Home Puisi Umum Wira Kami, Wira Negara.
Wira Kami, Wira Negara.
Aina Izzati
28/11/2021 00:23:59
2,229
Kategori: Puisi
Genre: Umum
Wira Kami, Wira Negara. 


Duhai insan di barisan hadapan, 

Kaulah wira kami, 

Duhai insan di barisan hadapan, 

Kaulah wira negara. 


Hari berganti hari, 

Minggu berganti minggu, 

Bulan silih berganti, 

Engkau tetap berkorban demi negara. 


Biarpun terpaksa meninggalkan keluarga, 

Engkau tetap kuat melawan, 

Engkau tetap mengharungi segala rintangan,

Biarpun terkadang lelah terduduk, 

Engkau tetap berjuang menyelamatkan kami semua. 


Biarpun berhujan panas, 

Engkau meredah segala cabaran yang mendatang, 

Engkau terus kuat bertarung dengan virus yang berbahaya, 

Demi merawat setiap yang bernyawa untuk kekal hidup. 


Engkau sanggup meneruskan kerja, 

Di kala insan lain duduk di rumah, 

Engkau sanggup menggadaikan nyawa, 

Demi insan lain, 

Engkau sanggup berkorban nyawa, 

Demi agama, bangsa dan negara. 


Terima kasih wira-wira negara, 

Semoga Allah melindungi kalian, 

Semoga Allah membantu kalian dan merahmati kalian.


Karya: Aina Izzati

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.