Bahagia dalam kepuraan
-- Selalu.
Suka dalam keterpaksaan
-- Selalu.
Senyum dalam kesakitan
-- Selalu.
Semuanya; Biasa.
Dimana semua yang mematikan rasa dan bahagia menjadi normalisasi dalam hidup aku.
Kenapa aku.
-- Bukan pertanyaan malah bukan perbicaraan cuma ketentuan dan kebenaran.
Ya, masyarakat akan menghukum.
-- Kata mereka aku yang salah. Semua ini adalah pilihan; bahagia atau tidak itu terpulang bagaimana kau nak menerima rasa, kata mereka. Mudah kan?
Tapi, pernahkah mereka terfikir bahawa aku dah cuba?
pernahkah mereka melihat dari sudut yang beza?
-- Cuba untuk menerima rasa walau terpaksa dengan hati terbuka.
-- Mana wujudnya manusia yang waras akalnya untuk membelah raga sendiri.
-- Memilih untuk tak bahagia malah untuk mematikan rasa. Mana?
Aku tak pernah berharap apa apa.
-- Sungguh. Kalau pernah ada apa-apa, itu adalah sedikit kebahagiaan dan perhatian.
-- Benar. Perkara sekecil yang diharapkan itu boleh dibagi dengan percuma tapi bagi aku besar nilainya.
Besar.