Home Puisi Umum Kias Sang Penyapu
Kias Sang Penyapu
Kutz Amlan
24/2/2019 08:30:00
777
Kategori: Puisi
Genre: Umum

KIAS SANG PENYAPU

Biar hijau, biar biru
Asalkan kita kekal bersatu
Biar kuning, biar merah
Asalkan kita tidak berpecah
Bak seikat penyapu lidi
Jika diurai rapuh sendiri
Jangan biar diganggu gugat
Ketenangan yang sekian lama terpahat
Aku, engkau dan mereka
Kita sama-sama berdarah MALAYA!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.