Home Puisi Kisah Hidup Parutku berbisa kembali
Parutku berbisa kembali
Shiropena
31/3/2019 23:03:06
2,894
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup



Wahai parutku,

Ku cuba lupakan mu,

Namun dunia memaksaku,

Meniti perit bisamu.


Wahai tumpahan darahku,

Sia-sia kau kukorbankan,

Kerana pergimu tak kembali,

Impianku lenyap tanpa disedari,


Wahai luka dihatiku,

Juraian air mata ku tahankan,

Demi selangkah maju ke hadapan,

Senyuman dilemparkan seribu tangisan.


Wahai diriku,

Hidupmu kini hilang seri,

Serba salah kerana diri,

Salah dimana sendiri tak pasti


Wahai insan disisiku,

Kaulah mimpi yang kuhilang dulu

Jika ku salah berilah ku tanda,

Agar kubetulkan silapku itu,

Jadilah penawar bisa di hatiku,

Jangan ditarah parut lamaku.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.