Home Puisi Umum RINTIHAN BERDARAH
RINTIHAN BERDARAH
R VIVIYANTY MOHD NASIER
17/5/2016 11:08:15
783
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Oh dunia
Dimana letak hati mu
Kemana hilang belas kasih mu
Tiada lagi kemesraan mu

Kejamnya kamu dunia
Di sana sini jasad bergelimpangan
Di sana sini puing puing berserakan
Musnah segala keindahan alam

Wahai dunia
Tidakkah pilu hatimu melihat anak-anak itu
Menangisi jasad kaku ayah dan ibu
Meratapi derita hidup di tanah tumpah darahnya

Wahai dunia
Tidakkah kau sedar mereka juga punya rasa
Ingin merasa indahnya kasih dan bahagia
Ingin mengejar mimpi dan cita
Selayaknya seorang manusia

Oh dunia
Runtunnya jiwa mendengar tangisan mereka
Pedihnya hati mendengar rintihan tersiksa
Sungguh tak sanggup bahagia dalam deritanya mereka

Marilah dunia
Kita punya senjata yang utama
Doa untuk mereka yang teraniaya
Bantu dengan seikhlasnya jiwa dan raga
Moga ada sinar dalam gelapnya laluan mereka

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.