Home Puisi Umum AKU SEORANG PENULIS
AKU SEORANG PENULIS
Achik Writter
24/8/2015 18:21:56
2,093
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Aku seorang penulis,
aku menulis bukannya rekaan cerita yang dibuat,
aku menulis datangnya dari hati..baru karya aku berkualiti..

Aku seorang penulis,
Bukan semua orang minat menulis,
Bukan semua orang akan merestui minat ... dan cita-citaku
Aku tetap dengan keinginanku sebagai seorang penulis...

Aku seorang penulis,
dengan menulis ... aku dapat meluahkan perasaan
dengan menulis ... aku dapat bentuk sebuah cerita
dengan menulis ... aku dapat buat novel
dengan menulis ... aku dapat mengurangkan kesedihan

Aku seorang penulis,
kekadang....aku mengalami kekeringan idea
Kekadang ... aku mengalami kehabisan dakwat
kekadang ... aku mengalami kehabisan bekalan elektrik
kekadang ... aku menulis dalam kegalapan.

Hanya sebatang pen, sehelai kertas sahaja yang sentiasa menemani aku dimana sahaja. Aku tetap penulis sehinggalah akhir hayat aku..


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.