Home Puisi Kisah Hidup Kitaran Kehidupan
Kitaran Kehidupan
BungaApril
23/4/2019 01:21:00
4,184
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Sebelum aku rasa senang sedikit

Aku diuji dengan susah yang amat

 

Sebelum aku peroleh kejayaan kecil

Aku sering kali alami kegagalan

 

Sebelum aku kekenyangan

Aku lalui peritnya kelaparan

 

Sebelum aku kehilangan seseorang

Tuhan ciptakan suatu pertemuan

 

Sebelum aku ditinggalkan

Aku selalu dialu-alukan

 

Sebelum aku bergembira

Adanya fasa kesedihan

 

Sebelum aku bersyukur

Terlalu banyak rungutan dan keluhan

 

Sebelum aku sedar

Aku sentiasa alpa dan lalai

 

Sebelum aku bertaubat

Aku terlalu banyak dosa

 

Sebelum aku ingin menjadi yang lebih baik

Aku berada dalam kejahilan

 

Sebelum aku dimaafkan

Aku ingin memaafkan

 

Sebelum aku menutup mata

Aku ingin nikmati segala ciptaan-Nya. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh BungaApril