Home Puisi Islamik Kiblat Kita (Bahagian I)
Kiblat Kita (Bahagian I)
Kutz Amlan
24/2/2019 08:27:47
780
Kategori: Puisi
Genre: Islamik

KIBLAT KITA (Bahagian I)


Mungkin hidup kita berbeza
Mungkin jalan kita tidak sehala
Mungkin arah kita tidak sama
Mungkin warna kita berlainan tona
Mungkin juga kita jarang seia sekata.

Tapi kiblat kita tetap yang Esa
Panduan kita tetap al-Quran & sunnah Baginda
Destinasi kita cuma mengharap syurga
Menagih semoga dijauhkan neraka
Yang baik janganlah berkira-kira
Yang buruk hindarlah sepenuh upaya.

Usul dicipta bukan dari permata
Kembali nanti gaul ke tanah jua
Dunia sekadar singgah seketika
Akhirat menunggu kekal setia
Berteman amal untuk ditimbang tara.


Resmi manusia tidak akan ke mana
Akur kembali kepada Maha Pencipta.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.