Home Puisi Umum IBU TERCINTA
IBU TERCINTA
Achik Writter
31/5/2015 02:01:55
1,641
Kategori: Puisi
Genre: Umum
IBU TERCINTA

Anak-anakku,
Ayunlah langkahmu segera,
Mendaki gunung cita-cita,
Biar lelah,biar merana
Biar luka,biar cedera
Biar seribu ranjau menimpa,
Namun jangan sekali-kali
Mengaku kalah.


Jika engkau terjatuh,
Ayuh ! Segera bangkit semula !
Ayunkan langkah perkasamu
Karena perjalananmu
masih jauh.


Anak-anakku,
Perjalanan ini memang pahit,
Tempuh kepayahan,keperutan,
Lalui lorong penuh onak duri,
Telanlah agar menjadi penawar,
Kelak nanti..
Pasti kau akan merasa manisnya

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.