Home Puisi Umum Melintas Garis Keras
Melintas Garis Keras
Kutz Amlan
17/3/2019 08:36:36
3,087
Kategori: Puisi
Genre: Umum

MELINTAS GARIS KERAS


ku cuba lentur dari rebung
ia masih sekeras buluh
ku gigih belai seakan sutera
ia tersulam menjadi guni
ku bina susur sepanjang denai
ia tetap meredah belukar

barangkali
jemari ini terlalu kotor
penuh kusam berlumpur
walau dekat enggan dipaut

biasa lah
tangan hamba sahaya
bukan tangan si ada-ada.

mungkin
bila pelita mula terpadam
saat cahaya dicengkam kelam
tika nisan disiram mawar
tatkala segalanya kian pudar
yang terlena baru kan sedar.


itu pun – mungkin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.