Home Puisi Umum BERCAKAP DENGAN HATI
BERCAKAP DENGAN HATI
chema
11/11/2018 10:13:36
872
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Bercakap Dengan Hati


Duhai hati 

Andai dirimu disakiti 

Ingatlah engkau ada pemiliknya


Duhai hati

Jika engkau sedang bergembira

Ingatlah akan pemilikmu


Wahai hati

Tatkala engkau dirundum sedih

Ketahuilah engkau ada pemiliknya 


Wahai hati

Tatkala dirimu diulit bahagia

Ketahuilah itulah anugerah pemilikmu


Usahlah kau bersedih meratap hiba

Usahlah kau terlalu gembira hingga terlupa

Usahlah kau merasa sakit hingga mengungkit cerita

Kerana Itu cumalah sementara

Engkau ada pemiliknya 


Sedih, bahagia, sakit dan gembira semua itu cumalah tentang rasa

Rasa yang tidak akan berbekas jika engkau tahu…..

Siapa PEMILIKMUmu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.