Home Puisi Umum Aku
Aku
sipencintapena
21/10/2018 08:30:38
1,441
Kategori: Puisi
Genre: Umum

AKU

 

BUKANLAH YANG ISTIMEWA

JAUH SEKALI SEORANG YANG UNIK

MALAHAN TIDAK ADA APA YANG DIBANGGAKAN

 

TAPI...

AKU

TAHU HIDUP HANYA SEKALI

TAHU MATI TAK AKAN HIDUP SEMULA

TAHU TIDAK ADA KEHIDUPAN YANG AKAN DATANG

 

JUGA...

AKU

TAHU MASA TIDAK AKAN MENUNGGU

TAHU MASA TIDAK AKAN BERULANG SEMULA

TAHU MASA DEPAN ADALAH DESTINASI UTAMA

 

WALAUPUN...

AKU

SELALU TERJATUH

SELALU MENANGIS

SELALU MENGELUH

SEPANJANG PERJALANAN INI...

 

HAKIKATNYA...

AKU

BELAJAR UNTUK BANGKIT SEMULA

BELAJAR UNTUK SENYUM SEMULA

BELAJAR UNTUK REDHA DAN MENGERTI

KEHIDUPAN INI BUKAN MUDAH UNTUK DILALUI...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena