izzatul Nadira
22/8/2017 13:44:20
3,907
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2

 

      Jam sudah menginjak ke angka 8.00 pagi, Alisya masih lagi bermalas-malasan di katilnya. Entah kenapa hari ini dia liatsungguh untuk bangun dari katilnya. Hari ini hari Sabtu, apalah salahnya diabangun lewat. Lagipun tidak salah rasanya dia bangun lewat bukannya selalu diadapat menikmati pagi-paginya yang indah seperti pagi ini. Sejuk dan damairasanya.

        “Nur Alisya binti Kamaruddin, bangun. Anak dara jenis apa kamu ni, matahari dah tegak tak lagi bangun-bangun. Kamu ingat kamu tu puteri raja. Puteri raja pun tahu bangun awal pagi, ini kan kamuputeri Encik Kamaruddin,”

        Alisya mengeluh. Sudah diagak, Puan Noraini ibunya pasti akan menganggu ketenteramannya hari ini. Bukannya selalu dia dapat begini, kalau sudah berada di universiti nanti tidak mungkin dia dapat bermalas-malasan macam ini lagi.

         “Alisya, bangun. Jom teman ibu pergi pasar.Ibu nak beli lauk untuk makan tengah hari nanti,”  Puan Noraini langsung tidak berganjak dari muka pintu bilik Alisya. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat anak bongsunya itu. Mengeleng Puan Noraini dibuatnya.

        Gadis kecil itu sedikit pun tidak berganjak dari katilnya. Malahan dia masih lagi memeluk patung beruangnya sambil berpura-pura tidur. Sengaja dia mahu mengusik Puan Noraini.

        “Alisya........” suara Puan Noraini semakin meninggi. Geram pulak dia dengan anaknya itu. Alisya sengaja berpura-pura tidak dengar. Gadis itu tersengih di sebalik patung beruang yang di peluknya. Dia tahu ibunya benar-benar tidak akan membenarkan dia untuk tidur lama.

       “Nur Alisya, ibu kira sampai 3 je. Kalau kamu tak juga bangun, ibu bakar patung beruang kamu tu. Ibu serius dan tak main-main,” ugut Puan Noraini. Ugutan Puan Noraini membuatkan Alisya terpana. Belum sempat Puan Noraini mengira, Alisya sendiri sudah bersedia untuk bangun.Terkial-kial Alisya menyembunyikan patung beruang kesayangannya itu. Jangan dibuat main kalau si ibu sudah memberi amaran. Mencari padah namanya nanti.

     “Mana aci ibu main ugut-ugut macam tu.Sampai hati ibu nak bakar cik teddy kesayangan Sya. Macamlah ibu tak tahu yang Sya sayang sangat kat teddy ni, hm” Sengaja Alisya memuncungkan bibir sebagai tanda protes. Dia memeluk erat cik teddy nya itu seperti tidak boleh dipisahkan.

      “Dah, pergi siap cepat. Teman ibu pergi pasar, angah dah tunggu lama dekat bawah tu. Jangan nak tidur balik, kalau tidur balik ibu tak janji cik teddy kesayangan Sya tu akan sempurna macam sekarang,” ugut Puan Noraini. Puan Noraini terus melangkah keluar dari bilik Alisya. Alisya yang mendengar ugutan ibunya mengeluh lemah. Tidak mungkin dia akan membantah kata-kata ibunya setelah diugut oleh puan besar rumah itu.

         “Rosak plan aku hari ni.” Rungut Alisya sendirian.

                                                         ****

 

“Angah ni pemalaslah.Tolonglah angkat barang ni separuh, berat tau tak,” bebel Alisya. Matanya menjeling memandang Hazriq yang leka menghadap telefon pintarnya. Sedangkan Alisya sibuk mengangkat beg plastik yang berisi barang-barang yang dibeli oleh ibu mereka di pasar. 

       “Angah dengar tak apa yang Sya cakap ni?Angah ni, tolonglah angkat barang ni sikit,” rungut Alisya lagi.

        “Sya ni bisinglah, angkat berat sikitpun bising. Manja sangat,” bebel Hazriq. Namun matanya masih lagi pada telefon pintarnya. Alisya memandangnya geram. Tidak puas hati. Patutnya dia yang berlengang begitu kerana dia perempuan. Bukannya Hazriq.

          “Angah ni patutlah tak ada perempuan nak. Dahlah pemalas, tak gentleman. Sampai ke tualah angah tak kahwin,” Hazriq yang mendengar kata-kata Alisyaterus memandang wajah adik bongsunya itu dengan pandangan kosong. Terus dia mencapai beg plastik yang berada ditangan Alisya.

         Alisya tersenyum senang. Puaslah hatinya, tak perlulah dia bersusah payah membawa barang yang berat itu lagi. Entah apalah yang ibunya ingin masak tengah hari nanti. Banyak sungguh barang-barang yang dibelinya tadi. Seingat Alisya, barang-barang dapur masih banyak lagi di rumah.

          “Ibu mana?” soal Alisya.

          “Itulah Sya, tahu membebel je dari tadi. ibu sendiri pun tak tahu kemana,” Perli Hazriq. Alisya mencebik.

            Alisya malas mahu berbalah denganHazriq kerana dia tahu tak mungkin dia akan menang kalau berlawan mulut dengan abang keduanya itu. Sudah pasti pada akhirnya dia juga yang akan sakit hati.Alisya mengambil tempat di sebelah Hazriq yang sudah duduk di atas bangku milik salah sebuah kedai runcit disitu.

            Alisya mencapai botol air mineral yang dibelinya tadi. Tiba-tiba sahaja tekaknya terasa dahaga. Cuaca pagi itu agak panas juga. Lama juga mereka duduk disitu menunggu. Entah apa yang membuatkan Puan Noraini begitu lama mereka sendiri tidak tahu.

           “Hazriq, kau buat apa kat sini?” soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul tidak tahu dari mana. Alisya hanya memandangnya sekilas. Malas untuk ambil tahu siapa manusia yang sedang menegur abangnya.

            “Azam, lama tak jumpa kau. Sihatke?” Hazriq terus bangun dan bersalaman selepas menyedari kehadiran lelaki itu.

             “Aku sihat je, kau datang dengan siapa ni? Ibu kau mana?” soal Azam. Pelik juga dia bila kelibat Puan Noraini tidak kelihatan. Dia menoleh memandang gadis kecil yang duduk di sebelah Hazriq. Gadis itu langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Azam tersenyum. Entah apayang membuatkan hatinya geli hati. Dia mengagak yang Alisya tidak perasan akan kehadirannya disitu.

      “Entahlah Zam, aku dengan adik aku dari tadi tunggu kat sini. Entah apa yang lama sangat pun aku tak tahu,” keluh Hazriq. Azam hanya ketawa kecil. Matanya dari tadi memerhati gadis kecil itu. Sedikit pun tidak dikalihkan. Seperti ada satu tarikan.

         “Angah cuba call ibu, Sya dah tak laratlah. Panas sangat ni,” Akhirnya Alisya bersuara. Dia tidak betah menunggu lama-lama dengan keadaan cuaca yang panasini. Berpeluh juga dia dibuatnya.

           “Ye sabarlah sikit. Ish, panas takboleh. Angkat berat sikit bising, manja sangat,” bebel Hazriq. Alisya mencebik bibirnya. Azam hanya mendiamkan diri. Hanya memerhati gelagat dua beradik itu.

         Belum sempat Hazriq mendail nombor,Azam memberi isyarat yang Puan Noraini dan Hajah Kalsom sedang berjalan menuju ke arah mereka. Hajah Kalsom merupakan mak kepada Azam. Mereka dahulu merupakan jiran semasa keluarga Alisya tinggal di Gambang, Pahang. Semasa Alisya berumur 6tahun, keluarga mereka berpindah pula ke Seremban kerana Encik Kamaruddin diarahkan untuk berpindah ke sekolah di kawasan Seremban sebagai guru besar.

     “Ibu, jomlah balik. Sya dah penat ni,”rengek Alisya sambil menarik tangan ibunya. Membulat mata Puan Noraini melihat ragam anak bongsunya. Gadis itu langsung tidak mengendahkan mereka yang ada disitu.

        “Eh kamu ni Alisya, perangai dah macam budak-budak. Malulah sikit dengan mak cik Som dengan Azam tu,” bebel Puan Noraini. Alisya yang baru menyedari situasi itu hanya tersengih. “Ini Hajah Kalsom dan yang itu anaknya Azam, diorang ni jiran kita masa di Pahang dulu. Masa tu Alisya kecil lagi dan ibu rasa Alisya tak ingat,”

         Alisya hanya mengangguk faham. Hazriq mencuit lengan Alisya sambil berbisik, “Pergilah salam mak cik tu, tak takut kena bebel dengan ibu ke?”

          Alisya hanya mengangguk. Dia terus menghampiri Hajah Kalsom dan mencapai tangan wanita itu untuk bersalam. “Cantik anak kau Ani, macam kau muda-muda dulu,” puji Hajah Kalsom.

       Alisya tersenyum simpul. Segan bila dipuji begitu.

       Azam hanya membatukan diri. Dia hanya memerhatikan gelagat gadis kecil itu. Cantik, manis dan comel orangnya. Alisyamenyedari dirinya menjadi tumpuan anak lelaki Hajah Kalsom. Dia jadi tidak selesa.

        ‘Lelaki ni pervert ke? Dari tadi pandang aku semacam je,’ bisik hati Alisya. Berdiri bulu roma Alisya bila terbayangkan kalau benarlah apa yang dia sangka itu. Seram.

         “Dah alang-alang kita jumpa dekat sini, jemputlah datang ke rumah malam esok. Kami ada buat kenduri doa selamat sikit. Bawa satu keluarga sekali datang ye, lepas isyak. Nanti saya hantar lokasi rumah dekat whatsapp pada Som. Azam pun jangan lupa datang ye,” AjakPuan Noraini. Kedua-dua anak beranak itu hanya mengangguk tanda setuju.

          Alisya pula terpinga-pinga memerhati ibunya. Terkejut. Tidak pula dia tahu yang ibu ingin mengadakan kenduri doa selamat. Patutlah beria benar Puan Noraini membeli barang keperluan untuk memasak. Sehinggakan mereka tidak cukup tangan untuk membawanya.

        Itu tidaklah dia kisah sangat sebenarnya. Biasalah Puan Noraini, dia suka membuat kejutan dan suka melakukan sesuatu perkara secara tidak dirancang. Bagi Puan Noraini, kadang-kadang perkara yang dirancang selalu tidak akan menjadi kenyataan.

       Namun apa yang sedang rancak bermain difikiran gadis itu, lelaki yang berada dihadapannya. Kenapalah ibunya perlu menjemput lelaki itu sekali. Tak akanlah ibunya tidak perasan dengan apa yang dilihat olehnya. Jelas sekali lelaki itu lelaki ‘pervert’. Cara dia memandang dirinya pun sudah boleh diagak lelaki itu bagaimana perangainya. Ya Allah lindungilah aku. 

Previous: bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izzatul Nadira