Home Puisi Keluarga PERMAISURI PENYAYANG
PERMAISURI PENYAYANG
R VIVIYANTY MOHD NASIER
28/2/2016 13:36:08
785
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
Amanda Qaisara
Terserlah kelembutan wajah
Liuk lentok yang manja
Sungguh mendamaikan jiwa

Amanda Qaisara
Puteri sulung anugerah terindah
Penyejuk hati ummi dan abah
Dikala duka menguasai jiwa

Amanda Qaisara
Jagalah diri di dunia pancaroba
Hiasilah hati dengan akhlak mulia
Kejarlah Akhirat lebih daripada dunia

Amanda Qaisara
Jangan dilupa asal usul kita
Peganglah agama peliharalah keluarga
Julanglah kedamaian bersama

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.